28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

When worst comes to worst, squad comes first


Pagi aku berjalan dengan lancar, tanpa sebarang gangguan, pertemuan, dan segala an yang lain. Tak ada Mina yang nak datang kacau, tak ada Nabil yang datang-datang nak peluk, tak ada Amsyar yang menjerit dan tak ada juga kulit pisang yang tiba-tiba ada dekat tengah jalan.

Aku rasa aman dan damai, tapi otak aku celaru sikit memandangkan masa dua bulan yang Farhan bagi tinggal lagi dua minggu. Tapi aku yakin dengan pasukan aku, diorang pun berlatih macam kiamat dah nak dekat.

"Perhatian kepada semua pelajar, anda di kehendaki berkumpul di padang kokurikulum mengikut permainan masing-masing sekarang."

Terus satu sekolah huru-hara lepas mendengar pengunguman itu, aku tak patut cakap aku aman pada awal-awal bab. Sekarang aku dah tak aman dah.

"Kita boleh jumpa semua pasukan volleyball dengan basketball! Omg! Cepat Bedah kita pergi beratur sekarang!" Bahagia betul diorang ni, kalah dapat jumpa dengan Aiman Tino.

"Maaf, sila beri perhatian sekali lagi. Pelajar dikehendaki memakai pakaian permainan masing-masing."

Ha sudah, aku mana dapat baju bola tampar lagi. Hari tu aku nampak Riyaan pakai baju dia warna putih belang belang merah. Dengan lambang UA dekat dada. Dah tempah, ambil masa sebulan pula tu.

"Oi kau ada baju tak?" Harras yang seperti tahu sahaja aku ada dalam masalah datang kearah aku, kepala aku digelengkan memandangkan aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. "Jom masuk bilik perjumpaan, banyak baju budak-budak ni diorang tak pakai."

Kami berjalan menuju ke bilik perjumpaan yang tersorok dari bilik-bilik yang lain, bilik pertama kali aku kena pujuk masuk team diorang untuk jadi coach dan pandangan mata suci aku dicemari dengan mereka yang tak pakai baju.

"Ketuk dulu, aku pernah masuk diorang dalam ni separuh bogel tahu? Amnesia aku satu minit." Aku menarik tangan Harras yang ingin memulas tombol pintu itu, baru saja aku nak ketuk pintu. Tiba-tiba ia dipulas dari dalam..

"Amsyar bagi sini baju aku!" Amsyar berlari keluar dengan baju Riyaan di tangannya,

"Wek! Tak nak!" Diikuti Riyaan yang cuba untuk mengejarnya,

Masalahnya diorang dua tak pakai baju,

"Arghhh! Riyaan! Amsyar! Pakai baju!" Aku menunduk sambil menutup mata, buat kedua kalinya mata aku hilang dara. Watak anime aku terima lagilah diorang tak pakai baju! Ini member sendiri dengan badan ketak-ketak kau fikir aku rela ke?!

"Arghhh! Kenapa Farra dekat sini!"

"Arghhh! Aurat aku!"

Tak payah bagi tahu siapa punya dialog, yang paling bodoh tu mesti Amsyar,

"Amsyar! Riyaan! Masuklah!" Mereka bertiga masuk dalam bilik perjumpaan bila Danie kaup diorang semua bawa masuk serentak, boleh gila aku kalau macam ni. Inilah masalah kalau satu team dengan lelaki diorang selalu lupa aku perempuan agaknya.

"Farra masuk, semua dah pakai baju dah." Aku akhirnya melangkah masuk kedalam bilik perjumpaan, mereka semua pandang aku penuh ketakutan, aku nak marah ni boleh pula main kejar-kejar.

"Hehe, Farra sorry.." Riyaan tersengih-sengih kearah aku,

"Abah aku kata kalau pandangan pertama tu rezeki. Nampak tak abs aku tadi?" Amsyar macam tak bersalah memegang perutnya, entahlah aku nampak dia flat je tadi yang ada abs pun Riyaan je.

"Sini Farra, baju diorang kau pilih je nak pakai yang mana muat." Harras membuka almari kayu yang berada di hujung bilik ini, ambik kau selonggok baju player bola tampar dalam tu.

"Pakailah yang ada nama Amsyar dekat situ, pasti masa depan kau cerah."

"Baju kau kecik Am." Memandangkan saiz aku dan Amsyar tak jauh beza, aku tak akan pakai baju dia sebab aku jenis suka pakai baju longgar sampai tangan aku hilang, memandangkan diorang ni ada jenis baju club yang sweatshirt punya aku pun tak payah lah buang masa nak pakai inner bagai.

"Wow itu baju aku!" Riyaan nampak happy bila aku capai satu sweatshirt bewarna putih dan lengan kanan bewarna hijau dan lengan kiri berwarna coklat, sama macam diorang pakai sekarang keluar dari almari tersebut, tapi betullah dia punya sebab dekat lengan belah kanan ada tulis 'Riyaan Haziq', sebelah kiri pula tulis UA Volleyball.

"Okay, aku nak tukar baju korang jangan lupa aku perempuan jadi sila keluar."

"Sebab kau perempuan! Kitorang buat satu blik khas untuk coach ke sayangan kami ini!" Amsyar menarik lengan aku pergi kearah satu pintu yang terletak di bahagian belakang bilik perjumpaan, tak silap aku ini stor, kot ye pun benci aku jangan ler buat aku begini. Pintu tersebut dia buka kemudian dia masuk dalam tekan suiz lampu.

"Cantik tak? Aku dengan Riyaan tau hias ni!"

"Korang seriously, decor bilik stor ni jadi macam ni?" Aku terdiam, bilik ni penuh dengan ke pink-an buat mata aku sakitttt.

"Suka tak Farra suka tak?" Riyaan juga datang kearah kami nampak bangga sekali.

"Sejak bila aku girly macam ni?"

"Kami nak seru aura keperempuanan kau keluar, tarik nafas...keluarlah aura keluarlah, keh! Keh! Keh! Keh!" Aku menolak Amsyar yang sedang menyeru aura keperempuanan aku keluar, dia punya seru macam tengah buat ritual makhluk halus.

Bila aku siap sahaja kunci pintu bilik ini dan rasa selamat terus aku tukar baju, sebab aku swag orangnya dan UA ni merata-rata air-cond aku sarung je sweatshirt ni dengan kemeja putih yang aku pakai. Nasib kena dengan shawl chocolate yang aku pakai dari rumah tadi.

"Dah aku dah siap dah, jom keluar." Mereka semua terdiam memandang aku, agak dah aku mesti cantik sangat.

"Cepatlah, team. Nanti lambat malu kita dengan basket." Riyaan selaku captain memanggil mereka semua untuk keluar dari bilik perjumpaan ini, dan kami UA Volleyball team dengan megah sekali berjalan kearah padang kokurikulum.

ʕ•̫͡•ʕ•̫͡•ʔ•̫͡•ʔ•̫͡•ʕ•̫͡•ʔ•̫͡•ʕ•̫͡•ʕ•̫͡•ʔ•̫͡•ʔ•̫͡•ʕ•̫͡•ʔ•̫͡•ʔ

"Farra duduk tengah, diorang semua ni gila." Riyaan menarik aku duduk di bahagian tengah-tengah mereka. Dekat depan ada Wais, Riyaan dan Harras, sebelah kanan ada Danie, sebelah kiri pula ada Amsyar, belajang pula aku ditutup dengan Khai, Adam dan Mikael.

Aku rasa terancam, aku punya tinggi paras bahu dengan dada diorang je. Kecuali Amsyar dengan Harraslah sebab tinggi kami nak dekat sama tapi aku masih pendek.

"Apa yang gila?" Aku memerhati sekeliling, oh. Betul-betul gila diorang semua ni, camera berada merata-rata, ada juga sepanduk tulis nama setiap ahli pasukan, ada juga sepanduk tulis nama aku. Kejap baru nak bangga tapi dekat situ tulis aku hoe.

Malas aku.

Kami berjalan memasuki bahagian bola tampar, bila perhati balik, permainan kami paling sikit ahlinya. Mungkin yang lain ada sesi petang. Ok lah aku tipu je, bila dalam 20 orang budak lelaki junior yang semuanya ada rupa beratur belakang kami.

"Ini semua ahli kita ke?" Aku teruja bila nampak sebenarnya ramai ahli dalam permainan ini, selalunya nampak lapan ketul ni je.

"Haah, tapi diorang semua bukan main player. Latihan sebulan sekali je turun." Riyaan pusing belakang memandang ke semua anak buahnya,

"UA!" Tiba-tiba dia menjerit, aku nak kena buat apa ni tak pernah aku tahu pula bola tampar ada tag line. Ke aku kena gelabah, aku takut aku tak tahu nak buat apa, diorang nampak semangat.

Pelajar lain dah terdiam, nampak seperti ingin memberi ruang kepada pasukan kami untuk buat tag line yang mungkin mereka tunggu tunggu.

"FIGHT!" Mereka semua menjerit serentak dan berdiri tegak, tolong.. aku syak aku dah pekak dah ni dengan suara garau merata-rata dekat telinga ni.

Serentak pasukan bola tampar ada dalam barisan yang lurus. Riyaan bagi isyarat untuk duduk, dengan beralaskan rumput karpet dekat padang koku UA mereka duduk, kecuali main player yang sedang mencatat kehadiran pasukan yang lain.

"Wow UA Fight kita." Nabil mendekati kami semua dengan bangga sekali, pasukan bola keranjang pula ditempatkan sebelah bola tampar. Memang padang sebesar stadium shah alam ni kita ditakdirkan untuk duduk sebelah pasukan ni jugak ye? Cubalah bagi catur ke bola beracun ke, punyalah luas padang ni.

"Hai babygirl, sure tak nak masuk team Nabil? Tengok team diorang ni dah la naif, cuba tengok team Nabil. Wow megah!" Dia menunjukkan ahli pasukannya yang tinggi-tinggi macam tertelan tiang lampu tersebut. Kena lagi dengan baju pasukan warna merah memang nampak diorang megah.

"Nak gaduh kejap lagi, settlekan budak ni dulu." Aimin menarik Nabil pulak ke tempat asalnya, dengan muka sendu miliknya dia angkat tangan tanda minta maaf kearah Riyaan.

"Who're the golden!"

"We!" Padu betul tag line basketball ni, diorang punya serentak lain macam dengan pasukan diorang yang ada dua kali ganda lagi ramai dari kami ni. Nabil memandang pasukan kami, kemudian dia ketawa.

"Takut tak tengok team golden UA?"

"Emas celup buat apa?" Harras bercakap nada sindiran, aku tak boleh cover aku ketawa teruk dah. "Jom la fight, kita lumba lari 1200 meter, on?"

Nabil memandang Amsyar small big small big,

"Kau pendek bukan taraf aku."

"Weh bodo! Nak ke tak nak?" Harras nampak bengang, Nabil siyes lah pandang rendah dekat Harras ni? Sekali dia pecut tinggal kenangan je dia nanti tahu?

"Okay, kalau kalah jangan report mama." Sambil ketawa Nabil membalas, kita tengok siapa yang report siapa nanti, orite tak orite?

"Kita tengok dan lihat."


























Happy 1k happy 1k *lompat-lompat sambil baling bunga.*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro