Prompt #4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Krisis Mayat Hidup

Shh..jom mulakan pembacaan sekarang!

1400 Mei tahun bulan merah,

Terlihat satu makhluk bermundar-mandir dari kiri ke kanan dari kanan ke kiri semula.

Dia teringatkan sesuatu.

Ye,zaman kegemilangan mereka!

2220 Julai tahun bulan mengambang menjadi saksi keruntuhan takhta kaum drakula.

Waktu itu juga merupakan hari kegemilangan buat kaum pontianak.

“ Kenapa kau nak musnahkan kaum aku?” aku berang.

“ Sebab aku menyampah,Drake.Asyik korang je yang mencipta mayat hidup! Semua lebih takutkan korang daripada kitaorang.” balas Suri.

“ Apa buktinya?”

“ Sekarang cerita hantu kak limah sedang jadi bualan orang ramai!”

“ Jadi,apa masalahnya?” aku berkerut muka mendengar amarah Suri.

“Sepatutnya kami ditakuti bukan disukai!” Suri membalas.

Aku hampir tergelak mendegar jawapan Suri ketika itu.Ala,aku tahu korang tengah gelak jugak.


“ Macam inilah.Mari kita bertarung antara kita berdua sahaja.Jangan libatkan mereka yang lain.Siapa yang kalah dia perlu berundur.” tenang aku bersuara.

Suri tidak banyak mulut sebaliknya terus bersedia untuk bertaruh dengan aku.Aku tergamam.

“ tak sangka sahabat akan berlawan jugak akhirnya.”

Aku tersedar dari lamunan.Ketika itu,aku terjumpa sepucuk surat yang pernah aku tulis dahulu ketika kalah bertaruh dengannya.

2121 Batu Caves,
Selangoria
2/5/2222M

Kehadapan,Surira binti Suriram.

Aku,Drake Avacado ingin menyuarakan rasa ketidakpuashatian aku terhadap kau.Kau dah merampas segala-galanya milik kaum drakula!

Kau lupa dulu kita bersahabat? Kenapa kau berubah? Tergamak kau ingin membunuh aku dulu? Kau lupakah kenangan kita dulu?

Aku dan kau saling bersama.Tiada sedetikpun rasa benci  hadir dalam diri ini kepada kau.Aku tahu kau balik.Aku harap kau baca surat ini.

Sekian,terima kasih.

Salam darah merah,
Drake Avacado.

Surat itu dulu aku hantar melalui haiwan kebanggan pihak kami tidak lain dan tidak bukan kelawar.

Setahun aku dan kaum drakula yang lain menyembunyikan diri,akhirnya surat aku dibalas semula.

“ Jumpa dekat kolam katak kodok pukul 12.30 malam.”

Malam itu tepat pukul 12.30 malam,Drake berjumpa dengan Suri.

“ Suri,akhirnya kau membalas surat aku.” Drake tersenyum.

Suri mengeluh.

“ Kau ni..tak berubah.Masih tetap tidak matang dan berpewatakan seperti budak-budak.” Suri tersenyum.Drake yang mendengar kata-kata itu turut tersenyum.

“ Sungguh aku rindu senyuman kau.” Drake rersenyum melihat senyuman Suri.Hakikatnya,dah nak terkucil Drake melihat senyuman Suri.Mana taknye korang banyangkanlah cik ponti senyum dekat kita.

“ Ah,sudah.Jangan nak tipu akulah.Nah,ambik botol ni dan simbah dekat aku.”

“ Air apa ni?” aku khuatir.

“ Air zam-zam.”

Aku tergamam dua minit.

“ Kau buat lawak ke Suri?” aku cuba ketawa namun hanya bertahan tiga saat sahaja.

“ Aku ni hantu.Aku dah mati.Kalau kau cocok aku dengan pisau pun tak boleh.” Suri menepuk kepala.

“ Oh,patutlah haritu aku kalah sewaktu bertaruh dengan kau.” Drake tersipu malu lalu membuka penutup botol tu.

“ Malam ni salah sorang dari kita akan mati.Biarlah aku mati.Kehidupan aku hanya menyusahkan.Kaum pontianak tidak akan meganggu kaum kau lagi selepas ketiadaan aku kerana mereka tidak lagi punya tempat bergantung.”

“ Suri..”

Suri memandang Drake dalam-dalam sambil tersenyum.Allah..

“Nah,kau yang mintak.” selamba Drake mencurah air tadi ke muka Suri.

Suri mengerang kesakitan.

Apa?Aku ni pun spesies hantu jugak.Kami kejam tapi tak zalim hahaha.

Suri hilang dalam kegelapan.

“ Kau akan tetap jadi sahabat aku.Jumpa lagi.”

[500 patah perkataan]

××××

Maaf kalau merapu😂🙇

Hahaha macam mana? Santai tak baca cerita ni? Terhibur tak dengan lawak Drake tu?😂

Am gembira kalau korang suka.Tapi Am lagi gembira kalau korang vote sekali❤.

Apapun,cerita hantu tak semestinya perlu seram bukan?Macam cerita yang kini viral 'Hantu Kak Limah' .Siapa dah tengok?😂

Kering gusi Am ketawa.Haa jadi yang takut hantu macam Am ni boleh lah buat cerita genre hantu tapi santai nak baca✨.

Hehe okaylah byee.Jumpa lagi👋

#FiestaNovember
#WattpadMalaysia
#AmbassadorsMY

Special Tag :- AmbassadorsMY

                       - TunIndah

Perlu Am akui kepada AmbassadorsMY yang menulis cerita Yang sebegini amatlah sukar😂.Am perlu masukkan format menulis surat sedikit dan perlu mengawal jumlah patah perkataan dalam penceritaan.Apapun,Am dah sahut cabaran ini ! ✨

#G2CMembers

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro