55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hiks






Farra Hanani's pov

Aku memang menyusahkan, memang aku ni tak patut hidup kalau hidup pun menyusahkan orang je kerja.

Masalah aku sorang, yang kena tempias orang lain. Aku pandang Riyaan yang sudah tidak bermaya, terkulai dia sebelah aku lepas terima tembakkan dari Atira tadi, bodoh Farra bodoh!

"Sebelum aku tamatkan dua ekor ni, aku nak kau dulu."

Aku cuba untuk halang Atira yang dah mengacukan pistol kearah Wais, tapi badan aku lemah, nak bernafaspun payah dia macam kena tunjukkan effort cinta kepada crush.

Bunyi tembakkan kuat membuatkan aku tersentak, jantung aku bagaikan berhenti beberapa saat.

Tak..tak...

kepala aku dialihkan memandang Wais.

"Wais."

"Uwais!" Serentak aku dan Riyaan menjerit, sedaya upaya aku megesot untuk mendekati Wais yang sudah terbaring, begitu juga Riyaan.

"Wais bangun! Bangunlah bodoh!" Aku menggoncang-goncangkan badan Wais dengan harapan dia mampu bangun semula, air mata aku mula mengalir, tak...tak mungkin aku hilang kawan, tak mungkin.

"Kau dengar tak ni Wais!" Aku dah menyusahkan ramai orang, sumpah.

Walau sepanjang tiga bulan ni perangai dia macam bangang, tak. Dia tak bangang, apa apa je lah, tapi kalau Wais tak ada sebab aku, kau fikir aku boleh maafkan diri sendiri ke?

Dia hampir mati masa selamatkan aku dari Zai dulu,

Tak akanlah sekarang pun sama jugak!

"Uwais bangunlah!"

"Sakit!"

"Farra, Riyaan korang dua okay tak?" Badan aku dipeluk oleh along, lantas aku terdiam, kepala aku dialihkan memandang Atira tadi.

Atira dah terbaring atas lantai sambil memegang kakinya yang mengalir darah, belakangnya ada beberapa orang pegawai polis yang mungkin baru melepaskan tembakkan tadi.

Jadi Wais...

"Weh! Aku hidup lagi!" Wais duduk sambil memegang dadanya, muka happy macam budak dapat gula-gula dia tayangkan tanpa rasa serba-salah, air mata yang membazir tadi aku lap. Dia tak tahu agaknya air mata perempuan ni mahal,

mujur aku tengah sakit je ni kalau aku sihat dah lama aku ambil pistol dekat Atira ni pi tembak kepala dia bagi mati betul-betul.

"Wais bodoh." Riyaan yang tengah menanggung kesakitan menampar-nampar pipi Wais, dia dah la tiada sebarang kecederaan, acting padu gila macam dah mati.

"Farra, kejap lagi ambulance sampai." Entahlah, suara along pun aku dengar samar-samar. Kepala aku semakin berat dengan badan yang masih menggigil, terus aku jatuh kedalam dakapan along.

Okaylah semuanya hidup lagi, boleh la aku rehat sekejap.

☆彡✨☆彡

"Allahu-akbar.. Ashadu-"

"Aku bukan baby baru lahir Amsyar." Aku menolak muka Amsyar untuk menjauhi telinga aku, baru je bangun dah kena hadap stress,

"Dia dah repeat kiamat tu dekat telinga kau masuk kali ke tiga dah." Aku mengalihakn kepala memandang suara sumbang tadi, terpaparlah Wais yang sedang duduk di kerusi pelawat sambil tangannya memegang sebuah buku entah apa tah tajuknya.

"Iqamat Wais, Iqamat."

"Aku tersasul."

"Kau nampak macam orang buta agama." Padu betul menusuk sindiran Amsyar ni, terus terdiam Wais jadinya, aku yang duduk dekat sebelah dia pun terasa tempias keterasaan Wais, padu dia lain maciem. Tercyduk member.

"Apa dah jadi?" Aku masih tak dapat hadam situasi, macam mana Amsyar boleh tiba-tiba ada dekat sini? Ni mesti kes Amirul keluar lepas tu bantai semua orang jahat sampai Amsyar tak cedera banyak mana pun.

"Dah dua hari kau tidur, ingat tak aku siapa?" Kejap- kejap-, dua hari? Dua hari aku tak sedarkan diri?

Aku pandang Amsyar yang sedang berdiri di sebelah katil aku ini, elok je dia dengan tangan yang berbalut mungkin akibat terseliuh. Wais pula, dia tak ada cedera apa-apa pun, mungkin dia cedera dekat bahagian mental je, sampai dia jadi bodoh tak kena tembak pun acting macam dah kena tempak tepat dekat bahagian dada.

"Mana yang lain?"

"Harras dengan Farhan okay je. Cuma diorang dekat wad lelaki lah, diorang tak boleh satu wad dengan kau." Amsyar melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan katil aku, "Riyaan dengan Danie tak berapa nak elok sikit."

"Kenapa dengan diorang?" Amsyar mengalihkan anak matanya memandang Wais pula,

"Riyaan kaki dia patah sebab kena tembak dua kali dekat bahagian yang sama. Patah tebu wo, sakit." Muka Amsyar memainkan peranan, sekali dengan aku terasa sakit yang Amsyar ceritakan tadi.

"Danie pula lengan dia retak." Aku terdiam,

Banyak betul aku dah menyusahkan diorang, tapi diorang still ada dekat sini lagi temankan aku?

"Kau pula, dua hari tak bangun. Tapi doktor kata kau tidur je, semua tu kesan ubat yang dia bagi. Nasib baik kau okay, kalau tidak kita ada Elsa nombor dua tahu?"

"Anyway, kita dapat masuk final!" Amsyar cuba mengubah topik perbualan yang nampak semakin tegang ini, macam biasa, dia tersenyum riang cuba meraih perhatian.

"Wah, lawan dengan siapa?"

"Armour." Wajah ceria Amsyar tadi terus berubah,

"Tapi aku rasa better tarik diri je, Danie dengan Riyaan pun tak ada." Wais menutup buku yang berada di tangannya, rasa serba salah aku semakin menjadi-jadi.

"Tak payah, teruskan je. Aku tahu korang boleh, Khai pun ada bukan? Kita panggil la simpanan yang lain, volleyball player bukan sorang je kan?" Aku cuba untuk raih semangat mereka berdua, untuk kali keduanya.

Wais tersenyum,

Benda ni macam gerhana matahari cincin kau tahu? Jarang betul berlaku, dah la cantik dia lain maciem.

"Assalammualaikum." Pintu wad ini dibuka tanpa kebenaran, along dengan papa melangkah masuk kedalam wad.

"Along tengok! Amsyar iqamat dekat telinga Farra tadi, terus dia bangun." Sejak bila aku ada tambah sorang adik? Aku rasa aku je adik last along ni, kenapa Amsyar panggil along dengan gelaran along. Dia nak kena gigit ke? Aku paling pantang share abang ni.

"Farra dah bangun!" Along melambai-lambai tangannya kearah aku, nampak sangat teruja. Kadang dia treat aku macam aku ni baby baru dapat buka mata dan mengenali bagaimanakah dunia.

"Apa cerita Atira tu Fai?" Along dan papa hanya berdiri di hadapan katil aku, Amsyar pula dah bangun bagi ruang pada papa untuk duduk, namun papa hanya menggelengkan kepalanya tidak mahu dengan perlawaan Amsyar tadi.

"Dia kena masuk hospital mental la apa lagi? Budak tu gila." Along bercerita sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, "kilang tu pula papa arahkan diorang untuk tutup sepenuhnya."

"Diorang buka secara haramkan, penjualan daging manusia tu?" Terpanar aku dengan soalan Amsyar,

"Jadi dalam freezer tu..."

"Haah, mayat." Tanpa rasa bersalah sedikitpun Wais membalas, dia nampak aku macam gembira ke lepas dapat tahu semua benda ni? Aku duduk dalam tu sorang-sorang dekat dua jam kot.

"Uncle banyak betul menyusahkan kamu semua ni kan? Kalau arwah aunty kamu ada, mesti dah kena bebel dah uncle ni sebab tak jaga anak-anak dengan betul." Papa betul-betul nampak sedih, terkaku kami semua dibuatnya.

"Uncle jangan lah sedih, lagipun bukan salah Farra pun. Kitorang sebagai kawan kenalah tolong dia. Dulukan uncle pernah suruh jagakan Farra untuk uncle." Amsyar membalas tenang, lantas terukir sebuah senyuman pada bibir papa.

"Farra nak jumpa Riyaan."

"Tak boleh, Riyaan tengah check up. Lagipun Farra pun tak stabil sepenuhnya lagi, duduk je sini dulu."

"Oh, Riyaan pesan. Dia tak nak jumpa sesiapa, dia kata dia nak ruang, dengan you I nak bertenang." Aku mengabaikan jenaka Amsyar, dia tak nak jumpa sesiapa ke...

Dia tak nak jumpa aku?

















Aku kan baik, comment author baik sepuluh kali untuk tiada sad ending. HAHAHAHAHA GURO JEW.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro