22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku dapat straight A." Zai terus menumbuk muka aku, kertas keputusan upsr yang berada di tangan aku dia rampas.

"Kau bodoh! Kau tak boleh keluar lah bodoh!" Dengan penuh kemarahan dia menyepak aku yang sudah terduduk berkali-kali. "Kau tak boleh keluar selagi aku tak keluar Taqim! Kau tak boleh!"

Aku hanya duduk tidak melawan, sepakkan dan tumbukkan yang Zai beri aku biarkan sahaja.

"Kau tak boleh keluar!" Zai berjalan kearah meja belajarnya, gunting dia ambil kemudian dia berjalan kearah aku.

"Zaideri!" Ummi yang tiba-tiba masuk menghentikan Zai yang cuba menikam aku menggunakan gunting tajam yang dia ambil dari meja belajarnya, aku terpaku melihat Zai yang seperti hilang akal.

"Taqim, pergi packing baju." Ummi menarik Zai untuk keluar dari bilik ini, aku masih terduduk, terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

Kalau ummi lambat sesaat pun mungkin nyawa aku dah tergadai.








Pipi aku terasa pedih, aku lap cecair yang mula mengalir keluar menggunakan tangan. Wow nice Wais berdarah, hilang kacak kau nanti.

"Jangan cabar aku lah!" Tangan Zai yang cuba untuk menikam perut aku ditepis, kuat aku pegang tangan kanannya yang memegang pisau tersebut, Uwais Mustaqim tak boleh mati sekarang, kalau dia mati siapa nak jadi tarikkan cerita ni.

Tak tahu lah dia pakai saka jenis apa, Zai angkat lututnya dan menggunakannya untuk memukul perut aku berkali-kali, pegangan tangannya terus terlepas.

"Aku cakap aku buat Taqim, 5 tahun lepas aku tak sempat buat." Zai berjalan mendekati aku yang sedang membongkok menahan sakit perut yang teramat macam ni agaknya rasa senggugut perempuan.

Dengan tenaga terakhir yang aku ada, aku tolak Zai sehingga dia terjatuh, pisau yang berada di tangannya juga tercampak. Muka Zai aku tumbuk berkali-kali,

Tiba-tiba bahu aku terasa sakit, sebilah pisau telah menusuk ke dalam bahu aku. Aihh...bila masa dia sempat capai pisau tu? Bukan dah tercampak ke tadi?

"Alah bukan dekat situ!"

Zai menarik pisau tersebut keluar, rasa sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu. Zai gila dia betul-betul gila aku tak tahu level berapa dah dia punya gila ni tapi dia memang gila.

"Sekali lagi boleh? Aku nak aim betul betul ni." Situasi kini berubah, Zai duduk di hadapan aku sambil pisau di tangannya dilalukan pada dadaku. "Sini? Ke nak dekat perut?"

Entah kenapa Zai terus menikam peha kanan aku, bila mendengar jeritan aku dia ketawa riang.

Tah lah aku rasa dah sampai dah ajal ni, mungkin muka kacak aku ni sempat sampai bab 22 je. Selamat tinggal semua korang boleh crush dekat yang lain pula.

"Pergilah!" Farra yang aku fikir tak ada otak memukul kuat kepala Zai menggunakan botol kaca yang entah dari mana dia kutip, kalau boleh dia nak tunggu aku mati dulu agaknya baru nak datang tolong,

"arghhhhhhhhh!" Zai meraung bila kepalanya dipukul kuat,

"Jangan mati dulu! Aku tak nak masuk juvana!" Farra berlari kearah Zai, Allahu kenapa naif sangat budak ni kenapa bodoh sangat seorang Farra Hanani ni. Kenapa budak tak ada otak ni juga yang datang tolong.

Zai terus menolak Farra sehingga Farra terbaring, dengan kepala dia yang berdarah dia berdiri, aku tak tahu lah kenapa dia ni sengal sangat, patut dia duduk je dalam kereta tu quiet-quiet. Dia keluarpun menambah masalah je.

"Kau nak cuba tolong dia ke?" Zai ketawa, dia kemudiannya mendekati Farra, "ke kau nak mati dulu? Tak sedih sangat nanti."

Pisau diacukan pada leher Farra,

"Jangan sentuh dia bodoh!"

"Kau dah tak boleh bangun tu diam je lah." Zai sempat menjawab tengkingan aku, aih. Rasa useless betul, seumur hidup seorang Uwais tak pernah rasa seuseless ni, bodoh Wais bodoh!

"Farra nak mati elok-elok ke nak Zai paksa macam kawan Farra ni jugak?"

"Tak nak mati, jom Farra belanja Zai aiskrim?" Hilang sakit aku bila dengar jawapan bodoh Farra, apa dah nak matipun dia boleh bodoh lagi macam tu ke?

"Zai nak aiskrim apa? Farra suka makan yang vanilla campur mango! Sedap!" Farra sambung bercerita,

"Tapi Amsyar rasa macam chocolate lagi sedap kan?" Amsyar yang memang setiap bab akan entah dari mana dia datang menyepak kuat Zai sehingga dia terjatuh. Pisau yang ada pada tangan Zai dirampas dan dia angkat tinggi ke udara,

"Jangan bunuh dia! Nanti masuk juvana!" Farra laju merampas pisau yang ada pada tangan Amsyar, terus dia baling pisau tersebut masuk kedalam hutan. Tak tahu la aku yang tengah terbaring ni nak kena menangis atau happy,

Tak tahu lah, dah kalau dua orang budak bodoh ni yang datang. Atleast bawak la Danie ke Riyaan ke.

Ini Amsyar? Apa je seorang Amsyar boleh buat?

"Berambuslah bodoh!" Zai kemudiannya menyepak Amsyar ke tepi, Amsyar terus jatuh pengsan. Dia kena tolak sikit pun dah pengsan, kau expected Amsyar ada dekat aini boleh buat apa je?

Wait,

"Mana satu budak bodoh tu?" Amsyar yang tadinya pengsan bangun dan berjalan mendekati Zai. Satu tumbukan singgah pada muka Zai,

Zai yang cuba membalas tumbukkannya dia tahan, tangan Zai dia pulas dan menjatuhkan badan lelaki tak guna tersebut.

Sah dah ini Amirul, gg Mirul lunyaikan muka dia sampai dia setaraf dengan jalan tar. Sekarang aku tarik balik pernyataan Amsyar tak berguna, ye Amsyar berguna bila Amirul yang keluar.

Amirul cuba untuk sambung lunyaikan muka Zai namun hasratnya terhenti bila sirens polis kedengaran.

"Jangan bergerak, kami polis."

Aku bagai nak mati ni, dia boleh lagi bagi tag line polis tu lagi? Tak tahu nak cakap apa dah, asal aku hidup lagi okay lah.

Dan tak lupa juga muka kacak ini.

🥇🏐🥇

"Amirul Amsyar, aku tahu tu kau." Aku memukul perlahan kepala Amsyar yang cuba menyorok di tepi katil hospital, ketawa kecil Amsyar melihat aku yang bengang bila dia berjaya kejut aku tidur.

"Hihi hai Wais ku sayang!" Amsyar duduk di kerusi sebelah katil,

"Kau okay tak?" Amsyar memandang aku pelik,

"Kau nampak tak siapa yang terbaring siapa yang tengah duduk sekarang ni?" Aku terdiam, terus aku memerhatikan badan aku, bahu berbalut kaki pun berbalut lagi.

"Anyway Am, macam mana kau boleh datang? Bukan kau tak boleh drive ke?"

"Tak boleh drive tak bermakna tak reti drive."

"Kau drive naik kereta siapa?"

"Aku naik motorcar."

"Malas aku dengan kau ni." Aku menjeling Amsyar, ketawa kecil bila dia nampak aku barai dengan perangainya.

"Mana yang lain?" Aku cuba lari dari topik, Amsyar bangun dan menyelak langsir yang ada di sebelah katil aku.

"Sebab kau tak penting, diorang dekat sini." Riyaan, Wais, Danie dan Harras kelihatan terkejut bila Amsyar menyelak langsir tersebut, terus diorang semua melambai aku bila nampak aku dah sedar.

"Hai Wais! Wais dah bangun?" Soalan bodoh keluar dari mulut Riyaan,

Diorang boleh tengok Farra yang tak ada apa apa sangat dulu?

Merajuk aku merajuk.

Aku terus pura-pura tidur, sebab aku merajuk kawan-kawan dah jumpa kawan baru, diorang tak nak kawan dengan Wais lagi :(

"Wais..ooo Wais." Aku buka mata bila nama aku dipanggil, Farra berada di sebelah katil aku sambil tersengih seperti kerang busuk.
Aku masih merajuk, aku tutup mata lagi aku merajuk.

"Hmmm?" Mata aku kembali ditutup, bukan pura-pura kali ni aku betul-betul mengantuk.

"Terima kasih tau sebab dah tolong aku."

"Hmmm.."

"Kau dengar tak ni."

"Hmmm.."

Tiba-tiba semuanya senyap,

🥇🏐🥇

"Terima kasih dah tolong adik aku." Farhan duduk di sebelah katil aku, begitu juga seorang lagi abang kepada Farra.

"Sorry tak dapat jaga Farra macam kau suruh." Aku tidak memandang muka Farhan,   dia kemudiannya mengusap kepala aku,

"Kau dah buat yang terbaik, terima kasih." Farhan tersenyum, untung betul Farra dapat rasa ada abang yang macam ni. "Ini along Faidil, abang first. Long ni Wais."

Along Faidil menghulurkan tangannya untuk bersalaman, tangan Along aku capai.

Lah tak sangka pula dia terus peluk aku.

"Terima kasih ya Wais." Aku terdiam, tak pernah rasa dihargai macam ni sekali. Sudah Wais sudah, cukup jangan tambah drama! Nanti bab lain tak ada drama.

"Kalau kau tak ada aku tak tahu apa jadi Wais." Farra yang baru tiba meletakkan satu bungkusan makanan di atas meja wad ini, "sorry kalau dah menyusahkan kau. Aku tahu aku ni dah menyusahkan semua orang."

Farra nampak sedih, tak pernah aku nampak lagi muka dia yang sesedih ini,

"Takpe, aku okay."

"Kau hampir mati tahu tak Wais."

"Adik." Along Faidil mengusap belakang badannya bila dia nampak seperti ingin menangis, kalau ye pun jangan nangis dekat sini, aku awkward nanti.

"Jangan serba salah aku okay je." Farra mengangkat kepalanya, sudah budak bodoh ni menangis jugak.

"Wais free bila?" Along Faidil yang masih cuba untuk tenangkan Farra bersuara,

"Kenapa along?"

"Along nak ajak korang semua keluar makan, kita tak kenal lagi." Aku terdiam, Wais ni sembang apa? Kau bukan ada life pun nak busy tiba-tiba.

"Lepas discharges ni Wais free lah, minggu depan?"

"Minggu depan Along busy pula, Sabtu ni boleh?" Okay hari ni hari Khamis,

"Boleh Along."

"Kalau macam tu nanti Along bagi tahu Farra, dekat mana okay? Wais rehatlah dulu." Along Faidil kemudiannya melihat jam tangannya sekilas, "Okay lah Wais, kitorang kena pergi dulu nak jemput papa dekat airport."

"Jumpa nanti ah." Mereka bertiga berjalan keluar dari wad aku, bungkusan yang Farra berikan tadi aku buka.

Red velvet cheese cake.



















Tah tak tao korang redha je lah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro