8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas cari dekat peta sekolah mana satu bilik kaunseling akhirnya kami berdua jumpa juga, aku boleh harapkan Amsyar, yang Amsyar pulak tak tahu bilik kaunseling yang mana satu dia boleh merayau sampai ke dobi.

Simbol pull di pintu ini membuatkan aku dan Amsyar bergaduh seketika,

"Pull buat apa dekat sini!" Amsyar melambai pintu tersebut, malas nak layan perangai memalukan Amsyar yang dari tadi buat hal aku menyoalkan pendapat yang bermain difikiran.

"Pull tu tolakkan?" Amsyar memandang aku pelik,

"Push la yang tolak, masa kita teran baby ada ke doktor kata pull! Pull!" Sekarang ni kenapa dia sebut kita? Walau aku sorang je perempuan. Yang seterusnya kenapa dia tolak  pintu ni walau dia dengan yakin kata pull tu tarik?

Kami berdua memasuki bilik kaunseling tersebut, mata aku diisi dengan beberapa orang pelajar dan seorang cikgu lelaki sedang duduk berkumpulan dekat satu meja bulat sambil duduk bersila.

"Kata kena jumpa Cikgu Farid, kenapa Cikgu Amri pulak yang ada dekat sini?" Amsyar kemudiannya duduk diantara cikgu dengan seorang junior bola tampar, aku pula hanya berdiri kaku tak tahu nak buat apa. Jadi aku tak buat sebarang masalah? Cuma ini adalah perjumpaan bola tampar?

"Farra sini." Riyaan menunjukkan tempat kosong yang berada di sebelahnya, terus aku berjalan mendekati meja bulat tersebut dan duduk disebelah Riyaan, sebelah kiri pulak ada Wais dengan muka tiada riaksinya,

"Tadi Wais yang bagi announce, sebab tu lah huru-hara." Riyaan menjawab soalan Amsyar tadi, jadi dialah orang yang suara garau tak tahu sebut nama aku tu? Aku memandang Wais dengan mata yang sengaja dikecilkan, pandangan aku dibalas dengan riak wajah kosong miliknya.

"Dah kalau captain nak cakap dekat mic pun malu." Kini kepala aku beralih pula kearah Riyaan yang berada di sebelah kanan aku, Riyaan tersengih-sengih malu.

Okay soft betul dia ni, nak bercakap dengan mic pun malu? Protect Riyaan at all costs please.

Aku memerhatikan meja bulat ini, ada lagi dua tempat kosong yang belum dipenuhi, meja ini telahpun dikelilingi dengan lapan orang termasuk aku dan cikgu lelaki yang sedang sibuk mencatatkan sesuatu pada buku.

"Ada orang tak masuk lagi ke?" Cikgu tersebut memandang Riyaan yang berada di sebelahnya, Riyaan kemudiannya memandang dua lagi tempat kosong yang masih belum dipenuhi.

"Danie dengan Harras." Sebuah senyuman hambar terukir pada bibir merah jambu milik Riyaan, cikgu yang bernama Amri itu hanya menganggukkan kepala.

"Jadi korang semua betul-betul, true-true pilih Farra ni masuk kelab kita?" Serentak enam ketul kepala tersebut menganggukkan kepala mereka mengsetujui kenyataan Cikgu Amri. "Ke korang saja je nak buli dia? Mentang-mentang dia cantik."

Aku terdiam, cikgu ni perli ke atau aku betul-betul cantik? Ke dia saja je perli? Ke aku betul-betul cantik?

"Kalau kitorang nak yang cantik buat apa pilih dia ni cikgu." Mulut tanpa insurans Wais bersuara, aku yang tadi bangga dengan diri sendiri terus menarik balik hasrat untuk berbangga diri. Confident yang tadi sudah dibina hancur begitu sahaja.

"Wais kau diam je lah." Riyaan menampar bahu Wais, kemudian dia menghadiahkan sebuah senyuman kearah aku bila nampak muka aku telah berubah menjadi cekodok.

"Kamu pulak Farra, setuju ke nak train diorang ni?" Aku kemudiannya memandang satu persatu muka budak yang sedang meminta simpati kearah aku ini, satu keluhan berat aku lepaskan.

"Saya sebenarnya tak nak pun ajar diorang ni dahla annoying lagi-lagi setter cikgu yang kacak sangat ni." Amsyar nampak happy bila nama Wais yang disebut bukannya namanya kemudian aku mengalihkan pandangan kearah Amsyar pula "oh tak lupa juga dengan cikgu punya libero yang annoying dua kali ganda dari setter ni."

Amsyar kemudiannya mencebik, "tapi sebab semalam diorang kalah tidak bermaruah bila main bola tampar dekat rumah saya, jadi saya dipaksa oleh abang saya untuk ajar diorang ni."

"Seriously korang kalah dengan dia?" Junior yang duduk sebelah Amsyar bersuara,

"Dia team Harith dengan Farhan boleh la menang." Wais sekali lagi dengan mulutnya yang tidak berinsurans.

"Bukan kau jugak ke yang banyak miss bola aku?" Wais buat-buat tak dengar dengan apa yang aku katakan, dia terus memandang keluar tingkap menikmati pemandangan dinding bangunan sebelah.

"Jadi kamu ni adik Harith?" Cikgu Amri bertanya, soalannya dibalas dengan gelengan kepala,

"Eh bukan cikgu, dia kawan abang saya je. Saya adik Farhan." Salah seorang junior memandang aku dengan pandangan kagum, dia kemudiannya menggoncang-goncangkan bahu rakannya, nampak teruja level tidak dapat diterangkan dengan mata kasar

"Farhan captain Karana High ke? Dia bukannya anak The Queen of Court tu ke?!" Mereka yang lain memandang aku terkejut, perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.

"Jadi semalam aku pijak tanah yang sama dengan TQC pijak ke?!" Amsyar menjerit,

"Ha..haah?" Mereka semua semakin teruja, sekali dengan Cikgu Amri terkejut,

"Lembabnya korang ni, terang-terang semalam dalam bilik bola tampar dia merata-rata gambar TQC." Wais membalas dengan tenang,

"Aku ingatkan diorang admire kan TQC je." Wais menjeling Amsyar yang nampak sangat naif,

"Sekarang ni mana TQC? Kenapa dia dah lama diam?" Aku terdiam memandang Riyaan,

"Mama dah meninggal." Mereka semua yang teruja tadi menjadi senyap serentak, nampak Amsyar buka mulut untuk bercakap kemudian dia tutup balik mungkin sedang berfikir perkataan yang terbaik untuk dia katakan.

"Aku minta maaf Farra! Sumpah tak sengaja. Aku betul-betul tak tahu." Riyaan kemudiannya bersuara, sambil ketawa yang dibuat-buat untuk aku menutup kesedihan aku menepuk bahu Riyaan,

"Don't mind, Don't mind." Mereka melepaskan keluhan lega, aku hanya tersenyum melihat gelagat satu persatu rakan yang bakal menemani hidup aku selama setahun lagi di UA ini.

"Okay jadi Farra, cikgu dekat sini bagikan awak kesemua kuasa cikgu pada awak, awak boleh buat apa je!"

"Okay sekarang ni saya nak buat oreo smoothie." Cikgu Amri memandang aku penuh tidak percaya, mungkin dia mula berasa tidak patut untuk ambil aku sebagai jurulatih pasukan ini. Tapi kalau dia nak tari balik pula, peluag keemasan ini hanya datang sekali.

"Apa kata kita..." Amsyar memandang semua orang yang berada di meja, jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja seperti bunyu drum,

"Am jangan." Wais hanya menjawab sepatah apabila tahu niat Amsyar,

"Kita beli!" Amsyar tidak menghiraukan Wais yang sudah memberi pandangan maut kearahnya, dia menjerit keriangan.

"Yeay! Wais belanja!" aku dan Amsyar sama-sama teruja, walau Amsyar ni annoying tapi kali ni saya sokong!

"Haih." Wais mengeluh, sambil menampar perlahan dahinya,

"Apa-apa jelah, cikgu ada kelas kejap lagi, korang bertiga ni kelas cikgukan? Jangan berani nak ponteng ye?" Tiga orang junior yang bersama kami tadi Cikgu Amri tunjuk, terus mereka bertiga bangun mengikori Cikgu Amri dari belakang.

"Aku tak katapun kita kena beli."

"Dah tu? Kau nak mencuri?" Dengan nada bosan Wais membalas,

"Kita buat!"

🥇🏐🥇

"Er..Farra, kau yakin ke masuk blok kulinari tanpa kebenaran ni adalah satu benda yang tidak salah di bawah peraturan kulinari?" Amsyar memandang sekeliling blok kulinari ini, tak tahu pulak diorang ni budak baik yang tak suka melanggar peraturan.

"Aku tak tahu, tapi tak apa kita masuk jugak." Aku terus berlari kearah tangga untuk naik ke tingkat dapur pelajar, diikuti mereka bertiga dari belakang,

"Kalau kena tangkap dengan makcik aku, jangan tanya kenapa seminggu korang tak nampak aku." Amsyar berbisik sambil matanya memandang sekeliling takut-takut ada sesiapa yang nampak kami masuk blok kulinari secara haram,

Maksud aku, aku tak haram yang haramnya mereka tiga orang ni lagi.

"Apa je kau buat selama seminggu?" Aku tertawa sinis mendengar rintihan Amsyar,

"Bapak dia akan suruh dia qatam al-quran dalam masa seminggu dan bangun buat qiammullai setiap hari dan solat taubat setiap hari sampai dia insaf." Riyaan membalas dengan satu nafas,

"At least kau nak kena rotan." Kaki aku terus melangkah kearah bilik aku yang berada di tengah-tengah blok. Bunyi mulut Amsyar berzikir tanpa henti menemani suasana yang muram ini.

"Farra, sekejap!" Wais tiba-tiba menarik aku untuk menyorok di belakang pasu bunga yang berada di koridor, kelibat seorang makcik cleaner yang sedang menyapu sampah dia tunjuk,

"Makcik cleaner je pun?"

"Makcik cleaner ni yang kejar aku pakai penyapu dia sebab aku buang plastik gula-gula depan locker tahu?" Amsyar menumbuk-numbuk lantai melepaskan geram,

"Yang kau buang sampah merata-rata tu kenapa?" Riyaan mengetuk kepala Amsyar yang cakap tidak menggunakan otak tersebut, memang patut makcik tu kejar dia Amsyar memang patut direjam sampai mati.

"Okay korang tunggu je sini, sebab aku ada tag jadi makcik ni tak pelik, bila aku bawak je makcik tu pergi korang terus masuk dalam bilik nombor 2987 faham?" Aku terus berjalan keluar dari pasu,

"Nombor berapa tadi? 2986?"

"Aku pasti dia cakap 89."

"Makcik! Tadi dekat bawah ada orang buang plastik gula-gula mentos!" Aku mendekati makcik cleaner tersebut, tiada sebarang riaksi dia tayangkan.

"Makcik dengar tak?" Aku meninggikan sedikit suara, makcik tersebut sedikit terkejut bila ada seorang perempuan cantik memanggilnya,

"Hah? Apa dia?" Makcik tersebut akhirnya memandang aku, patutlah tak dengar dah kalau telinga dia sumbat dengan earphone sebesar telur Ayam grade A, elok dari sihat sampai ada masalah pendengaran jadinya.

"Ada! Orang! Buang! Plastik! Mentos! Dekat! Bawah!" Satu persatu perkataan aku sebut,

"Hah? Ada Sufian Suhaimi dekat bawah?" Makcik tersebut nampak gembira, terus dia berjalan turun dari tingkat ini, "terima kasih bagi tahu makcik! Makcik dah lama nak minta selfie dengan dia!"

Apa-apa jelah makcik, yang penting makcik dah tak ada dan saya harap makcik tak ingat muka saya yang cantik ini yang baru lepas scam makcik dengan Sufian Suhaimi.

Aku pusing belakang untuk masuk kedalam dapur,

Terkejut apabila melihat mereka berada di hadapan pintu yang salah, tak tahu nak buat apa aku memang patut agak dari awal lagi benda ni.

"Kenapa abang semua ni dekat sini? Bukan blok ni budak lain tak boleh masuk ke?" Seorang junior keluar dari pintu bilik yang diketuk oleh Amsyar,

"Eh, ini blok kulinari ke? Maafkan abang, abang salah masuk blok la ni? Hehe, nah ni gula-gula." Kemudiannya dia menghulurkan sebiji gula-gula mentos kearah budak perempuan itu, dapat je mentos dia terus masuk kembalik ke dalam dapurnya,

"Kan aku kata bilik 2987!" Terus aku menarik baju mereka untuk masuk kedalam dapur yang betul, pintu dapur aku buka menggunakan card yang akak pejabat kata kunci untuk buka pintu,

"Aku dah kata 87!" Amsyar menepuk belakang badan Riyaan,

"Kau yang kata 89 tadi kan!" Riyaan pula menepuk kembali belakang badan Amsyar,

"Mana ada aku kata 86!"

"Apa yang korang buat dekat sini?" Kami semua terdiam memandang Danie yang sedang memotong lobak merah, kenapa dia boleh ada dekat sini? Macam mana dia boleh ada dekat sini?

"Hai Danie! Lama tak jumpa!" Aku cuba lari dari soalan Danie tadi, pintu dapur telahpun ditutup, Danie masih lagi memandang aku dengan pandangan tidak percaya,

"Tapi kita baru je jumpa semalam?"

"Semalam tu kira lama jugakkan hehe?"

"Budak pendek ni ajak buat oreo smoothies." Wais terus berjalan kearah sofa yang berada di dalam dapur ini "jadi kitorang datang sini sebab nak minum oreo smoothie."

"Oh, aku ada buat kek. Bolehlah korang makan sekali." Danie menundingkan jari kearah kek yang dia sedang bakar di dalam oven, kemudian dia tersengih janggal.

"Kau tak pelawa pun kitorang akan makan punya."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro