78

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng








"Why there're so many kids here." Farhan memandang sekeliling biliknya,

"We kidnapped them."

"No."

"Yeah, ini semua idea kau."

"No, im not."

"Yes, you are." Aku duduk sebelah Farhan kemudian menepuk-nepuk bahunya berkali-kali, patung-patung beruang atas katil dia ni dia pandang dengan penuh tertanya-tanya. "Ini semua idea kau Farhan, kau kata kita nak jual nak dapat duit."

"Nooo! Macam mana kalau polis datang nanti!" Dia menggeleng-gelengkan kepala, tak percaya dengan apa yang aku baru lepas bagi tahu ni,

"Kalau polis datang kita suruh dia tangkap kau je, aku tak salah." Farhan mula menangis, dekah aku ketawa layan dia yang baru lepas makan ubat ni dari tadi. Awal-awal aku dah letak camera rakam semua adegan memalukan ni. Nanti dia dah sihat, aku buat business jual video memalukan dia ni.

"Jom kita sorok diorang jom!" Farhan mengesat air matanya, terus dia kutip satu-persatu anak patung yang ada atas katil dia ni,

"Kau nak letak dekat mana?" Aku hanya memerhati tingkah laku bodoh Farhan ini tanpa menolongnya sedikitpun.

"Bawah katil ni, cepat-cepat polis datang nanti." Lepas nampak Farhan yang naif sekali nak sorok anak-anak patung ni aku pun tolonglah hulurkan anak patung atas katil ni dekat dia biar dia letak bawah katil. Tak ada lah Farra Hanani kejam mana pun.

"What the hell..." Terhenti apa yang kami berdua buat ni, laju Farhan lari naik atas katil lepas tu masuk dalam selimut sebab takut polis, walhal tu Along je.

"Maaf polis! Saya tak salah! Farra yang culik semua budak tu dia nak jual!"

"Aehhh! Mana ada!"

"Jom makan Mekdi?" Along tersenyum lebar, kemudian dia tarik selimut Farhan. "Farhan ni Along, mana ada polis."

"Along kenapa tiba-tiba nak makan Mekdi?" Farhan duduk bersila atas katil lepas rasa diri dia selamat, bagitu juga aku. Entah apa yang Along ni baru lepas mimpi pun tak tahu.

"Saja je? Nak tak Along belanja ni!" Offer macam ni datang hanya setahun sekali, sama macam shoppe 11.11 tak akan aku tolak. Kalau kau tolak maksudnya kau dah terlepas satu nikmat dunia, nikmat rasa duit Along.

"Okay jap, Farra nak tukar baju!"

"Eeeee pergi mandi lah Farra! Tukar baju buat apa?" Along bercekak pinggang, alamak kantoi pulak aku tak mandi lagi, macam mana ek Along tahu ek?

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, nama Wais terpapar pada skrin. Hari ni hari Ahad kot? Kenapa dia kena call aku ek? Aku nak rehat tau? Kenapa ek!

"Hello nak—"

"Farra sumpah urgent." Suara Wais mendatar, jarang dia urgent nak call aku. Tak sebenarnya first time Wais urgent.

"Apa benda?"

"Aku tak tahu nak call siapa lagi, Riyaan probably tengah tidur. Amsyar outing dengan family dia. Both Danie and Damien ada piano lessons hari ni, Harras pula aku call tak angkat dari tadi."

"Ye Wais, apa yang urgent."

"Tak boleh cakap sekarang, tapi tolong ASAP datang dekat location yang aku bagi dekat whatsapp." Wais terus matikan panggilan suara, aku masih termenung tak jawab lagi yang aku boleh join dia atau tidak.

"Kenapa tu?"

"Farra tak dapat join pagi ni Along, kita tunda Mekdi petang okay? Waktu tu Farhan dah tak under medicines high dia, ada hal jap." Terus aku keluar dari bilik Farhan dan tinggalkan Along, masuk bilik kejap capai scarft dan selendang, lilit malas sebab nak cepat, capai kunci kereta dengan bag terus jalan keluar rumah.

Location yang Wais bagi dekat Whatsapp aku buka, kemudian aku ikut arah yang dinyatakan.

Bodoh betul Uwais ni, buat orang risau number one.






Kereta Wais yang terang-terang diparkir tepi jalan membuatkan aku lepaskan satu keluahan lega, lepas jumpa parking aku keluar dari kereta dan pergi dekat kereta dia.

Tingkap kereta Wais aku ketuk berkali-kali, dalam lima saat kemudian dia buka pintu kereta mewahnya tersebut.

"Apa yang urgent?"

"Sumpah Farra nasib kau ada, kalau tak aku dah mati dah weh." Wais masih duduk dalam kereta tidak mahu keluar,

"Kenapa? Apa? Ada siapa buat kau? Kau cedera ke? Ada sakit? Ada barang hilang?" Aku perhatikan Wais atas bawah, sekali aku pandang dalam kereta dia nak tengok apa yang rosak atau hilang.

tangannya menunding ke arah seekor kucing yang duduk dekat tepi pasu bunga tak kacau kehidupan orang langsung. Aku diam,

"Dia dekat situ dah 30 minit."

"Kau nak cakap dengan aku, yang benda ni urgent sangat sampai aku speed 130km/j dari rumah aku ke sini tu?"

"Kau expect aku kena gilis lori or something? Seriously Far? How dare you?"

"Glad if that's what actual happens." Wais memeluk tubuh, aku tengok dia kecik besar kecik besar je. Aku sanggup tolak perlawaan Mekdi Along yang setahun sekali demi dia yang takut kucing dekat dengan kereta dia? Boleh tak aku nak ketuk je kepala dia sampai dia dapat kencing manis atau arteriokloris? Hah nampak sangat baru lepas habis kelas sains.

"Aku dalam kereta ni dah dekat 30 minit tahu? Kalau aku mati tak ada oksigen? Siapa nak jadi setter nanti?"

"Kau tahu tak peratusan untuk kau mati kena tibai dengan aku lagi besar dari peratusan kau nak mati tak ada oksigen, so now belanja aku makan mamak depan sana sebab aku tak sarapan lagi." Aku tarik Wais keluar dari kereta mahal dia sebab terlalu marah, bengang aku dekat dia ni sampai muka dia aku nampak macam jalan tar, nak je aku pijak-pijak.

"Chilee honey, aku dekat sini memang nak sarapan pun. Jom." Wais menarik badannya untuk dilepaskan dari cengkaman amarah aku, dia boleh act cool di saat aku marah macam ni? Kalau bukan dekat public mahu aku pukul dah dia ni sampai izrail datang cabut nyawa dia.

"My name is Farra Hanani."

"What? Farra Honeyni?"

"Shut up."

"It's a blushing for me."

"It's a takut kucing dan call member kata urgent for me."

"It's lari dari topik for me." Kami berdua masuk dalam kedai mamak yang nampak ramai orang ni, mesti macam kelakarkan Wais keluar dari kereta mewah lepas tu masuk mamak. Kalau anak orang kaya yang lain ni, mahu pijak mamak pun rasa jijik.

"Ayoooo! Abang handsome lama tiada mari!" Terkejut aku bila Wais melangkah masuk mamak je ada sorang mamak jerit teruja jumpa dia, Wais pula tersengih-sengih sambil buat brother shake dengan mamak yang tegur dia tadi.

"Sorry bos! Saya busy la!" Aku berdiri sebelah Wais awkward sekali, tak tahu nak masuk campur apa dengan perbualan mereka yang nampak mesra dan ada ramai mata-mata memerhatikan Wais, mungkin atas wajahnya yang tampan.

"Deyy Ahmad! Sini mari! Wais datang!" Dia panggil member pula dah, memang kedai mamak ni nak roboh ek? Tak boleh ke duduk dulu baru nak borak pun, ke Wais sebenarnya ada bisul dekat borntort.

"Ahmad! Amacam sekarang? Ada awek tak?" Wais buat handshake dengan Ahmad pula, tapi kali ni Ahmad nampak muda mungkin umur dalam lingkungan macam kami berdua juga.

"Belum lagi." Ahmad tertunduk malu, Wais ni kesian budak tu dia sendiri single hina orang lain pula ya?

Macam lama sangat diorang borak, dan aku dah penat berdiri atau sebenarnya lebih kepada aku dah lapar. Aku tarik sikit jersey putih yang Wais pakai supaya dia bagi aku attention, lepastu baru Wais teringat aku dari tadi ada dengan dia.

"Mamak ni nak roboh ke? Kenapa kau tak duduk dari tadi?"

"DEYYYY MANYAK CANTIK AWEK WAIS!" Terbuntang mata aku bila mamak ni menjerit kuat, satu kedai makan jadi senyap seketika terkejut agaknya dengan teriakkan sama macam tempikkan halilintar tadi.

"Kitorang ka—"

"Ayoyo Wais, tak mau bagi tahu patutlah lama tak mari."

"Uncle kami—"

"Eh mari mari duduk, kisian dia berdiri lama-lama, mari." Terus mamak tadi bawak Wais dan aku duduk, ingin sahaja aku pijak mamak yang bising ni langsung tak bagi aku peluang untuk bercakap mahu menerangkan keadaan.

"Aku selalu lepak sini dulu."

"Tak tanya."

"Aku tak perlu minta kebenaran kau untuk bercakap? Right?" Aku melepaskan satu keluhan berat, kemudian memeluk tubuh sebab angin sangat dengan Wais yang dah angkut aku ke mamak pada hari Ahad yang aku sebenarnya patut duduk rumah dan layan anime aku. Bukan duduk dekat mamak yang bising ni.

"Is this what lovers do? Merajuk macam ni? Come on."

"Stop, sebelum aku campak kucing dekat muka kau Uwais."

"Owh, takut." Ke dua belah tangan dia angkat gaya seorang penjahat dah surrender dekat polis yang ada depan mata kemudian Wais menggulingkan anak mata seperti meluat.

"Hai." Perbualan kami berdua terhenti bila ada seorang budak perempuan menegur kami berdua sambil tersengih-sengih malu.

"Hai?" Aku membalas sapaan budak perempuan tersebut, baik betul Farra Hanani.

"Can i have your number?" Telefon bimbit budak tersebut keluarkan dari saku seluarnya kemudian dia hulur pada Wais, terdiam kami berdua sebentar. Wais pandang aku, aku pula pandang Wais. Straight to the point betul ek budak sekarang? Aku nak tegur crush pun payah dulu. Ni sekali jumpa yang handsome terus minta nombor, bapak padu ek.

"Awak sure ke nak nombor gay?" Hampir ketawa Farra Hanani dengan alasan yang Wais gunakan, suaranya dikepit kemudian tangan dia auto jadi lembut sambil dilambai-lambaikan ke udara. "You ada abang or kawan lelaki? I into boys." Semakin menjadi-jadi lakonam Wais, terus dia silankan kakinya cuba untuk nampak feminine.

"Muka handsome tapi gay buat apa." Aku cuba tutup mulut, sabar jangan ketawa dulu Farra, lek jap.

"At least i handsome, you? Lepastu tak malu minta nombor orang. Ew." Auto ketawa anjir aku dengar apa yang Wais sembur dekat muka budak perempuan ni, dari muka budak tu macam disgusts dengan Wais yang katanya gay terus nampak sedih dan berlalu pergi.

"Sumpah la Wais?" Terus Wais kembali pada Uwais yang asal, kemudian dia menjeling aku. Ya Uwais yang susah nak senyum dengan suara yang garau tidak terkepit.

"Kau juga yang gelak tadi."Gila tak gelak? Kalau korang tengok muka budak perempuan tu yang sedih macam kucing kena scam nak bagi makanan korang pun gelak sekali. Dengan Wais yang jadi gay tiba-tiba.

Kami berdua diam sebentar sementara tunggu makanan sampai, masing-masing busy hadap telefon bimbit. Kadang-kadang dengar Wais humming lagu yang dia tengah dengar dekat AirPods yang berada di telinganya. Aku pula duduk sambil cuba untuk dapatkan satu morning selfie walau memang tak akan dapat yang cantik langsung.

"Weh Farra, Ahmad tu minat kau ah." Tiba-tiba tanpa sebab.

"Kepala bapak kau."




















Yahoo! Wish me luck untuk trial 28/9 ni! Lepastu wish me luck juga untuk kerja kursus! Dan korang yang nak exam ke apa apa semuanya saya ucapkan goodluck okay! Semoga semuanya berjalan dengan lancar okay! Stay safe memandangkan covid macam makin meningkat semula, okay? Ly <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro