Spirit 24-Berjumpa semula

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"...rasa gemuruhlah pulak....",kata Risa.

Ketujuh gadis itu berada dalam bilik khas untuk mereka yang akan jalankan misi.Mereka semua memakai cape berwarna putih yang berhoodie yang diberikan oleh Nuraiza.

"Haha...betul juga...lagipun macam mana kita nak selamatkan ahli keluarga diraja tersebut dengan kita langsung tak ada kuasa?",kata Mel pula.

"Haha,kamu bertujuh nampak gemuruh",kata seorang remaja perempuan.

Mereka bertujuh terpegun melihat remaja tersebut.Mereka rasa mereka pernah jumpa remaja tersebut kerana mukanya hampir sama dengan seseorang.

"Apa pun,lebih baik kamu semua tenangkan diri.Jangan terlalu gemuruh",remaja perempuan tersebut berjalan pergi.

"...er....kenapa aku rasa macam pernah lihat muka dia?",soal Crystal.

"Betul....mukanya hampir sama denga-"

"Semua bersiap sedia ya!Kamu semua akan diteleport sebentar lagi!",kata Mia yang ada didepan sekali.

Mia mengeluarkan satu batu permata berwarna kuning lalu melepaskan ia.Apabila batu permata tersebut jatuh ke lantai,ianya seperti jatuh dalam air kerana batu permata tersebut masuk ke dalam lantai.

Simbol magik berwarna kuning muncul dibawah tapak kaki mereka yang ada dalam bilik tersebut kecuali Mia.

"Semoga berjaya jalankan misi kamu semua!",kata Mia dengan senyuman yang ceria.Semua yang ada dalam bilik tersebut diteleportkan ke lokasi misi masing-masing.

Mia yang ada dalam bilik tersebut,menghela nafas.Haiwan peliharaanya keluar dari belakang bajunya dan duduk dibahu kanan Mia.

"Baiklah,sekarang ni saya perlu buat laporan",Mia melangkah keluar dari bilik tersebut dan menuju ke destinasinya.

---------------------------

"....kenapa jauh sangat lokasi kita ditelportkan dari istana kerajaan Einhart?!",kata Alina geram.

Ya,mereka berada jauh dari istana kerajaan Enihart.Mereka ditelportkan di hutan.

"Kalau kita terus teleport ke istana,pasti pemerintah ingat kita ni penceroboh",kata Crystal.

"Yelah yelah,aku tahulah",kata Alina.

BOOM!

Bunyi letupan yang kuat.Mereka bertujuh ternampak api yang marak,seperti ketika kebahagiaan mereka musnah.

"K-kita kena cepat ke sana!",kata Zara.

Tanpa membuang masa,mereka terus berlari dengan pantas menuju ke istana kerajaan Einhart.

Ketika itu juga,jauh dari mereka,ada seorang gadis sedang duduk di kerusi malas,memerhatikan mereka menggunakan binokular.

----------------------------

Ketujuh gadis itu sampai di kerajaan Einhart.Rakyat kerajaan tersebut sedang melarikan diri.

"Tak guna betul!",kata Mel lalu berlari ke arah istana yang sedang dijilat api.Yang lain juga mengikutnya.

"Hm.......harap-harap mereka dapat tunjukkan persembahan yang menarik",kata gadis yang duduk atas kerusi malas.

Ketika tujuh gadis itu masuk ke dalam istana,mereka ternampak seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.

"Bahaya!",Asyi berlari ke arah dua kanak-kanak tersebut dengan tangan kanannya terkumpul angin.

Asyi berhenti berlari apabila dia ada di depan dua kanak-kanak tersebut.Penumbuknya dihayunkan ke arah peluru.

"Oh?",kata lelaki tersebut.

Semua peluru melayang ke tempat lain akibat tumbukan Asyi.Hoodie Asyi jatuh ke bawah dan menampakkan wajahnya.Asyi memeluk kedua kanak-kanak tersebut.

"Wah!Aku tak sangka hidup lagi kau ya.Aku ingatkan dah mati",kata lelaki tersebut.

Ketujuh gadis itu terkejut mendengar suara lelaki tersebut.Mata mereka semua membulat.

"Kau....lelaki yang bunuh ayahanda,kan?",tanya Mel.

"Yup!Aku yang bunuh dia.Dan aku bunuh dia depan mata korang!",balas lelaki tersebut dengan tersenyum.Mel mengetap giginya.

"Ah!Habislah!",kata gadis yang duduk atas kerusi malas memerhatikan mereka menggunakan binokular.

"TAK BOLEH DIMAAFKAN!",Mel berlari ke arah lelaki tersebut dan melompat.Dia cuba untuk menendang lelaki tersebut,tetapi...

BANG!BANG!BANG!

Tiga tembakan magik yang besar ditembak ke arah Mel membuatkan Mel tercampak ke tepi dan terkena dinding.Dinding merekah dan Mel terjatuh atas lantai.

Darah mengalir dari tempat tembakan magik tersebut terkena,begitu juga dicelah bibir Mel.

"Tuan tak apa-apa ke?",tanya seorang gadis yang melepaskan tembakan ke arah Mel.

"Aku tak apa-apa.Terima kasih,Ainin",kata lelaki tersebut lalu mengusap kepala Ainin.

"Mel!",Zara berlari ke arah Mel.Mel memegang tempat lukanya.Mukanya jelas menunjukkan ianya menyakitkan.

"Apa pun,Ainin.Tolong uruskan mereka.Aku akan perhatikan sahaja",kata lelaki tersebut.Ainin mengangguk.

"B...berani ka-!",Asyi tak sempat habiskan kata-katanya kerana Ainin yang muncul tiba-tiba di sebelahnya menendang dengan kuat pipi kanan Asyi.

Darah merencik keluar dan Asyi rebah dilantai.

"Asyi!",kata Asya.

"Urgh...aku tak sangka ianya boleh jadi seteruk ni...",kata gadis tersebut.Dia masih memerhatikan mereka menggunakan binokular.

Ainin muncul di depan Risa.Dia menendang dengan kuat dada Risa.

"Ga..hak!",Risa terpelanting ke dinding.Dinding istana pecah dan Risa terpelating keluar ke istana.

Zara yang memandang ke arah Risa,tak perasan yang Ainin muncul di depannya.

"Lebih baik risaukan diri sendiri dulu",kata Ainin dan menumbuk kuat perut Zara membuatkan gadis itu termuntah dan melayang ke belakang.

"Tak guna betul!Pemerintah kerajaan Alvisa gunakan benda tu!",kata gadis itu dengan geram.Binokular retak sedikit akibat genggamannya.

"Apa ni?Lemahnya korang...",kata lelaki itu menguap bosan.Alina mendengar perkara tersebut geram,lalu berlari dengan laju ke arah lelaki tersebut.

Namun,Ainin lebih pantas.Dia muncul di depan lelaki tersebut.Tapak tangan kanannya dihalakan ke arah dada Alina.

Apabila serangan tersebut mengenai Alina,satu kuasa yang kuat menembusi badan Alina,tapi tubuhnya tak cedera.Sebaliknya.....

KRAK!

Beberapa tulang rusuk Alina patah dan dia melayang jauh ke belakang.Darah mengalir dari mulutnya.

Crystal dan Asya hanya terpaku.

"Hanya dengan satu serangan...?",kata Crystal.Mukanya jelas ketakutan,begitu juga dengan Asya.

Ainin berlari ke arah mereka dengan laju.Dua simbol magik yang kecil muncul ditelapak tangannya dan ditujukan pada dada Crystal.

"Shit!",gadis yang duduk atas kerusi malas menghilangkan dirinya.

BOOOM!

Letupan yang kuat berlaku apabila serangan Ainin bertembung dengan sesuatu.Asap yang tebal terhasil.

Asap semakin menghilang.Kelihatan Crystal tiada apa-apa dan dia masih berdiri.Asya juga sama.

Ainin terkejut apabila serangannya dihalang dengan lengan seorang gadis.

"M...Mimi?!",kata Asya terkejut.Crystal juga sama.

Ainin berundur ke belakang beberapa tapak.

"Mimi,kenapa kau ada kat sini?",tanya Crystal.Mimi memandang ke arah mereka lalu pandang ke depan semula.

"Aku tak ada masa nak jelaskan sekarang.Sekarang,aku akan lengahkan masa dahulu",kata Mimi.

Lengan bajunya tak terkoyak atau ada kotoran langsung walaupun serangan Ainin tadi sangat kuat.Malahan,lengannya juga tak tercedera langsung.

"Lengahkan masa?Untuk apa?Kau tak dapat kalahkan gadis tu ke?",soal Asya.

"Aku boleh kalahkan dia,dengan satu serangan sahaja,tetapi...ini misi korang.Jadi kamu semua yang patutnya kena kalahkan mereka",kata Mimi.

"Tapi,disebabkan keadaan menjadi semakin teruk,dengan yang lain menerima kecederaan yang parah,aku terpaksa masuk campur.Tapi aku hanya akan lengahkan masa untuk...."

Mimi memandang ke arah Asya dengan pandangan serius.

"Untuk kau ingat semula mimpi tu dan keluarkan kuasa kau yang tersembunyi",kata Mimi.

"K-kuasa yang tersembunyi?!",kata Asya
Mimi mengangguk.

"Lebih baik kau cepat ingat semula mimpi tu!",kata Mimi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro