Spirit 1:Penamat Kebahagiaan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Darah.....

Istana.....diselubungi api....

Pembunuhan...

Mayat....

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang mengembirakan....

Telah dimusnahkan....

-----------------------------

"Tuan Puteri Mel,sila benarkan kami untuk menolong tuan puteri bersiap",kata salah seorang maid.

Gadis yang dipanggil sebagai 'Tuan Puteri Mel' senyum pada kumpulan maid didepannya menandakan dia setuju.Kumpulan maid tersebut membawa Mel ke bilik tukar baju.Sebaik sahaja mereka masuk dalam bilik tersebut,semua maid mengelilingi Mel dan melakukan tugas mereka.

Di bilik yang lain....

"Kakanda Asya,okey ke saya pakai dress ni?",tanya seorang gadis dengan malu.

"Okey,comel sangat adinda pakai dress ni!Sesuai dengan muka kamu!",balas gadis yang bernama Asya.

"Muka saya dan kakanda bukan sama ke?Kita kan kembar....",kata gadis tersebut lagi.

"Memang lah kita kembar,tapi kamu lebih comel dari kakanda!",Asya memeluk adik perempuanya dengan erat.Menyebabkan adik kembarnya sesak nafas.

"T...tuan puteri,adik tuan puteri sesak nafas...",kata salah seorang maid yang ditugaskan untuk menolong Asya dan adik kembarnya bersiap untuk majlis.Mendengar perkara tersebut,Asya melepaskan pelukannya.

"Huh..huh..",adik kembar Asya hampir pengsan kerana sesak nafas.Asya pulak hanya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Kakanda Asya ni...janganlah peluk kuat sangat....mati Asyi nanti",kata Asyi.

"Maaf,maaf.Kakanda tak sengaja",kata Asya.Dia rasa serba salah sebab hampir menyebabkan adiknya 'pergi' dari dunia ni.

"Dah,dah!Sesi beramah mesra antara kembar dah tamat.Cepat turun ke dewan",kata wanita yang berumur 46 tahun,tapi wajahnya seperti wanita berumur 28 tahun.

"Baik,bonda!",balas si kembar secara serentak.Mereka berdua keluar dari bilik dan berjalan ke dewan.

"Haih...banyak sangat karenah mereka berdua ni",kata bonda mereka.

Asya dan Asyi berjalan ke dewan dengan berpegangan tangan.Mereka turun tangga secara serentak.Mereka berdua terpukau kerana seluruh dewan,bukan,seluruh istana dihiasi dengan cantik dan mewah.

"Hah,dah bersiap pun adik kita ni",kata seorang remaja perempuan.

"Maaf kakanda Zara!",kata Asyi sambil tersenyum kecil.

"Tak perlu minta maaf,lagipun Mel lebih lambat bersiap dari kamu berdua",seorang gadis mengusap kepala Asyi.

"Hm!Kakanda Risa,Asya tak nak usap ke?",tanya Asya sambil memandang Risa,remaja perempuan yang mengusap kepala Asyi.

Satu tangan mengusap kepala Asya.

"Manja betul,memandangkan hari ni hari jadi dia",kata pemilik tangan tersebut,iaitu Alina.

"Alah,biarlah!",Asya mengembungkan pipinya.Semua kakanda Asya dan Asyi ketawa kerana tindakan Asya.

"Oh ya,mana Mel ni?",kata seorang remaja perempuan lagi,iaitu Zara.

"Entah",balas mereka semua.

"Mengumpat tentang Mel ya?"

Asya,Asyi,Risa,Alina dan Zara memandang ke arah belakang mereka,iaitu arah suara datang.Seorang remaja perempuan memandang mereka dengan pandangan tak puas hati.

"Mana ada mengumpat,cuma tertanya-tanya mana adinda",kata Risa.

"Adinda ada kat sini",kata Mel.

"Mana Crystal?",tanya Alina yang cuba mengubah topik perbualan.

"Tuu......",mereka semua kecuali Alina menunjuk ke arah seorang remaja perempuan yang sedang mengambil makanan.

"Crystal!Jangan ambil makanan lagi!",Alina berjalan dengan laju ke arah Crystal.Pinggan gadis itu penuh dengan makanan.

"Eh?Kenapa pula?",tanya Crystal sambil mengunyah makanan yang ada dalam mulutnya.Alina merampas pinggan Crystal lalu membuang semuanya.

"Eh?!Kenapa buang?Membazir betullah!",rungut Crystal.Alina mengenggam kepala Crystal dengan kuat dan ada aura membunuh disekeliling Alina.

"Selagi bonda dan ayahanda tak berikan ucapan,jangan ambil apa-apa makanan,faham?",kata Alina dengan senyuman yang menakutkan.

"F...faham....",balas Crystal dengan ketakutan.Alina melepaskan genggamannya.

"Jangan ambil apa-apa makanan,dan minuman juga,faham?",kata Alina sambil menjentik dahi Crystal dengan perlahan.Crystal hanya mengangguk.

Dewan kini dipenuhi dengan rakyat.Mereka semua dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran ke-13 puteri mereka,iaitu Asya,Asyi dan Mel.

Macam mana Mel boleh sama umur dengan Asya dan Asyi walaupun Mel bukan kembar?Sebabnya....bonda mereka mengandungkan Asya dan Asyi pada bulan 4,selepas bonda melahiran Asya dan Asyi,dua bulan kemudian bonda mereka mengandungkan Mel.

"Terima kasih kerana sudi menghadiri majlis ulang tahun kelahiran ke-13 anak perempuan beta.Baiklah,tanpa melengahkan masa,mari kita mulakan majlis!",kata ayahanda mereka.

Sebaik sahaja majlis dimulakan,Crystal dengan lajunya menuju ke tempat mengambil makanan.Asya,Asyi dan Mel menerima hadiah dari rakyat mereka sambil memberikan senyuman yang manis.Mereka bertiga tak lupa untuk ucapkan terima kasih.

Mungkin ramai yang fikir raja hanya memilik seorang pemaisuri,tapi sebenarnya tak.Raja berkhawin lebih daripada 10 wanita.Kesemua wanita yang ayahanda mereka berkhawin bukan disebabkan rupa wanita-wanita tersebut,tetapi kerana cinta.Ayahanda mereka melayan isteri-isterinya sama rata.

"Hehe,hari yang mengembirakan betul kan,Zara?",tanya Risa sambil memusingkan gelasnya.

"Betul,bahagia betul aku lihat mereka bertiga gembira",balas Zara.Crystal pulak sedang ditengking oleh Alina kerana makanan yang diambilnya terlalu banyak,namun Crystal melawan balik dengan mengatakan Alina mengambil lebih banyak makanan dari dia.

"Kakanda ambil makanan lebih banyak dari orang,nak marah pulak.Hm!",Crystal memeluk tubuh dan mengalihkan pandangannya ke kanan.

"A..ah..i...itu sebab kakanda lapar sangat!Kakanda kan belajar seni bela diri!Sebab tu selera kakan-!",Alina berhenti bercakap kerana satu letupan berlaku di pintu utama dewan.Semua rakyat terkejut.

Disebalik kepulan asap,terdapat beberapa orang memakai cermin mata hitam.Mereka membawa senjata api bersama.

"Wah,wah!Meriahnya majlis ni!Tapi akan jadi lebih meriah jika ditambahkan...sedikit.....DARAH!",mereka semua menembak secara serentak.Disebabkan tembakan mereka begitu tepat,ramai orang mati dengan sekelip mata.

"Siapa kamu?!Siapa yang benarkan kamu berbuat begini!",marah ayahanda mereka.

"Haih....dan beberapa tahun kita tak berjumpa,kau dah lupakan aku?",kata salah serang dari mereka yang kelihatan seperti ketua.Ayahanda mereka kelihatan terkejut dan pada masa yang sama takut.

"Ayahanda?",kata Mel.

"L....LARI SEKARANG!MERE-!"

BANG!

Satu tembakan yang tepat mengenai jantung lelaki dewasa tersebut.Kesemua rakyat yang masih hidup menjerit ketakutan dan berlari lintang-pukang.Isteri-isteri lelaki tersebut terkaku melihat kejadian tersebut.

Manakala anak-anak dia pula ketakutan.Mel yang ada dekat dengan ayahnya,wajahnya terkena darah orang tua tersebut.Mel terduduk atas lantai,seluruh badannya menggigil,dia meletakkan kedua belah tangannya di telinga.Air mata Mel keluar sedikit.Tubuhnya makin kuat menggigil dan akhirnya...

"AR....ARGH!!!!!!!!!!!!!!",Mel menjerit ketakutan.Orang yang dia sayangi mati dibunuh depan mata.

Tanpa mempedulikan Mel,kumpulan yang datang membunuh tersebut meneruskan perbuatan mereka.Mereka tidak langsung menunjukkan rasa serba salah di muka.

Risa menarik lengan Mel dan membawanya lari ke tempat lain.Ketujuh-tujuh puteri tersebut berlari ke tingkat atas.

"Cepat!Kita kena pergi dari si...."

Mereka bertujuh memberhentikan larian apabila mereka nampak api yang marak...membakar tempat tinggal rakyat mereka.Ianya memang pertunjukkan yang cantik untuk orang yang menyebabkan kebakaran tersebut....namun tidak untuk mereka bertujuh.

Asya dan Asyi memeluk sesama sendiri kerana ketakutan.Mel pulak masih tidak dapat terima apa yang dilihatnya kerana dia masih muda.

"Hahaha,macam mana?Cantik tak api tu?",tanya lelaki yang telah membunuh ayahanda mereka.

Mereka bertujuh terkejut.

"Ke...kenapa kau buat semua ni?!",tanya Zara.

"Heh.Kau tak perlu tahu pun,sebab kamu semua akan mati",balas lelaki tersebut dengan nada bergurau.Sebaik sahaja lelaki tersebut petik jari,seluruh badan mereka memancutkan darah dari bahagian tubuh badan mereka yang cedera secara tiba-tiba.

"Ap....",Risa rebah ke lantai sebelum dapat habiskan kata-katanya.Begitu juga dengan yang lain.Darah mereka mengalir dengan cepat.

"Hahaha,dapat juga aku balas dendam!",lelaki tersebut menghalakan pistolnya ke arah puteri-puteri yang rebah atas lantai.Mereka semua pengsan kecuali Zara.Mata Zara masih terbuka,tapi penglihatannya kabur.

Darah.....

Istana.....diselubungi api.....

Pembunuhan....

Mayat.....

Kenapa....semua ini berlaku...?

Kenapa.....

Hari......yang berharga....untuk Asya.....Asyi...dan .......

Mel.......dimusnahkan begitu sahaja.....

Zara mengalirkan air mata.Dia tak mampu mengeluarkan suara.Sebelum dia menutup matanya,lantai yang tujuh puteri rebah ke atasnya merekah,dan jatuh ke bawah.

Lelaki yang membunuh ayahanda mereka pulak,hanya tersenyum disebalik topeng mulutnya walaupun dia tak sempat menembak tujuh puteri tersebut.

Sebaik sahaja mereka bertujuh hampir jatuh atas lantai ditingkat bawah yang diselubungi api,pandangan Zara jadi gelap gelita.

Tapi,tubuh dia tak rasa panas walaupun jatuh atas api.Dan dia dengar...suara..

"Mereka masih hidup,tapi kehilangan banyak darah.Berikan mereka rawatan kecemasan cepat!"

"Hanya mereka yang masih hidup,yang lain semua dah mati!"

"Kita gagal sampai lebih awal..."

"Cepat!Kita kena bawa mereka ke pangkalan sebelum musuh kesan kita!"

"Jom!"

Zara dapat merasai tubuhnya diangkat oleh seseorang.Zara membuka kelopak matanya sedikit.Sebelum dia menutup matanya semula,dia nampak...seorang lelaki....dan istananya yang sedang diselubungi api....

Kebahagiaannya musnah pada hari tu......

Namun,kebahagiaan yang baru sudah muncul.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro