Bab 75

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Macam yang aku kata, tepat 150 comments aku akan update. Tadaa!!

__________________________________

Dalam keadaan panas terik, sebuah kereta empat pacuan roda meluncur laju di atas jalan raya tepat menuju ke rumah besar milik Tengku Zamil.

Sebaik sahaja melintasi rumah agam tersebut, pintu kereta dibuka lantas tubuh Tengku Nurfaiza dicampak kasar di atas jalan raya. Sepantas kilat, mereka beredar daripada dikesan.

Hafiz, pemandu peribadi Tengku Haikal yang kebetulan bercerita dengan Pak Adli terpandang ke luar pagar pabila terlihat sebatang tubuh yang tak bergerak di atas jalan tar.

Tak semena-mena matanya terbeliak luas. Wanita yang sudah hilang selama berminggu-minggu itu akhirnya kembali semula dengan keadaan yang sungguh tak dijangka.

"Pak Adli, panggil diorang semua! Puan Faiza dah balik!!"

Larian seribu diatur laju ke arah Tengku Nurfaiza. Usai tiba di hadapan wanita tersebut, bibir Hafiz segera mengucap. Terkejut sangat melihat keadaan Tengku Nurfaiza yang penuh dengan keringat dan darah.

Pakaiannya pula koyak-rabak bagai dirogol. Tak sanggup melihat keadaan adik kepada tuannya, Hafiz segera menanggalkan pakaian lalu menyarungkannya pada tubuh Tengku Nurfaiza.

"Faiza!!!"

Hafiz menoleh ke belakang. Dia memberikan laluan pada Tazaki Genji yang matanya sudah terbuntang luas. Riley pula cepat-cepat menarik Tazaki Zulkanain ke dalam pelukan.

Mana mungkin dia nak biarkan budak kecil itu melihat keadaan mamanya yang hampir mati sebijik ayam golek.

"Sape yang berani buat adik aku macam ni?!!" tengking Tengku Haikal.

Dia jatuh melutut sambil ditahan oleh Anneliese. Marah bebenor Tengku Fazril, Alex dan Tengku Haikal di kala ini. Mujur isteri masing-masing ada untuk menenangkan mereka. Ucapan istighfar tak lepas daripada mulut ahli sekeluarga tersebut.

"Tak guna," bisik Tazaki Genji dalam bisikan.

Tubuh isterinya yang tak bermaya segera dicempung menuju ke arah kereta. Niat nak jumpakan dengan Mia Aurora. Berharap perempuan itu mampu sembuhkan Tengku Nurfaiza.

Malangnya, Mia Aurora masih gagal dijejak dikesan sehingga sekarang. 

__________________________________

Sebulan kemudian...

Mia Aurora bagai hidup segan mati tak mahu. Tak larat nak bangun, tak larat nak bergerak. Semua dia tak larat. Penulis cite ni pun sebenarnya tak larat nak taip dah. Kalau bukan sebab comment pembaca, penulis malas nak taip. Ehek.

Jujur, Mia Aurora dah berputus asa dengan hidupnya. Sebulan dia berkurung dalam bilik putih ini. Dia benci pada dirinya. Dia benci semua orang! Dia benci pada DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA!

DIA terlalu kejam tanpa ampun. Sikit pun DIA tak bagi peluang pada Mia untuk sembuhkan Tengku Nurfaiza sebelum perempuan itu dipulangkan semula pada Tazaki Genji.

Kata The Master, 03 sudah menjual rohnya. Jadi, 03 tak boleh berbuat apa-apa termasuk sembuhkan sesiapa tanpa kebenaran DIA.

"Kau kena makan."

03 tak memberikan sebarang reaksi pada arahan si kakak. Seperti biasa, dirinya umpama mayat hidup. Serupa mayat tapi masih hidup. Kenapa tak mati je terus?

"03 aku kata makan! "

Sunyi. Mia Aurora memandang siling bersama riak wajah yang kosong. Namun, terdetik hatinya untuk membuka mulut.

"Kau memang kakak yang tak guna."

A-5 tersentap! Dia mengetap rahangnya dengan hinaan daripada si adik kandung sendiri.

"Asal kau cakap aku macam tu?"

"Huh. Kau tak pernah bela aku. Jauh sekali nak lindungi aku. Aku lebih rela takde kakak daripada ada kakak macam kau," bicara Mia, pedas.

"03! kau.."

"Kau apa?! Aku takkan jadi macam ni kalau bukan disebabkan kaulah sial! Hari aku diberikan misi untuk tinggal dengan keluarga mafia tu, apa yang kau buat?! "

"Aku dah suruh kau bunuh diorang awal-awal! Kau nak salahkan aku atas kesalahan kau sendiri?" bidas A-5.

"Ya! Aku pun makhluk yang ada perasaan!"

"Jadi kau nak cakap yang kau cintakan Roland? "

"Ya! Puas?! Itu kan yang kau dengar selama ni. Aku cintakan dia. Aku memang cintakan dia!!"

"03!!"

"Diamlah sial! Diorang lagi bagus dari kau! Tinggal di sana bagaikan sebuah nikmat berkeluarga. Berada kat sini seolah-olah panas tak ubah macam neraka!"

A-5 terdiam. Tiada gunanya bertikam lidah dengan 03. Segala yang adik dia katakan, dia sendiri tak mampu sangkal. Satu kekecewaan buat dirinya setelah mendengar sendiri jawapan daripada Mia Aurora tentang perasaannya terhadap Roland.

Ya, akhirnya pasangan itu benar-benar bercinta. Seperti suami isteri yang sebenar. Dan dia sebagai kakak, diketepikan. Arghh! Membongak aje semua!

A-5 tak mampu terima kenyataan ini. Mustahil. 03 tak cintakan sesiapa. 03 sama seperti dulu. Dingin dan kasar. Kejam dan jahat. 03 tak cinta pada manusia biasa.

"Tak. Kau tak cintakan dia. Kau cuma keliru dengan perasaan kau. Kau adik aku, 03. Dan adik aku tak bagi belas kasihan pada sesiapa. Itu hakikatnya!" tegas A-5 bersungguh-sungguh.

Mia Aurora tiada hati ingin membalas. Dia tidur membelakangkan A-5 sambil matanya memandang dinding putih. Apalah yang nak dihairankan sangat dengan tempat ni.

Semuanya memang putih. Putih melambangkan kosong. Even seorang psiko pun meminati warna putih daripada hitam. Ceh, lepastu semua acah nak jadi psiko konon. Lempang kang!

Sedar tak sedar, keluhan berat terbit daripada bibir A-5. Sebagai ketua pengkaji misteri yang ada di seluruh dunia, A-5 sendiri tak tahu lagi cara nak mengambil hati 03.

Apa sahaja yang dia buat takkan pernah difahami oleh adiknya. Tipulah kalau dia takde bertikam lidah langsung dengan The Master pasal misi 03 hari tu.

Tapi siapalah dia en kalau nak dibandingkan dengan The Master. Takde sesiapa yang boleh lawan lelaki tu.

Dengan hati yang kecewa, si kakak mengatur langkah ke arah makmal utama. Berat sungguh langkahnya untuk berjumpa dengan The Master kali ini. Terasa ada sesuatu yang bakal terjadi.

"Kau nak apa?" soal A-5 usai tiba di hadapan The Master.

Lelaki tersebut memusingkan tubuhnya menghadap A-5. Namun kali ini agak berbeza. Dahi A-5 berkerut seribu apabila skrin besar menunjukkan gambar Roland dan segala rakaman teknik pergerakan ketua mafia itu 'bermain'.

Ada video yang menunjukkan perlawanan Roland bertarung bersama Tazaki Genji semasa menumpaskan Narumi suatu ketika dahulu.

Setiap pergerakan Roland tercatat dalam satu laporan. Tapi untuk apa? Kenapa segala teknik ketua mafia itu dikesan dengan penuh teliti?

"Bebaskan 03 sekarang," arah The Master, serius.

"Apa?"

A-5 tak faham. Bebaskan apa? 03 dah bebas. Nak bebaskan apa lagi?

"Bebaskan adik kau dalam pertempuran kita selepas ini."

"Pertempuran?"

A-5 mengerutkan dahi. Beberapa saat kemudian, matanya terbeliak luas. Kepalanya segera ditolehkan ke arah skrin besar yang mempamerkan pertarungan Roland. Jangan kata pertempuran ni melibatkan....

"Kau nak 03 lawan suami dia sendiri?!" herdik dia.

"Apa salahnya? Manusia itu harus mati. Kematian dia lebih memudahkan kerja kita pada masa hadapan nanti," bahas The Master.

"Master, kau boleh bagi apa saje arahan pada 03 tapi bukan ni! Biarkan manusia itu hidup dan 03 akan bersama kita," halang si kakak.

"Berani kau langgar arahan DIA!"

A-5 jadi kecut perut. Kepalanya tertunduk memandang lantai sebaik sahaja suara The Master naik seoktaf. Takut terima hukuman.

Tak lama kemudian, lelaki itu menuju ke arahnya dengan riak wajah yang sukar ditafsir. Perlahan-lahan dagu A-5 didongakkan ke atas agar pandangan mereka bertaut.

"Aku tahu perasaan kau. Tidakkah kau marah pada manusia-manusia itu? Disebabkan mereka, adik kau menentang kau, A-5. Walhal kau adalah kakak kandungnya sendiri. Mereka harus dihapuskan. Selagi mereka hidup, 03 akan setia bersama mereka. Mahukah kau ditinggalkan oleh 03?" hasut The Master dalam bisikan.

A-5 terdiam. Dia sayang pada 03. Dia tak nak 03 tinggalkan dia. 03 adik kesayangannya walaupun mereka tak sependapat. Diasak dengan hasutan The Master, A-5 menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Ya, diorang patut mati."

__________________________________

Untuk kesekian kalinya, Roland memandang Tazaki Genji yang tak henti-henti mengucup belakang telapak tangan Tengku Nurfaiza. Setakat ini, perempuan itu tidak memberikan sebarang bentuk positif untuk sedar dari komanya.

Ya, Tengku Nurfaiza ditemui nazak pada hari perempuan itu dicampak di hadapan rumah. Hampir mati namun mujur selamat. Tapi sayang, Tengku Nurfaiza disahkan menghadapi keadaan yang sungguh kritikal.

Di mana keadaan tubuhnya separuh lumpuh. Organ-organ dalamannya rosak. Yang peliknya, takde pula kesan tajam atau kecederaan yang boleh membuktikan bahawa Tengku Nurfaiza sudahpun didera atau ditahan oleh seseorang.

Seolah-olah organ dalaman Tengku Nurfaiza dirosakkan dari dalam. Tapi itu semua mustahil. Manusia mana yang mampu buat semua tu? Nak tahu perkara sebenar, Tengku Nurfaiza pula masih tak sedarkan diri.

"Bro, kau okay tak?" soal Jethan, prihatin.

Roland tak menjawap. Pandangannya terarah pada Anneliese yang khusyuk melontarkan pandangan ke arah luar tingkap.

"Bro."

"Suami mana yang okay kalau bini dia tak balik rumah?"

Jethan menghela nafas.

"Aku single lagi. Takleh nak dipanggil suami. Tapi aku faham perasaan kau. Nethan dengan Ethan pernah tak balik seminggu kat rumah. Aku ingat diorang dah mati. Alih-alih diorang melancong kat luar negara tanpa aku. Seminggu tu juga aku menangis. Aku faham rasa kehilangan tu," selamba pula Jethan berkongsi cerita panas.

Roland tak tahu nak bagi reaksi. Apa jenis cite lah yang Jethan nak kongsikan ni. Nak lempang pun rasa bersalah. Lagi-lagi mood ke laut sekarang ni.

Tengah sibuk berkongsi perasaan, tiba-tiba Ethan datang dengan riak wajah yang panik bersama yang lain. Di tangannya erat memegang iphone. Skrinnya pula bagai menunjukkan sesuatu.

"Aku dah berjaya kesan Mia!"

"Hah?!"

Iphone dirampas lantas titik hijau diperhati dengan penuh teliti oleh Roland. Betul! Mia dah berjaya dikesan. Tak jauh daripada hospital ni.

"Blah!"

"Tunggu!!" halang Tengku Fazril, serius.

Langkah Roland, Triple Han, Ryan dan Grey terhenti. Apa lagi yang Tengku Fazril nak? Mia harus diselamatkan!

"Daddy, kitorang dah takde masa! Mia tengah tunggu kitorang," risau Ryan.

"Daddy faham! Kitorang semua faham. Tapi pengesan tu mungkin sebuah perangkap. Dalam keadaan camni, korang kena fikir dalam-dalam. Takleh bantai camtu je," bijak Tengku Fazril berhujah.

Roland terdiam. Begitu juga yang lain. Sebagai bekas ketua mafia, Tengku Fazril jauh lebih profesional daripada mereka. Terlebih dulu makan garam daripada yang lain. Walaupun rupanya masih muda, ingatannya seakan-akan kuat.

Malah semakin kuat hari demi hari. Ia menjadi persoalan hangat mengapa satu daripada mereka langsung tak nampak tua. Pihak media pula kata Tengku Fazril dan Roland serupa adik-beradik.

Hakikatnya masih tersembunyi. Pelbagai andaian dan spekulasi yang telah dibuat oleh netizen mengenai rupa mereka sekeluarga. Ada netizen mengatakan mereka mengambil suntikan botox. Ada juga netizen memberi tuduhan bahawa mereka sekeluarga telah menjalankan pembedahan plastik.

Walhal segala tekaan mereka meleset. Ada satu sebab mengapa mereka masih nampak muda dan sukar menjadi tua.

"Kalau macam tu, biar kitorang join Roland," sampuk Putri Risha, ikhlas.

Dia juga ingin turut serta menyelamatkan Mia Aurora walaupun nasib perempuan itu masih belum diketahui.

"No! Daddy tak sedia dan tak pernah bersedia kehilangan mummy. So, you must stay here with them! I will go with Roland," serius Tengku Fazril memberikan arahan.

"Aku tak setuju. Kau dah nampak keadaan Genji sekarang en. Dia serupa orang nak mati. Kita perlukan orang kuat untuk stay kat sini kalau ada apa-apa benda nak berlaku. So, aku dengan Aden protect diorang Roland. Kau, Triple Ko, Serizawa, Tokio dan Makise jaga Genji," bidas Alex.

"Jom blah," ajak Tengku Haikal mengetuai mereka semua.

12 orang keluar daripada bilik vvip manakala yang lain tinggal kat sana untuk melindungi Tazaki Genji. Nampaknya lelaki terkuat daripada Jepun itu tampak kehilangan semangat untuk teruskan hari-harinya.

Tazaki Zulkanain pula setia tidur di atas paha Riley. Kesian pula menunggu mamanya bangun sejak sebulan yang lalu. Rindu melampau sampai mengigau dalam mimpi.

_______________________________

Dalam perjalanan menuju ke satu tempat, Zack mengetuai mereka dalam pemeriksaan senjata. Satu daripada mereka pun langsung tak bercakap sejak keluar daripada hospital.

"Buat double check!" arahnya, serius.

"Aku rasa nervous doh. Rasa nak berperang pun ada," luah Akim dengan gelak kecilnya.

"Macam tak biasa," tambah Joshua.

"Aku pun rasa nervous gila. Rasa meremang semacam. Tempat ni pula jauh dari kawasan kejiranan. Bukan hutan tapi banyak pula pokok-pokok yang dah kering," perasan Fakhrul.

Alex dan Tengku Haikal saling berpandangan. Ya, diorang pun rasa apa yang dimaksudkan oleh diorang yang duduk kat belakang tu. Pelik semacam. Walaupun langit kelihatan cerah dan putih tanpa kehadiran awan, tetap juga rasa kebahagiaan mereka bakal dirampas selepas ini.

Serius, diorang tak pernah rasa pelik seperti perlawanan sebelum-sebelumnya. Tak nak fikir panjang, Tengku Haikal berhubung dengan Roland melalui alat pendengaran di telinganya.

"Roland, kau..."

"Awas!!!!"

Bummmmm!!"

Seorang lelaki bermantel putih mendarat di hadapan muncung kereta lalu menghadiahkan sebuah penumbuk sehingga kereta yang dipandu oleh Tengku Haikal terbalik di atas udara.

Roland yang tepat berada di belakang kereta Tengku Haikal tadi segera menekan break. Matanya terbeliak luas memandang kereta paksunya kini berputar-putar di atas udara!

"Tak guna!!"

Grey dan Ryan menendang daun pintu diikuti Triple Han dan Roland. Keenam-enam mereka melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah sekumpulan manusia yang berkot putih.

"Berhenti!" arah Roland.

Sempat matanya melihat ke arah kereta Tengku Haikal yang kini terdampar di atas tanah kering. Sementara asap mengaburi sekumpulan manusia misteri itu, Roland mengarah agar Ryan, Grey dan Triple Han pergi memeriksa keadaan mereka yang lain.

Beberapa saat berlalu, Roland terkedu. Lelaki tadi menurunkan mantelnya semula lalu menghadiahkan senyuman seram.

Apa yang lagi mengejutkan seorang insan yang amat Roland kenali berada di sisi lelaki tersebut dengan penampilan yang baharu. Lebih cantik dan hebat!

Gaya serupa pahlawan wanita. Namun, berpakaian hampir sama dengan lelaki yang telah menyerang kereta Tengku Haikal sebentar tadi.

"Mi...Mia?"

Tak mungkin. Mia Aurora berada pada pihak lelaki misteri itu? Is this a dream?

"Ya, manusia. Apa yang kau lihat adalah benar. Mia Aurora yang kau cintai milik DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA, tuan aku. Kau telah ditipu selama ini. Mia Aurora adalah gadis yang palsu dan 03 adalah makhluk yang benar. Cinta telah mengaburi mata kau wahai manusia," The Master melontarkan suaranya dengan penuh gah.

"Huh! Manusia? Dia ingat dia tu bukan manusia ke?" sindir Ryan seraya tubuh Akim dipapah sekuat tenaga.

"Dia kan anjing," sampuk Nethan.

Mata Roland terketar-ketar tak percaya. Palsu? Mia palsu? Apa ni? Weh apa semua ni Babyfik? Kau buat lawak abad mana ni?

Sape 03 yang dikatakan makhluk oleh lelaki bermantelkan putih ni?

"Mia ialah 03. Makhluk yang bangkit semula selepas 1800 tahun yang lalu. Tidakkah kau tertanya mengapa makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa? Dia bukan manusia seperti kau, Roland. Dia kelahiran syaitan yang bersekutu bersama tuan aku. Suatu hari nanti, dunia ini akan dikuasai oleh tuan aku. DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Maka, di sini bermulanya....kiamat."

"Kau sape nak bahas pasal kiamat?! Kau bukan Allah malah jauh menjadi seorang nabi! Kau pengajar sesat!!" tengking Roland.

Pantang dirinya pada manusia yang berlagak maha berkuasa seperti Allah. Lagi-lagi makhluk seperti lelaki di hadapannya ini. Acah lebih. Hanya Allah yang tahu bila kiamat tiba. Bukan manusia!

"Aku bukan manusia. Aku seekor makhluk yang lebih berkuasa daripada kau. Tapi kau bertuah hari ni, Roland. Aku takkan bunuh kau tapi makhluk lain yang akan lakukan."

Habis berkata-kata, The Master menoleh ke arah Mia Aurora. Mata perempuan itu terketar-ketar tak percaya dengan arahan The Master. Dahlah dia masih terkejut dengan kehadiran Roland. Lepastu, dia dipaksa untuk bunuh suaminya sendiri.

What theee pakk?! A-5 kata dia nak tunjukkan sesuatu. Jadi, ini yang kakak kandung dia nak tunjukkan? Dasar kakak tak guna!!

"Aku.....aku dah jual roh aku! Aku takkan bunuh dia!!" tegas Mia Aurora dalam bisikan.

"Kau kena. Atau aku akan bunuh dia sendiri dan hidangkan kepalanya pada DIA. Kau ada dua pilihan," ugut The Master, kejam.

Mia Aurora tak terkata-kata. Dia mengepalkan penumbuknya lantas menghadiahkan rengusan kasar. Dengan hati yang berat, dia menuju setapak demi setapak ke hadapan.

"Mia..." panggil Roland, masih tak percaya.

Mia Aurora berhenti melangkah. Bersama hati yang berat, dia mengangkat tangannya ke udara tepat di hadapan Roland. Nyawa suaminya kini dipandang lama.

"Mia....jangan buat aku macam ni," mohon Roland seraya mendekati sang isteri.

"Diam! Jangan gerak! Atau saya bunuh awak," ugut Mia Aurora, cuba berlagak kuat.

Walhal dia lemah. Dia tak rela. Dia tak sanggup biarkan Roland mati di tangan The Master. Lebih baik Roland mati dengan cara yang halus. Mati di tangan isterinya sendiri.

"Sayang...." panggil Roland, syahdu.

"Diam! Diam!!!!"

Air mata Mia Aurora merembes jatuh di pipi. Nyawa suaminya dipandang sayu. Dengan hati yang sangat sakit, nyawa Roland perlahan-lahan diturunkan angka demi angka.

Ya, Roland akan mati dengan cara yang halus.

#150 comments baru author update lagi ye. Agak-agaknya kalau The Master fight dengan Roland, sape yang menang erk?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro