62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng














"Best Libero 20^^" Amsyar mengangkat pingat dan trophy yang dia baru dapat tadi. Tersenyum lebar seorang Amirul Amsyar bila nama dia yang disebut untuk ambil pingat Best Libero. Katanya first time dalam kehidupan.

" Yo, best setter." Begitu juga Wais, tapi yang lain masa Wais naik pentas tu. Ffuh, bising habis satu stadium sorak nama dia. Ingatkan dia famous dalam UA je, sekolah lain pun kenal dia rupanya.

"Mesti mama bangga ni!" Harras nampak happy gila dengan trophy Best Decoy yang juga kepunyaannya, cuma Riyaan nampak hampa mungkin sebab dia tak dapat pegang best captain.

Tahu lah salah aku. Okay, otak tolong jangan ingatkan.

"Eh emas celup, nombor dua je ke?" Harras mengangkat trophy juara milik pasukan bola tampar kearah pasukan bola keranjang yang baru sahaja tiba lepas ambil hadiah, riak lain macam betul ye Harras ni.

"Nasib je tu." Nabil membalas perlahan,

"Oh, korang kalah pun mesti nasib kan?" Padu betul sindiran Harras kali ni, terus Danie pukul kepala dia suruh dia behave sikit, kalau nak gaduh pun tolong dalam UA jangan dekat luar. Kotor nama UA nanti ye.

"Tak adalah dewan untuk korang, bluerrrkkk!" Bila Harras dah diam Amsyar pulak sambung, siap jelir lidah lagi dekat Nabil tu. Panas je telinga Nabil mendengarnya, Aimin dah tepuk-tepuk belakang badan Nabil suruh bersabar jangan buat hal dulu.

(Ini bukan character Amsyar ni tapi tak pe kita bayangkan je ni Amsyar jdlakakshe)

"Riyaan belanja kfc lagi ke kejap lagi!"

"Kepala hotak kau!"



☆彡



"Korang jadi tak nak ikut balik kampung ni?" Aku dan Danie sedang membersihkan dapur kami berdua sebelum naik cuti ni, simpan semua barang mana tahu ada tikus ke apa sedap je diorang dapat makanan percuma nanti.

"Aku, Riyaan dengan Amsyar sure dah jadi. Kitorang pergi naik alphard ayah Amsyar." Danie menutup pili air lepas dah siap membasuh pinggan, dia ni pun degil. Aku kata dah jangan tangan dia pun ada sebelah je, biar aku buat. Dia kata dia boleh buat la, tak boleh manjakan tangan ni.

"Wais macam mana?"

"Dia kata dia tak tanya lagi, tak payah risau Wais pun pergi punyalah. Dia saja je nak lari tu, nanti Harras jumpalah dengan Tok Aba dia tu." Ketawa kecil aku bila mendengar penerangan Danie, teringat muka macho Wais bertukar hodoh bila jumpa Kiko haritu.

"Wais tu penakut jugak eh?"

"Dia penakut sangat, kau tengok je dia macho macam tu. Kucing comel pun dia takut kot." Kami berdia ketawa bila teringat balik babak Wais menjerit-jerit masa kiko nak berkawan dengan dia. Seronok betul borak dengan Danie ni, tak terlalu childish tak terlalu mature cukup kena dengan aku yang bangang ni.

"Oh Farra, aku sebenarnya ada benda nak bagi tahu kau tapi aku harap yang benda ni tak bagi apa apa effect dekat kita." Danie tiba-tiba nampak serius, mungkin kali ni tak ada main-main lagi.

"Kenapa Dan?"

"Pasal Amirul."



☆彡



"HARRAAAAAAAASSSS!" Terhenti langkah aku dan Harras yang baru sahaja keluar dari dewan sukan ni. Suara nyaring Amsyar ni satu sekolah kot boleh dengar.

Kelibat Ansyar yang sedang berlari sambil melambai-lambai kami menjamah mata, comel betul ya Amsyar ni. Dah la kecik je.

"Kenapa Am?" Amsyar terus melompat kearah belakang badan Harras, kemudian dia memeluk leher Harras dari belakang.

"Nak incang." Dia kemudiannya ketawa riang bila nampak muka terkejut Harras, "cepatlah Harras cepatlah!"

"Ish kau ni, dah siap kemas loker ke?" Nak atau tak nak, Harras memang kena layan jugak si Amsyar ni, Harras memegang kaki Amsyar agar dia tidak terjatuh, kemudian kami sama-sama berjalan kearah blok yang terletaknya loker pelajar.

"Aku dah siap kemas dah tadi,"

"Kau ponteng kelas France ke?" Amsyar ketawa, nampaknya betul la tu dia ponteng kelas.

"Aku mana buat kerja berdosa tu lagi, tadi tak ada cikgu. Aku keluarlah kemas loker, tak sabar nak balik kampung dengan korang!" Aku membuka pintu loker aku, sebenarnya nak ambil baju dengan wayar USB je. Aku bukan letak banyak barang pun dalam loker, loker dalam dapur dekat blok kulinari pun ada jugak.

"Eh, surat apa ni?"

"Peh dapat love latter ke tu?" Harras dan Amsyar pula yang nampak teruja, surat yang nampak macam kertas lama dengan bunga rose yang sengaja dilayukan itu aku keluarkan dari loker. Ni mesti dia masukkan ikut lubang loker ni.

"Tahu tak sekarang orang hantar santau ikut parcel pos laju?" Amsyar yang masih didukung Harras itu bersuara, ha sudah gelabah pulak aku.

"Okay kalau macam tu kau bukak lah, baca." Surat tadi aku hulur pada Harras, at least kalau kena santau, yang mati dulu Harras.

"Tak nak aku!" Harras menggeleng-gelengkan kepalanya, jadi siapa kita nak suruh mati dulu ni?

"Asal ni?" Aku terus hulurkan surat tadi pada Riyaan yang baru sampai, bagus Riyaan. On time untuk mati.

"Bukak ni baca." Riyaan nampak terkejut bila aku hulurkan surat tadi kepadanya,

"Hah, kau bukaklah dah kenapa bagi aku." Riyaan membantah, aduh jadi siapa kita nak buat jadi kambing hitam ni suruh mati dulu. Aku tak ready mati awal.

"Amsyar kata ada santau."

"Eh! Mana ada aku cakap!" Laju Amsyar menafikannya, dasar budak pendek. Menipu nombor satu.

"Mana ada hantu dalam tu." Riyaan membalas yakin, serentak kami bertiga memandangnya dengan pandangan curiga.

"Macam mana kau tahu?"

"Kau ke yang bagi?"

"Aku bagi tahu crush kau yang kau curang Yaan!"

"Lah, apa aku pulak. Kau diam Amsyar, sumpah kau diam." Amsyar ketawa lepas dimarahi oleh Riyaan, something betul diorang dua ni kan.

"Siapa crush Riyaan ni Am? Ohhh..tak nak share..." Amsyar memandang aku sambil tersengih-sengih, Harras yang tengah piggyback dia pun beria dah nak tahu jugak.

"Bayar dulu!"

"Diamlah Amsyar!" Aku hulur seringgit pada Amsyar, laju je budak ni makan rasuah.

"Crush Riyaannnnnnnn...."

"Amsyar!"

"Tak boleh bagi tahu!" Ligat Amsyar ketawa, kemudian dia turun dari terus duduk atas badan Harras, duit seringgit tadi dia pulangkan. Satu la bagus Amsyar ni, jenis tak ambil hak orang, tapi kalau orang minta belanja tu. Dialah orang first nak, sama je macam Harras tapi setan Harras ni level atasan.

"Ni Riyaan, bukaklah, kalau kau mati kitorang follow belakang." Aku hulurkan surat tadi kepada Riyaan kembali, aku tak nak der mati dulu. Jadi aku gadaikan kawan-kawan aku ni dulu.

"Kau bukak je lah, mana ada apa-apa."

"Mana kau tahu tak ada apa-apa?" Berkerut-kerut dahi Riyaan untuk fikir jawapan,

"Love letter kot, tak akanlah orang nak hantar santau pakai love letter." Riyaan cuba menarik kami kembali ke bumi yang nyata, okaylah aku bagi Farhan je bukak, at least kalau dia mati bertambah sikit ruang untuk aku dalam rumah tu kan?

"Nanti je lah aku bukak." Aku terus masukkan surat tadi dalam beg, ini semua salah Amsyar, dia yang buat otak kitorang join bangang macam dia.

"Wais dah setuju belum nak ikut balik kampung?" Lepas aku dah pasti tak ada barang yang aku nak bawak balik terus aku tutup pintu loker, budak tiga orang ni hanya mengjungkitkan bahu je tanda tak tahu.

"Tak pe pasal Wais tu nanti aku settlekan dia. Hari ni tak nampak pulak dia, mana entah." Harras membalas, haah. Mana Wais eh? Tak nampak pulak dia hari ni, ke dia menyorok dekat rooftop lagi sebab takut kena kejar dengan budak sebab dia pakai turtleneck macam hari tu.

"Kau bukan satu kelas math dengan Wais ke Yaan?"

"Hari ni mana ada math, cikgu tak masuk. Tu la aku ada dekat sini."

"Dah la aku nak simpan barang ni dalam kereta, jom Riyaan aku hantar kau balik sekali."

"Aku nak ikut sekali! Aku nak ikut sekali!" Aku hulurkan baju-baju yang aku pegang tadi pada Amsyar, nak ikut kenalah tolong. Ingat tak penat ke bawak kereta?

"Tolong aku bawak ni." Kami berdua berjalan meninggalkan Riyaan dan Harras, Amsyar ni memang suka betul kalau balik dengan aku. Entah dia fikir aku ni mak dia agaknya.

"Nanti singgah dekat kedai cake dekat pekan tu boleh tak Farra? Aku nak makan cheesecake dia sedap!"

"Yang baru bukak tu ke?"

"Haah, aku hari tu singgah situ sebab hujan. Diorang baru bukak dua minggu." Kami berdua berbual-bual kosong sambil berjalan kearah kereta, seronoklah borak dengan Amsyar ni sebenarnya. Jalan sebelah dia pun tak terasa terhina mana sebab kami beza 2cm je.

"Riyaan."

"Hah?"

"If you love someone, show it."


















Cuba teka siapa dah start buat homework T^T bye peeps jom lah kita sama sama buat homework, dah nak start sekolah ni. Kalian akan rindukan update hari hari saya kan kan? T^T.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro