69

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Astaghfirullah aku rasa aku exam weeks ni, tapi kenapa aku update ya?


Sedikit gambar jeram tengkek yang low quality tapi boleh la guna untuk bayang bayang.

"Hah ekorang sumo pi mandi joram yo? Sonok tak mandi tu?" Nenek meraikan ketibaan kami dengan senyuman, haah nek seronok sangat, nasib tak kena maki dengan bunian je nek sebab perangai diorang serupa beruk.

"Seronok nek! Air tu tinggi!" Amsyar membalas, ye la dia lah paling teruja bila kata air terjun tu belah atas kita boleh naik, bila sampai atas bahagian air terjun dia boleh nak terjun ke bawah ingatkan gelongsor. Nasib sempat halang kalau tidak dah tamat riwayat dia dah. Sampai bab 68 je Amsyar hidup.

Mati sebab apa?

Excited nak terjun ikut air terjun.

Allahu, tak tahu la itu boleh dikira sebagai suicide ke mati dalam iman ke syahid, macam mana nanti, keliru. Nak letak dia ni nak dekat syurga ke neraka ni?

"Ni Farhan, muka calar tu kenapa?" Farhan mengeliat kecil, penat mungkin 2 jam straight mandi tak ingat nak balik.

"Jatuh pa, batu licin." Papa menggeleng-gelengkan kepalanya, nasib dah tua kalau Farhan ni kecik lagi mahu menggelabah dia cari minyak gamat la hand sanitizer la, eh tiber bethol hand sanitizer.

"Ekorang pi la rehat dulu ya, nenek tengok si Ahan ni pun macam tak ghupo orang dah." Farhan dah menguap lebih kurang sepuluh kali, mungkin sekarang sebelas. Aku terus melangkah masuk bilik. Mengantuk jugak la mungkin sebab penat bermandi-manda.

Adila pula dah balik, sebab Wiwi dah awal-awal tidur dalam kereta pekena air-cond dan dodoian Riyaan. Aku pun penat juga, aku terus masuk bilik dan kunci pintu.

Dalam dua minit aku baring atas katil yang diperbuat dari kayu jati ni, aku terlelap.


☆彡




Kejap aku lupa, kalau macam author punya pov tu apa kita panggil? Third person pov or first? Lantak la yang penting ni Fartiraz pov.

"Ni apo eh namo ni." Nenek menepuk bahu Wais yang sedang leka membaca buku, Wais seperti biasa. Tak tahu nak senyum, muka tiada riaksi itu memandang nenek sambil menjatuhkan sedikit cermin mata bulatnya. Memang Wais specky tapi dia pakai waktu baca buku ja. Katanya nanti tak nampak kacak.

"Wais nek, kenapa?" Nenek menganggukkan kepalanya, sambil mengulang nama Wais perlahan, mungkin untuk ingat nama budak lelaki berupa tampan itu. Astaghfirullah ayat aku baku teruk ya? Lain macam.

"Hah, ekau tolong nek jap. Pi panggilkan Farra kek dusun tu. Entah apo dio buek kek situ, dah nak maghrib ni." Buku yang berada di tangannya ditutup kemudian dia letakkan atas meja kopi yang ada di hadapannya itu. Cermin mata juga dia buka dan letakkan bersama-sama buku tadi.

"Okay nek, Wais panggilkan ya?" Wais ni duduk dalam rumah bukan apa, kawan-kawan dia yang lain tak habis-habis makan durian dekat depan rumah. Dia pula jenis tak makan durian, bau pun dah mual. Damien, rakan setidak makan durian dia tengah syok tidur. Jadi dia ambil keputusan untuk habiskan baca buku dia dekat dalam rumah sorang-sorang.

Wais terus bangun dan melangkah keluar dari rumah kampung ini ikut pintu dapur, sempat dia memaki Abu yang tiba-tiba masuk dapur ikut pintu dapur yang dia hendak gunakan tersebut.

Kelibat Farra yang sedang bermain dengan seekor arnab putih menjamah mata, sejak bila dekat kampung ni ada arnab? Apa jadah budak pendek ni main dengan arnah dekat dusun ni petang-perang ni?

"Farra! Nenek panggil balik!" Wais memanggil dari jauh, namun panggilannya hanya diabaikan oleh Farra. Seperti yang kita tahu, Wais mana nak layan benda yang remeh-temeh ni. Dia bercekak pinggang, sekali lagi dia memanggil Farra dari jauh.

"Farra! Nenek kata dah senja lah!" Farra masih leka bermain dengan arnab putih, nak atau tidak Wais terus berjalan ke arahnya. Kan senang kalau dia dari mula jalan je? Pemalas betul!

Tiba-tiba tak tahu la nak marah ke nak apa ni, ada seekor rama-rama berwarna ungu hinggap atas kepala Farra. Macam biasa, kita tahu Farra ni bengap level atap twin tower. Farra cuba tangkap rama-rama yang hinggap atas kepala dia tadi, rama-rama tersebut terbang lari masuk hutan.

"Farra balik lah!" Farra menoleh kepalanya memandang Wais, tapi rama-rama tu lagi menarik perhatian dia. Wais diabainya, rama-rama dikejar.

"FARRA HANANI BINTI AAAHHH! AKU LUPA NAMA BAPAK KAU! BALIK!" Wais mengejar Farra yang nampak macam budak 5 tahun tak reti nak dengar cakap tu, hah Farra lari masuk hutan pulak dah. Gatal betul kepala otak nak fikirkan perangai kawan dia sorang ni.

Makin dikejar makin jauh pula Farra lari ikut rama-rama, entah kenapa Wais yang tinggi, kaki panjang tak dapat kejar Farra ni. Mungkin sebab dia rabun, satu hal lagi hutan ni agak gelap mana dia nak nampak tahu-tahu je muka kena tampar daun.

"Farra!" Kelibat Farra tiba-tiba hilang. Wais mula menggelabah, kepalanya bergerak laju ke kiri ke kanan cari Farra yang know know hilang lari masuk semak-samun.

"Farra! Jangan main-main lah! Dah nak gelap ni!"

"Wais! Kau pekak ke!" Terhinjut kecil badan Wais bila kena sergah dengan Farra yang tiba-tiba ada dekat belakang dia. Budak ni, dah la menyusahkan orang tadi lepas tu buat-buat tak berdosa.

"Aku panggil kau dari tadi Farra! Kau yang pekak jalan ke depan macam tu je." Farra memeluk tubuh, mukanya penuh tertanya-tanya.

"Aku yang kejar kau dari tadi Wais, kau macam dekat dalam dunia ka sendiri dari tadi." Mereka berdua terdiam seketika, masing-masing fikir apa yang baru jadi.

Wais masuk sini sebab kejar Farra, Farra masuk sini pula sebab kejar Wais.

"Jadi, siapa yang aku kejar tadi kalau kau ada dekat sini?" Wais mengusap perlahan dagunya yang runcing, memang pelik.

"Aku nampak kau masuk sini tadi, tu aku kejar kau. Dah jom balik! Dah nak gelap ni!" Farra menarik lengan Wais untuk berjalan keluar dari hutan ini, baru dia melangkah setapak dia berhenti.

"Asal?"

"Kita dekat mana ni?" Sudah, Wais harapkan dia. Dia pula tak tahu dia dekat mana. Dua orang budak ni mula menggelabah, hari makin gelap dengan keadaan diorang dalam hutan lagi.

"Aku first time datang sini Farra, mana la aku tahu." Wais cuba berfikir cara matang, dia berjalan ke hadapan dahulu. Cuba untuk cari jalan keluar, "jangan pisah dengan aku, pegang je baju aku ni."

Farra menurut perintah, mereka berdua cuba untuk cari jalan keluar dari hutan ni bersama-sama. Apalah nasib badan.

"Kau tak bawak phone ke Farra?"

"Tak, phone aku dekat Farhan dia nak tengok Awang Khenit." Apa masalah budak lelaki umur 18 tahun tu pun tak tahu la. Perangai macam tu boleh ada awek keliling pinggang. Kennot brain juseyo.

"Shit aku rasa aku dah langgar busut yang sama hampir 5 kali. Kita jalan dekat tempat yang sama je ni." Mereka berdua berhenti berjalan, susah nak percaya atau akui yang mereka tengah sesat. Buntu. Wais pula tak bawa handphone, sebab tengah charge tadi. Kalau bawak pun macamlah ada line dekat sini.

"Aku takutlah Wais."

"Don't worry. Same." Bukan tahu nak comfort orang yang tengah takut Wais ni, dengan dia sekali mengaku takut. Tak gentleman, mati jelah Wais. Eh jangan mati, nanti cerita kita tak ada sambutan.

"Aku rasa better kita tunggu dah cerah sikit. Bahaya kalau gelap macam ni kita merayau." Wais memerhati sekeliling, "tadi aku macam ada nampak sungai or tempat air mengalir dekat sini. Kita boleh duduk dekat tepi tu dulu."

Wais cuba mengcari-cari tempat yang dia cakapkan tadi, semuanya nampak macam aman dan sentosa, tetapi keamanan hilang bila Farra tergelincir masuk dalam satu lubang besar atau senang kata dia termasuk dalam perigi lama.

"WAIS!" Farra terus hilang dari pandangan, menggelabah Wais dibuatnya. Kepalanya berpusing-pusing untuk mencari kelibat Farra.

"FARRA! JANGAN MAIN-MAIN!"

"Aku dekat bawah ni!" Menggelabah Wais cuba cari Farra, dia ni dah la rabun, dengan gelap lagi manalah nak nampak. "Aku nak jatuh Wais tolong!"

Akhirnya Wais jumpa perigi yang menelan Farra tadi, dengan mata yang tak beberapa nak berfungsi dengan baik dia memandang ke dalam perigi tersebut.

"KAYU NI DAH NAK PATAH! WAAAAAAISSSSSSS!" Wais mula menggelabah bila nampak Farra tengah berpaut dekat dahan yang tumbuh di dinding perigi, terus dia masukkan kepala dalam perigi tersebut. Tangan dihulurkan untuk memberi bantuan.

"CUBA CAPAI TANGAN AKU!"

"JAUH TU BODO MANA SAMPAI!" Dia merendahkan lagi badannya, tangan mereka berdua akhirnya berpaut. Dengan segala kudrat yang ada Wais tarik Farra untuk keluar dari perigi. Peluh tu jangan cerita, naik basah dah badan dia dek peluh yang mula keluar.

"Grrrrr." Bunyi yang familiar ini membuatkan Wais berhenti menarik Farra seketika, macam iklan 16 saat dekat YouTube dia buat scenes ni. Dia mengalihkan kepalanya kekiri,

Dua ekor kucing hutan,

"KENAPA DALAM HUTAN ADA KUCING!" Hilang keseimbangan, tangan Farra terlepas, dia cuba untuk capai tangan Farra tadi. Tak sempat.

Sekali dengan dia terjatuh masuk dalam perigi.

"UWAIS MUTAQIM BODOH!" Tiga patah perkataan yang sempat Farra ungkapkan, sebelum mereka berdua jatuh ke dalam perigi bersama-sama.

Hope to pegar, pegar eat paddy. Tiber bethol, lepas ni jangan bagi Fartiraz pegang pov.













Credit @itshymin04- sebab saya guna ayat dia. Peace.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro