𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋'𝐒 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 : 𝟏

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terkedek-kedek Farlana berjalan mendekati babahnya yang sedang bermain iPhone itu.

“Babah, babah!” dia menepuk-nepuk paha Farrel. Farrel segera mengalihkan telefonnya ketepi lalu tubuh kecil anaknya diangkat dan didudukkan di atas pangkuannya.

“Ya anak kesayangan babah,” Farrel menguak rambut depan anaknya ke belakang. Terserlah dahi mulus anaknya.

“Tadi dekat taska kan, kawan Lana cerita yang mama dia dah lahirkan adik dia. Excited betul dia cerita kat Lana tadi,” cerita Farlana pada babahnya sambil muka yang tampak sedih.

Gadis kecil itu pun turut bermain dengan jari jemari sendiri.

“Lepas tu, kenapa Lana nampak sedih?”

Farlana menggumam perlahan.

“Sebab Lana cemburulah,”

“Kenapa nak cemburu?” Farrel mengajukan lagi soalan dekat anaknya.

Farlana hela nafas.

“Lana pun nak adik juga babah. Tak boleh ke babah bagi adik? Lana bosanlah sorang-sorang,” kepala ditunduk memandang jari jemarinya yang kecil itu.

Gulp!

Farrel menelan air liurnya.

Bagi anaknya adik? Oh tidak, dia sudah serik.

“Perlu ke?”

Farlana lantas mengangkat wajahnya. Pandangan kosong diberikan pada babahnya.

“Apa soalan babah ni?” riak wajahnya di cemberutkan. Menunjuk protes di hadapan Farrel.

Kali ini helaan nafas milik Farrel pula kedengaran.

“Babah bukan tak mahu bagi cuma babah tak sangguplah nak tengok momma Lana beranak lagi. Babah tak nak momma sakit lagi.”

Reaksi Farlana mulai tenang bila dengar apa yang diucapkan oleh Farrel.

“Masa momma lahirkan Lana, momma sakit ke?”

Laju Farrel anggukkan kepala.

“Sakit sangat. Lepas dah lahirkan Lana pun dia sakit. Kena berpantang semua tu jadi babah kesiankan momma.” sambil dia bercakap, sambil itulah dia mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih.

Farlana melentok kepala di bahu babahnya.

“Hmm kalau macam tu, Lana tak mahu adiklah. Lana kesiankan momma, Lana tak mahu momma sakit.”

Farrel menarik senyuman tipis.

“Babah pun. Babah pun tak nak momma sakit. Cukup ada Lana pun babah dah bersyukur,” dahi mulus anak kecil itu dikucup olehnya.

“Amboi dua beranak ni. Bercintan cintun tak ajak momma dia pun,” suara milik Nayra mencelah dari arah belakang.

Mereka berdua lantas memusingkan kepala memandang Nayra yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Wanita itu sedang menatap cemburu pada dua beranak itu.

Farrel jatuhkan pandangan pada anaknya. “Lana, ada orang cemburulah.”

Farlana angguk kepala. “Haahlah babah. Siapa orang itu babah? Orang jual karpet ke?”

Anak beranak itu langsung ketawa mengekek.

“Amboi, sampai hati Lana cakap momma orang jual karpet ya. Dahlah momma nak merajuk dengan Lana. Don't talk to me after this!

Farlana lantas menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. “Opsie!

“Ha ayok Lana. Momma dah merajuk dengan Lana. Nasih baik dengan babah, momma tak merajuk,” ujar Farrel sangat yakin.

“Dua-dua sama saja! Jangan cakap dengan Nayra!” usai itu wanita itu pun segera naik ke bilik meninggalkan Farrel dan Farlana.

“Aloh, babah pun kenalah Lana.” sedih saja riak wajah Farrel.

“Nanti kita pujuk momma sama-sama nak babah?”

“Macam mana?”

Farlana tiba-tiba menarik senyum misteri.

-

“Eh salahlah babah, masukkan gula dulu.”

“Dia kata kita kena gabungkan bahan A tu dalam bahan B lah Lana. Babah tahulah sebab babah pandai baca,”

Riuh suara dua beranak itu di ruangan dapur itu. Mereka berdua tengah berperang membuat kek coklat moist kesukaan Nayra.

“Eh babah nak kata Lana tak pandai membaca ke?” gadis kecil itu sudah memeluk badan sendiri. Mukanya turut dibengis semasa menatap Farrel.

“Eh bukan. Mana ada babah kata macam tu,” laju Farrel menafikan pertanyaan anaknya itu. Karang Farlana pula yang merajuk dengannya. Cukuplah isterinya saja yang merajuk.

“Ini babah nak Lana masukkan semua bahan-bahan yang babah dah campurkan ni dalam periuk tu,” Farrel memberikan arahan pada anak perempuannya dan segera Farlana menurut arahan Farrel.

Penuh berhati-hati gadis berumur 4 tahun itu membuat kerjanya.

Selesai melakukan arahan babahnya itu, Farlana pun menepuk tangannya tanda gembira. “Yeah! Tak sabar nak bagi momma rasa,” Farrel tersengih.

“Kita kena kukus dulu. Sementara tunggu dia masak, kita buat topping pula,” ujar Farrel dan Farlana pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Nayra yang baru menerjah masuk dalam dapur itu langsung berdeham sehingga membuatkan bahu Farrel dan Farlana terangkat. Mungkin terkejut mendengar suara dehaman Nayra.

“Eh momma,” panggil gadis kecil itu manja.

“Apalah yang kau orang berdua buat sampai comot ni?” menggeleng kepala Nayra melihat situasi yang berlaku di dapur miliknya.

Wanita itu mendekati anak daranya dan sekaligus membersihkan wajah comot milik Farlana itu. Tepung memenuhi wajah gadis itu.

Buat kek sampai muka-muka kotor.

“Ehem, aku tak nak bersihkan?” Farrel berdeham sekali. Dia menghalakan wajah tepat pada Nayra.

Nayra menjeling. “Abang ada tangankan? Bersihkan sendiri,”

Cemberut wajah Farrel bila dapat jawapan isterinya itu. Haih, dia tak buat apa-apa pun tapi isterinya lebih merajuk dengan diri dia.

“Hmm,” pasrah sahaja suara Farrel tika itu.

Orang tak sudi guys. Kita tak boleh memaksa.

“Lana dengan babah buat apa?”

Farlana menyengih. “Lana buat kek coklat moist dengan babah. Nak pujuk momma sebab kita orang dah buat momma merajuk hehe,” ujar si gadis dengan suara comelnya.

Pipi Farlana dicubit manja oleh Nayra.

“Geram betul momma dengan anak momma ni tau,” Farlana ketawa bila Nayra mencubit pipi bulatnya.

Nayra angkat kepala memandang Farrel yang sedang fokus membuat topping untuk kek coklat itu. Dia mengulum senyum melihat wajah cemberut suaminya.

Nayra mengambil kain mengelap wajah suaminya itu.

“Cian husbaby kita ni,” tidak sampai hati pula mahu biarkan suaminya terus cemberutkan muka itu. Nampak kesian betul.

“Hmm,” itu sahaja balasan yang Farrel balas.

“Comelnya abang ni, merajuk dengan kita pula.” kalau tadi Nayra cubit pipi anaknya. Kini pipi suaminya pula dicubit.

“Nayra nak rasa coklat tu boleh?”

“Boleh, tapi kena tunggu kek tu masak baru boleh. Okay?” lembut sahaja Farrel berkata.

Nayra tersenyum seraya menjatuhkan kepalanya.

-

L

osen disapukan pada lengan dan juga pada lehernya. Kepala dialihkan tatkala telinganya mendengar bunyi pintu terbuka.

“Lana dah tidur ke?”

Farrel angguk kepala.

Lelaki itu melangkah mendekati Nayra. Nayra bangun dari terus duduk bertapa di hadapan almari solek itu.

I miss you babe,” ujar Farrel dengan suara perlahannya. Tangan lelaki itu memegang bahagian pinggang isterinya seraya kucupan dilabuhkan pada bahu Nayra yang terdedah.

Nayra kerut dahi.

“Aik? Nayra tak ada pergi mana-mana pun abang rindu?”

Farrel bergumam.

“Kau pergi mandi pun aku rindu,” ujar Farrel. Dari ciuman di bahu lalu naik ke ceruk leher isterinya.

Wait, I don't think this is the right place to do it,” Farrel memberhentikan perbuatannya dan lantas tubuh Nayra diangkat. Menjerit kecil Nayra akibat terkejut dengan tindakan Farrel.

Refleks tangan Nayra memeluk leher suaminya.

“Perlu ke abang guna protection?

It must sayang. Aku tak berani nak bagi kau mengandung lagi.”

“Abang takut abang pengsan lagi ke?”

“Itu satu alasan tapi ada alasan lain juga. Aku tak nak kau sakit lagi. Cukuplah tengok kau sakit lahirkan Lana,”

“Hmm bukan lelaki sukakan anak? Macam abang tesla tu. Sanggup kahwin lain sebab nak anak,”

Farrel menggulingkan bebola matanya ke atas. Serabut dengar abang tesla, abang tesla.

“Lelaki bodoh je kahwin lain sebab anak. Nak anak tapi tak pandai jaga buat apa?”

Nayra angguk kepala setuju dengan apa yang suaminya cakapkan.

So can we continue what we stopped just now?

Of course you can,” jawab Nayra dengan senyuman menggodanya.

Sleep well dearest.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro