Serunai Maut | Falah | 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Ada orang request bunyi serunai maut. Nah. Itu bunyinya. Tapi itu sebenarnya bunyi instrumen yang sedih, tiba-tiba jadi seram haha.

Apapun, get ready dengan pengembaraan yang semakin mengarut. Sendiri tak faham apa yang ditulis.. Allahu. Hadap jelah. 😔

.
.
.





PEKAN itu meriah. Jam dua petang ramai penduduk kampung yang hendak membeli barangan rumah. Sekali pandang kampung di Pulau Jengka ini seolah-olah satu kampung yang sangat harmoni dengan barangan yang murah dan berkualiti. Malah penduduknya pun tampak baik hati dan ramah sesama sendiri. Namun di sebalik semua itu tiada siapa sangka ada kepercayaan khurafat yang menakluk pulau yang damai ini. Membuatkan penduduknya hidup dalam ketakutan pada waktu malam. Dan menjadi tidak mesra dengan orang luar kerana bagi mereka orang luar ialah ancaman untuk mereka.

Awal petang itu - Iman, Henry dan Falah menaiki bot ke pulau tersebut. Semuanya atas permintaan Falah sendiri kerana dia belum pernah melihat pulau ini secara dekat. Selepas mendengar rakaman serunai tadi lama juga mereka berbincang sesama mereka berkenaan tindakan selepas ini dan akhirnya mesyuarat itu ditutup dengan keputusan dari Falah yang dia mahu melihat sendiri Pulau Jengka itu.

Maka di tengah pekan yang sibuk dan sesak ini, mereka bertiga berjalan tidak seiring. Henry berada paling hadapan, diikuti Iman yang kekadang ralit melihat barangan murah yang menarik hati hawanya dan di belakang sekali ialah Falah. Dua penyiasat lagi yaitu Melissa dan Dr Khalil menetap di feri sahaja untuk menjaga. Lagipun mereka ada misi mereka sendiri yang Dato' Hussain telah berikan secara persendirian pada mereka, Henry malas hendak ambil tahu misi itu kerana ianya tada kaitan dengannya pun.

"You perasan tak diorang pandang kita lain macam?" Iman bersuara perlahan di belakang, cukup untuk Henry yang sedang mengelamun itu mendengar soalan wanita itu.

"Mestilah diorang pandang kita lain macam, kita pakai pakaian orang luar." Henry balas tanpa berkalih. Terus menyelit di tengah orang ramai yang berasak-asak hendak membeli barang.

"No, diaorang pandang kita macam diorang tahu siapa kita." Iman sudah pun menyaingi langkah Henry, hendak lebih mudah bercakap. Wajahnya sesekali memandang pada orang di pekan ini yang sering menjeling mereka.

"Mungkin diorang kenal kita sebagai penyiasat kes ini_"

Ayat Henry terputus apabila tiba-tiba wajahnya terasa ada cecair likat.

Mata Iman membesar.

Telur?

Pekan yang asalnya meriah dan riuh rendah tadi serta merta berubah sepi. Semua memandang Henry dengan pandangan tajam.

Iman pandang kiri kanan mahu mencari siapakah yang mencampakkan telur ini pada Henry.

"Woi, orang luar! Berambuslah!!! Kau tahu tak sebab kau semua lah 'dia' marah!!"

"Ya betul tu!!! Kau semua pembawa sial!!!"

"Celaka!"

"Berambuslah!!!"

Pekan itu berubah riuh dengan herdikan-herdikan kasar itu.

Semua tampak mencemuh Henry dan Iman kerana mereka sudah mengenali dua orang penyiasat ini. Mereka juga mendengar cerita yang dua orang penyiasat ini mengatakan bahawa sesiapa yang mempercayai tentang serunai maut maka dia dipanggil tidak waras. Malah dua orang penyiasat ini juga menuduh tok penghulu mereka tidak waras hanya kerana tok penghulu berpesan benda yang betul.

Mereka sudah tidak dapat bersabar lagi.

"Apa lagi kau nak hah?!!! Tak puas lagi ke tengok orang mati! Nak bukti apa lagi baru nak percaya yang serunai maut memang ada!!" Seorang peniaga lelaki menjerit kasar.

Iman yakin peniaga itulah yang mencampakkan telur pada wajah Henry kerana dia ialah gerainya penuh dengan telur. Peniaga telur.

Kemudian dia memandang Henry, dilihatnya lelaki itu sedang berusaha mengelap wajahnya yang penuh dengan kulit telur dan isinya. Habis berlengas tangannya. Iman jadi simpati.

"Sebelum ini, masa kau semua tak ada, hidup kami damai sahaja! Datang saja feri itu, kau semua buat 'dia' marah!!! Berambuslah!!! Jangan susahkan kami!!" Penjual telur itu mengherdik lagi.

"Kau semua ancam nyawa kami!!" Seorang wanita yang sedang mendukung kanak-kanak perempuan menjerit sama.

Yang lain terangguk-angguk dan ada juga yang mencebik bibir mencemuh.

"Kau juga kata orang yang percayakan serunai maut itu gila! Sebenarnya kau semua yang gila!! Pemikiran sempit!!"

"Tak waras!!"

Penduduk kampung hiruk-pikuk.

"Iman, kita kena pergi dari sini." Henry yang dari tadi hanya diam akhirnya bersuara perlahan pada Iman.

Iman tersentak sedikit. Memandang Henry kemudian menoleh ke belakang, mencari kelibat Falah.

"Falah?! Falah mana?"

Iman panik bila Falah tidak kedapatan di mana-mana. Di matanya hanya kelihatan kerumunan penduduk kampung yang sedang memandang bengis padanya.

Dia dapat dengar berbagai cemuhan lagi dari orang sekeliling namun entah kenapa semua itu langsung tidak terkesan baginya. Mungkin menjadi seorang penyiasat buat cemuhan dan cacian ialah perkara biasa.

"Henry, Falah mana?" Dan kehilangan Falah di matanya lebih buat Iman cemas.

Henry turut mencari Falah. Benar. Memang Falah tiada di situ.

"Kau dengar tak aku cakap apa!?"

Tengkingan dari salah seorang penduduk kampung serentak membuatkan Henry dan Iman menoleh.

"Lebih baik kau balik rumah dari kau duduk di sini dan menyusahkan kami semua." Lelaki berwajah bengis itu mengulang ayatnya.

"Kalau kau tak nak percaya dengan apa yang kami percaya, tak payah duduk sinilah. Balik rumah lagi senang!!" Peniaga telur itu pula menyampuk.

Henry dan Iman tidak berganjak. Tidak tahu hendak buat apa.

"BERAMBUS AKU KATA!! BERAMBUS!!!" Peniaga telur itu berang lantas mengangkat tangannya tinggi.

Henry besarkan mata, dia dapat lihat ada sebiji telur di tangan lelaki peniaga telur itu. Entah apa yang merasuk lelaki separuh abad itu.

Dan Henry dapat agak sasaran peniaga itu kali ini ialah Iman.

Kurang tiga saat, Henry dapat rasa tangannya yang diangkat itu melekit dan agak pedih.

Iman yang tidak menyedari apa-apa tergamam apabila melihat tangan Henry yang betul-betul di hadapan wajahnya itu sudah dilumuri telur.

Jantung Iman berdegup kencang.

Henry lindungi dia?

"Pakcik, membazir lah campak telur macam ni." Henry mengeluh. Penat. Wajah lelaki peniaga telur itu merah padam bila ditegur Henry begitu.

"Aku peduli apa!!" Peniaga telur itu mengambil lagi telur untuk dicampak pada Henry dan Iman. Amarahnya sudah meletup.

"Sudaaaaahhhhhhhh!!"

Suara kecil itu serta merta mematikan suasana ribut. Semua terkaku memandang satu arah. Yang pasti telur ketiga tidak jadi dibazirkan.

FALAH tertinggal di belakang sedikit berbanding Henry dan Iman. Namun dia tidak kisah, hanya terus melangkah dan kekadang berbalas pandang dengan penduduk kampung yang sedari tadi merenungnya seakan dia telah melakukan kesalahan besar. Dia tidak tahu kenapa namun dia dapat rasa yang pandangan itu membawa maksud ancaman.

Dalam langkah itu juga, dia ternampak satu papan tanda dengan tulisan berwarna merah yang sudah luntur.

Papan kenyataan tentang larangan membuka lampu.

Nafasnya dihela serta merta.

Jika sebelum ini dia membaca kenyataan tersebut pasti dia takkan mempercayainya. Namun selepas mendengar sendiri rakaman cctv itu, hatinya sendiri tidak mampu mempercayai bahawa perkara khurafat ini adalah benar.

Sememangnya dia tidak percaya bahawa serunai mampu membunuh orang, namun sihir dan ilmu hitam itu tetap wujud. Mungkin sahaja dalam serunai itu terdapat sihir yang sememangnya membunuh manusia.

Sesungguhnya sihir dan ilmu hitam tidak mampu dijangkaui akal.

Namun ilmu Allah dan kekuasaanNya lebih luas dan lebih tidak mampu dicapai akal.

Subhanallah.

Bibirnya spontan memuji Allah. Mengembalikan segala pujian hanya untuk Yang Esa. Makhluk tetap tiada kuasa.

Tidak semena, ketika dia sedang berjalan dalam keadaan cuba mengelak dari berselisih dengan mana-mana ajnabiah - dia terasa seperti pehanya terlanggar sesuatu.

Dan suara budak kecil yang mengaduh sakit kedengaran di celah keriuhan pekan.

Falah spontan menundukkan wajah. Terlihat seorang kanak-kanak perempuan dalam usia empat tahun sedang terduduk di hadapannya. Kanak-kanak itu tampak menggosok-gosok kepalanya. Mukanya berkerut. Kemudian kanak-kanak perempuan itu mengangkat wajah pada Falah.

Mukanya tidak berpuas hati. "Yapa pacik ni? Shakit Nuna tau tak!"

Falah terkedu bila dirinya dimarahi kanak-kanak itu.

"Tengok ni.. Baju Nuna da comot da.." Kanak-kanak itu kelihatan menepuk-nepuk pakaiannya.

Falah kemudian tersenyum kecil. Lantas mencangkung di hadapan kanak-kanak tersebut. Sudah diabaikan Henry dan Iman yang pastinya sudah pun meninggalkannya.

"Nuna sakit dekat mana?" Soalnya.

"Shini, shini, shini.." Kepala, dahi dan pipinya ditunjuk. Bibir kanak-kanak tembam itu tercebik.

Falah tersenyum lucu.

Tidak semena-mena, telinganya menangkap bunyi riuh rendah dari arah sana. Falah berkerut. Terus memandang ke arah sana. Herdikan dan teriakan saling bertindih.

Suasana bertukar tegang dan kucar kacir.

"Pakcik, buyi yapa tu?" Nuna yang pelat itu bertanya. Mukanya nampak takut apabila mendengar keriuhan itu.

Falah tersenyum manis. Lantas tangannya dihulur pada kanak-kanak bernama Nuna itu. "Sini, pegang tangan.."

Belum sempat dia menyuruh Nuna menyambut tangannya, keriuhan dari arah sana tiba-tiba melonjak bingit sehingga Nuna terus melompat ke arahnya seraya merangkul lehernya.

"Pacik.. Nuna takuit.." Kanak-kanak itu hendak menangis.

Falah tergamam. Terkebil-kebil bila dipeluk kanak-kanak itu.

Dia kemudian berdiri mendukung Nuna. Dia kasihan melihat tubuh kanak-kanak ini menggigil.

"Tak ada apa, Nuna." Falah memujuk persis seorang bapa. Sambil itu kakinya menapak ke arah keriuhan itu.

Cemuhan dan makian silih berganti kedengaran. Malah makin mengasak ketegangan yang sedia ada.

Apabila sahaja Falah semakin hampir serta merta pandangannya terlihatkan Henry dan Iman di tengah-tengah kerumunan tersebut.

Matanya membesar.

"Pacik.. Kenapa?"

Nuna hendak melihat juga keriuhan itu, dia mengangkat mukanya dari celah bahu Falah. Namun Falah dengan segera menolak kembali kepala Nuna agar bersandar pada bahunya.

"Jangan tengok." Dia berpesan. Tegas.

Nuna terus diam.

Falah mengetap bibir. Jelas pada pandangannya wajah Henry yang dilumuri telur. Dan Iman di sebelah Henry hanya menunduk bila dicemuh begitu.

Nafasnya menjadi hangat.

"Aku kata berambuslah dari pulau ini!! Celaka!"

"BERAMBUS!!"

Keadaan makin bingit.

Suasana makin tegang.

Apabila melihat Henry sekali lagi dicampak telur, Falah mengetap rahang.

"Pacik.."

"Ya Nuna.." Nafasnya tertahan-tahan.

"Nuna takuit.. Kita pigi lain lah."

"Tak boleh Nuna, keluarga pakcik ada dekat sana." Falah mengintai peluang untuk mencelah pertengkaran itu.

"Kalau macam tu, pacik suruhlah meyeka behenti." Nuna di celah tengkuk Falah memberi nasihat.

"Macamana?" Falah berkerut.

"Macam ni.."

Belum sempat Falah membuat perkiraan, tanpa dia sangka dan duga - Nuna dalam pelukannya berpaling pada kerumunan itu dan menjerit sekuat hatinya.

"Shudaaaaaahhhhhhhh!!!"

Semua jeda.

Falah tergamam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro