𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟑𝟑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nayra menolak daun pintu biliknya. Tergeleng kepala Nayra melihat sekujur tubuh Farrel yang masih lena di atas katil itu.

Penat sangat ke?

Sudah tengah hari pun lelaki itu masih tidur.

Nayra mengukir senyuman misteri. Dia tiba-tiba mendapat idea ingin mengenakan suaminya yang sedang tidur itu.

Dia menghampiri Farrel.

Tubuh Farrel digoyangkan.

"Abang," suaranya dibuat-buat seakan sedang menahan sakit.

Farrel mengerang halus.

"Abang bangunlah, Nayra sakit ni." sekali lagi dia menggoyangkan bahu Farrel.

Farrel yang mendengar perkataan sakit itu langsung terbangun dari perbaringan. Matanya yang terasa mengantuk itu langsung segar bugar.

"Dekat mana sakit? Beritahu sekarang! Nak beranak dah ke?" dia meloncat turun dari katilnya.

Kelam kabut Farrel dibuatnya.

Hampir sahaja Nayra ingin menghamburkan ketawanya tapi sehabis baik dia cuba tahan.

Nayra meneruskan lagi lakonannya.

Tangannya memegang tepi pinggang. "Sakitnya abang, Nayra rasa..." nafas dibuat termengah-mengah. Memantapkan lagi lakonannya.

"Kalau macam tu jom kita pergi hospital. Boleh jalan tak?"

Nayra menggeleng lemah.

Tanpa banyak bicara, Farrel lantas mencempung tubuh isterinya. Nayra melingkari tangan di leher Farrel.

Ketawanya meletus juga bila Farrel sedang turun dari tangga.

"Kenapa gelak? Dah nak beranak pun boleh ketawa lagi,"

Ketawa Nayra masih tidak berhenti membuatkan Farrel memikirkan sesuatu. Dia berhentikan langkahnya.

"Kau kenakan aku ke Nayra Alanna?"

Nayra ketawa terbahak-bahak.

"Berchyandyaaaa~" meleret suaranya. Melihat wajah kelam kabut suaminya tadi lagilah buatkan dia terhibur.

Hobinya memang suka menyakat Farrel.

Farrel pandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Eh kau ni, jangan sampai aku campak kau dari tingkat atas ni sampai kat bawah," ugut Farrel bila tengok isterinya masih sakan mengetawakan dirinya.

Tangan sebelah Nayra tekapkan pada perutnya. Senak juga perut bila ketawa besar.

"Alo kita gurau-gurau je. Abang betul-betul nak campak Nayra ke?" soalnya dengan pandangan minta simpati.

Longgar lutut Farrel tengok kecomelan isterinya.

"Gurau je. Kalau campak kau nanti, habislah dedek baby dalam perut kau nanti. Kesian dia,"

"Abang risaukan dedek baby je? Nayra abang tak risau ke?"

Farrel tersengih. Dia menggeselkan pangkal hidungnya pada hidung Nayra.

"Mestilah aku risaukan baby aku ni,"

Nayra menggeletis bila Farrel mengucup hidungnya.

Suka suka suka!

Sampai sahaja di tingkat bawah, Farrel langsung meletakkan Nayra di atas sofa.

"Nak makan apa-apa ke?"

Nayra menggeleng. "Belum lagi. Mungkin dedek baby belum bangun jadi Nayra masih kenyang. Malam nanti kita makan luar nak?"

Farrel jatuhkan kepala.

Farrel duduk di samping Nayra lalu dia membaringkan kepala di atas paha isterinya.

Tangan Nayra dicapai lalu dia mengarahkan isterinya untuk membelai rambutnya. Nayra pula hanya menurutkan sahaja kemahuan suaminya.

Terpejam mata Farrel menikmati belaian Nayra.

"Cuti-cuti ni bermanja dengan isteri syok juga eh,"

Nayra ketawa. Dia memukul manja bahu Farrel.

"Gedik!"

"Tak apalah gedik dengan isteri. Kenapa? Tak boleh?"

Nayra menggeleng kecil. "Taklah, Nayra lagi suka bila abang bermanja dengan Nayra."

Nayra menjatuhkan kucupan di atas kening suaminya.

Farrel tersengih suka.

"Good! Aku akan selalu bermanja dengan kau lepas ni sebab kalau dedek baby dah lahir mesti kau akan bermanja dengan dedek baby je,"

"Lah pula. Dedek baby belum keluar pun abang dah jealous ke?"

Farrel angguk kepala tanpa rasa segan. Dengan Nayra dia lebih suka berterus terang kalau dia rasa cemburu.

"Dedek baby dah keluar pun abang boleh bermanja dengan Nayra lah. Entah-entah abanglah yang lebih manjakan dedek baby dari Nayra nanti."

Farrel bergumam. "Then we'll see later,"

-

Kerusi buat Nayra ditarik lalu Nayra pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

Dia mengulum senyum pada waitress yang tolong menuangkan air di dalam gelasnya.

"Kenapa sunyi? Tak ada pelanggan lain ke?" Nayra bertanya sebaik sahaja waitress itu pergi.

Farrel menggeleng.

"Aku dah booking tempat ni. Nak bagi kau makan dengan selesa tanpa suasana yang bising," jawab Farrel.

Terharu Nayra bila mendengar alasan Farrel itu.

"Awww you're such a great husband,"

"Not really great but I'm trying my best to do anything for my beloved wife. Seeing your pretty smile makes me realize that I need to do something happy so that your smile doesn't disappear," jawab Farrel.

Penuh romantis.

“Hari ini abang makan ubat manis sangat ke?”

Farrel tarik sengih.

Maybe. Itu yang nak cakap benda manis-manis je supaya kau kena diabetes,”

Nayra menghamburkan ketawanya.

“Hey janganlah! Doktor dah bagi amaran tau dekat Nayra. Dia kata Nayra kena kurangkan benda manis,” bibir di muncungkan.

“Macam mana dia tak bagi amaran dah kalau kau asik nak makan benda manis sampai tak ingat dunia. Itulah cakap suami tak mahu dengar,”

Nayra meletakkan jari pada bibirnya sendiri. “Shh janganlah membebel dekat Nayra. Cukuplah doktor membebel dengan Nayra hari tu, janganlah abang pun sekali naik...”

Okay,

Dry betul jawapan Farrel beri.

Nayra angkat kepala bila waitress mulai meletakkan makanan di atas meja. Dia menjilat bibir melihat makanan seafood yang dipesan oleh Farrel.

Sedapnya...

Thank you!” dia mengucapkan terima kasih pada waitress itu.

Tangannya laju mengambil sudu dan garfu di atas meja itu. Baru sahaja dia ingin mengangkat udang di dalam pinggan itu ke atas pinggan miliknya tiba-tiba dia merasakan sakit di bahagian bawah perutnya.

“Auch,”

Terasa tendangan yang begitu kuat.

Farrel terus angkat kepala.

Keningnya berkerut serius. “Kenapa?”

I don't know, tapi...” Nayra sekali lagi mengerang bila perutnya terasa sakit lagi.

“Ini sakit betul-betul atau memain?” Farrel masih tenang di tempatnya. Tiada tanda mahu bangun menghampiri isterinya.

Kali ini dia tidak mahu digula-gulakan oleh isterinya lagi. Cukuplah tengah hari tadi dia sudah digula-gulakan oleh Nayra.

Nayra menggeleng sambil wajahnya mengerut sehingga menampakkan urat-urat yang timbul.

“Tak abang, kali ini betul-betul sakit. Dia macam...”

Nayra melihat tangannya. Basah.

“Abang, ini air apa?”

Farrel langsung bangun.

“Air ketuban kau dah pecah ke?”

Nayra angkat bahu. “Tak tahu,” jawab wanita itu selamba. Menggeleng sahaja kepala Farrel mendengar jawapan isteri sendiri.

“Jom aku bawa gi hospital,” Farrel berura ingin mengangkat tubuh isterinya tapi Nayra terus menahan.

“Tapi Nayra belum makan lagi. Sedap kot udang tu,” bibirnya di muncungkan sedepa.

Sudahlah dia terliur melihat udang goreng tepung itu.

Farrel tepuk dahi.

“Babe, kau dah nak beranak pun masih fikirkan makanan. Come on my babe,

“Alah kalau abang pergi awal-awal pun mesti kena tunggu bukaan dia juga nanti. Tunggu dululah,” pintanya.

Farrel menggeleng.

“Nanti aku bawa kau makan lagi. Sekarang ni kita kena terus pergi hospital.”

Tubuh Nayra terus diangkat olehnya. Kalau dibiarkan sampai ke sudahlah mereka akan terus bertapa di restoran itu.

-

Nayra memusingkan badan mencari bahagian yang selesa.

“Sakit sangat ke?”

Nayra mengangguk lemah.

“Bila bukaan Nayra nak buka besar? Rasanya dedek baby pun dah tak sabar nak jumpa kita.” ujar Nayra dengan suara lemahnya.

Tadi masa dekat restoran dia masih boleh bertahan lagi tapi bila dah sampai di hospital ini. Sakit sangatlah pula.

“Nanti aku tanya nurse,”

Nayra angguk lemah.

“Abang temankan Nayra masuk labour room tak?”

“Kena ke babe? Kalau tunggu luar dengan family kita tak boleh?”

Nayra yang memejamkan mata itu terus membuka kelopak matanya. Dia memandang garang pada Farrel.

“Abang kena teman juga! Abang kena tengok pengorbanan Nayra masa lahirkan anak abang. Itu supaya nanti kalau abang curang, abang teringatkan balik memori di mana Nayra lahirkan anak abang,”

“Kenapa sampai curang pula ni?”

Nayra angkat bahu. “Tahun ni kan tahun orang kahwin dua. Nayra ingatkan je,”

Farrel menggeleng. “Sudah-sudahlah cakap mengarut. Aku nak panggil nurse jap,”

Lelaki itu lantas bangun dan mencari nurse yang bertanggungjawab dalam mengurus isterinya.

Di dalam ruangan bilik bersalin itu bergema dengan suara jeritan milik Farrel. Diulangi semula, jeritan milik Farrel.

“Babe, boleh tak jangan tarik rambut aku. Sakit Nayra Alanna!” genggaman milik Nayra itu terlalu kuat sehinggakan dia yang lelaki pun tak mampu ingin melepaskan tangan Nayra.

Rasanya kepala dia boleh tercabut kalau dibiarkan.

“Doktor, lama lagi ke anak saya nak keluar. Kepala saya dah sakit kena tarik rambut dengan isteri saya,”

Hampir tergelak doktor dan pembantu-pembantu doktor itu melihat situasi tersebut.

“Hampir nak keluar dah Tuan Farrel. Tuan Farrel tahan sekejap ya,”

Nayra mengerang. “Ah abang, sakitnya.”

Farrel angguk kepala.

“Ya tahu, teran lagi Nayra. Tariklah rambut aku sampai botak pun tak apa janji dedek baby keluar.”

Nayra akur. Kebelakang kepala Farrel bila Nayra menarik rambutnya dengan lebih kuat.

Allahuakbar, nasibnya lah. Siapa suruh Nayra tarik rambutnya lagi.

Bunyi tangisan bayi menandakan anak mereka sudah selamat keluar.

Perlahan-lahan Nayra melepaskan genggaman rambut Farrel. Farrel hela nafas lemah. Peluh di dahinya dikesat.

“Fuh,”

Kini anak yang mereka nantikan sudah selamat dilahirkan.

“Tuan nak potong tali pusat anak Tuan?” doktor itu bertanya dan Farrel pun menganggukkan kepalanya.

Farrel melangkah mendekati doktor itu. Menggigil tangannya memegang gunting yang diberikan oleh nurse itu.

Dengan bacaan bismillah dia memotong tali pusat anaknya dengan bantuan doktor.

Dia memberikan semula gunting itu kepada nurse.

“Tuan nak cuba—” belum sempat doktor itu menghabiskan bicaranya, Farrel terus jatuh terjelepok di atas lantai.

“Ya Allah, Tuan Farrel!”

Nayra yang mendengar riuh itu langsung angkat kepala sedikit.

Mulutnya melopong luas bila melihat Farrel yang selamat pengsan di atas lantai itu.

Aik?

Siapa yang beranak ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro