F 01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

T Mall, Kuala Lumpur

Seorang gadis keluar dari Starbucks dengan memegang cawan minuman pada tangan kirinya.

"Mana Amanda ni?" soalnya bersendirian.

Tidak pasal-pasal dia menjadi penunggu tidak berbayar kepada satu-satunya kawan yang dia ada. Daripada kecil sehingga besar. Muka yang sama.

Sebelah tangannya lagi terus mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg tangan Chanel itu.

Dia berjalan sambil menghantar chat kepada kawannya.

Amanda

Dekat mana? Kau tahu tak punya lama aku tunggu kau. Tapak heels aku pun dah haus

Typing..

Sorry Nad aku dekat ladies jap ni

Ish cepatlah

Dia berjalan sambil jarinya menyentuh iPhone 8+ tanpa melihat ke hadapan.

Tanpa disedari, pada laluan yang sama juga ada seorang jejaka berada di situ sambil berbual-bual melalui telefon pintar.

Buk

Splash

Nadya memandang airnya yang sudah tumpah di atas lantai mall itu tidak berkelip.

'Air aku!'

"Miss you lain kali jalan pandang depan la" tegur lelaki itu seperti memarahinya sambil memegang bajunya yang sudah basah akibat air Nadya.

"Sorry kau tu yang berdiri dekat laluan aku" balas Nadya berang. Dia memandang ke arah lelaki itu.

'Rupa ada tapi manner ke laut betul'

"So you nak salahkan I la sekarang ni?" soal lelaki itu tidak berpuas hati.

"Yes. So what?" lawan Nadya. Sedikit pun tidak mempunyai rasa takut.

"Say sorry now" arah lelaki itu.

"No never" Nadya degil.

Lelaki itu sudah memandangnya tajam.

"Beb kenapa ni?" datang satu suara yang menegur mereka.

Amanda menyentuh lengan rakannya itu.

"Mamat ni hah dia salahkan aku sebab tertumpahkan air dekat baju dia tapi masalahnya dia tu berdiri dekat laluan aku kenapa" adu Nadya tidak berpuas hati.

Lelaki itu dijeling sekilas.

Amanda memandang ke arah lelaki yang daripada tadi berada di situ.

"Oh My God" Amanda terkejut.

"Weyh minta maaf je la" bisik Amanda kelam-kabut.

"Kau apasal? Nak bela mamat ni pula?" marah Nadya.

"Mulut kawan you ni memang tak ada insurans ke apa" perli lelaki itu.

Panas pula dia melihat perempuan itu tidak mahu meminta maaf kepada dirinya.

"Ish dah la. Jom blah. Rimas aku" kata Nadya lalu beredar.

"Erm sorry behalf of my friend, Danish" ucap Amanda bagi pihak Nadya.

"Kawan you tu yang buat salah.Dah la" tutur lelaki yang bernama Danish itu lalu beredar.

Amanda menepuk dahinya sendiri.

'You're dead meat, Nadya. Habislah kau lepas ni'

Amanda terus membuka langkahnya untuk mencari Nadya yang pergi meninggalkannya.

"Woi kau tahu tak kau dah buat silap besar" kata Amanda sebaik sahaja menjumpai rakannya itu. Sekali bahu Nadya ditamparnya.

"Silap besar apa? Aku bukannya bunuh orang" balas Nadya.

Pelik melihat Amanda yang tiba-tiba gelabah itu.

"Weyh takkan kau tak tahu kau langgar siapa?" soal Amanda.

"Tak" Nadya menatap skrin telefon pintarnya.

Malas dia mahu mengambil tahu. Tidak penting. Lelaki tidak penting dalam hidupnya.

Sekali lagi Amanda terasa mahu menghentak kepala anak Tengku Nabil Qhaider ini ke dinding kaca restoran itu.

"Weyh he is Tengku Danish Ivan. Budak business management yang satu batch dengan kita tu"

Nadya terus memandang ke arah Amanda.

"Sorry who? Tak kenal" balas Nadya selamba.

Amanda sudah geram melihat rakannya itu. Yang dia pasti kawannya itu memang tak pernah ambil tahu mengenai kaum Adam yang wujud di university mereka. Masak sangat dengan perangai anti lelaki si Nadya ini.

Tetapi lelaki tadi bukan sebarangan lelaki. Itu satu kesilapan besar buat rakannya jika tidak meminta maaf. Harap-harap kawannya itu selamat pada waktu yang akan datang.

Meanwhile

Danish merengus kegeraman sambil mengibas-ngibas bajunya yang basah itu.

Farhan memerhati sepupunya itu.

"Kau lalu air terjun mana pula ni bro?" soal Farhan apabila melihat Danish tiba dengan bajunya yang basah.

"Air terjun buatan manusia" balas Danish geram.

"Aduhai" Farhan menghulurkan napkin kepada Danish dan disambut lelaki itu.

"Dah la blah macam tu je. Kawan dia tu yang minta maaf. But her friend's face looked familiar" kata Danish apabila mengingati kembali wajah itu.

"Familiar? One of your victims?" teka Farhan.

"No. I don't think so. Argh whatever kalau aku dapat perempuan tu memang aku malukan dia. Tunggu je la"

Farhan menggeleng. Faham betul dengan sikap sepupunya itu.

Tengku Danish Ivan, 22 tahun, British-Malay dan berasal daripada keluarga yang sangat berpengaruh. Dia mempunyai segalanya sehingga membuatkan pelajar di UoT itu berasa gerun tiap kali melihatnya ataupun kawan-kawannya. Tambahan pula, dia sangat terkenal dengan title Dangerous Playboy di UoT. Pasangannya seringkali bertukar ganti seperti baju di dalam almari.

Tetapi mahu dikatakan apa, dia lelaki yang mempunyai segalanya dan perempuan hanya permainannya yang ditaburkan dengan wang ringgit.

Dia berupaya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dimahukan dan tidak akan ada orang yang mampu menghalangnya. Siapa yang berani menghalang laluannya bermakna sudah berani untuk mati.

'Kau perempuan, memang buat satu kesilapan yang besar hari ni'

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro