45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Level up






Okay aku cuma perlu pukul kepala Danie sampai dia pengsan je, lepas tu culik dia bawak masuk kereta dan pecut pergi port yang budak-budak ni dah bagi location. Amsyar kata ini je satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk sambut juga birthday Danie, dia lupa agaknya dia yang musnahkan segala plan. Yang kelakarnya tu, budak lain setuju je plan berani mati ni.

Sekarang ni kenapa aku yang perempuan kena buat part yang ni? Punyalah ramai budak lelaki ada tujuh ketul, aku yang perempuan pulak kena pi pukul Danie yang tidak bersalah,

Alasan diorang sebab aku nampak paling comel dan aku tak nampak bahaya so Danie tak syak apa-apa. Dem, aku tak tahu kenapa aku tersangkut dalam berkawan dengan diorang semua tu.

Aku pegang kayu baseball penuh kemas, kalau aku terbunuh dia macam mana doh? Tak ke susah payah je author tulis sampai 50 bab dah ni.

Baju serba hitam dengan mask hitam aku beli dekat kedai dua ringgit membuatkan aku nampak macam pembunuh bersiri, aku cuma harap Danie tak mati jelah lepas aku pukul dia nanti.

Kayu baseball aku angkat tinggi keudara, nasib dekat parking lot tak ada orang kalau tidak mati aku ni kena panggil masuk dalam bilik displin sekali lagi.

"Farra?" Aku terpukul terus Danie yang ada depan mata aku ini tanpa belas kesian, terjatuh Danie dibuatnya. Bila dia dah jatuh pengsan dan menampakkan mukanya aku baru perasan...

Sudah,

Ini bukan Danie.

Aku pusing belakang pandang orang yang memanggil aku tadi, Danie berdiri belakang aku sambil terkebil-kebil tak faham kenapa aku pukul anak orang tanpa sebab, aku pula mula menggelabah bila nampak Danie.

"Kau Farra kan?" Danie menyoal sekali lagi, aku syukur gila babi Danie jenis lembut kalau dia sama macam Harras atau Riyaan ni, pecah dah kepala aku dibuatnya.

"Macam mana kau boleh ada dekat situ? Kau patut ada dekat sini! Kenapa kau boleh berdiri belakang aku! Kenapa bukan kau yang dekat depan ni!" Aku sorokkan kayu baseball belakang badan walau aku tahu Danie dah nampak dah apa yang aku baru buat, Danie masih terdiam. Kemudiannya dia cuba untuk bersuara dan menunding jari kearah Danie clone yang dah pengsan.

"Kenapa kau pukul Ab-" Danie juga jatuh pengsan, Astaghfirullahalazim terkejut gila aku bila dia jatuh tiba-tiba, aku rasa kayu baseball ni tak bergerak pun macam mana dia boleh pengsan pulak ni?

Bila Danie dah jatuh, baru nampak Wais berdiri belakangnya sambil memegang kamus dewan edisi terkini,

"Kau ni orang suruh buat kerja easy pun susah ke?"

"Sekarang ni kau pukul dia guna kamus ke?" Wais mengabaikan soalan aku, dia kemudiannya mengangkat Danie yang baru lepas dia pukul tadi.

"Tu Abner tu, bawak sekali, aku tak nak kena kemas dewan untuk lagi seminggu." Wais memandang budak yang aku pukul tadi, rupanya dia ni budak pertukaran pelajar dari U.K mana la aku tahu dah colour rambut dia sama dengan Danie. Beza dia rambut Abner ni pendek je, aku puas sangka baik Danie gunting rambut.

"Kalau ye pun tolong ler aku ni, memang aku larat nak heret dia."

"Sabarlah, aku angkat Danie ni dulu."

☆彡✨☆彡

"Shhh...shhhh..."

"Sakitlah woi!"

"Kau ni menyusahkan betul lah!"

"Shuutttt!"

"Bila boleh makan ni?"

Huru-hara stor rumah Amsyar ni dibuatnya. Jadi diorang sambut birthday party Danie dekat stor macam ni? Rumah Amsyar punyalah besar, stor dekat halaman rumah dia jugak jadi pilihan? Tapi stor rumah dia ni cantiklah, nampak macam port Amsyar lepak dengan theme dia led light lagi. Aku syak Amsyar ni tiktoker.

"Aku dekat mana ni!" Bila dengar je suara Danie kami semua senyap serentak, tunggu Harras yang ditugaskan untuk menyalakan lampu buat tugas dia, tapi entah lama pulak Harras nak tekan suis ni.

"Aduh weh, mana suis lampu." Harras ni masalah betul,

"Harras? Aku dekat mana ni?"

"Hello? Who's there."

Akhirnya Harras jumpa suis lampu, jadi teranglah stor rumah Amsyar yang telah dihias ini.

"SUPRISEEEEEE!" Danie nampak terkejut, dia dengan muka mamai dia memerhati kami semua yang ada dalam stor ini.

"Today is not my birthday." Abner pula yang menjawab, budak mat saleh ni masalah betul ye? Eh lupa pula siapa yang bawak dia masuk dalam masalah ni sekali tadi.

"Abner sorry sorry, today is Wednesday and it's Danie's birthday!" Riyaan membalas, entah betul ke tidak grammar tu tak tahu la pakai taram je mungkin.

"So why am i here?" Abner masih tak faham dengan apa yang berlaku, berkerut seribu dahi dia melihat kami semua.

"Aaaaa...ha! This is how malaysian celebrate their birthday Ab! We kidnap kidnap the birthday boy and his friend haaaa! His friend! Like this, hi Abner you're our friend now. Lets potong potong kek together." Huru-hara english Amsyar terangkan dekat Abner benda bodoh ni, Abner pula percaya je apa Amsyar cakap kemudian dia ketawa.

"So abang Danie, tiup lilin ni dah tinggal separuh dah ni." Khai hulurkan sebuah kek pada Danie, memang saja kitorang suruh dia pegang kek tu sebab dia paling muda. Walau Amsyar paling comel.

"Make a wish Danie." Abner nampak teruja, Danie pula hanya tersenyum memandang kek tersebut, kemudian dia diam mungkin tengah fikir nak wish apa.

"Semoga siapa yang pukul kepala aku tadi single sampai mati." Laju Danie tiup lilin tersebut, terbuntang mata Wais dibuatnya. Wais lari kearah Danie.

"What was he said?"

"Hah? Danie said, hope he can find love one day and become a good best friend for you Ab!" Amsyar sekali lagi menipu Abner, Abner pula menganggukkan kepalanya tanda fahamlah apa yang Am baru lepas merapu tu.

"Lighter mana lighter? Hidupkan balik lilin ni!" Danie hulurkan kek tersebut kembali pada Khai,

"Wish sekali je."

"Tapi aku pukul kau guna kamus kot! Aku transfer ilmu lagi!" First time Wais nampak childish macam ni, dia kemudiannya memukul-mukul bahu Danie macam budak kecik tak dapat aiskrim.

"Nasib baik bukan aku yang pukul kepala Danie." Aku keluarkan casing powerpuff girl yang aku beli kelmarin, "Danie! Kau pakai casing ni, sama dengan aku dengan Harras aku tahu kau tak pakai aku rejam kau sampai mampos."

Aku terus merampas handphone Danie, casing plain warna kelabu dia aku buka kemudian aku pakaikan casing powerpuff girl tersebut.

"Best friend goals kan? Jangan bukak, cantik ni." Handphone Danie aku pulangkan, plain case kelabu dia pula aku simpan tak nak bagi dia pakai punya pasal.

"Makan dulu makan dulu, nanti baru bagi hadiah."

☆彡✨☆彡

"Kau terharu tak dengan hadiah aku!" Danie memandang oven yang aku belikan untuk dia, padu tak padu aku hadiahkan dia oven? Member yang lain bagi barang klishe kot.

"Peh ini limited edition punya kot Farra! Kau serious la!" Oven Safsonic tersebut Danie peluk dengan penuh terharu, ya ini jenama bapak aku sendiri, yang aku pula beria pergi jalan jauh-jauh cari hadiah, padahal dekat kedai papa aku ambil je berapa banyak aku nak. Oh mesti ramai tanya,

Aku lupa beli bubur Farhan, aku balik je aku senyap-senyap masak yang segera punya dekat dapur lepas tu tukar bekas dia dan berlakon tak bersalah.

"Aku beria belikan air force ni Dan! Siap custom made lagi yang daisy punya ni, kau boleh teruja tengok oven?" Harras nampak sedih, tah la aku kalau jadi Danie aku dah sumbat dah kasut tu dalam mulut dia. Gila betul hadiahkan kasut custom made Daisy dekat lelaki.

"Terima kasih lah korang, aku appreciate semua hadiah ni walau Harras punya hadiah buat aku sakit hati." Danie tersenyum manis, eh tiba-tiba senyuman dia hilang dalam masa dua saat. "Tapi aku masih berdendam dengan Wais yang pukul kepala aku."

"Nasib aku yang pukul, kalau Farra pukul? Mahu kau bodoh macam Abner sampai sekarang."

"What is bodoh?" Abner nampak terkejut bila namanya disebut.

"Bodoh is handsome in malay." Dia kemudiannya mengangguk kepala.

"Wais is bodoh, like that?"

"YES ABNER TRUE! TRUE!"













You look so bodoh today 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro