Bab 80

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Entah sudah berapa kali Riley mengeluh berat. Skrin telefonnya berulang kali ditilik dengan seribu persoalan yang tak masuk akal. Dah banyak kali nombor Putri Risha dihubungi, masih tak terjawap.

Katanya talian mamanya itu berada di luar kawasan. Habistu asal dia call ahli keluarga yang lain pun takleh? Tu yang pelik weh! Rasa dah jadi misteri serantau dunia. Ke diorang tengah prank?

Eish, tak mungkinlah! Takde sebab diorang nak buat prank. Atau sebenarnya ada sesuatu yang dah jadi kat diorang?

"Masih tak dapat call diorang?" tegur Makise, prihatin.

Riley menggeleng-geleng lalu mengambil tempat di antara Tokio dan Serizawa. Kedua-dua lelaki itu turut berasa pelik. Diorang pun ada call juga tapi tetap operator bagi jawapan yang sama.

"Korang rasa diorang okay ke?" soal Tokio, ragu-ragu.

"Aku.."

"Baby!!"

Mereka berempat tersentak bila Tazaki Genji tiba-tiba berdiri lantas duduk di sebelah Tengku Nurfaiza. Kelam-kabut mereka berempat meluru ke arah Tengku Nurfaiza yang akhirnya sudah bangun daripada koma yang lama.

"Hei, sugar baby. Lama tak jumpa," senyum Tazaki Genji lalu memberikan kucupan di tangan isterinya.

Bebola mata ia bersinar-sinar bersyukur kepada Ilahi. Penantiannya memberikan seribu satu makna yang mendalam.

Kalau Zulkanain tahu mamanya dah bangun, mesti budak tu menangis plus happy giler! Tapi sekarang Tazaki Zulkanain ada kat rumah tengah main dengan dua kembar gila, Mikami Brothers.

"Aunty Faiza!!"

"Faiza..."

Tengku Nurfaiza menghela nafas perlahan sambil mengerdipkan matanya dengan kadar yang lambat. Terasa sendi-sendinya masih dalam proses untuk sembuh. Agaknya dah berapa lama dia terlantar kat katil hospital ni?

Tiba-tiba minda Tengku Nurfaiza terimbas sesuatu. Suatu kejadian yang terakhir berada di mindanya. Punca dia dilepaskan. Punca dia selamat dan punca dia masih boleh bersama Tazaki Genji dan yang lain-lain.

"Ambik roh aku sebagai galang gantinya."

Tengku Nurfaiza menghirup oksigen seketika. Tak lama selepas itu, beberapa ayat mula terbit daripada bibirnya setelah lama tertutup.

"Mia...selamatkan Mia."

______________________________

Tasya cuba mendekati Mia Aurora namun perempuan itu pula semakin ke belakang menjauhinya. Tindakan Mia Aurora sedikit sebanyak mengguris hati Tasya.

Buat masa sekarang, Tasya tahu isteri kepada ketua mafia itu perlukan dorongan yang tinggi untuk sedar. Jadi jahat bukanlah satu jalan yang tinggal. Melainkan pilihan.

"Mia, kau tak perlu jadi camni. Ini bukan kau," pujuk Tasya, lembut.

"Aku 03 dilahirkan menjadi sekutu syaitan. Itulah hakikatnya. Dan aku terima," pasrah Mia Aurora.

Hitam atau tidak matanya, hanya Mia Aurora sorang yang reti mengawal kuasa memandangkan dia sudah lama bersama DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

Kecuali diorang berempat. Tak seimbang dan tak tahu apa-apa berkaitan kuasa. Hanya Tasya menunjukkan perkembangan sedikit disebabkan kuasanya mampu melihat masa hadapan dan lalu.

"Tak, Mia. Kau tak jahat. Berubah adalah suatu kehendak. Nak atau tak, ia adalah pilihan. Terpulang kita nak pilih apa."

Mia Aurora tersentak. Matanya terketar-ketar mengingati ayat tersebut. Ayat tu...ayat tu. Dia kenal sape yang bagi ayat tu!

"Seseorang pernah cakap macam tu dengan kau. Dan orang tu masih kekal dan cintakan kau walau teruk macam mana pun kau! Jadi aku merayu, tolong balik dengan aku," jerit Tasya, bersungguh-sungguh.

Air matanya jatuh merembes pipi. Kenangan Mia bersama Roland suatu ketika dahulu masih tersegar dalam mindanya. Sebelum hal itu berlaku, dia sudah mendapat bayangan kata-kata ketua mafia tersebut.

Roland sendiri yang kata bahawa dia akan terima walau jahat manapun isterinya. Jadi, takde sebab Mia takleh berubah! Mia tetap Mia!!

Mia Aurora tertunduk malu. Malu dengan dirinya sekarang. 01 yang lagi kejam pun boleh berubah, apatah lagi dia. Mungkin disebabkan cara diorang dibesarkan. Semua mereka dibesarkan dengan mak bapak.

Hanya Mia Aurora sorang saje tak tahu atau nampak mak bapaknya. Sejak kecil dia dihina. Pelik, tak normal, tak layak hidup dalam dunia ni, menakutkan, patut mati, gila dan pelbagai lagi kata nista yang dia terima.

Sehinggalah hari-harinya berubah setelah dibawa pergi oleh DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Kejam, dingin, tak berperikemanusiaan, takde belas kasihan, keji, teruk.

Dan sekarang nak berubah? Sempat ke? Sempat dia nak berubah setelah berjuta nyawa dia dah ambik?

"Kita berbeza. Kalau korang ada dari dulu, mungkin aku boleh berubah. Tapi sekarang mustahil. Mustahil, Tasya! Mustahil! Aku dipinggirkan sejak dulu! Sementara korang hidup bahagia dengan manusia tu dan aku menderita! Aku dipaksa buat tugas yang sepatutnya jadi tugas korang. Aku makhluk keji yang dibenci oleh semua orang! Dan sekarang kau minta aku berubah? Tak, dah lambat, Tas. Aku 03!" tegas Mia Aurora dengan mata yang berair.

"Kau silap, Mia. Berubah tak mengira masa. Cepat atau lambat tak penting. Apa yang penting hati kita. Keikhlasan kita. Niat kita," bantah Tasya sambil menyentuh atas dadanya.

Mia Aurora terkedu. Dibiarkan air matanya jatuh berlinangan seraya bahunya terhincut-hincut menahan tangisan. Segala keperitan yang ia alami, takde sape pun yang faham! Kasih sayang yang dia nak, sedikit pun tak dapat.

Sejak kecil, ia dipencilkan. Dihina tanpa henti. Perhatian yang harus dia dapat, tak diberikan. A-5 pula sibuk dengan kerjanya. Dan dia pula hidup berhambakan mata satu. Tugasnya hanya perlu menjadi kuat setiap hari.

Sampailah satu hari, hatinya menjadi keras. Bunuh menjadi amalannya. Menyeksa manusia adalah rutinnya. Sehinggakan erti belas kasihan pun dia dah lupa. Tangan yang sentiasa diraih oleh Roland adalah tangan yang sentiasa mencabut nyawa orang.

Jadi, masih nak cakap pasal berubah? Peritnya menjadi 03. Takde siapa yang tahu. Segala tentang dirinya adalah palsu semata-mata. Takde yang betul. Dia jahat. Sangat jahat. Syaitan pun terkejut dengan dirinya.

"Kau janji nak bersama aku! Korang janji nak bersama aku! Tapi korang tipu! Korang tinggalkan aku dengan DIA! Aku menderita, 05. Aku terseksa!!" rintih Mia Aurora, lantang.
Tasya menangis. Sedih melihat perubahan Mia Aurora. Si cantik manis senja yang menyimpan dendam disebabkan mereka. Ya, semua ni salah diorang. Mia jadi jahat disebabkan mereka alpa dengan  duniawi.

Mereka berbahagia, bergelak-tawa, bergembira sementara Mia Aurora terseksa! Tapi satu hal yang Mia Aurora patut tahu, Tasya di sini untuk dia. Untuk perbaiki keadaan semula.

"Kau betul. Ini semua salah kitorang. Kitorang buat kau camni. Tapi... Aku ada kat sini untuk bawa kau balik semula! Untuk bersama kau! Sebab kau kawan baik aku! Dulu, sekarang dan selama-lamanya!! Jadi kau kena pulang dan tinggalkan semua ni!!" pekik Tasya, sepenuh hati.

Habis meluahkan segala yang terbuku di hatinya, Tasya menghulurkan tangannya ke arah Mia Aurora yang menangis teresak-esak. Kawan seperjuangannya itu hanya perlu dorongan untuk berubah.

"Jom balik, Mia.."

Tasya melakarkan senyuman manis dengan mata yang berair. Dia tahu Mia Aurora akan meraih tangannya. Dia sangat yakin! Mia Aurora pilih untuk berubah.

Dan ya, tekaannya mengena! Mia Aurora melangkah setapak demi setapak mendekati Tasya sambil tangan ia diangkat untuk menyambut tangan 05.

"Kita akan hidup bersama, Mia."

Baru beberapa langkah diatur, tiba-tiba kedengaran bunyi kipas amat kuat di atas langit sekali gus membuatkan Mia Aurora terpaku.

Lantas kedua-dua wanita itu mendongakkan kepala melihat dada langit. Apa yang mengejutkan, A-5 berdiri di dalam salah sebuah helikopter bersama senyuman sinis.

Ada lagi 4 buah helikopter turut berpusing-pusing di sekitar Tasya dan Mia Aurora bersama senjata machine gun di tepi pintu. Tasya menelan air liur bila A-5 merenungnya dengan pandangan yang sungguh bermakna.

"Subjek dikenalpasti! 05! Subjek berbahaya! Apa langkah yang harus kita lakukan, puan?" soal si pemegang senjata.

"Macam biasa. Bila kita berhadapan dengan subjek berbahaya...kita bunuh," jawap A-5, sinis.

Si penembak setuju. Dia memberikan arahan kepada rakan-rakannya untuk melepaskan peluru ke arah Tasya. Saat tembakan dilepaskan secara serentak, mata Tasya terbuntang luas.
"Target dikenalpasti! Tembak!!!"

Kala ini, kuasanya memang tak seimbang. Dia manusia biasa yang normal dan boleh mati. Terkejut dengan serangan tersebut, Tasya hanya mampu menutup matanya.

Hening.

"Subjek dah mati?" soal A-5 tertanya-tanya.

"Tak, puan. Subjek tampaknya dilindungi oleh satu lagi subjek yang lain!" lapor si penembak.

"Subjek lain?! 03?!"

"Ya, puan!"

A-5 mengepalkan penumbuknya. Bila asap-asap bekas tembakan tadi sudah mulai reda, A-5 jelas melihat satu tenaga hijau berbentuk bulatan melindungi tubuh Tasya.

"Mi...Mia..."

Tasya terkejut bukan kepalang bila melihat Mia Aurora sudah berada di hadapannya bersama kuasa. Tampak sangat Mia Aurora mengetap giginya menahan kemarahan. Bila tangan perempuan itu cuba diraih, Mia Aurora menepis.

"Kau terlalu mencabar kemarahan aku!"

"Jangan Mia!!!"

Mia Aurora berlari pantas ke tengah padang lalu melemparkan sebuah pokok ke arah salah satu helikopter menggunakan kuasanya. Dek kurang teliti dengan keadaan itu, helikopter tersebut jatuh mendadak dan terbakar ke atas tanah.

"Jangan Mia! Cukup!!" tahan Tasya, kecewa.

"Aku 03! Aku akan bunuh sesiapa yang nencabar aku! Arghhhh!!"

Seiring dengan jeritan tersebut, muka bumi tanah mula berubah. Tanah-tanah dan pelbagai tumbuhan mula terapung dengan kuasa hijau 03. Akar-akar pokok turut timbul ke atas.

"Mia, jangan!!! Berhenti membunuh!!" 

A-5 berdecit sebal apabila satu persatu helikopter diserang oleh Mia Aurora dari bawah. Jika dibiarkan terus macam ni, rancangannya akan gagal untuk membawa semula adik kandungnya.

Tiba-tiba akal A-5 terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang agak mencabar dan berbahaya. Arghh nak takut apa? Takut bukannya gayanya. Bersama kumpulan DIA, erti takut takde dalam kamus hidupnya.

"B-45 bawakan aku Mind Potion!" arah A-5.

Pada mulanya, B-45 tersentak. Apakan tidak, Mind Potion merupakan salah satu ramuan magik yang paling bahaya sekali. Ia jarang digunakan kerana membawa unsur yang boleh meragut nyawa makhluk.

Pada siapa A-5 nak targetkan? Adiknya sendiri? A-5? Tengok 03 mengamuk bukanlah sesuatu hal yang baik. Ia terlalu bahaya lagi-lagi kuasa perempuan itu terlalu kuat.

"Tunggu apa lagi?! Bawakan aku potion tu!" marah A-5.

B-45 mengangguk walaupun hatinya sedikit berasa ragu-ragu. Dengan pantas, dia menekan sesuatu pada udara lalu muncul potion bewarna putih bak salji. Cepat-cepat potion tersebut diberikan kepada ketuanya.

"05 tak patut hidup lagi dalam dunia ni," monolog A-5 perlahan lantas menuangkan air bewarna putih daripada botol kecil itu ke bawah tepat ke arah kepala si adik.

Seketika, Mia Aurora tercungap-cungap menahan bengang. Bila satu lagi helikopter ingin diserangnya, tiba-tiba dia tersentak. Ada sesuatu yang sedang mendarat di kepalanya.

Putih. Bak salji. Suci. Mia Aurora jadi cuak. Sepantas kilat, kepalanya didongakkan ke arah helikopter yang menempatkan A-5. Dari jauh gadis itu tersenyum sinis. Akhirnya, 03 dah terkena!

"Pertarungan akan jadi lebih menarik," senyum A-5, jahat.

Mia Aurora tergamam. Dia tahu manik-manik putih yang baru jatuh lalu masuk ke dalam tubuhnya. Ia Mind Potion! Di mana ramuan yang boleh menyebabkan sesiapa kehilangan akal warasnya!

Menjadi kejam dan hanya satu matlamatnya. Membunuh! Takde satu makhluk pun yang berjaya mengawal kuasa asing ini melainkan The Alpha.

"Mi...Mia?" panggil Tasya, prihatin.

Perlahan-lahan dia mendekati dan cuba menggapai bahu Mia Aurora namun lain pula yang terjadi. 03 jatuh melutut di atas tanah seraya menggenggam rumput-rumput pendek bersama dengusan yang kuat.

"Mia, kau...kau okay tak?" soal Tasya, cuba mendekat.

"La...lari..."

"Apa?"

"Lari aku kata!!!"

Zappp!!

Tasya terkedu. Kini, mata Mia Aurora kelihatan putih seperti salji bersama gigi yang menyeringai tajam. Sebijik serigala jadian yang ingin memberikan amaran kepada mangsanya.

Tak tahu apa yang bakal terjadi, Tasya masih cuba menghampiri Mia Aurora.
"Huh, bodoh!" ejek A-5 perlahan.

Persembahan kematian bakal bermula. Si pengkhianat 05 akan mati di tangan rakan baiknya sendiri. Ini adalah kuasa sebenar Mind Potion. Segala kenangan dan ingatan terlupus dan digantikan dengan arahan yang baharu. Iaitu menghapuskan sesiapa sahaja yang ada di depan si pelaku.

"Mia..."

"Arghhhhh!!"

Mata Tasya terbuntang luas sebaik saja melihat Mia Aurora berdiri tanpa sebarang riak. Perempuan itu bagai dikawal oleh sesuatu benda aneh yang Tasya sendiri tak tahu apa puncanya.

Tiba-tiba Mia Aurora mengangkat tangan ke udara tepat ke arah Tasya. Tanpa sebarang perasaan, dia mengeluarkan aura hijaunya untuk menurunkan nyawa perempuan itu.

Takde pilihan lain, Tasya terpaksa melarikan diri. Mia Aurora sudah tiada. Yang tinggal cumalah 03. Sejauh mana pun Tasya berlari, perempuan itu pasti dikejar!

"Arghhhhhh!!"

"Jangan Mia!!!"

Tubuh Tasya ditarik oleh kuasa hijau 03 lalu dilempar kasar sehingga mengenai batang pokok. Akibatnya, peratus nyawa Tasya berada pada 3%. Tak puas dengan itu, Mia Aurora akhirnya mengeluarkan pedang hijau yang selama ini tersembunyi.

Tepat di belakangnya, pedang tersebut muncul lalu dibawa ke tepi tubuh. Bersama langkah yang perlahan, wajah berdarah Tasya dipandang tanpa sebarang perasaan. Kosong.

"Mi...Mia..."

Tasya terbaring meniarap di atas tanah dengan kelopak mata yang hampir tertutup. Dia lemah. Sangat lemah! Tak sangka pula jadi macam ni. Kalau nasibnya mati di tangan Mia Aurora, ya dia sanggup. 

"Ak...aku...aku 05. Kawan kau," peringat Tasya, terdesak.

Dia ingin mengesot untuk melarikan diri. Namun apakan daya, kudratnya tak mampu buat semua tu.  Dia sakit. Sangat sakit. Takde sape yang akan mampu melindunginya melainkan Mia Aurora ingat siapa dirinya yang sebenar.

"Mati," sengih A-5, gembira.

Dari dalam bilik kebal, Alex berkali-kali menghentak dinding putih yang memerangkap mereka sekeluarga. Berderau darahnya melihat Tasya berada dalam bahaya tanpa sesiapa untuk melindungi ia.

Bukan yang lain tak nak tolong tapi diorang dah penat. Putus asa. Bilik yang dihuni oleh mereka seolah-olah tiada jalan keluar. Triple Ko, Triple Han terduduk kepenatan manakala yang lain menunggu tindakan Mia Aurora yang seterusnya.

Di hadapan mereka semua, terdapat seorang lelaki masih setia berdiri tegak. Terpaku dengan perubahan si isteri.

"Tak mungkin.."

Mata Roland terketar-ketar tak percaya. Tak mungkin ini Mia. Mustahil! Mia kan naif orangnya. Lemah dan tak berdaya. Bengap dan bongok. Mudah dibodoh-bodohkan macam orang yang tengah baca cite ni.

Habistu sejak bila Mia reti main sabun pula ni? Eh, pedang. Typo.

"Arghhhh!!! Buka pintu ni lah sial!!!"

Anneliese memandang sekilas ke arah Alex yang terdesak ingin keluar daripara tempat ini. Hanya seketika dan kemudian dia tertunduk bersama riak wajah yang kosong.

Yang lain, nampaknya dan putus harapan. Bukan tak nak tolong Tasya, tapi tengoklah diorang sekarang. Diri sendiri pun takleh nak tolong.

Umpama kau paling pro dalam bab menasihatkan orang pasal cinta, padahal diri sendiri pun single. Hmm.

"Kau sentuh bini aku, aku takkan maafkan kau Mia! Aku tak maafkan kau!!"

Alex bagaikan gila. Dengan mata yang membara penuh kemarahan, dia berpusing ke belakang lantas meluru ke arah Roland. Kolar anak buahnya direntap kasar bersama renungan yang tajam.

"Macam mana kau boleh tak tahu pasal pompuan tu?!!"

Roland mengalihkan pandangan ke arah lain. Macam mana dia nak jawap, kalau dia sendiri pun takde jawapannya? Kau? Kau boleh jawap ke? Soalan exam pun kau tak lepas. Hmm.

"Alex! Takde guna kau nak salahkan dia!" marah Putri Risha lantas cuba meleraikan tangan Alex daripada kolar si anak sulung.

"Benda ni takkan jadi kalau dia selidik betul-betul pasal pompuan tu!!"

"Rasdan!" Tengku Fazril mula campur tangan.

"Jangan panggil nama sebenar aku lah bodoh!"

Tangan Alex beralih ke arah kolar Tengku Fazril lantas dicengkam kuat. Panas hatinya melihat wajah si abang sulung. Asal lah dia lahir sebagai adik ketiga dalam family ni?

"Cakap dengan aku, Xen. Kalau Risha kat luar tu, apa yang kau akan buat? Huh? Relax macam takde apa-apa? Dia bini aku, Xen! Bini aku! Suami mana yang rela tengok bini dia nak mati kat depan mata dia sendiri?!!"

Alex menolak kasar tubuh Tengku Fazril ke belakang lalu jatuh melutut di atas lantai. Cincin perkahwinannya bersama Tasya di jari diusap perlahan. Dia lemah. Tanpa Tasya, dia takkan berdaya.

Kalau Tasya takde, sape teman dia nak mencarut? Sape teman dia nak bertumbuk? Takde lagi spender baru dia nak curi lepastu pakaikan pada kucing kesayangannya.

"Aku...aku takkan maafkan orang yang bunuh bini aku. Sampai aku mati sekalipun!!" jerit Alex lantas menoleh ke arah Roland yang masih berdiam diri.

Putri Risha turut memandang ke arah anak sulungnya. Perlahan-lahan tubuhnya melorot di atas lantai sama seperti yang lain. Sedar tak sedar, air matanya merembes di pipi.

Apa nak jadi dengan keluarga ni?

Tak lama kemudian, Putri Risha mendongakkan semula kepala ia ke arah skrin besar. Tampaknya, Mia Aurora sudah berada di hadapan Tasya yang lemah.

Jadi, ini ke pengakhiran watak heroin Mr &Mrs. Assassin? Mati di tangan ahli keluarganya sendiri?

"Ak...aku merayu...Mi..Mia. Jangan buat aku macam ni," mohon Tasya, kesakitan.

"Aku 03!"

"Kau Mia!"

Mia Aurora mengenggam erat kepala pedangnya lantas perut Tasya ditendang kuat.

"Arghhhhh!!!"

Dari jauh, A-5 tergelak gembira. Teruja sangat tengok kematian Tasya yang bakal menjelang tak lama lagi. Lepas 05 dah mati nanti, A-5 akan pastikan pengkhianat-pengkhianat lain turut dibunuh oleh 03.

Tiada lagi 01, 02, 04 dan 05. Yang cuma ada hanyalah 03! Bertarung  bersama si DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA.

"Lemah!!!"

Tasya menangis tanpa suara. Sudah tiada harapan bagi dirinya. Dia akan mati. Dan itu takdirnya. Kala itu, wajah Alex, Raisha serta Scarlet berlegar-legar di kotak minda. Dia tersenyum.

Janjinya untuk sentiasa bersama Alex, tak mampu dia tunaikan. Kenangannya untuk hidup sehingga ke tua, hanyalah janji kosong semata-mata. Dia pasrah.

Masih terasa segar saat bibir Alex mengucup bibirnya pada suatu ketika dahulu. Kucupan yang menandakan Alex ingin melamarnya sebagai seorang isteri. Bukan permintaan tapi arahan.

Arahan yang Tasya takkan sesekali tolak kerana jejaka itulah cinta pertamanya dan juga cinta terakhirnya. Cuma, mereka tak boleh bersama. Takdir menentukan mereka untuk berpisah.

"Hei...Rasdan...kalau awak dengar semua ni...saya cuma nak kata....saya cintakan awak. Sayangkan awak walaupun awak ...dah banyak kali cuba nak bunuh saya," Tasya melihat dada langit lalu mengerdip matanya yang semakin layu.

Dari dalam bilik kebal, Alex mengenggam erat penumbuknya bersama air mata jantan yang mengalir di pipi. Tak mungkin. Ini semua mimpi. Tak mungkin!!!

"Jangan tinggalkan aku, Tasya. Jangan tinggalkan aku!! Aku tak boleh hidup tanpa kau!! "rintih Alex, tak berdaya.

Dia tak sanggup melihat tragedi yang bakal menimpa nasibnya sekeluarga.

"Saya cintakan awak...Alex," ucap Tasya, buat kali terakhir.

Tak betah mendengar bicara kosong Tasya pada si manusia, Mia Aurora terus menjulang tinggi pedangnya ke udara lalu cuba menghunus mata pedang tepat ke arah jantung rakan baiknya sendiri.

"MATIIII!!!"

"Jangannnnn!!!" jerit Alex bagaikan gila.

Zenggggg!!!

Hening.

Mia Aurora membuat putaran ke belakang apabila muncul 4 cahaya bewarna hitam gelap menghiris bilah pedangnya bagi melindungi Tasya. Tak sempat berbuat apa-apa, dia turut diserang oleh gerangan-gerangan yang dia sendiri tak tahu siapa atau apa.

Alex terkedu. Begitu juga yang lain. Apa yang lagi memeranjatkan, ingatan mereka telah dipulihkan semula oleh satu kuasa asing yang tak diketahui dari mana sumbernya.

Miko dan Zack bangkit bersama mata yang terbuntang luas memerhati skrin besar.

"It...itukan..."

Mia Aurora tersenyum sinis. Empat makhluk di hadapannya ditenung tajam dengan perasaan jijik. Nampaknya akan ada lebih daripada satu mangsa korbannya malam ini.

"Kau dah melampau!!" bengang Black Eryn seraya menundingkan jarinya tepat ke arah Mia Aurora.

Maisara mendongakkan kepala ke arah A-5 dan seterusnya ke arah Tasya yang semakin nazak. Berderau darahnya melihat kehadiran A-5 di situ. Perosak! Parasit!

"Itu penjaga 05, 04 dan..."

"01," sambung A-5, sebal.

Anak matanya tajam merenung pada si dua kembar yang turut memandangnya dengan tajam. Tazaki Genji mempunyai dua penjaga disebabkan kuasanya lebih kuat daripada yang lain.

Memandangkan dia berada paling teratas sekali, dia dikurniakan dengan penjaga-penjaga lebih daripada satu!

"Maaf, semua! Kitorang lambat sampai!"

"It's showtime!"

Mikami Brothers, Maisara dan Black Eryn mengeluarkan pedang lalu menbuka kekuda masing-masing.

03 nak bertarung? Baiklah. Ambik ni!!!

#Excited giler. Muahahahha!!!

#Aku sebenarnya memang nak update tapi benda ni panjang tau. Maksud aku bab ni. Lagi-lagi aku susah nak cari masa terluang. Kena belajar. Faham-fahamlah ye.

3177 words, rasakan! Apa korang rasa dengan bab ni? Spam!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro