Bab 82

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Cepat je korang comment erk. Amboi. Nah, hadiah!

Pagi itu, mereka semua berkumpul di satu ruangan. Takde sorang pun yang keluar melainkan Tazaki Genji serta orang-orangnya daripada Jepun termasuk Mikami Brothers untuk menjaga Tengku Nurfaiza yang masih terlantar sakit.

Habis saja pertarungan malam tadi, Mikami Brothers memberitahu pada Maisara dan Black Eryn untuk beredar dan berada semula di sisi tuan mereka.

Pagi yang sepatutnya ceria berubah menjadi tegang dan hening. Maisara yang masih tak tahu apa-apa beriak selamba dan naif seperti dahulu.

"Dah lama kan kita tak berjumpa. Korang berdua gi mana?" soal Putri Risha sekali gus membuka mukadimah antara mereka sekeluarga.

"Pergi mana? Hahaha. Apa benda yang kau merepek ni, Risha? Kitorangkan selalu..."

Tak sempat menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Black Eryn memegang tangan Maisara seraya membisikkan sesuatu pada perempuan tersebut.

"Diorang dah tahu."

Maisara berpura-pura tergelak kecil. Kedengaran tawanya agak janggal kat situ.

"Haha. Tahu apa?"

"Pasal kita. Semua. A-5 dah kenakan kita," jawap Black Eryn, sayu.

Maisara terkedu. Jadi, lakonannya sejak semalam dah gagal? Patutlah Eryn senyap je tak cakap apa-apa. Rupa-rupanya diorang dah kantoi.

Tapi ada sesuatu yang mengganggu minda Maisara sekarang. Kalau ye pun diorang dah nampak dan tahu perkara yang sebenar, asal pihak kat dunia sana tak buang je ingatan diorang pasal semalam sama seperti situasi sebelum-sebelum ni?

Sedetik, Maisara menarik nafas sedalam yang mungkin lalu mendongakkan kepalanya ke arah Miko. Lelaki itu sejak semalam tak cakap apa-apa. Selalunya pot pet pot pet.

Cakap benda yang bukan-bukan. Selalu bergurau tak kira tempat. Cakap taik boleh bercakaplah. Katak kahwin dengan puteri dirajalah. Haih, macam-macam. Tapi sekarang, sunyi.

"Maaf. Kitorang takde niat nak menipu atau...sorokkan semua perkara ni. Apa yang korang nampak semuanya betul. Pasal Mia Aurora atau siapa diri pompuan tu, satu pun takde yang palsu. Semalam yang korang nampak, itu adalah diri Mia yang sebenar. Dia digelar..."

"03," sambung Tengku Fazril.

Maisara mengangguk perlahan. Entahlah. Dia sendiri takde idea nak mulakan dari mana. Dia tak bersedia dan mungkin takkan bersedia. Mana mungkin makhluk sepertinya mampu tinggal bersama dengan manusia.

Apatah lagi bercinta. Ia adalah satu hukum dunia yang sudah termaktub dalam peraturan dunia mereka. Seekor makhluk dilarang bercinta dengan seorang manusia. Hukumannya pasti ada.

"Bagitau aku."

Maisara mengalihkan pandangan ke arah Tengku Fazril. Lelaki itu taklah nampak terkejut sangat macam yang lain. Sepertinya riak wajah Tengku Fazril lebih kepada terfikirkan sesuatu.

"Bagitau apa?" soal Maisara, mendatar.

"Selain daripada Mia, siapa lagi yang terlibat sama?" soal Tengku Fazril, serius.

Maisara mengerutkan dahinya kurang faham. Terlibat apa?

"Maksud kau?"

"Maksud aku, kalau Mia tu 03 pasti ada lagi nombor lain," teka Tengku Fazril walhal dia sudah tahu hakikatnya.

Maisara dan Black Eryn terkedu lama. Bijak sungguh Tengku Fazril meneka sampaikan diorang kehilangan kata-kata nak menyangkal. Dah terang-terang 03 en. Nombor kat tengah. Pasti ada nombor ke bawah.

"Aku setuju dengan Xender. Macam mana korang berempat boleh muncul dalam sekelip mata lepastu apa pula kaitan Tasya dengan semua ni? Dari lagak dia bercakap, aku pasti dia pun terlibat sama," teliti Tengku Haikal.

Anneliese pula tak banyak berbicara. Dia lebih banyak termenung berbanding yang lain. Lagak perempuan itu langsung tak tertarik dengan topik yang sedang hangat dibicarakan.

"Terlalu banyak persoalan. Dan kitorang harap korang berdua boleh citekan dari mula sehingga ke akhir. Tanpa tapisan lagi," sampuk Zack, lembut.

Black Eryn tak beriak. Kepalanya tertunduk rasa bersalah.

"Atau korang sebenarnya nak rancang untuk lupakan ingatan kitorang sama macam sebelum-sebelum ni?" tambah Miko dalam sindiran.

Sakit pula hati dia tau. Dahlah dia tu suami. Boleh pula selamba biawak Maisara hilangkan ingatan dia. Sanggup Maisara. Nasib baik Miko tak nangis. Muahahaha!

"Kitorang tak berniat nak buat semua tu!"

"Tapi hakikatnya korang dah buat!" bidas Miko, cuba menahan sabar.

"Miko! Sabar bro. Aku tahu kau marah tapi dalam situasi ni..."

"Situasi apa weh? Kau tak kena, takpelah. Suami mana yang besar hati lepas kena lupuskan ingatan oleh bini sendiri? Dekat 5 bulan bro aku ingatkan aku ni single tak beristeri. 5 bulan jugalah aku tidur sorang-sorang. Air mani aku ni pun dah banyak terkumpul tau. Isteri pula hilang entah ke mana," sempat lagi Miko merungut pasal batin dia ye.

Itu juga yang dia tak puas hati. Cis, dasar otak kuning betul!

"Pasal tu memandailah kau sembur dengan Mai malam ni. Tutup kes," sampuk Riko, cerdik.

Maisara sudahpun memuncungkan bibirnya. Ele, konon Miko je terseksa. Dia pun terseksalah! Tiap malam asyik hadap muka Eryn je! Dahlah Eryn tu tidur mengigaukan Zack! Tak lena tidur Maisara dibuatnya.

"Mai, Eryn. Aku nak korang bagitau aku perkara yang sebenarnya. Bermula dengan identiti korang," pinta Tengku Fazril, lembut.

Sejenak, Black Eryn dan Maisara saling berpandangan ragu-ragu. Perlu ke bagitau diorang? Kalau difikirkan semula tentu ada sebab kenapa pihak kat dunia sana tak hilangkan ingatan diorang semua mengenai kejadian semalam.

Pendek kata, pihak kat belah sana memang sengaja nak diorang Xender tahu identiti mereka berdua. Sesaat dua saat, Maisara menarik nafas panjang.

Gementar juga nak bagitau. Takut pelbagai reaksi yang bakal diorang terima.

Sementara itu, Roland baru keluar daripada bilik air selepas membersihkan diri. Saat pintu bilik air dibuka, dia melihat Mia Aurora telahpun sedar dari pitamnya.

Tatkala pandangan mereka bertaut, Roland terdiam. Kejadian semalam terimbau semula di kotak minda ia. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Mia Aurora lalu berhenti beberapa meter daripada perempuan itu.

Dia tak berhasrat untuk mendekati. Dia sekadar berdiri jauh dan merenung Mia Aurora sehinggalah perempuan itu sendiri bangkit dari atas katil.

"Awak..." seru Mia Aurora, perlahan.

Roland tak membalas. Matanya berkedip dalam tempoh yang perlahan. Renungannya terhadap Mia Aurora kelihatan begitu kecewa. Sama seperti hatinya sekarang.

"Awak..." panggil Mia Aurora, sekali lagi.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau sanggup tipu aku?" soal Roland, sayu.

"Saya terpaksa. Saya...saya..."

Mia Aurora tak mampu meneruskan ayatnya lagi. Sedar tak sedar, air matanya berlumba-lumba jatuh ke pipi walaupun sudah beberapa kali air mata tersebut dikesat kasar.

Lagaknya seperti seorang budak yang baru saja dibuli oleh rakan-rakan yang lain.

"Saya minta maaf! Saya takut kehilangan awak kalau awak tahu yang saya ni tak normal. Saya tak layak dengan awak, R. Kita jauh berbeza. Awak ada keluarga dan saya takde. Kita dibesarkan dengan cara yang berbeza. Kalau awak nak jauhkan diri awak dari saya, saya sanggup. Saya tahu awak takut dengan saya lepas...lepas...lepas tengok kejadian semalam," ngongoi Mia Aurora dalam tangisan.

Bila dingatkan semula perubahannya semalam, ya ampun..rasanya nak bunuh diri pun ada. Tapi tu lah. Dia susah nak mati. Hidup susah, mati pun susah. Malang, malang.

Kalau takde Mikami Brothers semalam, mungkin Mia Aurora akan jadi lebih teruk. Gaya macam raksasa yang sebenar. Memalukan. Tembelangnya dah pecah! Mustahil Roland akan terima dia. Mustahil!

"Bodoh."

Mia Aurora mendongakkan kepalanya bila Roland bersuara. Memang layak pun dia kena maki camtu. Kalau Roland nak marah pun,marahlah banyak mana yang dia nak. Mia Aurora sanggup.

Tapi tulah, Mia Aurora pun ada hati dan perasaan. Bak kata Jethan "Wopechetau wopuyau, lancau." Uwarghhh!! Nak nangislah camni.

"Huh, makhluk yang kejam pun boleh keluarkan air mata ke? Kata tak berperikemanusiaan," sindir Roland.

Mia Aurora mengipas-ngipas matanya. Alamak pedih kat mata, lagi pedih kat hati! Cinta hati cakap macam tu, uwarghhh!! Bak kata kawan baik korang, Sajat "Gong! Gong! Gong!"

"Kalau awak nak ceraikan saya, saya..."

"Bodoh."

Roland meluru ganas ke arah Mia Aurora lalu pinggang perempuan itu ditarik ke dalam pelukan. Sejenak, Mia Aurora terkedu bila dagunya didongakkan ke atas lalu bibir Roland mendarat pada bibirnya.

NANIIII?!!!! Apakah?

Bebola mata Mia Aurora membulat besar sehinggakan ciuman Roland tak dibalas walau sedikit pun. Saat itu, tubuhnya ditolak sehingga jatuh di atas katil lalu kepala Roland dengan selambanya mendarat di atas payudara Mia Aurora yang pejal.

Hening. Mia Aurota tak terkata-kata. Mimpi ke ni? Roland baru kiss dia?

"Aku takkan tinggalkan kau," ucap Roland.

Dia mengangkat kepalanya lalu dimajukan sehingga setaraf dengan kedudukan kepala Mia Aurora. Seketika, pandangan mereka bertaut lama.

Roland mengelus hujung pipi Mia Aurora manakala satu lagi tangannya ditindih di atas katil sebagai penahan. Dengan sentuhan yang begitu mengasyikkan sekali, Roland menggerakkan hujung jarinya ke arah bawah bibir si isteri.

"Lagipun kau makhluk yang terlalu cantik di mata aku."

Mia Aurora terkedu. Hatinya terpaut dengan ayat-ayat romantik daripada suaminya sendiri. Alahai, hati. Tadi sibuk nak nangis, sekarang dah jatuh cinta balik?

Ini baru sikit weh. Kalau Roland makin nak goda dia, perghh! Confirm ada juga sampai terlajak 10 jam kat bilik ni. Mengenangkan hal itu membuatkan Mia Aurora tersengih serupa beruk.

Gelagatnya yang pelik itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa curiga pada Roland. Mia tetap Mia. Tak tahulah kenapa A-5 cakap Mia ni kejam. Tah mana yang kejamnya? Nampak tak betul adalah.

Geram dengan telatah Mia Aurora menyebabkan Roland menjentik dahi perempuan itu sekali gus membuatkan bayangan nakal di fikiran Mia Aurora terbang entah ke mana.

"Berangan!"

"Sakitlah! Apa awak ni?" muncung Mia Aurora, tak puas hati.

"Tersengih-sengih. Tepi! Dahlah busuk. Tak mandi lagi," ejek Roland seraya bangkit daripada menindih tubuh Mia Aurora.

"Camne nak mandi kalau awak yang tetiba tindih saya?" protes Mia Aurora.

"Menjawap! Menjawap!"

Mia Aurora mendengus sebal. Tuala di ampaian dicapai lalu dia menuju ke arah bilik air bersama kaki yang sengaja dihentak-hentakkan.

"Menjawap, salah! Tak menjawap pun salah! Takkan nak soal balik?" omel Mia Aurora gaya keanak-anakkan.

"Aku dengar tu!"

"Benci!!"

_________________________________

"Kitorang ialah makhluk yang dah lama wujud sejak 1800 tahun yang lalu. Kitorang digelar sebagai penjaga. Tugas kitorang adalah melindungi tuan kitorang daripada segala bahaya. Termasuk dengan patuh arahan walaupun arahan tu dalam bentuk yang jahat," terang Black Eryn tanpa perasaan.

"1800 tahun yang lalu?!! What the pakkkk? Aku kahwin dengan orang tua!!" potong Zack lalu menyandar pada kepala sofa.

Miko juga turut bereaksi seperti Zack. Sampaikan kusyen pun dia nak gigit erk. Teruk naw.

Black Eryn dan Maisara serentak mengeluh deras. Over betul dua mamat ni.

"Korang nampak kitorang ni dah tua ke? Walaupun kitorang ni dah lama wujud tapi kitorang pernah 'mati' tau!" rengus Maisara, sakit hati.

Tua konon. Muka titew masih muda tau. Plus, masih bergetah. Merecik hawauu!! Diorang mana boleh tua. Diorangkan penjaga. Tu lah salah satu kebaikan dia.

"Mati? Macam mana korang mati lepastu tetiba hidup balik?"

Maisara dan Black Eryn terkedu. Tak tahu nak cakap camne. Takkan diorang nak habaq yang 01, 02, 03, 04 dan 05 tu pernah mati lepastu bangkit semula? Lagipun en, diorang Xender tak tahu lagi sape tuan mereka berdua.

"Tak tahulah nak cakap camne," keluh Maisara sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Asal? Kau cakap guna bahasa monyet ke?" cerdik Ciko menyampuk.

"Bukanlah! Aku..."

"Daddy..."

Suara Roland membuatkan semua mata yang berada di situ mengalihkan perhatian ke arahnya. Melihat Mia Aurora yang berada di sisi Roland menyebabkan riak wajah Maisara dan Black Eryn berubah serius lantas kedua-dua penjaga tersebut membuka kekuda masing-masing.

"Dia mungkin masih 03," bisik Maisara pada Black Eryn.

Yang lain duk terkedip-kedip melihat perangai mereka berdua yang tiba-tiba berubah postur kepada postur gaya nak bertarung.

Roland sekadar mengerutkan dahinya manakala Mia Aurora sudahpun menjongketkan kening ke atas. Oho, mungkin dua minah ni masih fikir yang Mia Aurora tak betul lagi.

Timbul pula perasaan nak usik dua penjaga ni depan diorang semua. Tanpa membuang masa, Mia Aurora mengangkat helaian rambutnya ke atas sambil mengiringkan kepala ke tepi bersama lidah yang sengaja dijulurkan keluar.

"Bluerk."

"Dia 03! Serang!"

Bodohnya. HAHAHAHHAA. Adeh  sakit perut nak gelak. Takleh brain siot.

Menyangkakan Mia Aurora tu masih 03, menyebabkan Black Eryn dan Maisara melancarkan tumbukan padu ke arah wajah Mia Aurora tanpa curiga. Dengan mudah, serangan kedua-dua penjaga itu ditahan lantas tangan masing-masing dipulas ke belakang.

"Aku Mialah!" tolak Mia Aurora, kasar.

Tubuh Black Eryn dan Maisara terundur ke belakang sebentar. Saat kepala ditolehkan semula ke arah Mia Aurora, kelihatan perempuan itu tersenyum ke arah Roland sambil tangan mereka berdua berpimpinan menuju ke arah sofa.

Kedua-dua penjaga tersebut tergamam. Terciduk siot! Mia ke 03 sekarang ni? Arghh!! Dua nama tapi orang yang sama juga. Apalah yang nak dihairankan sangat.

"Kau takyahlah nak gurau kasar macam tu! Kalau aku dengan Eryn keluarkan pedang camne? Mahu satu rumah ni hura-hara tau tak!" geram Maisara lalu turut melabuhkan punggung di sebelah Black Eryn yang sudahpun mengambil tempat duduk.

"Aku dah okaylah."

"Okay? Kau tahu tak kau dah susahkan kitorang ni semua? Aku dengan Mai dahlah penat cari dua ekor beruk tu. Tup-tup diorang ada kat Jepun tengah makan aiskrim. Ikutkan hati aku dah lama..

"Wah, gaya macam dah lama rapat. Kenalan lama ke?" sindir Alex daripada belakang bersama Tasya di sisinya.

Baru kejap tadi, Mia Aurora sempat menyembuhkan Tasya sebelum turun ke sini. Sebab dia juga, Tasya hampir mati. Eh, salah. Sebab mind potion erk.

Tasya kedengaran tertawa kecil bila duduk di sisi Mia Aurora. Tangan rakan baiknya pada 1800 tahun yang lalu dipegang sekejap.

"Welcome back, 03!"

"Diamlah. "

"Aunty Tasya tu lebih tua dari kau. Kau tak rasa ayat kau terlalu biadap ke?" tegur Grey, mendatar.

"Takpe. Kitorang dah biasa macam ni," sampuk Tasya sambil kepala Mia Aurora diusap seperti budak lima tahun.

"Apa kena dengan kau ni? Lesbian ke?" jeling Mia Aurora lantas tangan Tasya ditepis kasar.

"Wahh, kau langsung tak berubah erk. Agaknya kau masih dengan sikap lama kau ke? Panas baran hmm?" usik Tasya sampaikan tak sedar semua mata kini memandang mereka berdua.

"Kau sentuh kepala aku, aku patahkan tangan kau," marah Mia Aurora, tak suka.

"Alolololo comelnya..."

"Tasya!"

Tasya tersentak sebaik sahaja Alex memanggil namanya dengan suara yang sengaja dinaikkan seoktaf. Langsung tak rasa takut dengan riak wajah serius encik suami sekarang.

"Yupp?"

"You dengan Mia... Dah lama kenal kan? Sebelum budak ni kahwin dengan Roland. Apa maksud you dengan penglihatan? Macam mana you boleh tahu kematian arwah mummy daddy Risha?"

"Apa?"

"I tak bodoh, Tasya. I suami you. Bila you pecahkan dinding rumah hari tu even you tengah sakit, i masih boleh buat-buat bodoh. Bila you kata you nampak arwah mummy daddy Risha diserang, I masih percayakan you. Tapi semalam...you hampir mati! Untuk satu sebab yang kitorang sendiri tak tahu. Kenapa? Atau apa identiti you yang sebenarnya? Jawap!" tegas Alex, dingin.

Seketika, Tasya menoleh ke arah Black Eryn. Cuma sebentar dan tiba-tiba dia bangkit berdiri bersama senyuman yang cukup manis sekali. Dengan gerakan tangan yang sungguh lemah-gemalai, satu kuasa bewarna biru gelap keluar daripada tangannya lalu membentuk seekor binatang.

Ia harimau kumbang! Yang lain sudahpun ternganga manakala Tasya tertawa riang bila harimau kumbang tersebut menggesel-gesel kepalanya pada kaki si tuan dan seterusmya berlari-lari mengelilingi mereka semua.

"I dengan Mia, kitorang dah lama kenal. Dan pernah wujud sebelum korang semua dilahirkan. Kitorang dibangkitkan dari kematian selepas dibunuh oleh beberapa..."

Tasya tak jadi meneruskan ayatnya. Biarlah yang satu itu menjadi rahsia.

"Beberapa apa?" soal Ryan, ingin tahu.

Tasya buat-buat tak tahu. Dia duduk mencangkung lalu mengusap-usap dagu harimau kesayangannya.

"Good boy!"

Alex semakin bingung begitu yang lain. Hanya Tengku Fazril saja yang faham apa yang Tasya cuba sampaikan sebentar tadi. Buat masa sekarang, biarlah kandungan bebola kristal biru peninggalan arwah Datin Melia menjadi rahsia buat dirinya sorang.

Bila kepingan-kepingan puzzle hampir selesai, Tengku Fazril berjanji akan memberitahu pada yang lain. Sejenak, dia memerhati pada Putri Risha yang berdiam diri tak faham.

Jadi, Mia Aurora dan Tasya dah saling mengenali. Tinggal 3 lagi. Yeah, 3.

"Aku bingung!!!" jerit Akim sehingga menarik perhatian mereka semua.

Tengku Fazril faham. Kalaulah dia tak nampak bebola kristal biru hari tu, mungkin dia pun akan jadi bengong macam Akim.

"Boleh tak terangkan betul-betul?" geram Alex.

Eeee nasib baik dia sayang Tasya tau. Kalau tak, dah lama dia belasah pompuan ni sebanyak 10 rounds. Ngrrrrr.

"Erhhh... Okay, okay. I terangkan..."

Sementara mereka bertelagah, Roland tertunduk sambil mengusap dahinya memikirkan persoalan-persoalan yang terlalu banyak sekali nak handle. Kala itu, tiba-tiba dia merasakan jari-jemarinya diraih oleh sesuatu.

Dengan perlahan, kepala Roland ditolehkan ke arah Mia Aurora yang bercakap sesuatu tanpa mengeluarkan suara.

"Saya sayangkan awak."

Dan Roland tersenyum lebar.

Awwwww!!! Hah, lepastu berangan nak ada suami macam Roland! Malangnya suami macam ni wujud kat wattpad je bhai! Maka, jomlah kita bersama-sama mimpi sampai ke bulan!

#So, bab yg akan dtg aku akn lbih banykkn scene romantk tahap bulan pnya. Jangan duk sengih2 eh. Berangan je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro