F 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

University of Tracer

Sebuah Audi meluncur laju masuk ke dalam perkarangan UoT. Beberapa mahasiswa dan mahasiswi yang berada di bahagian pejalan kaki turut memandang ke arah kereta tersebut yang masuk ke tempat letak kereta pelajar.

Nadya keluar daripada keretanya lalu memakai student ID. Beg tangan serta beberapa buah buku rujukannya diambil terlebih dahulu sebelum menutup pintu kereta.

"Hey girl"

Serentak pintu kereta ditutup terdapat susuk tubuh yang agak sasa bersandar pada pintu keretanya.

Nadya memandang wajah lelaki tersebut.

Button lock ditekan sebelum meninggalkan keretanya. Manakala lelaki itu tidak dihiraukan langsung. Hanya seperti angin sahaja yang muncul secara tiba-tiba. Sebelum ini tiada siapa pun yang berani menegur ataupun mahu berkawan dengannya.

Pertama sebab dia kelihatan seorang yang sombong dan agak kasar. Yang kedua, rata-rata penuntut di sini datang daripada keluarga kenamaan dan mementingkan status.

Walaupun dia juga datang daripada keluarga yang berada namun status-nya dirahsiakan. Dia seorang yang sangat low profile. Tidak mahu orang lain rapat dengannya hanya kerana dibutakan dengan pangkat dan wang ringgit.

"Hey girl I'm talking to you" tangan Nadya ditarik sehingga membuatkannya berhenti melangkah.

"Kau nak apa? Main tarik-tarik lagi" tengking Nadya.

Orang yang berada di situ memerhati mereka.

"Berani gila perempuan tu tengking Danish"

"Weyh dia tak takut ke?"

Muka Danish mula merah apabila dia ditengking di hadapan penuntut lain.

"Follow me"

Lengan Nadya ditarik kasar. Tanpa belas kasihan dia diheret mengikuti lelaki itu entah ke mana.

"Sakitlah" Nadya terjerit kecil apabila Danish menolaknya ke dinding.

"Kau memang tak ada adab or what?" marah Danish kembali.

Nadya terkejut.

"Eh kau tu yang tak ada adab. Tiba-tiba datang tarik aku apahal. Ingat bagus sangat la" balas Nadya.

"Kau perempuan memang cari nahas la. Kau dengar eh"

Danish merapatkan badannya dengan perempuan itu dan hanya tinggal beberapa cm sahaja jarak antara mereka. Manakala Nadya merapatkan badannya ke dinding.

"Aku akan pastikan hidup kau merana sebab cari pasal dengan aku. Jangan sombong sangat girl nanti kau yang tertunduk dekat aku. Till we meet again Nadya Qistina" tutur Danish penuh makna lalu beredar meninggalkan Nadya di situ.

Nadya mendengus. Lengannya yang mula memerah itu digosok.

'Ingat aku takut sangat ke dengan kau setan. Such a devil'

Nadya menghentak kasut tumit tingginya masuk ke dalam kawasan cafeteria.

"Ish kau ni Nad. Hentak-hentak. Patah  heels tu nanti" tegur Amanda sebaik sahaja bayang kawannya ini muncul di hadapannya lalu menarik kerusi.

Beg tangan serta buku-buku juga turut dihempas di atas meja.

"Kau kenapa?" soal Amanda pelik.

"Siapa nama mamat tu? Danish Ivan?" soal Nadya.

Air muka Amanda dengan serta-merta berubah.

"Ke—kenapa dengan dia?" soal Amanda tergagap-gagap.

Nadya memandang Amanda.

"Muka kau takut semacam ni kenapa?" soal Nadya.

"Tak ada apalah. Hah kenapa dengan Danish Ivan tu?" soal Amanda cuba untuk berlagak tenang kembali.

"Dia jumpa aku tadi and siap warning lagi" cerita Nadya.

Sumpah suhu badannya kini semakin menggelegak dan bahang panas sahaja yang dapat dirasainya.

"Dia warning apa?" soal Amanda ingin tahu.

Nadya menyilangkan tangannya ke dada.

"Dia kata hidup aku akan merana la apa la siap cakap nanti aku akan tunduk dekat dia lah. Hey dia ingat dia raja ke nak buat aku tunduk dekat dia" kutuk Nadya geram. Hatinya benar-benar panas.

"Nad I think kau better pergi minta maaf dekat dia" nasihat Amanda.

Nadya terus memandang ke arah kawannya itu.

"Aku? Minta maaf dekat dia? Sampai mati pun memang tak lah" kata Nadya.

"Hish kau ni Nad degillah" kata Amanda. Mahu sahaja dia pukul-pukul Nadya itu menggunakan batang penyapu.

Apa susah sangat untuk mengucapkan maaf?

"Dah lah daripada aku dengar kau berfalsampah dekat sini baik aku pergi masuk class dulu" kata Nadya. Terang-terang dia sedang mengutuk Amanda di hadapannya.

"Tak guna punya member" balas Amanda.

Nadya sudah tersenyum sinis dan beredar untuk psychology class yang akan bermula kurang 30 minit lagi. Daripada dia melayan Amanda baik dia gerak ke dewan kuliah terus.

Amanda masih duduk di cafeteria kerana pagi ini jadualnya agak lengang.

Dia yang sedang menatap skrin telefon pintarnya terus memandang ke hadapan sebaik sahaja mendengar kerusi ditarik.

"How beautiful is your friend right? Tapi sayangnya sebab dah jadi target I" ujar suara itu.

Amanda memandang ke arah lelaki itu.

"What do you mean by target?" soal Amanda.

"Pura-pura tak tahu atau memang tak tahu Ku Amanda?" soal Danish.

"Look here Danish please jangan kacau kami" rayu Amanda.

"Correction not us but Nadya Qistina only. Macam mana you boleh berkawan dengan such as interesting girl like she? You're Ku Amanda Qaisara Ku Hazry but she is just Nadya Qistina" kata Danish seolah-olah ingin menyampaikan bahawa Nadya dan Amanda itu mempunyai darjat yang sangat berbeza tetapi masih boleh berkawan rapat.

Amanda mengeluh. Lelaki ini benar-benar sudah menyelidik perihalnya dan Nadya. Namun tidak semua tentang Nadya, Danish tahu.

Nadya, kawannya itu bukan sebarangan gadis. Dia cuma merahsiahkan pangkatnya dan hidup seperti anak daripada golongan sederhana.

"But I pelik daripada atas sampai bawah dia semua nampak branded. Kereta pun Audi. Hrmm mind to share about your friend, Ku Amanda?" sambung lelaki itu.

"Danish Ivan please just stop" kata Amanda lalu bangun.

"Amanda" panggil Danish sewaktu dia berpusing.

"You tahu apa yang I boleh buatkan? So remind your friend, I won't stop until she paid for it" tambah Danish serious.

Amanda terus beredar dari cafeteria itu.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro