𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nayra melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah itu. Dia membawa diri menuju ke meja soleknya.

Dia mencapai skincare miliknya lalu disapukan pada wajahnya. Lotion dioleskan pada lengannya dan di bahagian lehernya. Akhir sekali, perfume berjenama YSL Libre Intense disemburkan pada tubuhnya. Satu semburan di pergelangan tangannya dan dua semburan di bahagian lehernya.

Selesai saja, Nayra terus membawa diri untuk keluar dari biliknya. Tapi belum sempat dia keluar, pintu biliknya sudah terbuka dari luar oleh Farrel.

"Nayra aku rasa-" bicara Farrel terhenti kerana tiba-tiba sahaja Farrel menutup hidungnya dengan tangan sendiri.

"Kau belum mandi ke Nayra?"

Kening Nayra berkerut bila mendengar pertanyaan itu. Apa suami dia buta ke yang rambut dia masih basah ni.

"Baru je mandi. Abang kenapa?"

Farrel menggeleng.

"Habis tu, kenapa kau busuk sangat? Satu bilik bau busuk kau tahu tak?"

Sekali lagi bicara Farrel itu buatkan Nayra tercengang. Dia cuba menghidu tapi yang dia bau ada lah bau wangian minyak wanginya tadi. Tak ada pula bau busuk.

"Mana ada busuk. Hidung abang ni kenapa? Ada masalah?"

Farrel mendengus.

"Hidung kau tu yang bermasalah! Sudahlah tepi, aku nak masuk tandas." bahu Nayra ditolak oleh Farrel dan lelaki itu segera membolos masuk ke dalam bilik air.

Nayra mendengus kesal. Suka hati saja kata hidung dia yang bermasalah. Seketika kemudian dia teringat akan sesuatu. Terus matanya membuntang besar.

Tadi dia ada buat ujian kehamilan dan alat tu dia letak dekat atas sinki. Tangannya naik menekup mulut sendiri.

"Sah-sahlah abang nampak alat tu," gumamnya perlahan. Dia memukul kepala sendiri. Macam manalah dia boleh terlupa untuk bawa keluar sekali pregnancy test itu.

Pintu bilik air terbuka.

Nayra menelan air liur. Dia merasa cuak dan berdebar dalam satu masa.

"Nayra, aku nak tanya ni apa?"

Dia menarik sengihnya. Wanita itu membuka langkah mendekati Farrel yang masih berdiri di depan bilik air itu. Nayra berjalan sambil tangan di belakang.

"Hmm apa eh?" dia berpura-pura menyoal semula kepada diri sendiri. Melihat wajah Farrel yang sedang serius itu langsung sahaja dia menyengih lebar.

"Hmm cuba abang teka tu apa? Kalau dapat teka betul maknanya abang pandai," ujar dia mendapat decitan sinis dari ulas bibir Farrel.

"Kau ingat aku bodoh? Inikan pregnancy test,"

Nayra lantas meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. "Shh! Jangan cakap kasar-kasar nanti baby Nayra dengar,"

Farrel menggulingkan bebola matanya.

"Let's talk first," ajak Farrel seraya menarik tangan Nayra menuju ke katil. Mereka melabuhkan punggung di birai katil.

"Okay sekarang cuba cerita macam mana kau boleh terfikir nak buat benda ni?" pregnancy test di tangan Farrel tayangkan kepada Nayra.

"Hmm tak pernah terfikir pun cuma sebelum balik rumah, Nayra ada terjumpa dengan papa dekat café. Papa yang buatkan Nayra nak beli pregnancy test kit ni. So abang, apa yang abang rasa bila tengok ada dua garis kat alat tu?"

"Tak rasa apa-apa pun sebab aku tak jilat benda ni pun," wajah Nayra mendatar tatkala mendengar respon loyar buruk suaminya itu. Orang tengah serius dia boleh pula memain.

"Tak kelakar! Cepatlah bagi tahu, abang rasa happy ke? Sedih ke?"

"Ke abang rasa kecewa? Yalah sebelum ni kan abang kata abang tak nak anak dengan Nayra," tambahnya lagi tatkala teringatkan peristiwa lama itu.

"Yeke? Bila aku cakap?"

"Masa balik dari kampung abang. Kan abang anggukkan kepala bila Nayra tanya." Nayra menjawab dengan nada kesal. Sampai sekarang dia ingat tapi kenapa Farrel senang betul lupa.

Farrel membentukkan mulutnya bentuk O.

"Itukan aku angguk bukannya cakap," balas Farrel pula tidak mahu kalah. Nayra merengus kecil.

Memincing tajam matanya memandang Farrel. "Bagi Nayra sama je! Sudahlah, janganlah adu mulut dengan Nayra lagi. Atau jawapan abang memang kecewa sebab abang tak nak anak dengan Nayra? Tapi maaf cakap yang Nayra akan pilih baby daripada abang walaupun Nayra cintakan abang."

Farrel menggeleng seraya menghembus nafas perlahan.

"Bila aku cakap aku kecewa ni? Janganlah buat kesimpulan sendiri. Aku gembiralah Nayra. Gembira sangat-sangat bila nampak dua garis. Tolonglah jangan ingatkan perkara lama lagi. Masa tu aku terlalu bodoh sebab ikutkan kehendak sendiri. Pakai angguk je sampai tak fikir perasaan isteri sendiri. "

"Tapi abang tak excited pun macam suami orang lain. Suami orang lain bila dapat tahu bini dia mengandung terus terlompat-lompat gembira," Nayra mencebik.

Farrel menghamburkan ketawanya.

"My babe, aku dah lompat dah dalam bilik air tadi. Malaslah nak tunjuk depan kau sebab nanti hilang macho aku." rambut yang berjuntai di dahi dikuak ke belakang.

"Annoying jelah abang ni. Sudahlah tadi kata kita busuk!" lengan suaminya ditumbuk manja.

"Cakap pasal busuk, aku dari tadi tahan nafas aku sebenarnya. Serius cakap minyak wangi kau ni aku bau busuk," ujar Farrel seraya bangun dari tempatnya. Hidungnya digosok berkali-kali.

"Apa kata kau mandi semula dan jangan pakai apa-apa minyak wangi. Kalau kau malas mandi, tak apa biar aku mandikan. Setakat mandikan kau, aku masih larat lagi." Farrel berkata sambil menawarkan dirinya untuk mandikan Nayra.

Akibat geram, Nayra memijak kaki Farrel sehingga buatkan lelaki itu mengadu sakit.

"Apesal kau pijak kaki aku?" ujar dia sambil menggosok kaki yang dipijak. Terasa pijar ya bila dipijak dengan kaki budak di depannya ni. Tak padan dengan kaki kecil tapi bila pijak terasa pijar gila.

"Gatal! Nayra ada tangan dengan kakilah nak mandi sendiri!" balas Nayra dengan rengusan kecil. Dia berjalan melintasi Farrel dan segera masuk kembali ke dalam bilik air.

Tak pasal-pasal dia perlu mandi buat kedua kalinya. Mengadalah father to be yang sorang ni.

-

Perlahan-lahan Nayra mencelikkan matanya. Dia tersedar dari lena tatkala telinganya menangkap bunyi suara orang sedang muntah. Siapa lagi kalau bukan Farrel.

Setiap pagi, telinganya sudah lali mendengar. Kadang rasa kesian tapi kata Farrel,

"Mummy aku kata, aku terlampau sayangkan kau tu yang aku kena morning sickness. Jadi kalau kau kata aku tak sayangkan kau lagi, aku tak tahulah nak cakap apa."

Nayra tersenyum kecil bila teringat akan perbualan Farrel tempoh hari.

"Senyumkan apa tu?" tanpa sedar, Farrel kini sudah keluar dari bilik air dengan muka yang lesu.

Nayra cepat-cepat turun dari katil seraya memeluk lengan suaminya. Dia menggeleng perlahan.

"Tak ada apa. Cuma tengah berangan macam manalah muka anak kita nanti,"

"Mungkin muka macam kau. Aku teringin nak tengok little Nayra lagi."

"Tapi Nayra nak boy. Supaya muka dia ikut muka abang, tak ada lah Nayra bosan kalau abang ada outstation."

"Senang cerita kembar jelah Nayra. Tapi kena usaha lebih kalau nak kembar." Farrel menarik sengih.

"Ee abang ni, malas nak cakap banyak. Nayra sekarang ni tengah lapar, tiba-tiba teringin nak makan TomYam. Abang boleh masakkan TomYam ayam untuk Nayra tak?" mata bundarnya dikerdipkan beberapa kali. Dan Farrel lantas jatuhkan kepalanya tanda boleh.

"Anything for my wife," pangkal hidung Nayra dicuit mesra. Sejak-sejak Nayra mengandung ni, setiap apa yang Nayra minta untuk dibuat pasti Farrel buat tanpa sebarang bantahan.














Preview :

"Nayra kata dengan mummy yang Farrel merajuk, betul ke?"

"Memang pun! Kenapa Nayra tak mengidam apa-apa mummy? Setiap kali Farrel tanya dia tengah mengidam apa, nak makan apa mesti dia kata tak ada."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro