Bab 89

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#300 comments baru aku update tau. Untung-untung aku boleh taip next chapter bulan dpan nnti.

#Takleh comment yang sama.

#Abaikan typo aku.

20 minit sebelum kematian Dato Fikri sekeluarga...

Tap! Tap! Tap!

Putri Risha berlari pantas masuk ke dalam rumah. Walaupun kakinya hampir tersadung, dia tetap bangkit menuju ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidur Tengku Zamil.

Sunyi. Hanya deruan Putri Risha saja yang kedengaran di hadapan pintu bilik ibu bapanya. Seiring jantung yang berdetak kuat, pintu bilik tersebut dibuka perlahan-lahan.

Putri Risha terkedu. Bibirnya terketar-ketar menahan tangisan yang hampir pecah empangannya.

"Risha?" bingung Datin Melia.

Tak mampu ditahan lagi, kakinya diayun laju lalu tubuh manusia yang seharusnya telah meninggal dunia pada masa hadapan, dipeluk erat.

"Mama..." ngongoi Putri Risha, mendayu-dayu.

Datin Melia jadi hairan. Segera tubuh anak perempuannya ditolak lembut ke belakang. Patutnya Putri Risha kat rumah Tengku Zamil. Apa yang dia buat kat sini? Dan bila Risha datang ke sini?

"Sweetheart, bukan ke sweetheart patut dengan Fazril sekarang?" kerut Datin Melia.

Bimbang jika The Master tiba-tiba sampai di rumah tersebut. Sudah tentu mereka yang manusia ini, tak mampu nak lindungi Putri Risha.

Semakin teresak-esak Putri Risha dibuatnya. Seakan-akan anak kecil, dia menyeka air matanya yang berderaian lebat melintasi pipi.

"Eisk eisk... Kenapa...kenapa mama sanggup tipu Sha?" rintih Putri Risha, kecewa.

Datin Melia mengerutkan dahinya kurang faham akan hal yang sebenar.

"Sha, tipu apa ni? Bila masa mama.."

"Mama tipu Sha! Kenapa mama tak bagitau Sha yang Sha ni tak normal langsung?! Kenapa mama tak bagitau semuanya! Sha anak mama. Sha layak tahu semuanya!" serang Putri Risha, bertubi-tubi.

Pada mulanya, Datin Melia tergamam. Jari-jemari anak keduanya cuba dicapai namun, Putri Risha segera berundur ke belakang dengan tangisan yang semakin kuat.

"Sha ni 04! Yang diritualkan oleh atok sendiri! Susah sangat ke mama nak bagitau? Sha menderita, mama. Sha sangat menderita!" luah Putri Risha, perit.

"Sweetheart..."

"Sha tak normal!! TAK NORMAL!"

Putri Risha menundukkan kepalanya. Ketika ini, Datin Melia dapat merasakan tubir matanya membahang dengan manik-manik halus yang bila-bila masa boleh jatuh mengalir di pipinya.

"Tapi kamu normal di mata mama," sayu Datin Melia berbicara.

Satu ayat cukup membuatkan hati Putri Risha semakin sakit. Tak percaya dia bakal kehilangan mamanya untuk kali yang kedua.

"Mama patut bunuh Sha dari dulu. Sha tak patut lahir dalam dunia ni," nangis Putri Risha.

"Risha!" terkejut Datin Melia.

"Sha pembunuh! Sha penyebab sebenar mama, papa, semua mati!! Sha benci diri Sha! Apa lagi Sha nak buat?!"

"Tak, sweetheart. Sweetheart mama bukan pembunuh!!" bantah Datin Mia lalu kakinya pantas menuju ke arah sang anak.

Tubuh Putri Risha ditarik ke dalam pelukan manakala dahi perempuan tersebut dikucup berkali-kali. Air matanya turut tumpah mendengar luahan si anak.

"Sha tak nak mama, papa, along mati. Sha tak nak hidup kalau takde korang semua."

Betapa pilunya hati seorang ibu mendengar permintaan sang anak. Lagi-lagi permintaan tersebut terlalu sukar untuk ditunaikan.

"Mama janji akan hidup dengan Sha. Mama janji, sweetheart," kata Datin Melia, hiba.

Tak lama kemudian, Datin Melia menarik tangan Putri Risha menuju ke atas katil. Tubuh anaknya masih didakap, kasih.

"Cite dengan mama. Macam mana Sha tahu rahsia mama?" selidik Datin Melia, lembut.

Dia tahu anaknya takkan menipu. Dia tahu Putri Risha akan jawap perkara yang benar.

"Sha dah tengok bebola kristal biru tu. Sha nampak memori mama," naif Putri Risha menjawap.

Datin Melia tersentak. Bebola kristal biru? Tapi bebola tu tersimpan kat peti selamat yang mempunyai kod rahsia tersendiri. Macam mana Risha boleh tahu sedangkan Risha tak pernah sentuh peti miliknya?

"Tapi macam mana, sweetheart? Mama tak pernah keluarkan," kata Datin Melia, hairan.

"Sha datang dari masa depan."

Zappp!!

Tubuh Putri Risha segera dijarakkan sedikit. Terbuntang besar mata Datin Melia mendengar bicara anaknya. Masa depan? For real? Eh, real lah. Takkan memain pula.

"Sha!!" suara Datin Melia naik seoktaf.

"Sha, tahu tak apa yang Sha dah buat?! Sha dah langgar hukum dunia! Putar masa atau balik pada masa bukan sesuatu perkara yang baik lagi-lagi situasi yang mengaitkan kematian," tegas Datin Melia.

"Habistu, takkan Sha nak biarkan mama, papa, along mati camtu je? Ini salah Sha dan Sha akan betulkan semuanya!" tekad Putri Risha, garang.

Datin Melia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gila. Ini betul-betul gila.

"Apa maksud Sha nak betulkan semuanya?" syak Datin Melia.

"Sha akan selamatkan semua orang! Sha sendiri yang akan lawan Master!"

Datin Melia terkedu. Dengan keadaan Putri Risha yang macam ni? Tak ingat langsung sebarang memori lamanya. Yakin naw. Silap-silap mati katak kang.

"Sha, dengar cakap mama," arah Datin Melia seraya tangan Putri Risha dipegang.

"Putar masa tak bermaksud Sha boleh ubah masa depan terutama kematian. Ia takdir yang dah ditetapkan. Once Sha dah ubah, segala-galanya akan terubah. Apa yang Sha hadap sekarang, adalah masa yang bakal menjadi masa depan Sha," jelas Datin Melia, serius.

"Good! Sha akan selamatkan mama hari ni dan mama atau semua orang takkan mati."

Pepatah pernah berkata ' Waahh, yakinnya kamu.'

Buntu Datin Melia nak fikir. Ingat nak kalahkan The Master tu macam nak lepaskan kentut je ke? Mudah macam tu. Eh, nak lepaskan kentut pun payah kalau ada orang. Terpaksa mengaku tak kentut. Hmmm.

Korang tak payah tengok atau ambik contoh jauh-jauh. Bukti dah ada depan mata. Diri sendiri dah cukup. Ele, tipu tak pernah buat. Malulah tu.

"Sha akan fight dengan dia," pujuk Putri Risha.

Stress! Itu yang dirasai oleh Datin Melia. Ada sebab The Master diberikan nama macam tu. Sebab The Master memang master kesakitan. Dari jauh pun, dia boleh buat orang tu sakit secara fizikal.

Itulah kuasa sebenarnya. Manipulasi fizikal. Kalau dia kata sakit, automatik si musuh akan berasa sakit. Dan sekarang Risha nak lawan? Dengan memori yang biasa-biasa? Eh, bukan biasa-biasa keyakinan Putri Risha ni.

Belum sempat bicara anaknya ingin dibidas, tiba-tiba muncul Dato Fikri menyampuk hangat perbicaraan.

"Risha? Bila sampai?" gembira Dato Fikri memeluk tubuh anak perempuannya.

Lama. Cukup lama.

"Baru je," senyum Datin Melia, tawar.

"Ohh anak papa rindu papa erk. Rindu papa dia manjakan dia," usik Dato Fikri sambil kepala Putri Risha diusap lembut.

Putri Risha tersenyum lebar bersama mata yang berkaca-kaca. Dato Fikri ada-ada je cara nak layan Risha macam bebudak. Sampai Risha lupa yang dia tu dah jadi mama kepada tiga orang anak.

"Papa ada sediakan hot chocolate untuk kamu. Minumlah," beri Dato Fikri pada Putri Risha.

Tanpa ragu-ragu, mug itu dicapai lantas kandungannya diteguk sehingga setengah jadinya. Selesai air diteguk, barulah Putri Risha terfikirkan sesuatu.

"Wait. Bukan ke papa baru je tahu Sha ada kat sini? Macam mana papa boleh buatkan air untuk Sha?" curiga Putri Risha.

Saat itu, air muka Dato Fikri bertukar mendung. Senyumannya sudah hilang entah ke mana.

"Sorry, sweetheart. Papa dah lama kat luar. Papa dengar semua yang Sha dah luah," beritahu Dato Fikri, sedih.

"Ap..apa? How could..."

Putri Risha jadi lemah. Terasa kepala lututnya takde lagi sebarang tenaga nak bangkit. Perlahan-lahan dia terduduk di atas katil.

"Papa sayangkan kamu, Sha. Tapi ini bukan tempat kamu, " lafaz Dato Fikri, syahdu.

Hampir saja mata Putri Risha terkatup rapat, satu suara singgah di telinganya buat kali yang terakhir.

"Ingat kata-kata mama, sweetheart. Bila seluruh dunia menentang kamu, kamu cuma ada diri kamu sendiri. You just have to trust yourself."

Dan semuanya gelap.

20 minit selepas itu...

"Mama janji akan hidup Sha..."

Janji.

Janji.

Janji.

Zappp!!

Putri Risha tersedar daripada lenanya. Kesan ubat tidur yang diletakkan pada minuman tadi taklah kuat sangat manapun. Cukup buat Putri Risha tertidur dalam beberapa puluh minit.

Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya. Melainkan tempat yang dihuni oleh Putri Risha sekarang. Ia adalah sebuah bilik kebal yang berada di bawah rumah Dato Fikri.

Pantas Putri Risha bangun dari atas lantai yang telah lama tak dibersihkan. Bila masa pula bilik ni wujud erk? Tak pernah pula Putri Risha tengok sebelum ni.

Nampak sangat banyak benda lagi yang Risha tak tahu.

"Mama?" seru Putri Risha.

Satu persatu memorinya kembali terlayar. Ya, dia datang dari masa depan! Dan tujuannya datang ke sini adalah untuk selamatkan keluarganya bukan untuk datang memberikan pelukan terakhir seperti yang dia dah katakan pada Maisara.

Itu cuma auta semata-mata. Kalau dia jujur nak selamatkan Dato Fikri dengan yang lain-lain, confirm Maisara tak setuju. Jadi jalan terakhir yang dia boleh guna adalah berbohong..

"Mama! Papa! Along!"

Pintu bilik ditendang kuat. Entah dari mana datang kuasa Putri Risha sehingga pintu bilik kebal pun terpelanting ke belakang.

Jantungnya takyah nak bincanglah weh. Dah dup dap dup dap. Bukan sebab jumpa crush. Bukan juga sebab direject oleh crush macam yang kau alami tetapi hatinya terasa pedih dengan pelbagai tanggapan yang dia sendiri dah tahu telah terjadi.

Tak mungkin dia gagal selamatkan diorang semua. Tak mungkin Putri Risha terpaksa hadap dengan kematian diorang bertiga untuk kali yang kedua!

"Papa!!" jerit Putri Risha.

Kepalanya melilau pada serata tempat. Di suatu sudut dia mampu melihat anak tangga kecil menuju ke tingkat atas. Serta-merta kakinya diayunkan ke arah tangga tersebut.

Tap! Tap! Tap!

"Along!!"

Tiba saja di tingkat atas, Putri Risha terbatuk-batuk kuat. Tak silapnya ini adalah bangsal lama yang dah lama tak digunakan oleh sesiapa. Siap berhabuk lagi. Jadi, ini adalah bilik rahsia ke? Seperti rahsia kau dengan aku. Choi! Rosak cite.

"Kak Lyana! Faizal! Jangan risau! Sha akan selamatkan semua orang!"

Larian laju diatur menuju ke rumah. Usai tiba, Putri Risha masuk ke tengah ruangan rumah agam tersebut seiring detak jantungnya yang tak sekata.

Sepi.

Bagai luruh jantung Putri Risha melihat masa lalunya kini berulang sekali lagi. Melihat yang lain mati tanpa sempat diselamatkan.

"Noo!! Arghhh!! Kau memang tak guna Risha!! Bodoh!!" kutuk pada dirinya sendiri.

Dia jatuh melutut bersama raungan terlalu kuat. Hampir gila dibuatnya. Ingatkan dengan putarkan masa, dia boleh selamatkam orang. So, ini yang orang gelar fake hope? Biar fake hope jangan f*ck girl.

"Kenapa dunia terlalu kejam dengan aku?!! Arghhhhh!!"

"Ris...Risha...Sweetheart..."

Putri Risha tersentak. Pandangannya dialihkan ke arah Datin Melia yang terlantar nazak di atas lantai tak jauh daripada mayat Dato Fikri.

"Mama? Mama!!"

Putri Risha melancarkan ayunan pantas ke arah satu-satunya insan yang masih hidup. Dia segera melutut dengan tangan yang terketar-ketar menyentuh pipi Datin Melia.

"No, you can't leave me. Please, please," rayu dia bagaikan gila.

Kepala sang ibu dipangku perlahan-lahan di atas paha. Rambut serabai Datin Melia dilumuri darah pekat membuatkan hati Putri Risha semakin sayu.

Wanita itu masih cantik di matanya. Tak peduli dengan keadaan Datin Melia, wajah wanita itu dikucup bertalu-talu serentak air mata yang deras mengalir.

"Mama janji dengan Sha untuk hidup bersama. Mama janji takkan tinggalkan Sha!" ngongoi Putri Risha, kecewa.

Datin Melia tersenyum lemah. Perlahan-lahan tangannya diangkat lantas pipi Putri Risha disentuh dengan tenaga yang hampir habis. Di matanya sekarang, Putri Risha tak ubah Putri Risha yang dahulu.

Naif dan anggap semua orang baik. Selalunya aje manja dengan semua orang. Tak semena-mena air mata Datin Melia jatuh menyembah bumi.

Terfikir bagaimana si manja itu boleh hidup tanpanya selepas ini. Sedangkan Putri Risha nak kahwin dulu pun dah nangis tak nak tinggal dengan Tengku Fazril. Hal kecil mahupun hal besar, dialah yang sentiasa menjadi tempat aduan anaknya.

"Sweetheart... Mama tak tipu. Mama sentiasa di hati kamu," ucap Datin Melia, tak berdaya.

"Tak nak. Risha tak nak!! Risha nak semua hidup!!"

"Sha, dengar cakap mama.S..Sha patut tinggalkan tempat ni. In...Ini bukan tempat kamu, sweetheart."

Putri Risha teresak-esak nangis. Dia menggenggam erat buku limanya lalu memejamkan mata. Kata-kata Maisara sebentar tadi mulai bermain di mindanya bagaikan kaset perakam.

"Kau tak boleh biarkan Risha yang sebenar nampak kau. Risha cuma boleh ada satu di tempat yang berbeza."

"Kalau dia nampak aku, camne?"

"Segala-galanya akan berubah. Bukan saja mendatangkan masalah pada kita tapi pada diorang semua di masa lalu. Kau boleh rosakkan dunia sebenar. Sebab masa adalah benda utama yang kita patut jaga dalam dunia ni," jelas Maisara, serius.

Putri Risha terdiam. Sebelum butang kalung tersebut ditekan, Maisara sempat memberikan ia satu lagi amaran yang bakal dia sendiri langgari.

"Ingat Sha. Masa ni boleh diguna hanya sekali. Bukan 2 kali, bukan 3 kali. Atau lebih. Bila kau dah guna sekali, tolong balik semula di tempat asal kau. Di sini dengan kitorang."

Mata dibuka luas. Tak, dia takkan biarkan Datin Fikri yang lain-lain mati lagi. Dia akan selamatkan diorang.

Dengan hati yang penuh tekad, Putri Risha menekan sekali lagi butang yang ada pada jam. Harapannya agar masa boleh diputarkan semula.

Namun, hampa. Segala-galanya tetap sama. Satu pun tak berubah. Semakin degil Putri Risha dibuatnya.

"Damn it!"

Tekan! Tekan! Dan tekan! Tak fikir apa kesannya, Putri Risha menanggalkan kalung tersebut daripada lehernya lalu jam tersebut direnung penuh kebencian.

"Manusia yang mencabar masa adalah manusia yang tak bertanggungjawap."

"Arghhhhhh!!!"

_________________________________

"Jangan Rishaa!!!"

Sepi. Mata Maisara terketar-ketar manakala kepala lututnya lemah untuk terus berdiri. Mujur tubuhnya sempat ditahan oleh Miko daripada jatuh di atas lantai.

Para penjaga tak terkata-kata melihat tindakan Putri Risha yang baru menghempas kalung berbuahkan jam milik alam semula jadi sehingga hancur berderai pada dinding.

Di kala itu, Tasya jatuh lemah di atas lantai. Kuasanya bagaikan direntap daripada tubuh. Segera ahli keluarga mafia tersebut bangkit daripada tempat duduk masing-masing.

"Tasya!"

"Mama!"

Alex mencempung tubuh Tasya lalu diletakkan di atas sofa. Serius, wajahnya bertukar panik pabila Tasya tiba-tiba sahaja jatuh di atas lantai dengan wajah yang bertukar pucat.

Seolah-olah seluruh tubuh gadis itu tak berdarah.

"Tuan Mia, nyawa 05 mengalami penurunan yang mendadak," lapor Alice pada Mia Aurora.

"Apa yang dah jadi dengan dia?!" herdik Alex pada semua orang yang turut kelihatan bingung dengan situasi tersebut.

Black Eryn tertunduk kesal. Dia memegang jari-jemari Tasya yang terlalu sejuk umpama ketulan ais. Sesaat, pandangannya dialihkan ke arah skrin besar yang menunjukkan jam kalung yang sudah pecah.

"Risha hancurkan masa. Tasya pula adalah generasi pertama yang boleh melihat masa depan dan lalu. Bila Risha cuba ubah perkara yang Tasya dah tengok sebelum ni lagi-lagi hancurkan masa, ia bagi kesan pada dia," kata Black Eryn sekali gus membuatkan roh Tengku Fazril dan Alex terasa tersentap daripada tubuh masing-masing.

Maisara terdiam. Salah dia ke sebab dah bagi kalung tu pada Risha?

"Mana mama?"

Soalan Xendra membuatkan seluruh perhatian keluarga tersebut teralih ke arah skrin besar. Dalam sekelip mata, skrin tersebut berubah keadaan dan menunjukkan masa sesaat selepas The Master menghilangkan diri.

Maisara tergamam. Risha...Risha dah berjaya putarkan masa semula untuk kali yang kedua!

"Mai! Kau kata jam tu boleh digunakan sekali," serius Tengku Fazril memandang Maisara.

Jujur, Maisara sendiri tiada jawapannya. Dilihat setiap kali Putri Risha gagal menyelamatkan mereka sekeluarga, jam tersebut akam dihancurkan oleh Putri Risha lalu kembali pada masa lalu secara berulang-ulang.

___________________________________

Lagi. Lagi. Lagi.

"Aku nak sebelum Master datang bukan selepas!" tengking Putri Risha untuk kali yang keenam.

Setiap kali jam tersebut dihancurkannya, jam tersebut akan kembali asal dan kembali pada beberapa minit yang lalu. Putri Risha tak sedar, kesan buruknya beralih kepada Tasya.

"Bodoh!!"

Jam dipecahkan lagi seiring dengan penurunan nyawa Tasya. Dan untuk kali terakhir, jam berputar pada masa yang sangat lamaa.

Zappp!!

Putri Risha terdiam. Matanya yang sembap dan merah dililaukan ke serata tempat. Ini bukan rumahnya. Jauh pula rumah Tengku Fazril.

Ini...ini.

"Jangan ayah!! Melia ni anak ayahh!!"

Suara tu.

_________________________________

"APA BENDA SEMUA NI?"

Maisara tidak terkata-kata. Kini, Putri Risha sudah kembali pada masa sebelum ia dilahirkan dan ketika The King dalam proses meritualkannya sebagai 04.

"Kenapa jauh sangat masa terulang?" soal Roland, tak faham.

Mia Aurora sejak tadi berdiam diri. Dia sekadar menjadi penonton. Sesekali matanya melirik ke arah Tasya yang kaku tak bergerak.

"Apa...Risha nak buat, Mai?"

Seluruh mata memandang ke arah Maisara yang turut beriak tak faham.

_________________________________

"Dia tu anak kaulah sial! Bapa jenis apa kau ni sampai sanggup nak korbankan anak pada syaitan?!!" tengking Dato Fikri.

Tubuhnya dipijak kuat oleh beberapa anak buah The King sampaikan dia sendiri tak mampu nak bergerak.

"Papa! Mama! Sakit. Tolong along," nangis Airil.

Si kecik yang baru berumur 8 tahun itu menangis teresak-esak akibat dipukul beberapa kali oleh 'anjing-anjing' The King.

"Lepaskan anak aku!!"

Datin Melia meronta-ronta dalam tahanan dua orang lelaki. Perit hatinya sebagai seorang ibu melihat Dato Fikri dan Airil diseksa tanpa henti.

Dirinya pula diseret kejam oleh anak-anak buah The King untuk duduk dalam satu bulatan yang dikelilingi dengan berpuluh darah bayi.

Kejamnya The King. Dasar ayah tak guna! Mati, hidup pun susahkan orang!

Dari jauh, The King menuju ke arah bulatan yang dihuni oleh Datin Melia. Anak perempuannya yang pertama direnung dengan pandangan yang sungguh menakutkan.

"Jangan risau, sweetheart. Aku akan jadikan anak kau yang paling tercantik sekali sehinggakan mana-mana lelaki yang menjumpainya, akan jatuh cinta pada dia."

"Ayah, jangan ayah!! Melia tak nak!! Melia tak nakk anak Melia jadi macam ayah!!"

"Ohh, sweetheart. Dia takkan jadi macam aku. 04 akan jadi seperti DIA. DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA. Dunia ini akan jadi terang....dengan kejahatan."

Usai berkata-kata, The King mengangkat tangannya ke udara lagak menyembah pada sesuatu.

"Aku persembahkan 04 padamu, bonda! Apa yang seharusnya dikorbankan, harus dikorbankan! Terimalah!"

"TAK GUNAAAA!!"

Tak sempat ritual diteruskan, tubuh The King terpelanting di atas tanah jauh daripada kawasan yang sepatutnya menjadi tempat untuk penyembahan syaitan.

Seluruh manusia yang berada di sana terkejut pabila datang seorang perempuan bersama mata hitam meluru ke arah mereka.

Riak wajah perempuan tersebut tampak garang seolah-olah tak pernah merasai erti kebahagiaan yang sebenar. Dato Fikri dan Datin Melia terkedu. Kesempatan ini pula diambil oleh Airil untuk berlari ke arah ibunya.

Tubuh Datin Melia yang sarat mengandung dipeluk ketakutan. Mengigil badannya melihat makhluk asing bewarna hitam ini.

"KAU MUSNAHKAN HIDUP KELUARGA AKU!! ARGHHHHH!!"

Kuasa jingga gelap Putri Risha melantun tinggi di atas udara sehingga menyebabkan mulut para penjahat ternganga manakala mata The King pula sudah terbeliak luas.

Tiada lagi Putri Risha. Yang cuma ada hanyalah 04.

"Kau memang dah melampau!!"

Untuk selamatkan semua orang, The King harus mati. Wajib! Itulah yang disangkakan oleh Putri Risha walhal tekaannya sama sekali meleset.

"Siapa kau?!" garang The King menyoal.

"Siapa aku? Kau yang dah buat aku macam ni. Kau dah lupa, King? Aku adalah cucu kau yang kau sendiri sembahkan pada DIA! AKU 04!"

Serentak itu, Putri Risha mengeluarkan pedang jingga gelapnya daripada sarung. Pedang tersebut menyala gelap sehingga membuatkan semua orang terpaku melihatnya.

"Aku benci kau, orang tua. Kau penyebab mak bapak aku mati. Keluarga aku hancur disebabkan kau!" herdik Putri Risha lantas hilang lalu muncul tepat di belakang The King.

Tubuh atok kandungnya ditendang kuat sehingga berpusing-pusing dan menghasilkan habuk yang sangat banyak di udara.

"HAHAHA!! BUKAN KE KAU THE KING? KAU AJAR AKU SEGALA-GALANYA TENTANG PERTARUNGAN? BANGUN THE KING. BANGUN DAN LAWAN AKU!!"

Putri Risha tergelak terbahak-bahak. Tawa jahatnya semakin lama semakin kuat. Dia tak sedar keluarga kandungnya sendiri berasa takut malah jauh untuk mengenali dirinya yang sebenar.

Yang mereka cuma tahu, perempuan misteri ini hanyalah seorang makhluk yang sangat menakutkan.

___________________________________

"Dia nak bunuh The King!!" kata Kami berjaya menangkap niat sebenar Putri Risha.

"Dia tak boleh ubah masa tambah-tambah lagi kematian! Takdir dah tetapkan kematian Dato Fikri sekeluarga. Takkan kita nak biarkan?" sampuk Mika, pula.

"Dia lemahkan kuasa Tasya," lirih saja suara Black Eryn.

Suasana menjadi hingar-bingar. Hanya Mia Aurora saja berdiam diri. Baginya, ia agak menyeronokkan melihat keadaan Risha macam ni. At least, Risha rasa apa yang dia rasa sebelum ni. Muahaha!

Ditinggalkan sementara yang lain bahagia. Dah Risha tu yang degil, tanggunglah akibatnya.

"Wait. Kalau The King tu mati, Genji atau Angel (Miss Destroyer) tak wujud lah en? Semuanya terubah. Maksud aku, kan Genji tu anak didik The King dan King jugalah yang dah pelihara Risha untuk bunuh Xender masa dia hilang ingatan dulu," Akim menyuarakan pendapatnya.

Mia Aurora tersentak. The King. Akal mindanya terfikir semula kebenaran pada hujah-hujah Akim. Betul. Kalau The King mati, bukan ke semuanya bakal berubah?

Mia Aurora pantas bangkit daripada tempat duduknya sehingga berjaya membuatkan yang lain terdiam. Kalau tadi dia yang paling releks lagak berehat bersama kitkat, sekarang dia pula yang serabut.

Dia terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang sangat masuk akal. Tatkala itu, matanya terpandang ke arah Tasya yang tak bergerak.

Masa depan. Masa lalu. Fikir punya fikir, Mia Aurora terkedu. Rasanya dia dah dapat teka apa yang akan terjadi.

"Alice, jaga diorang!" arah Mia Aurora.

Tak sempat nak gerak, Roland menahan tangannya.

"Kau nak gi mana?"

"Saya nak selamatkan mak awak yang degil tu," selamba Mia Aurora menjawap.

"Tu mustahil."

Black Eryn tertunduk sambil tangannya masih setia menggenggam jari-jemari Tasya. Berharap perempuan itu merasakan sedikit habanya.

"Asal mustahil?" tanya Riko, hairan.

"Setahu aku, hanya Risha yang boleh kembali pada masa lalu memandangkan dia ada jam tu. Dan sekarang dia berada di masa lalu. Seorang daripada kita pun tak mampu nak pergi sebab kita datang dari masa depan," kata Black Eryn, mendatar.

"Kau nak cakap bini aku dah terperangkap dalam masa tu?" tanya Tengku Fazril, tak percaya.

Black Eryn mengangguk lemah.

"Okay. Aku faham. Alice, analis sistem 04!" arah Mia Aurora sampaikan kepala semua orang mendongak ke arahnya.

"Baik tuan!"

"Kau nak buat apa?" soal Mikami Brothers, serentak.

Dah namanya kembar. Cakap pun serentak. Takkan nak serentak mencintai kau pula.

"Kau nak masuk sistem Risha ke supaya kau dapat ikut dia?" akhirnya Maisara bersuara.

"Kau ada cara lain ke?"

"Asal kau buat camni? Bukan ke kau bencikan..."

"Aku tak benci. Cuma aku tak suka 01 sampailah 05. Atas beberapa sebab,aku rasa 04 kena balik sekarang," mendatar Mia Aurora menjawap.

Alice pula nampaknya sedang tekun menganalisis sistem antara Risha dan tuannya. Hubungan antara kedua-dua wanita itu disambung agar Mia Aurora mampu berada di tempat Risha berada sekarang.

"Tuan, semuanya dah selesai. Tapi ada satu masalah yang kita tengah hadap sekarang dan saya tak rasa tuan patut masuk dalam sistem 04," cadang Alice, serius.

"Kenapa?" soal Mia Aurora.

"Sistem 04 tak selamat macam sistem yang lain. Ada yang tak kena pada sistem 04 namun ia disembunyikan oleh satu fail sulit di mana saya tak boleh bukanya. Takde cara lain ke yang boleh tuan guna selain cara bahaya ni?" prihatin Alice berbicara.

"Tak selamat? Macam virus ke?" sampuk Zack, tak faham.

"Lebih kurang. Tapi aku tak tahu asal sistem Risha camtu. Setahu aku sistem yang lain, takde masalah," tutur Mika, pelik.

Mia Aurora menguncikan bibir dia sebentar. Akalnya memikirkan baik buruk berkongsi sistem dengan Putri Risha. Dia sendiri tak faham sebenarnya. Asal pula sistem Risha tu tak selamat?

Sistem yang dimaksudkan oleh mereka adalah impuls dalam otak. Dunia manusia memanggil ia sebagai impuls manakala dunia mereka memanggil sistem.

"Aku akan uruskan selebihnya," tenang Mia Aurora.

"Mia!"

Roland merenung pada isterinya dengan pandangan yang tajam. Tak suka Mia Aurora bertindak sendirian tanpa perbincangan terlebih dahulu.

"Tuan! Saya tak rasa tuan sesuai berkongsi sis..."

"Alice, sejak bila kau dah pandai ragu-ragu dengan aku?"

Alice terdiam. Walaupun Mia Aurora bukanlah jenis yang nak melenting padanya, tapi dia tahu Mia Aurora jenis yang tegas dengan pendirian tersendiri.

"Tapi saya nak bersama dengan tuan," pinta Alice kerana tempatnya hanya layak di sisi tuan ia yang sebenar.

Mia Aurora mendekati Alice lantas kepala penjaganya disentuh lembut. Bibirnya pula mengorakkan senyuman pendek.

"Aku okay. Aku perlukan kau di sini untuk lindungi diorang semua. Lagipun, aku tak rasa yang lain boleh diharapkan," komen Mia Aurora, pedas.

"Haha lawak," jeling Kami, tak puas hati.

Macamlah diorang tu takleh diharapkan. Diorang juga yang dah tolong sedarkan Mia hari tu. Kalau takde diorang, mungkin Mia masih dengan DIA.

Diam-diam, Maisara terharu dengan sikap keprihatinan 03. Bibir wanita itu mengatakan dia tak kesah dengan keselamatan semua orang tapi bila nyawa diorang yang terancam, Mia lah orang pertama yang muncul sebagai penyelamat.

Alice tertunduk sedih. Sukar sangat bibirnya ingin tersenyum. Manalah dia pernah berjauhan dengan Mia sebelum ni. Ini baru kali pertama tau.

"Hei, orang kuat macam aku takkan mati. Bila fikir balik, ini lah masanya aku nak buli 04," Mia Aurora tersenyum penuh bermakna.

Akal mindanya mulai memikirkan idea jahat. HAHAHAHA. Akan dia patahkan tulang kaki Risha lepastu bila pompuan tu menderita barulah Mia sembuhkan balik. Aww, sweet sangat!

Sibuk sangat berangan, matanya teralih ke arah Tengku Fazril, Roland, Riley dan Xendra yang merenungnya dengan pandangan tajam. Amboi, Mia Aurora ni ada je benda dia nak ambik kesempatan erk.

"Hehe. Saya gurau je lah wak," kenyit Mia Aurora pada Roland.

Lelaki itu nenggeleng-gelengkan kepalanya menghadap perangai si isteri.

Selepas itu, jari Alice menyambungkan sistem Risha dan Mia Aurora. Maka, terhasillah satu hubungan yang luar biasa.

Satu portal biru gelap muncul di tengah ruangan membuatkan seluruh keluarga tersebut hampir menjerit, terkentut, terberak sekali. Rasa macam tengah tengok dunia game.

"Hati-hati tuan," kata Alice, bimbang.

Mia Aurora tak menjawap. Riak wajahnya bertukar serius manakala bebola mata ia tertumpu ke arah portal biru gelap tersebut.

"Mia, hati-hati," ujar Roland, sedikit bergetar suaranya.

"Tuan boleh masuk dalam masa 3 saat lagi. 1...2...3!"

___________________________________

"HAHAHAHA!! Aku akan kembalikan semua yang kau dah rampas daripada aku!"

The King terbatuk-batuk darah. Peritnya tak terperi menerima 3 kali serangan Putri Risha dalam satu masa. Tu baru 3 kali tau. Dah The King tumbang.

"Ak...aku tak kenal kau!" bengang The King.

"Oww King. Kau sangat memalukan. Camne kau tak kenal dengan cucu kau sendiri?" Putri Risha tersenyum seram.

"0...04?"

"Kau dah ingat."

"Tak mungkin."

Putri Risha menyeringai bengis terhadap The King. Apa benda yang tak mungkin? Kau hisap dadah ke sampai tak nampak cucu kau sendiri dah ada kat depan mata kau?

Sah-sahlah tak mungkin ngok. Kan Risha pada masa yang lalu masih kat dalam perut Datin Melia.

"Kau dah banyak rosakkan hidup aku, orang tua."

"Kalau kau cucu aku 04, bukan ke kau patut berterima kasih dengan aku sebab dah jadi punca kau kuat macam ni?" The King cuba membela diri.

"Kau nak aku berterima kasih?"

Putri Risha tersenyum jahat. Mata pedangnya diseret pada tanah seraya kakinya berjalan selamba ke arah The King. Lelaki itu langsung tak bangkit lagi setelah dibantainya tadi.

"Okay. Aku akan berterima kasih dengan cara ni!!"

Putri Risha berlari pantas ke arah The King lalu pedangnya diangkat di atas udara. Bilah pedang ditargetkan tepat ke arah leher atoknya biar kepala lelaki itu bercerai dari tubuh.

Namun, tak sempat pedangnya ingin mendarat, tiba-tiba muncul satu kuasa hijau gelap yang menepis serangan Putri Risha sehingga berjaya menyebabkan perempuan itu terkejut dan terpaksa berundur ke belakang.

The King bagai ais ketul yang langsung tak bergerak. Pucat wajahnya melihat serangan Putri Risha tadi. Ingatkan dia hampir mati.

Bukan The King saja yang terkejut, malah seluruh penghuni tersebut berundur ke belakang melihat ada seorang lagi makhluk mempunyai aura yang hampir sama dengan 04.

"Ugh, kau tentu dah puas berseronok kat sini. Malangnya, aku rasa kau patut balik sekarang."

Putri Risha mengetap gigi menahan sebal. Hampir The King mati tadi. Boleh pula 03 muncul sekarang! Tak guna betul!

"Kau bersubahat dengan orang tua ni kan! Sebab tu kau tak nak aku bunuh dia!" tengking Putri Risha.

Mia Aurora tak segera menjawap. Sempat kakinya memijak kepala The King di atas tanah lalu dia berganjak sedikit mendekati Putri Risha.

"Dengan orang tua ni? Memang taklah! Kau dah hancurkan masa, 04."
"Masa rampas semua yang aku sayang!"

"Masa memberi sebelum dia merampas. Kau ingat dengan putarkan masa boleh kembalikan situasi jadi lebih baik? Kau makin terukkan keadaan. Kau mungkin pekak atau langsung tak belajar dari kata-kata penjaga kau sendiri. Bukan ke budak tu kata kalung jam ni boleh dipakai cuma sekali?"

Sesuka hati erk mulut Mia nak gelarkan Maisara tu budak.

"Kalau tak boleh habistu kenapa masa bawa aku kat sini?!"

"Sebab masa tengah hukum kau. Orang yang dah mati tak boleh hidup balik."

Sungguh bijak Mia Aurora mematahkan kata-kata Putri Risha. Sampaikan keyakinan perempuan tersebut turun sedikit demi sedikit. Namun, ketika bertekak dengan mummy Roland, mata Mia Aurora terganggu dengan dua kehadiran manusia yang amat dikenalinya.

Dua manusia tersebut berada dalam tahanan orang-orang The King. Mia Aurora tersenyum sinis. Tak sangka betul diorang dua pun ada kat sini.

"Penipu! Kau bersekongkol dengan orang tua ni kan?! Cakap dengan aku 03!" pekik Putri Risha tak mampu nak terima kenyataan.

Mia Aurora mendengus rimas. Berapa kali baru nak faham bahasa ni? Takde sekolah tadika ke dulu? Tak larat nak bertikam lidah, akhirnya Mia Aurora mengaku niat sebenarnya datang ke sini.

"Pada mulanya, aku taklah kesah sangat dengan keadaan kau sekarang sebab kau sendiri yang degil nak cari pasal dengan masa. Tapi aku sedar niat kau nak bunuh The King. Kalau orang tua tu mati malam ni, bukan ke situasi sekarang adalah bakal menjadi masa depan kau? Takde lagi Angel. Kau akan ketuai empayar The King sekarang dan menjadi musuh suami kau sendiri, Xender. Bila kau kuat sebab kekuatan syaitan ni, kau akan bunuh Xender dan yang lain-lain. Apa yang paling teruk sekali, Double R dan Xendra tak pernah wujud dalam dunia ni. Erti kata lain, kau bunuh anak-anak kau sendiri."

Penerangan Mia Aurora sungguh benar-benar mengejutkan Tengku Fazril dan semua orang . Sekarang dah logik. Patutlah Mia nak keluarkan Risha dari masa lalu. Kalau Roland tu tak wujud, Mia pun tak ada dengan diorang sekarang. Dan DIA kekal berkuasa.

Putri Risha terdiam. Anak matanya kerap bertukar hitam dan normal. Dia tak tahu apa yang bermain di mindanya sekarang. Memorinya agak kabur.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang sebab kau takde ibu bapa!"

Mia Aurora berdiam diri. Ohh, sekarang nak cakap pasal ibu bapa erk? Amboi, hang dah lebih dari kuah! Kalau tak ingatkan Risha ni mama kepada Roland, mahu saja Mia gunakan kuasanya untuk turunkan kuasa pompuan ni.

"Aku tak sedih hidup tanpa ibu bapa. At least aku tak jadi macam kau bila diorang dah mati."

Ambik kau! Kena setepek! Kuang aja sangat mulott!

"Huh, dan kau hidup dalam kesepian."

Sedas Mia Aurora dapat dari Putri Risha. Sape suruh sesuka hati sindir orang.

"Sepi tapi aku hidup dalam dunia yang sebenar. Kau pula tak seimbang dengan kuasa kau sendiri dan hidup dalam realiti yang palsu. Rasanya hidup kau jauh lebih bosan daripada hidup aku," sinis Mia Aurora membidas.

Putri Risha menganggukkan kepala tanda faham. Perang mulut takkan tamatkan apa-apa. Dia akan hancurkan 03 sebab dah berani selamatkan nyawa The King.

Sayang bagi Putri Risha, dia langsung tak percaya bahawa kuasanya tak seimbang sama seperti 01, 02 dan 05. Dengan keyakinan yang terlalu tinggi tahap bulan, Putri Risha mengacukan
mata pedang ke arah Mia Aurora seiring dengan senyuman sinisnya.

"Aku takkan maafkan orang yang dah bersubahat dengan orang tua ni!"

Shhusshhh!!

Putri Risha maju ke depan dengan deruan angin kuat. Mia Aurora tak beriak. Jelas matanya melihat pedang 04 berada di sebelah kiri. Dengan gerakan yang tenang, Mia Aurora mengelak serangan tersebut lalu bergerak pantas ke sebelah kanan.

Dia tahu ini bukan kemampuan 04 yang sebenar. 04 yang dia kenali ialah seorang perempuan SANGAT kuat. Cuma sekarang, Putri Risha hanya dikawal oleh api kebenciannya sendiri.

"Mia, aku tahu dia jahat sekarang. Tapi tolong, jangan bunuh dia."

Suara Maisara bergema pada alat pendengaran halimunan di telinga Mia Aurora. Bunuh? Memanglah Mia takkan bunuh Risha. Gila. Mahunya Roland sound dia nanti.

"Aku takkan bunuh pompuan ni. Aku kan...baik."

Selepas itu, Mia Aurora mengeluarkan pedang hijau gelapnya lalu dihalakan pada Putri Risha. Ketika ini, isteri kepada ketua mafia itu tersenyum lebar. Atau lebih tepat tersenyum seram. Dalam otaknya, terkandung idea jahat untuk kenakan 04.

Nampak sangat dah lama simpan dendam nak buli Risha erk.

"MARILAH!"

"MIA!!!"

Mia Aurora tersenyum nakal. Pedang diangkat lalu kedua-dua wanita yang disayangi oleh Roland itu saling bertembung. Mia Aurora menyerang dari bahagian atas manakala Putri Risha melancarkan serangan dari bahagian bawah.

"KENALAH KAU!"

"BUKAN AKU TAPI KAU!"

Mia Aurora hilang sebelum serangan Putri Risha sempat tiba di perut perempuan itu. Sebagai orang yang paling berpengalaman dalam pertempuran, Mia Aurora mudah sahaja membaca gerakan Putri Risha.

Dia muncul di belakang ibu mentuanya lantas dihadiahkan tendangan kuat. Tetapi malangnya, giliran Putri Risha pula menghilangkan diri.

Dahi Mia Aurora berkerut sedikit. Dia terpaksa mendarat di atas tanah sehingga menghasilkan bunyi geseran yang kuat.

"Kau patut cuba cara lain nak serang hendap aku."

Mia Aurora tersenyum senget. Not badlah cara 04 bertarung dalam keadaan yang tak seimbang camni. Bagi pendapat Mia sendiri, antara mereka berlima, 04 ialah seorang makhluk yang agak unik dan berbeza.

Dia tak tahu mengapa tapi memang ada sesuatu yang tak kena di mata Putri Risha. Perempuan itu membawa keindahan dan kebahagiaan pada semua orang. Tapi tatkala dia bersedih, seluruh dunia bagai berduka bersamanya.

"Should we start again?"

"As you wish."

Riak wajah Mia Aurora bertukar serius. Digenggam kuat kepala pedangnya lalu diangkat sehingga separas dada. Baru sahaja kakinya ingin bergerak, tiba-tiba beberapa ayat misteri terlayar di matanya lalu membuatkan perempuan itu jatuh melutut.

'Apa? Apa benda ni?'

Mia Aurora mencengkam bahagian mata kirinya menahan kesakitan. Satu ayat terlintas pada sistem secara mengejut.

Sistem sulit!

_____________________________________

"Apa dah jadi?! Kenapa dengan Mia?!"
Alice berdecit garang. Dia sedar memang ada sesuatu yang tak betul pada sistem 04. Seakan-akan sistem perempuan itu rosak dan dikategorikan sebagai sistem yang tak selamat. Tak guna betul!

"Sistem 04 telah dicopkan sebagai sistem yang amat merbahaya untuk diceroboh lagi-lagi untuk berkongsi. Apa yang berada dalam sistem 04 boleh dilihat oleh tuan aku. Erti kata lain, sistem 04 mempunyai virus yang bila-bila masa boleh bunuh 03," jelas Alice, gusar.

Maisara terdiam. Sepanjang dia menjadi penjaga kepada Risha, dia tak pernah tahu sistem tuannya sendiri langsung tak selamat.

"Mikami! Jaga tempat ni!" arah Alice.

"Kau nak gi mana?"

"Aku akan berada di sisi tuan aku."

Alice yang penjaga ni pun setia dengan tuan dia. Apatah lagi manusia yang tak setia langsung dengan Maha Pencipta. Yang baca ni, dah solat ke belum?

___________________________________

'Apa semua ni? Kenapa si...sistem Risha macam dah rosak?'

Mia Aurora meraung kesakitan. Kepalanya tersangat sakit melihat pelbagai bayangan datang melintasi otaknya. Satu perkara yang dia tahu. Bayangan tersebut bukanlah datang dari sistem ia sendiri melainkan kepunyaan Putri Risha.

"Argghhhhh!!"

1800 tahun yang lalu...

Untuk kali pertamanya, Putri Risha tersenyum lebar. Tawanya membuatkan bunga-bunga di sekitar ia semakin bercambah mekar. Dia berlari gaya keanak-anakan seraya dipandang jauh oleh seseorang.

"Kejar saya!"

Memori bertukar lagi. Kali ini, bayangan jelas menunjukkan Putri Risha tertunduk murung. Tiada lagi senyuman di bibir wanita itu. Di matanya hanyalah kelihatan kesengsaraan dan keperitan.

Berbeza dengan situasi tadi. Putri Risha kelihatan duduk di sebuah meja besar bersama rakan-rakan jahatnya yang lain.

"Ke mana kau pergi akhir-akhir ini, 04? Mengapa bonda sukar mencari engkau?"

Putri Risha tak menjawap. Tindakannya yang sekadar mengacau makanan di atas pinggan menarik perhatian yang lain.

"Bonda bercakap dengan kaulah ngok. Kau fikir apa?" 02 (Anneliese) menyiku tangan Putri Risha.

Sebenarnya, bukan Risha tak dengar. Cuma kelemahannya adalah tak pandai berbohong. Senang aje dia tertangkap. Kang kalau salah cakap, naya dia.

"Bonda kenal dengan 04. Dia kan suka cari benda pelik-pelik kat hutan. Tentu dia hilang sebab nak cari benda baru kat hutan dalam. Betul tak, 04?"

Putri Risha memandang Mia Aurora  (03) yang kini mencicipkan bibirnya pada bibir gelas. Gadis itu merenungnya dengan pandangan yang begitu bermakna sekali.

"Ya. Aku hilangkan diri dalam hutan."

Dan sekali lagi memori tersebut berubah bagi kali terakhir. Namun, kali ini agak berbeza. Mia Aurora dikejutkan dengan memori 04 ditikam oleh sebilah pedang yang menusuk perut perempuan itu sehingga tembus di belakang tubuhnya.

Wajah si pelaku tidak kelihatan. Apa yang Mia Aurora mampu lihat Putri Risha mengalirkan air matanya seraya menyentuh pipi insan yang telah menikam perutnya.

Tragis. Satu kata yang menggambarkan situasi malang 04. Jadi, benarlah kisah dahulu. Sememangnya mereka semua mati angkara orang luar. Dan Mia tahu siapa orang luar tersebut.

"Aku sayang kau. Sampai bila-bila."

"Arghhhhhh sakit!!"

Dari jauh, Putri Risha tersenyum sinis. Sikit pun tak rasa kesian pada 03. Malah, dia mengambil tindakan dengan mara terus ke arah 03 ketika perempuan itu langsung tak berjaga-jaga.

"Mari aku tamatkan nyawa kau!"

Diasak kesakitan yang melampau gara-gara berkongsi sistem Putri Risha, Mia Aurora alpa dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Teruk sangat sistem Putri Risha sekarang. Takkan dia tak sedar sistem dia dah rosak selama ni? Benda penting camni pun, Maisara 2x5 sama je dengan tuan dia.

Mia Aurora tak mengelak. Saat kepalanya sudah diangkat ke arah Putri Risha, tiba-tiba satu geseran kuat muncul di antara pedang dan pedang.

"Maafkan aku, 04."

Alice menjatuhkan pedang merah terangnya di atas tanah lalu mengangkat tangan menghala 04. Saat itu, kuasa hijaunya keluar mengelilingi tuan kepada Maisara.

Inilah kelebihan Alice. Dia mempunyai kuasa yang dimiliki oleh Mia Aurora kerana perempuan itu adalah tuannya. Namun bukan Tasya dan Maisara. Mereka kehilangan kuasa sebenar mereka disebabkan telah melanggar hukum dunia.

"Ap...apa kau cuba buat?!"

"Kuasa penurunan nyawa."

"Arghhhhhh!!"

Jeritan bergema di seluruh kawasan tersebut sekali gus dengan situasi Putri Risha yang jatuh melutut di atas tanah. Matanya berulang kali bertukar hitam lalu ke normal semula. Sehinggalah pada suatu tahap nyawanya sendiri diturunkan pada angka 15%.

Sepi. Seperti hati kau yang sepi tanpa doa. Tiada lagi jeritan yang keluar daripada bibir wanita itu.

"Tuan tak apa-apa ke?"

Alice bergegas merapati Mia Aurora yang kini bangun daripada pembaringannya. Mata perempuan itu tampaknya sudah kembali normal.

"Sistem 04 sangat bahaya sekarang. Tuan kena kel..."

Tak sempat meneruskan bicaranya, kedengaran esak tangisan kecil datang daripada kawasan berdekatan. Pantas kepala kedua-dua insan yang saling berkait rapat itu menoleh ke arah punca bunyi tersebut muncul.

"Mama..."

"Tuan, patut ke..."

Mia Aurora mengangkat tangan tanda agar Alice berhenti berbicara. Kakinya menuju ke arah Putri Risha dengan wajah yang dingin.

"Balik," hanya sepatah kata keluar daripada bibir Mia.

"Aku tak nak balik."

"Boleh tak kau ber..."

"Aku tak nak balik kau faham tak?! Aku tak nak tengok semua orang! Aku tak nak bercakap dengan sesiapa. Aku...aku cuma nak keluarga aku balik..."

Putri Risha menangis umpama kanak-kanak kecik. Sampai naik pening Mia Aurora nak layan. Kang lempang sat lagi, makin nangis pula.

"Erhh saya rasa tuan perlu pujuk dia,"cadang Alice dalam bisikan.

Mia Aurora menjulingkan matanya ke atas. Dia nak pujuk? Memang taklah! Roland merajuk pun, dia tak reti nak pujuk. Apatah lagi budak sekor ni.

"Asal aku pula yang kena pujuk dia?" leceh Mia Aurora.

"Sebab tuan kawan baik dia dulu," selamba Alice menjawap.

Mia Aurora merengus malas. Asallah mangkuk ni boleh hilang ingatan sekarang? Zaman diorang mana ada erti pujuk semua ni. Pa benda?

Terpaksalah Mia pujuk. Dahlah nangis sampai hingus terkeluar. Eee geramnya.

"Aku...aku faham perasaan kau. Aku tahu mak, bapak, abang kau baru je mati. Siapa suruh kau lambat nak selamatkan diorang. Aku dah kata jangan lembab sangat. Tapi takpe, at least kau masih ada diorang Xender. Walaupun diorang tak guna dan menyusahkan, kita boleh buli diorang sama-sama. En? En?"

Alice mengerutkan dahi memandang Mia Aurora. Asal macam tak betul je cara tuan dia tu pujuk?

Putri Risha tak beriak. Nak marah pun takde mood dah. Ikutkan hati, dah lama muka Mia dia nak tendang. Tapi mood kan tengah sedih.

Sesaat dua saat, Mia Aurora menghela nafas berat. Dilihatnya Putri Risha tertunduk dengan suara teresak-esak. Haih. Apa lah nak jadi dengan minah ni.

"Alice, data masih menunjukkan yang nenek 04 masih hidup kan?" soal Mia Aurora, mendatar.

"Ya, tuan. Ikut data, Tok Mariam iaitu nenek 04 masih hidup jauh di sudut pedalaman kampung," lapor Alice.

"Hantar beruk ni ke kampung tu sekarang. Make sure tempat tu selamat dan tiada sorang pun yang boleh buru 04 sampailah beruk ni bersemangat balik nak teruskan hidup," arah Mia Aurora.

Alice mengangguk faham. Bibirnya cuba menahan daripada menguntumkan senyuman lebar. Walaupun Mia ni kasar orangnya tapi terselit jua rasa prihatin.

"Macam mana dengan tuan?"

"Tangan aku dah sembuh. Aku boleh balik sendiri."

"Baik, tuan."

Mia Aurora berpusing membelakangkan mereka berdua. Saat dia hampir menghilangkan diri, sempat bibirnya tersenyum sinis melihat kelibat dua manusia yang hadir di sisi Dato Fikri sekeluarga.

Memang tak sangka betul. Diorang berdua pun ada dalam memori Datin Melia cuma wanita itu tak tunjukkan kebenarannya yang sebenar.

Selepas itu, Mia Aurora hilang dalam sekelip mata lalu muncul semula di tengah ruangan Master Room. Perkara pertama yang menjengah matanya adalah keadaan Tengku Fazril yang tertunduk kecewa dengan Riley serta Xendra yang menangis. Roland pula tampak tak bersemangat.

"Aku rasa Risha perlukan masa. Bila dia bersedia, kita akan ambik dia balik," ujar Mia Aurora, mendatar.

"Macam mana pula dengan Liese?"

Mia Aurora menoleh ke arah Tengku Haikal yang kelihatan risau mengenai isterinya. Tak tahulah nak cakap apa weh. Liese tu bukan macam Risha. Bukan senang nak bawa biawak tu balik camtu je.

#Gilaa. Aku taip bab ni hampir 7k words.

#Yesss!! Lepas ni chapter yang last punya!! Hooray!! Aku dah boleh rehat!!

#300 comments baru aku update tau. Untung-untung aku boleh taip next chapter bulan dpan nnti.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro