𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟏𝟏

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nayra ikut bangun tatkala Farrel bangun dari duduknya. Dia memandang Farrel dengan tanda tanya.

"Kita salam lepas tu terus balik." ujar Farrel sebaik sahaja melihat wajah Nayra yang seakan tertanya-tanya itu.

Nayra menarik lengan Farrel.

"Tapi kenapa? Kita tak salam dengan pengantin lagi dan kita tak makan lagi apa-apa." sengaja Nayra menyoal sedangkan dka sudah tahu kenapa Farrel tampak tergesa-gesa ingin pergi dari sini.

"Balik nanti kita singgahlah mana-mana untuk makan. Apa susah." jawab Farrel dan segera melepaskan pegangan isterinya.

"Tapi mana sama lauk kenduri dengan-" Farrel memotong laju bicaranya.

"Kalau kau nak, kau boleh tinggal sini. Makanlah lauk kenduri tu sampai kenyang." balas Farrel sambil menahan geram.

Nayra mendengus.

"Abang nak cepat balik sebab abang terkejutkan tengok pengantin perempuan tu? Abang tak sangka yang bekas tunang abang yang tinggalkan abang dulu kahwin dengan kawan abang kan?" teka Nayra bagi menaikkan kemarahan suaminya. Dia sengaja mahu Farrel berlaku jujur di depannya.

Farrel menghembus nafas kasar. Tajam pandangan yang terhala pada Nayra itu.

"Bukan urusan kau. Kalau kau betul nak tinggal, aku tak ada masalah. Biar aku sendiri pergi dari sini."

Farrel memusingkan tubuh ingin meninggalkan Nayra tapi laungan dari seseorang telah membuatkan Farrel mematikan langkahnya.

Dia mengerling ke arah suara itu.

"Kau nampak tergesa-gesa. Kau ada hal ke Rel?" Fayyad menyoal Farrel. Dia tadi meninggalkan Farrel dan Nayra kerana mahu pergi ke tandas. Tapi bila dia kembali, dia mula melihat Farrel yang jalan laju meninggalkan tempat duduk mereka.

"Kau sendiri tahu kenapa kan?" soalan dibalas dengan soalan. Farrel mengangkat tinggi keningnya.

Fayyad hela nafas.

"Rel, kau dah ada isteri. Masih tak move on dengan Alia?"

Wajah Nayra dilirik oleh Fayyad sendiri.

"Aku tahu tapi aku perlukan penjelasan dia. Aku perlu tahu kenapa dia tinggalkan majlis kami dan hilang dari hidup aku. Aku perlukan penjelasan!"

"Aku rasa kau tak perlu tahu, Rel. Kau akan lebih sakit bila kau tahu perkara sebenar. Lebih baik sekarang kau fokuskan dengan kehidupan kau yang sekarang dan lebih pentingkan bini kau ni. Kau patut bagi peluang dan buka hati kau buat isteri kau. Lupakan Alia." balas Fayyad tenang.

Farrel menyilang tangan.

"Kenapa? Kau tahu perkara sebenar ke?"

Tak teragak-agak Fayyad menganggukkan kepalanya. "Aku tahu semuanya."

"Then tell me, Fayyad! Kenapa kau rahsiakan kepada aku? Aku kawan kau juga. Atau kau memang tak anggap aku ni sebagai kawan kau?" suara Farrel sudah mula bengang.

Mahu tidak bengang bila dia mengetahui yang Fayyad sebenarnya sudah tahu sebab apa Alia meninggalkan dia.

Bahu Farrel ditepuk oleh Fayyad. "Aku akan terangkan kalau kau memang dah bersedia nak dengar. Tapi Rel, dekat sini majlis orang. Aku tak mahu buat kecoh di majlis orang. Jadi nanti kita jumpa dan aku akan terangkan semuanya." tutur Fayyad.

Farrel jatuhkan kepalanya.

"Baik. Aku akan tunggu." balas Farrel lalu dia melirik isterinya yang sedari tadi hanya menjadi pendengar antara dia dan Fayyad.

"Kau,"

Nayra panggung kepala. Keningnya diangkat seakan memberi jawapan "apa"

"Kau nak tinggal sini kan sebab nak makan lauk kenduri? So tinggallah kau, aku nak balik!" katanya tanpa teragak-agak. Lelaki itu terus saja jalan meninggalkan Nayra yang terpinga-pinga itu.

What? Macam tu aje?

Fayyad yang melihat pun tidak percaya. Fayyad memandang Nayra dengan pandangan yang kesian.

Nayra menarik sengih.

"Sorry Fayyad, I've got to go. Bapak singa tiba-tiba berangin pula hari ini."

Fayyad membalas senyuman seraya mengangguk kecil.

"Faham. Tak apa." balas Fayyad dan Nayra segera membuka langkahnya untuk mengejar Farrel yang sudah meninggalkan dia jauh ke belakang.

Dasar suami, tak memberi kemanusiaan!

-

Nayra berdiri di muka pintu bilik suaminya. Dia mengepal tangan lalu pintu bilik diketuk bertalu-talu.

Beberapa ketukan barulah Farrel membuka pintu tersebut.

Wajah sungul milik suaminya terpancul. Tangan Nayra naik menekup pipi suaminya.

"Are you crying, abang?" tanya Nayra seakan tidak percaya. Tak pernahlah dia tengok wajah Farrel sedang menangis.

Takkanlah lelaki yang tak ada perasaan ini boleh menangis.

Farrel menepis tangan isterinya. Dia merengus kecil.

"Mana ada lah."

Nayra menggulingkan bebola matanya. "Tak payah nak membongak. Itu mata merah lepas tu sembab. Ingat orang tak tahu ke?" berpeluk tubuh Nayra membalas bicara suaminya.

Farrel berdecit.

"Kalau dah tahu, apahal tanya lagi?" kesal saja suara milik Farrel itu.

"Lah buat apa menangis. Buang masa sajalah abang ni."

"Apa kau ingat, perempuan je boleh menangis? Aku ni walaupun lelaki mestilah tahu menangis juga sebabnya aku ada perasaan."

Tiada sebarang reaksi pun yang dipamerkan oleh Nayra.

"Tak payah nak cakap pasal perasaan. Perasaan isteri abang pun tak terfikir, ada hati nak cakap pasal perasaan. Lebih baik abang menangis disebabkan isteri sendiri daripada menangis sebab perempuan lain. Serabut je nak menangis bagai." sungguh berbisa sekali ucapan yang diberikan oleh Nayra kepada Farrel itu.

Sakit jugalah bila dengar. Terasa seperti dipanah sahaja.

"Kau tak faham," perlahan saja suara Farrel. Dia tunduk kepala menekur lantai.

"Malas nak faham. Tak penting."

Mencuka saja wajah Farrel bila dengar balasan bersahaja dari Nayra itu.

"Kau nak apa ni? Nak cari gaduh? Hari ini aku tak ada mood nak bergaduh dengan kau." kerana tidak sanggup lagi berbalah dengan Nayra. Akhirnya Farrel mengambil keputusan untuk mengalah.

Dia ingin menutup kembali pintu bilik tapi Nayra dengan laju menahan. Entah dari manalah wanita itu mendapat kekuatan untuk menahan pintu itu walaupun Farrel turut menolak.

"Tak payah mengada! Baik abang pergi mandi dan bersiap. Kalau abang tak buat, biar nanti Nayra yang mandikan! Pergi bersiap cepat!" arah wanita itu dengan tegas. Lalu Nayra segera pergi meninggalkan Farrel.

Farrel berdecit halus.

-

Sambil menatap skrin di hadapannya itu, sambil itulah Nayra menitiskan air matanya. Farrel menghentikan nyanyiannya tatkala dia mendengar suara esakan kecil yang dihasilkan Nayra.

Keningnya bertaut.

"Sedih sangat ke lagu ni?" soalnya.

Nayra tidak menjawab malah wanita itu langsung mengambil tisu di dalam beg lalu air mata dihapuskan.

"Bukan setakat lagu ini je sedih. Dengar suara sumbang abang pun boleh buatkan Nayra menangis. Nayra rasa telinga Nayra dah pekak." wanita itu mulai berdrama.

Langsung berubah air muka Farrel bila dengar jawapan Nayra itu. Dia menangis sebab suara aku?

"Drama doh kau." balas Farrel tidak puas hati.

Nayra mengelap tubir matanya.

"Selalunya Nayra baca novel, kebanyakan hero dalam novel tu pandai nyanyi tapi kenapa turn abang hmm. Nayra sendiri keliru yang abang sebenarnya tengah menyanyi atau mengeja?" kutuknya lagi.

Farrel menarik nafas dalam. Menahan diri dari mengeluarkan sebarang kata-kata yang kesat. Tahan Farrel, tahan Farrel.

"Kau kutuk orang nombor satu. Suara sendiri yang macam tercekik ubat gegat tak perasan pula. Cepuk kang!"

Nayra ketawa kecil.

"Tapi kan,"

"Apa?"

"Sumbang sangat ke?" Nayra menelan air liurnya seraya menarik sengihan. Tidak perlu mengeluarkan suara pun rasanya Farrel sudah mengerti kot.



Nayra menghamparkan tikar di atas rumput itu. Barang-barang yang dibawanya itu diletakkan ke atas tikar itu.

"Kau tak rasa pelik ke berpicnic malam-malam ni?" tanya Farrel sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk di atas tikar itu.

Nayra menggeleng.

"Nayra selalu tengok drama korea. Biasa je diorang picnic malam-malam."

Farrel menjeling. "Kau ni terpengaruh saja banyak."

Nayra tarik sengih.

"Abang nak makan ke?"

"Tak." jawab Farrel ringkas. Lelaki itu segera membaringkan tubuhnya di atas tikar itu seraya memandang langit.

Nayra pun turut melakukan benda yang sama. Dia membaringkan tubuh di sebelah Farrel.

Tenang.

Angin malam menampar lembut kulit mereka.

"Thanks,"

Nayra yang sedang menatap langit itu terus menukar pandangannya kepada Farrel. Matanya terkedip-kedip melihat Farrel.

"Untuk apa?"

"Sebab kau dah hiburkan aku."

Nayra membentuk bibir dengan bentuk O.

"Tiada hal lah. Nayra cuma nak hiburkan abang yang cengeng ni. Tak sangka pula, umur dah 28 pun masih cengeng."

Farrel berdecit. "Choi! Aku bukan cengenglah. Aku cuma terkilan aje. Yalah, muka punya banyak handsome ni boleh dipermainkan."

Nayra hamburkan ketawanya. Lucu betul.

"Itulah abang. Jodoh dah ada depan mata, abang masih sukakan jodoh orang. Dah padanlah muka tu." kata Nayra bersama ketawanya.

Rasa kelakar pula bila lihat Farrel yang berduka bila mengetahui perkara sebenar. Balik sahaja dari perjumpaan dengan Fayyad, lelaki itu terus berkurung dalam bilik.

Nampak sangatlah kecewanya itu.

"Suka nampak." tegur Farrel bila lihat Nayra yang masih tidak hentikan ketawanya itu.

Nayra menghentikan ketawanya. Dia bergumam kecil.

"Sorry. Abang dahlah tengah kecewa tapi Nayra boleh bantai ketawakan abang pula." Farrel mencebik bibirnya. Lelaki itu meletakkan tangan di belakang kepalanya.

"Tahu pula kau. Berdosa tau ketawakan suami yang tengah sedih ni."

"Yalah."

Suasana kembali menjadi hening dan tenang aje. Memang di tasik itu memang ada mereka sahaja.

"Kau tak ada rasa penat ke hidup dengan aku?" Farrel memecahkan keheningan. Tiba-tiba dia rasa pelik pula bila tidak bercakap dengan isterinya.

"Penat? Untuk apa Nayra kena rasa penat?"

"Yalah. Aku masih tak cintakan kau walaupun dah masuk 7 bulan juga hasil perkahwinan kita."

Nayra tersengih.

"Cinta itu boleh dipupuk dan Nayra sendiri percaya yang satu hari nanti abang akan cintakan Nayra juga."

"Macam mana kalau aku tak cintakan kau juga. Tapi aku cintakan orang lain pula?"

Masam mencuka wajah Nayra.

"Then terpaksalah Nayra mengalah."

"Kenapa kau tak macam perempuan lain? Kalau perempuan lain kahwin dengan lelaki yang dia suka tapi lelaki tu tak sukakan dia. Mesti dia fikir cara untuk goda dan buatkan lelaki itu sukakan dia."

"Kenapa? Abang nak Nayra goda abang? Boleh je, kenapa tak cakap awal-awal? Malam ni juga Nayra goda."

Farrel menjarakkan sedikit tubuhnya. Seram pula bila tengok senyuman isterinya itu. Padahnya lepak malam-malam kat tasik.

Nayra ketawa bila lihat wajah cuak suaminya.

"Gurau je. Menjawab soalan abang tu, hmm Nayra tak buat sebab Nayra sendiri tak mahu. Walaupun mummy ada lah juga ajar nak pikat hati abang semua tu tapi Nayra malas. Nayra nak abang sendiri jatuh cinta dengan Nayra tanpa godaan sama sekali. Nayra nak abang cintakan Nayra dengan ikhlas. Nayra nak abang cuba buka sendiri hati abang untuk Nayra." jawabnya panjang lebar.

Kalau orang kata, jawapan dia seakan tak logik. Peduli apa dia. Itu jawapan dia sendiri.

Farrel angguk kepalanya.

"Aku selalu berharap kau pilih lelaki lain. Sebab bagi aku, kau berhak mendapatkan seseorang yang lebih baik daripada aku."

Nayra berdecit halus. Dia mengiring ke kanan menghadap Farrel lalu kepalanya di tongkatkan dengan tangannya.

"Why not abang yang jadi seseorang yang lebih baik tu? Tak salahkan cuba buka hati abang buat Nayra?"

Kening diangkat tinggi. Setia matanya merenung redup kepada Farrel.

"Nayra tak mahu memaksa. Jadi abang cubalah buka pintu hati abang buat Nayra. Tapi Nayra tak mahu abang jadikan Nayra sebagai tempat lupakan bekas tunang abang." pesan wanita itu awal-awal.

Farrel hela nafas perlahan seraya mengangguk kecil.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro