42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I can't stay here, trouble will find me








"Apa benda ni?" Aku yang baru nak ambil mood pagi ditenking oleh Amsyar, terdiam aku cuba memahami situasi bodoh ni. Pagi kot kalau ye pun nak buat perangai cubalah tengah hari sikit.

"Kau kenapa Am?"

"Aku tanya ni apa?" Skrin telefon google pixel miliknya ditayang pada aku,

"Gambar aku dengan Riyaan kan tu, kenapa?" Gambar Riyaan tengah suap kentang goreng pada aku semalam terpapar, apa benda yang Amsyar nak marah sangat ni? Patutnya peminat Riyaan yang marah, ke Amsyar marah sebab dia suka Riyaan? Mahu terbalik bumi ni nanti.

"Aku tak suka kau rapat dengan dia macam ni." Aku masih tak faham,

"Kau demam ke dah nak mati Amsyar."

"Amirul! Boleh tak lepas ni kau panggil nama aku dulu baru Amsyar?" Lah Amirul rupanya, patutlah selekeh dia dua kali ganda Amsyar. Serabut je.

"Harras marah aku rapat dengan Nabil boleh terima dek akal lagi, sekarang ni Amirul. Itu Riyaan, Riyaan Haziq. Captain kita." Amirul merengus geram, tiba-tiba dia memukul-mukul kepalanya sendiri.

"Aku cakap jangan tu! Jangan je lah!" Amirul menenking aku di hadapan orang ramai ini, kepalanya masih dipukul-pukul, nampak dia tengah bergaduh dengan diri sendiri. Mungkin Amsyar tengah try hard nak halau Amirul tapi entah baran apa tah Amirul ni sampai tak kasi Amsyar keluar.

"Kau kenapa marah-marah? Jealous?"

"Ye aku-" Danie yang entah datang dari mana menapar kuat muka Amirul, terus pengsan budak itu dibuatnya.

"Dia ada usik kau tak?" Danie angkat Amsyar yang dah jatuh pengsan, riak muka dingin Danie kali ni sama macam dia marah dekat Mina tempoh hari.

"Tak ada, kenapa kau tampar dia?"

"Sebab dia kacau kau? Aku pergi dulu." Danie berlalu pergi bersama Amsyar yang sudah terkulai akibat kesan tamparannya tadi, aish pelik betul Amirul kali ni apa yang dia marah sangat pun aku tak tahu.

"Danie tampar Amirul ke tadi?" Riyaan hanya memerhatikan dari jauh Danie yang berlalu pergi, aku hanya menjungkitkan bahu.

"Tak tahu lah, apa tah yang dia marah sangat."

"Aik, Danie marah Amsyar? Kejap lagi class math kan? Jom lah masuk kelas." Aku hanya mengikut Riyaan yang ingin berjalan masuk ke kelas,

"Weh Yaan, ada orang tangkap gambar kita do semalam." Riyaan memandang aku sekilas,

"Biar je lah." Amboi mudah betul benda yang keluar dari mulut dia ni ye, yang dapat hate comments semuanya Farra Hanani, dia boleh suruh biar je? Macam kena perhati tu sesuatu benda yang dah lali oleh Riyaan ni.

"Wow, sweetnya pasangan couple ni." Satu lagi masalah datang, aku penat betul dengan sekor lagi ni. Tak boleh agaknya kalau tak kacau hidup aku walau sehari. Boleh mati rasanya.

"Kau nak apa ni Nabil? Jangan semaklah." Riyaan menarik aku untuk duduk belakang badannya, aku memang malas dah nak layan Nabil ni, sebab dia aku gaduh dengan Harras macam nak putus siratulrahim semalam kot. Memang tak ler nak layan dah.

"Awal eh Yaan sekarang? Aku baru je nak masuk line. Takut betul aku rampas budak ni ye?" Nabil memandang aku yang masih duduk di belakang Riyaan. "Tapi aku tak boleh bagi kau lebih dari aku Yaan."

Dia kemudiannya ketawa penuh sarkastik, "terima kasihlah dekat anak buah kesayangan unty Anis ni, sebab anak buah kesayangan dia tolak perlawaan dia untuk join korang dating semalam."

"Nabil!" Riyaan menahan aku yang dah mula naik angin, Nabil pula hanya ketawa melihantnya.

"Cepatlah tampar sayang, sini cepat." Dia menunduk, pipinya dihalakan kepada aku cuba untuk memerli.

"Jangan kau berani kacau dia lagi." Riyaan menolak Nabil untuk menjauhi aku,

"Lah kenapa? Aku nak juga apa yang kau ada ni Yaan." Kolar baju Nabil direntap kasar oleh Riyaan,

"She's totally mine, stay away from her." Kolar baju Nabil dilepaskan, ketawa besar Nabil dibuatnya. Riyaan terus menarik lengan aku untuk beredar pergi meninggalkan Nabil.

"Dia aku punya jugak, tapi...nantilah okay?" Sempat Nabil memerli dari jauh,

Aku, mine, sudah. Malas aku fikir.

☆彡🌙☆彡

Semua kelas hari ni tak berjalan dengan lancar, aku asyik termenung fikirkan siapa budak perempuan semalam. Sebab aku fikir, aku termenung, bila aku termenung cikgu tanya soalan, bila cikgu tanya aku tak dapat jawab, bila aku tak dapat jawab pula aku malu.

"Lepas ni turn kau tau?"

Apa dia cuba sampaikan? Dia nak kata lepas ni aku mati ke? Dahlah semalam aku tak nampak langsung muka dia. Apa maksud dia juga pasal maka dah tak ada? Tak akan dia yang bunuh mama, tapi mama meninggal sebab accident kan?

"Kak Farra nak duduk sekali boleh?" Tiga orang junior yang langsung tak pernah tegur aku tiba-tiba datang menghadap aku yang tengah duduk sorang-sorang ini, sebuah senyuman aku hadiahkan.

"Duduklah, tak ada orang pun." Baik betul hati aku untuk bagi diorang duduk, tak sangka perangan diorang ni macam tapir.

Sorang dari mereka tolak dulang makanan aku jatuh dari meja, benda sekarang ni. Aku tak usik lagi makanan tu, semuanya jatuh macam tu je.

"Sorry Kak!" Penuh sarkastik dia minta maaf, aku dah lah mode nak gigit kepala orang dah on dari tadi. Diorang tak pernah nampak aku pukul Nabil ke?

Laju tangan aku angkat nak tampar muka budak yang tolak tray makanan aku tadi, tapi sorang dari mereka halang aku daripada menampar muka membernya, tangan budak yang halang aku tadi aku pulas 180° kemudian aku tolak tangannya sampai dia jatuh atas meja.

Kaki aku angkat untuk menyepak perut budak budak yang tolak tray makanan aku tadi, jatuh terduduk dia dibuatnya. Seorang dari mereka syok rakam apa yang jadi, dia fikir dia boleh terlepas agaknya, laju sahaja telefon iphone 6 yang ada pada tangannya aku rampas dan campak pada dinding cafe. Berderai macam tu je.

Aku terdiam sebentar, terkejut dengan apa yang aku dah buat, nafas aku laju menahan marah dan penat baru lepas settlekan tiga orang sekaligus.

"Korang kalau nak kurang ajar, bukan dengan aku." Entah saka Amirul agaknya masuk dalam badan aku sampai aku marah dan mampu nak pukul orang macam ni sekali.

"Aku tahu yang record ni ada yang post dekat mana mana, lepas ni turn kau pulak." Beg galas yang ada atas kerusi aku capai dan terus berjalan keluar dari cafe, dekat luar terserempak dengan Harras dan Amsyar yang ingin masuk dalam cafe.

"Yo!" Sapaan Amsyar aku abaikan sahaja, mood nak pukul orang memang padu gila babi hari ni, jangan dengan Amsyar sekali aku pukuk sudahlah.

"Pahal adik kau tu?"

"Tah, period-astaghfirullahalazim." Terkejut Harras melihat apa yang berlaku dalam cafe huru hara bukan lain macam lagi.

"Jangan cakap, ini kerja Farra."


Kaki aku menolak pintu rooftop, tiada seorang pun yang ada dekat atas ni. Akhirnya aku boleh duduk dengan aman dan sentosa. Aku merebahkan badan atas sofa yang memang ada sebiji je atas rooftop ini, mata aku memandang langit yang tiada awan.

Mana aku nak cari duit gantikan telefon budak tu agaknya, tapi tak apalah. Dia pun pakai iphone 6 je. Nanti cari jelah yang secondhand.

"Padu kau pukul orang tadi."

"Siapa tu? Aku terima Wais, Harras, Amsyar, Danie, Riyaan, Khai, Adam dengan Mikael je. Oh kalau Amirul pun aku tak nak." Malas aku nak melihat siapa yang datang sini aku cuma memberi pesanan, tapi rasanya yang tahu port ni Wais dengan Amsyar je.

"Ala kenapa tak sebut nama aku."

"Dah tahu tak ada nama tu jangan datang." Aku menutup mata untuk elakkan sakit hati,

"Tak nak dengar."

"Malas cakap dengan orang pekak macam kau." Aku masih memejamkan mata,

"Nah ni, kau tak makan tadi aku nampak."

"Tak nak."

"At least bukak ler mata." Aku buka mata, Nabil berdiri di hadapan sofa yang aku sedang baring ini. "Makan."

"Aku cakap aku tak nak." Dia masih berdegil dan menghulurkan satu plastik bungkusan waffle.

"Nak aku suap ke baru nak makan?" Aku akhirnya duduk, ruang aku berikan untuk Nabil duduk sekali.

"Jangan kacau aku sebab Riyaan je." Mata aku ditumpukan pada pemandangan di atas rooftop ini, Nabil dah hulur sekeping waffle pada aku, "aku tahu kau sibuk kacau aku sebab Riyaan je, kalau itu yang betul kau buat tolong cari perempuan lain untuk kau kacau dan dia bukannya aku."

Nabil kemudiannya ketawa,

"Aku memang suka kau, so what? Kau naif, garang, comel pulak tu. Tengok tu, marah pun makan lagi apa yang orang dah bagi."

"Weh Mabsut, berambus sekarang." Wais masuk dalam rooftop, peh padu dah ayat dia sekarang. Mesti penat hafal nama-nama syaitan ni. "Jangan jadi bodoh, heret orang tak bersalah dalam hidup naif kau ni."

Wais menarik Nabil untuk berdiri, dia kemudiannya duduk di sebelah aku, tempat yang Nabil duduk tadi. Kakinya disilangkan.

"Berambus." Tangannya dikibas-kibas seperti halau nyamuk, tanpa banyak cakap Nabil terus berlalu keluar dari rooftop.

"Terima kasih waffle ni!"






















Yaaa hooo, oh hai! Boleh suggest siapa patut jadi hero? Tak ler penat fikir. Kalau nak watak tu tolong bagi alasan kenapa. Hewhew maseh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro