80

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Turn your data on (ᵔᴥᵔ)

Outfit that characters wear;

Farra


Harras


Riyaan

Danie

Damien

Amsyar

Wais


"What the hell, mana dress yang kitorang belikan tu?" Aku menggulingkan anak mata, Harras ni masih berharap untuk aku pakai dress? Aku dah ulang mybe dekat sejuta kali yang aku tak akan pakai dress? Walau semahal atau secatik mana dress yang dia nak bagi aku tu, aku masih tak nak pakai? Lelaki ni tak boleh faham ke apa yang perempuan nak sebenarnya?

"No means no." Pintu kereta Harras aku buka nak tunggu dia bukakkan mungkin sampai kiamat aku tak akan masuk dalam kereta sebab tunggu dia habis membebel. Macam perempuan, kita yang perempuan ni pula yang penat.

"Okay so...memang bila budak perempuan lain pakai dress cantik-cantik kau macam ni je? Farra are you sure?" Harras menarik seatbelt untuk memastikan keselamatannya terjamin, handbag prada re-edition 2005 yang papa hadiahkan pada aku dan juga pertama kalinya aku pakai aku letak atas peha sambil leka membetulkan tudung yang sedikit serabut. Harras yang dah 17 tahun hidup dengan aku tanpa disuruh dan tahu apa yang dia perlu buat terus tarik seatbelt aku sebab dia tahu aku tak akan pakai kalau dia yang tak pakaikan.

"I'm pretty sure, come on perempuan dekat luar sana tu bukan Farra Hanani. Aku tak kesah aku pakai apa yang penting aku selesa, kau baru kenal aku sehari ke Harras?" Harras menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandu mungkin tak tahu cara untuk menang perbalahan ini lagi.

"Penat aku dengan kau ni Farra, patutlah single tak ada siapa nak." Ingin sahaja aku ketuk kepala Harras sekarang, tapi kalau aku ketuk nanti otak dia biul dah jadi satu masalah aku mati nanti, jadi Farra kena sabar ya, sabar dik sabar jangan timbulkan salah fahmi dekat sini (faham)

"I still need myself."

Beberapa minit kemudian kami sampai di hotel di mana tempat majlis diadakan, Harras masuk ke dalam kawasan pakir kereta kemudian nampak satu sign board bertulis UA High student terpapar.

Terlopong mulut aku bila pandang kawasan pakir kereta ini, tak sangka ramai lagi pelajar kaya raya selain volleyball boys. Kereta masing-masing nampak mahal gila dekat sini dah macam pameran kereta termahal dunia pun ada.

"Jom turun, kita dah lambat sebenarnya ni." Tiba-tiba Harras dah buka pintu kereta ini, mungkin aku terlalu terkaku melihat kereta-kereta mewah ini sampai baru sedar Harras dah turun. "Nasib aku ni gentleman tahu? Kalau tak aku biar je kau dekat sini."

"Yaallah sejak bila ada prom dress pula dekat sini." Lepas terkejut tengok kereta-kereta mahal aku terperanjat pula dengan pakaian pelajar dekat sini. Gila ke apa diorang ni?

Baju kembang, rambut pelik-pelik, make up kalau tampar jerebu satu Malaysia.

"Sebab tu aku tanya kau sure ke pakai macam ni je."

"Benda ini bukan prom, budak perempuan ni semua yang gila."

"FARRAAAAAAAAAAAAAAA!" Kuat nama aku dijerit dalam hotel ini, terkaku aku sekejap sebab terkejut mendengar suara Amsyar. Patut aku tampar kepala otak dia ke tak patut? Macam patutkan?

"Bukan kau patut—" aku terus pukul kepala Amsyar sekuat boleh, Amsyar yang nampak macam waiter berjaya ni meraung kesakitan apabila kepala dia macam kena spike oleh ace berjaya.

"Walaweyh Farra mana dress yang kitorang belikan tu?" Damien nampak seperti orang mabuk keluar dari belakang badan Amsyar, satu gelas wine berisi air coke mungkin dia pegang gaya dalam itu wine betul.

"Diam la, kau masih berharap aku pakai baju skirt tu? Mati hatta hidup balik tak akan." Aku ambil air yang seorang waiter ini hulurkan, okay baru ada tiga ketul ni. Mana lagi yang lain?

"Mana yang lain?" Aku pandang sekeliling, tak nampak langsung kelibat Danie, Wais dan Riyaan.

"Dah macam kebiasaan diorang akan payah nak sampai sini sebab kena sekat." Amsyar membalas sambil matanya ralit melihat makanan yang pelbagai dihidang, nampak sikit riak tak nak ambil tahu terpapar diwajahnya.

"Oh, faham." Dah biasa sangat dengan diorang semua yang mungkin dikejar peminat, aku join Amsyar untuk memilih makanan yang pelbagai. Rosak diet saya macam ni.

"Aduh, penat la. Dam kenapa tinggalkan aku tadi?" Danie yang baru tiba menghulurkan jam milik Damien kepadanya, berpeluh-peluh dia macam baru lepas berlari, padu mat datang sini nak raikan diri sendiri tapi sempat pergi training dulu sebelum datang. Danie ni contoh yang baik betul.

"Aku ada bau ura-ura zombie nak datang, tu aku caw dulu." Damien menyuapkan Harras sepotong kek, aku pelik la lately ni diorang dua nampak macam gay tahu? Penat sangat single ke sampai sanggup join team nabi tak menagku umat? "Mana Wais dengan Riyaan?"

"Diorang dekat back stage, ada hal katanya. Tak tahu la aku." Tiba-tiba telefon bimbit Danie berbunyi, nama Wais terpapar di skrin telefonnya tersebut.

"Kenapa?" Danie menunduk sedikit sambil sebelah tangan lagi menutup telinganya mungkin kawasan sekitar ini terlalu bising sampai dia tak dengar apa yang Wais cuba sampaikan.

"Sekarang? Oh, yang tu Damien reti. Ajak dia sekali la? Orite, kejap lagi aku datang." Danie menarik lengan Damien untuk pergi ke tempat lain, entah nak pergi mana pun tak tahulah. Langsung tak nak bagi tahu, know know hilang. Mungkin diorang pergi jual dadah.

"Weh Farra meh la duduk dulu, event macam ni memang selalu bosan pun." Aku mengambil tempat duduk bersebelahan Amsyar, bosan betul memang dari tadi kami semua makan je sambil dengar persembahan dari budak-budak music. Patut aku tak payah datang, duduk rumah tidur lagi baik.

"Anyway cantik lah kau hari ni Farra, jarang kau nak pakai classy macam ni." Lepas aku dengar je apa yang Amsyar cakap ni terus aku pandang Harras, Harras pula macam tak faham apa jadi, acah-acah tidak berdosa gittew.

"Apa?"

"Am kata aku cantik kenapa kau kata tak?"

"Aku nak puji kau? Mati hidup balik mati balik tak akan." Harras menggulingkan anak matanya sehingga nampak otak, itupun kalau dia ada otak. Kemudian tangannya disilangkan mungkin untuk kawal macho dekat tempat sebegini.

"Tak sekarang ni mana—" kata-kata aku dipotong oleh bunyi mic yang membingitkan telingat, terus satu dewan terdiam seketika dan menumpukan perhatian ke arah punca bunyi mic tersebut. Tetapi bukan aku kerana cocktail yang waiter ni hantar nampak sedap pula,

"ARGHHHHHH!" Termelatah kecil Amsyar di sebelah, terhenjut kecil badan Harras dan tercomot mulut aku yang sedang suap cocktail jelly ke dalam mulut. Lobi hotel dilanda huru-hara sebentar membuatkan aku yang tadi tak ada minat nak pandang atas pentas terus angkat kepala.

Hampir tersembur cocktail yang aku tengah minum ni bila nampak Riyaan pegang mic, Danie dan Wais dekat belah guitar dan Damien duduk di bahagian drummer. Okay first thing first, Riyaan nak buat penggunguman pun dia malu.

How come dia nak cakap dekat khalyak ramai macam ni?!

"Wait, diorang nak nasyid tak ajak kita?" Amsyar bercekak pinggang, nampak sedikit riak wajah penuh tidak berpuas hati di wajahnya, apa pulak nasyid dekat majlis macam ni. Amsyar ni orite tak orite? overdose cocktail ke?

"Er, Assalammualaikum h-hai? Ss-saya Riyaan, h-hari ni Ri— adoi!" Damien mengetuk kepala Riyaan menggunakan kayu drum yang berada pada tangannya, kemudian kedengaran mereka berempat berbisik sebelum Riyaan kembali dekatkan mic pada mulutnya.

"Hi, I'm Riyaan Haziq. Some of you guys mybe know me. Jadi hari ni Riyaan nak sing a song." Wais menepuk bahu Riyaan untuk mendapatkan perhatiannya, kemudian Riyaan mengangguk kepala beberapa kali sebelum sambung bercakap,

"Lagu ni khas untuk someone, you. This is what my feelings to you. Harap ka— awak sudi dengar." Aku pandang belakang, belakang aku pula Harras. Awal-awal dia dah geleng kepala, maksudnya bukan dia.

"Aku ke?" Amsyar nampak teruja, pantas Harras ketuk kepala Amsyar,

"Farra lah, who else."

"Mana mungkin aku." Mula kami bertiga gaduh dekat sini, siapa suruh letak this trio bersama? Kami akan gaduh sentiasa je tahu?

https://www.youtube.com/watch?v=eJuzQm54RBY

(Kalau nak dengar sambil baca, Farah ada letak dekat header korang boleh pergi tekan dekat sana lepas tu scroll part sini balik untuk baca sambil menanyi)

Alunan muzik yang agak familiar didendangkan oleh pemain muzik iaitu Danie, Wais dan Damien, lama juga aku tunggu Riyaan untuk nyanyi ni. Mungkin ini lima saat paling lama dalam hidup aku. Tertanya-tanya lagu apa yang dia nak nyanyikan.

"Wait, ini kan lagu—" Amsyar nampak terkejut,

"I like you so much, you will know it." Harras membalas perlahan, mungkin aku sorang sahaja yang tak faham situasi sekarang ni.

I like your eyes, you look away when you pretend not to care
I like the dimples on the corners of the smile that you wear
I like you more, the world may know but don't be scared
'Cause I'm falling deeper, baby be prepared

I like your shirt, I like your fingers, love the way that you smell
To be your favorite jacket, just so I could always be near
I loved you for so long, sometimes it's hard to bear
But after all this time, I hope you wait and see

Love you every minute, every second
Love you everywhere and any moment
Always and forever I know I can't quit you
'Cause baby you're the one, I don't know how
I love you 'til the last of snow disappears
Love you 'til a rainy day becomes clear
Never knew a love like this, now I can't let go
I'm in love with you, and now you know

I like the way you try so hard when you play ball with your friends
I like the way you hit the notes, in every song you're shining
I love the little things, like when you're unaware
I catch you steal a glance and smile so perfectly

Though sometimes when life brings me down
You're the cure my love
In a bad rainy day
You take all the worries away

Love you every minute, every second
Love you everywhere and any moment
Always and forever I know I can't quit you
'Cause baby you're the one, I don't know how
In a world devoid of life, you bring color
In your eyes I see the light, my future
Always and forever I know, I can't let you go
I'm in love with you, and now you know
I'm in love with you, and now you know

Aku terkelu, betul ke dia nyanikan lagu ni untuk aku? Jadi...

Riyaan tengah confess?

Riyaan suka aku?

Okay aku serabut, aku nak keluar nak balik. Tapi aku nak balik naik apa sebab sekarang ni aku datang sini dengan Harras. Lepas je satu hotel mewah ini bersorak mungkin cair dengan Riyaan yang nyanyi lagu tersebut aku cuba untuk berjalan keluar,

Baru nak langkah setapak,

"Kau nak pergi mana." Harras menahan aku dari pergi, aku mula gelisah atau lebih kepada aku terkejut sebenarnya. Aku tak tahu nak buat apa otak aku blank aku macam terkejut semua ada.

"Aku tak faham, apa yang Riyaan buat ni?"

"Dia suka kau Farra, kau ni lembab betul ingatkan aku je yang macam lembab-lembab dalam cerita ni." Amsyar membalas selamba sambil mengunyah buah strawberry yang dia curi dari atas kek strawberry milik Adam yang baru sampai.

"Ye la kak, selama ni yang si Am ni bisingkan crush Abang Yaan tu akak la siapa lagi." Mika membalas selamba, budak tiga ekor ni dah la sampai lambat diorang boleh tambahkan lagi aku punya menggelabah. Aku nak kena buat apa ya? Aku tengah terkejut sangat ni.

Memang Aku pernah cakap, siapa suka aku cakap je terus terang aku terima terus.

Tapi bukan Riyaan bukannnn bukan Riyaan Haziq! Hah macam ni la perempuan complicated. Tiba-tiba betul Farra Hanani mengaku diri tu perempuan ek.

"Harras tolong lepaskan aku, aku nak ambil angin dekat luar. Otak aku macam nak meletup dah ni nampak tak ada keluar asap dekat kepala aku? Bila-bila masa otak aku boleh meletup ni tau." Aku tolak Harras untuk menjauhi diri aku, kemudian bila Harras dah lepaskan dengan cara baik sekali aku terus berjalan untuk keluar dari lobi hotel yang buat aku sakit kepala ni.

Jadi Farra Hanani akhirnya terlepas dari tempat yang padat, coat hitam labuh yang merimaskan aku buka akhirnya rasa macam dapat bernafas sikit. Dada aku, aku pegang sebab dapat rasakan degupan dia yang maha dasyatnya macam nak tercabut pun ada. Aku menuduk sambil tangan aku pegang dinding balcony parking lot ini. Terkejut dia rasa macam baru lepas kena sergah dengan malaikat maut.

Aku tak sangka, aku tak sangka langsung yang Riyaan simpan perasaan pada aku. Aku sumpah terkejut aku tahu aku dah ulang banyak kali yang aku cakap aku terkejut, tapi sumpah naim daniel aku terkejut.

Aku tak nak rosakkan friendship. Aku tak boleh terima Riyaan. Big no, kalau aku terima dia hubungan kami tak sama macam dulu. Kalau aku reject dia pun hubungan kami masih tak sama macam dulu.

Jadi aku kena buat apa?

Aku kena terjun. Betul tu, aku kena terjun bangunan ni sekarang.

"Farra." Niat untuk aku terjun parking lot ini terhenti bila ada suara familiar menegur aku, aku tak nak toleh belakang. Aku nak pura-pura aku pekak atau aku memang patut terjun je dari balcony ni sekarang juga?

"Farra." Suara tersebut makin dekat, aku pula makin tak keruan. "We need to talk."

Riyaan berdiri sebelah aku lepas mungkin dia tahu aku cuba untuk pura-pura yang panggil aku tadi adalah milik bunian, aku gagahkan diri untuk angkat kepala pandang Riyaan yang maha kacaknya pada hari ini.

"Errr...Chat tak boleh ke?"

"We need to talk." Aku mengalihkan anak mata aku untuk tidak terus tatap anak mata coklat pekat milik Riyaan. Nada yang Riyaan gunakan kedengaran serius jadi aku memang tak boleh tolak 'we need to talk' dia ni.

"Okay, dekat sini je." Riyaan menarik nadas dalam, kemudian dia meletakkan tangannya di dada. Mungkin dia pun tengah berdebar-debar.

"Aku tahu kau tengah takut, aku tahu kau tengah terkejut. Aku tahu aku tak patut buat semua ni, tapi aku tak boleh terus diam je sebab setiap kali aku jumpa kau aku tak boleh duduk diam, kau ubah hidup aku Farra kau ubah hidup kitorang semua." Riyaan diam seketika, aku pula dah mula menggelabah tanpa sebab, tangan aku mula berpeluh kaki aku mula tak boleh duduk diam,

"Sejak pertama kali aku jumpa kau pun, kau dah bukak mata aku. Bila kau tak ada aku rasa kosong, aku takut nak tinggalkan kau untuk pergi England ni tapi aku tak nak buatkan sedih kalau aku ego sendiri. Kalau aku utamakan perasaan aku ni bukan perasaan kau,"

"Aku tahu yang kau tak akan terima aku, aku tahu kau tak akan anggap aku lebih dari seorang kawan, aku tahu kau akan benci aku lepas ni. Tapi at least aku dah bagi tahu apa yang aku rasa, aku dah tenang. Aku dah boleh pergi England dengan tenang, sebab aku sedar aku rasa berat nak pergi sana selagi aku tak bagi tahu apa yang aku rasa pada kau Farra." Riyaan menghemhuskan satu keluhan lega,

"Wow—okay." Mata aku dikelipkan berkali-kali, ingin memastikan aku bukan mimpi. Kemudian aku tampar pipi aku sekuat yang boleh. Aku buka mata,

"You're not dreaming." Masih lagi Riyaan berdiri di hadapan aku.

"Aku, terkejut. Aku terkejut, aku terkejut. Okay Riyaan, aku tak nak kita tak jadi macam kita yang dulu you know what I mean, what i want to you know?" Aku tarik nafas sedalam yang boleh,

"Not to bro-zoning you, tapi aku anggap korang semua tak lebih dari seorang abang, tak lebih dari kawan hidup dan akhirat. Tapi jangan risau! Jangan risau! Aku tak akan benci kau Riyaan, come on! Macam mana aku nak benci bidadara macam kau ni ek?" Riyaan tertunduk malu, kemudian dia menghentak-hentak kakinya walaupun dia sedar sebenarnya tu dia baru lepas kena rejek.

"Aku nak friendship kita kekal sampai kita kahwin." Aku diam, "maksud aku kahwin dengan jodoh kita, kita tak tahu kan siapa jodoh, bila kita mati. Semua tu ketentuan illahi kan? Kalau kita ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada mungkin ada yang lagi baik untuk kau kan? Untuk aku juga."

Aku memegang bahu Riyaan, cuba untuk bagi dia semangat dan tak nak dia sedih. "Jadi jangan risau, apa yang aku nak sekarang ni untuk kau usaha majukan pasukan kita, aku pula janji dekat sini untuk jaga diri aku. Okay?"

"Okay!"

"Sudah la lama lagi ke kitorang kena duduk sini?" Suara garau milik Damien kedengaran, terkejut aku bila dapat tahu yang diorang daru tadi duduk di sebalik tiang intai kami berdua, mana perginya hormat? Mana ya?!

"Korang buat apa dekat sini?"

"Damien kau ni sumpah lah? Diorang tengah sweet-sweet kot." Amsyar meluku kepala Damien yang sedang tunduk di bawahnya, jadi budak-budak ni dari tadi ada dekat sini ya?

"Weh cepat masuk dalam! Abang Riyaan kena buat ucapan volleyball pulak!" Khai tiba-tiba menjerit dari pintu dewan, lima orang budak lelaki yang duduk belakang tiang tersebut masing-masing terkejut.

"WEH SUMPAH AKU LUPA SEDIAKAN TEKS UCAPAN!" Riyaan menepuk dahi, terlopong mulut kami semua mendengar apa yang dia baru cakapkan ini, lagi gelabah dari dia confess ya lupa sediakan teks ucapan ni.

"Are you dumb? Kau nak nasyid je ke dekat depan tu?" Danie mengetuk-ngetuk kepala Riyaan melepaskan marah, Riyaan pula mula gelabah sebab kita tahu Riyaan Haziq seorang yang pemalu nak bercakap dekat khalyak ramai ni.

"Cepatlah ada masa nak google ni! Itu pun nak kena terkejut dulu ke?" Wais mengeluarkan handphonenya dari saku seluar, terus dia google ucapan untuk Riyaan berucap nanti.

"Hah ni ucapan solat jumaat."

"Kepala otak kau la!" Laju Harras memukul belakang badan Wais geram betul ni,

"Yela mana tahu boleh insaf diorang Riyaan bacakan khutbah Jumaat dalam tu." tanpa rasa bersalah Wais membalas, orang tengah gelabah dia boleh pula cuba buat lawak ya?

"Weh nah ni, baca teks budak hockey." Amsyar menghulurkan telefon bimbitnya kepada Riyaan,

"Mana kau dapat."

"Come one Amirul Amsyari kan ni? Tak faham lagi?" Kami menghembuskan satu keluhan lega, "baca tu pandai pandai la tukar jangan otak kau karat pulak."

"Weh bang! Cepat turn kita lepas ni!" Kini giliran Mika pula memanggil kami, terus berlari Riyaan masuk dalam hotel kembali diikuti kami yang lain.

"UA FIGHT! UA FIGHT!" Amsyar menjerit riang sebelum masuk hotel,

"UA FIGHT!" Diikuti oleh kami semua.

Malam tersebut berjalan dengan lancar dan penuh memori. UA fight, terbanglah dengan gagah.














Sumpah naim daniel dah nak tamat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro