Hari #25: Prompt Humor : Mengundang Tawa Semula

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di hari ke #25!

Bertemu sekali lagi di dunia serba oren ini!

Seronok rasanya dapat berkongsi dengan kalian tentang filem-filem serta drama bersiri yang boleh diadaptasi daripada cerita-cerita yang wujud di Wattpad ini.

Semoga suara kalian semua dapat didengari oleh pihak yang berkenaan. Amin!

Hari ini, kita akan membawakan sebuah Prompt yang tidak kurang hebatnya.

Di sebuah dunia dimana senyuman gelak ketawa telah diharamkan, watak utama kamulah satu-satunya yang boleh mengembalikan gelak tawa berkenaan.

Syarat-syarat penyertaan adalah :

1. Cerita yang ditulis mestilah tidak melebihi 500 patah perkataan sebagai 'one-shot' dalam sebuah bab.

2. Kamu bebas hendak menerbitkannya di dalam buku khas untuk Fiesta April ini atau dalam mana-mana buku yang sedia ada, di profil kamu sendiri.

3. Jangan lupa tambahkan #FiestaApril #AmbassadorsMY dan #WattpadMalaysia pada bahagian tag.

4. Kami menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja. Jika kamu ingin menulis cerita dalam bahasa Inggeris, sila pergi ke akaun @Ambassadors

5. Seterusnya, tampal dan salin link cerita atau link ke bab khas prompt ini jika kamu mempunyai sebuah koleksi dan telah menyertai lebih daripada satu prompt pada bahagian komen. Kamu ada masa sehingga 6 Mei 2018, jam 12:00 malam untuk menampal link kamu.

6. Elakkan plagiat. Pastikan cerita itu adalah idea kamu sendiri dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini.

7. Tidak mengandungi unsur dewasa (Mature).

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui cerita-cerita humor dalam bahasa Inggeris, bolehlah mengikuti akaun humor dan bergelak ketawalah sepuas hati anda!

Selamat merangka karya dengan ukiran senyuman!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro