12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eh haaii! Thank you for 200 views in 2 days hewhewhew


Aku menghulurkan dua keping not 50 kepada pekerja ini, nasib Tealive ni tak semahal Starbuck kalau tidak mahu naya aku kena bayar dua kali ganda dari harga ni.

"Terima kasih belanja!" Amsyar tersenyum keriangan bila dapat Bang Bang Fresh Milk yang kononnya kegemarannya, dah la minta sampai cup besar patut aku beli satu kedai ni sumbat je masuk dalam mulut dia.

"Korang nak balik ke nak lepak dulu?" Danie yang nampak paling matang bersuara,

"Jom lepak mamak dekat luar ni jom! Jom! Jom la!" Amsyar terus berjalan keluar sambil menarik Harras untuk ikutnya sekali, akibat kami sayang satu-satunya permata yang annoying kelab ini, tanpa banyak cakap kami mengikuti Amsyar dan Harras yang telahpun jalan ke hadapan dahulu.

"Weh aku ada teka teki," Riyaan berjalan bersebelahan aku, namun aku sebagai kawan yang tidak tahu menghargai kawan yang lain, jadi mata aku ditumpukan pada alat bantuan dajjal, ya telefon bimbit.

"Hah apa dia?" Sambil leka menekan-nekan screen handphone aku untuk mencari lagu yang pada playlist spotify hack yang aku baru lepas download sebab aku terlalu kedekut untuk membeli spotify premium yang harga 19 ringgit sebulan. Betulkan? 19 ringgit tu aku boleh buat minum Tealive tahu?

"Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang ejaan dia guna dua huruf je?"

"Yu?" Aku memandang Riyaan sekilas, kemudian sambung menumpukan perhatian kepada telefon bimbit yang berada di tangan.

"Haih! Bukan yang tu yang lain!" Aku mengeluh, handphone aku tutup kemudian memandang Riyaan dengan penuh terpaksa,

"Rama-rama?"

"Itu dua perkataan Farra." Aku give up dengan teka-teki Riyaan ini, apa yang budak tinggi 177cm ni sedang lakukan? Dia ingat aku ni budak berapa tahun main teka-teki?

"Dah tu apa?"

"U dan g." Riyaan bangga sekali memberi jawapan kepada soalan teka-tekinya tadi, tapi dia tak tahu agaknya, yang Farra Hanani ni adalah seorang yang lembab, lagi lembab dari siput babi yang tengah fikir dia siput ke babi,

"Hah?" Riak wajah Riyaan yang nampak gembira tadi bertukar sedih bila aku tak dapat tangkap teka-tekinya

"Udang." Sekali lagi dia cuba bagi aku faham, okay memang aku tak dapat faham, kita kena buka kertas kerja untuk jawapan ini agar aku dapat faham sepenuhnya.

"Haaaaaaah?" Riyaan memeluk tubuh, keningnya berkerut-kerut memandang aku dengan muka yang sengaja dibuat-buat marah.

"Riyaan jangan buat macam tu! Comel betul!" Aku ketawa sambil memukul-mukul badan Riyaan yang sedang berlakon jadi seorang lelaki yang sedang merajuk tersebut, terus dia menghentikan lakonannya,

"Ye ke? Serius?" Riyaan menundukkan kepalanya sambil tangannya menggosok-gosok tengkuk, malu dengan aku yang puji straight to the point agaknya.

"Hello? Are you blind?" Cup Tealive aku bercium dengan lantai Aeon, sweater hitam yang aku pakai dibasahi dengan air susu dan bersama beberapa biji boba yang juga melekat pada sweater ini.

"Kau tahu tak aku beli air ni harga dia 10 ringgit?" Aku memandang air aku yang aku minum tak sampai separuh itu tumpah begitu sahaja, kepala aku diangkat untuk memandang orang yang matanya di tapak kaki tadi.

"Kau fikir tak baju aku ni? Habis basah!" Tak tahu la ini bala ke apa bila Mina yang berdiri di hadapan aku,

"Tak sekarang ni kau tahu tak air aku tumpah kau langgar."

"Farra! Ada sale goreng pisang lah!" Belum sempat aku nak bergaduh dengan Mina, Riyaan menarik lengan aku secara tiba-tiba, laju kakinya melangkah meninggalkan Mina yang sedang marah macam tiada hari esok itu,

"Aku tak habis gaduh dengan dia lagi!" Riyaan mengabaikan aku yang masih lagi tidak puas bergaduh dengan Mina, air aku tumpah tahu tak? Aku belanja orang lain, lepas tu air aku tumpah. Kau tak faham perasaan aku! Tak faham!

"Lambatnya korang!" Amsyar dan Harras yang telahpun seronok duduk di meja kedai mamak ini memandang aku dan Riyaan yang lari macam join lumba marathon,

"Kau kenapa basah-basah ni Farra?" Harras pandang aku yang selekeh kalah gelandangan ini,

"Ada beruk langgar aku tadi,"

"Kenapa korang dua lari?" Wais dan Danie yang baru sahaja tiba menegur kami berdua, oh haah lah, kenapa aku lari tadi?

"Tah Yaan ni, dia kata ada sale pisang goreng." Riyaan hanya tersengih kearah Wais dan Danie, dia kemudiannya duduk kepenatan.

"Oh Farra tadi aku jumpa Far-"

"Eh Wais! Duit kau yang seringgit aku pinjam tahun lepas tu aku dah bayar belum eh?" Riyaan menarik lengan Wais untuk memberikan sepenuh perhatian kepadanya,

"Hah? Seringgit?"

"Aku rasa aku belum bayar ah, jom aku belanja kau gula-gula dekat kaunter tu jom." Riyaan menarik badan Wais pergi menjauhi aku, terus mereka berdua pergi ke kaunter untuk mebeli gula-gula.

"Farra duduk sini sebelah aku ni." Harras menunjukkan kerusi kosong yang berada di sebelahnya, "nah ambil air aku ni, kau ni careless betul."

Air Fresh Milk milik Harras dihulurkan pada aku, akibat aku dan dia sudah terlalu selesa tanpa malu aku ambil air yang dia bagi tadi.

"Jadi mesti tadi Riyaan bagi kau teka-teki pasal haiwan yang ejaan dua hurufkan?" Aku menganggukkan kepala kepada pernyataan Amsyar, kemudian Amsyar ketawa entah apa sebab, "selain aku yang hambar Yaan lagi dua kali hambar dari aku, jadi korang Patut appreciation aku ni."

"Motif? Untuk kau malukan aku dalam kelas bahasa melayu pagi-pagi buta lagi?"

"Come on, itu namanya bergurau best friend."

"Tapi kita baru kenal tiga hari Syar." Amsyar kemudiannya terdiam, dia memandang aku dengan muka yang kelihatan seperti anak anjing yang meminta simpati,

"Kau tak mengaku aku kawan ke..." aku mula menggelabah, Amsyar betul-betul nampak macam nak nangis aura dia macam aku baru buat baby umur enam bulan menangis bila dia buat muka macam tu.

"Tak tak...maksud aku.yela..walau kita baru kenal sekejap kau baik je Am..aaa jangan la nangis Am..aku gurau je tadi! Muka kau nampak macam baby yang tak dapat susu ibu, ala Am ye kau kawan aku betul!"

"Yeay!" Amsyar yang tadinya nampak macam baby enam bulan yang disakiti kembali teruja, jadi dia memang jenis yang overacting dan aku dah membuang masa layan dia?

"Dia kaki drama, kenapa kau layan dia?" Harras bercakap sambil matanya memandang screen iPhone 11 Pro miliknya, Amsyar yang berada di sebelah kanan Harras aku pandang dengan penuh tidak puas hati, kau sabar nyah have day i...kejap, balas dalam bahasa inggeris apa?

Have day i reply.

🥇🏐🥇

"Apahal muka kau macam tu? Kena tinggal awek ke bro?" Farhan yang baru balik kelihatan kusut yang teramat,

"Awek aku bad mood bro, ada orang tumpahkan air dekat baju dia tadi." Aku terdiam, game xbox milik along yang ada pada screen tv tidak menjadi tarikkan.

"Apa nama awek kau?" Farhan memandang aku pelik, dia kemudiannya merebahkan badan di atas sofa yang boleh dimuatkan tiga orang,

"Mina?"

"Holly tahi, aku rasa aku salah dengar please sebut nama dia sekali lagi." Aku terus memberikan sepenuh perhatian kepada Farhan, satu keluhan berat dilepaskan dari mulutnya,

"Minaaaaaa." Panjang Farhan mengeluh,

"Aku tak restu kau dengan dia! Baik korang putus sekarang! Holly ef yu si kei." Farhan mengangkat kepalanya memandang aku,

"Kau kenapa?"

"Dia penggali emas tahu? No aku cakap jangan i said no nah to the ah to the no, no, no." Lagu No by aku lupa siapa nama penyanyi dia, okay tipu je aku lebih kepada tak tahu nak eja dan malas nak google .

"Apa yang dia buat dekat kau sampai kau beria macam ni sekali?"

"Dia cuba tanpar aku sebab aku rapat dengan Wais." Muka terkejut Farhan tayangkan,

"Dabelyu ti eff?" o

"Tapi tak apa Farhan, aku tahu perangai kau yang suka tukar awek macam tukar spender tu, spender kau pun kau jarang tukar."

"Elok sikit mulut eh!"

"It's a fact you know?"

Volleyball fam

You
Wais dan Riyaan, ada apa apa nak cakap pasal apa yang korang nampak dekat Aeon tadi?
Seen by all

You
Berani korang seen aku kan!
Seen by all

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro