Spirit 27-Awakening

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kami pasti akan kalahkan kamu berdua!"Lelaki tersebut ketawa.

"Hehe,macam mana tuan puteri sekalian ingin kalahkan Ainin?Kamu semua masih tak dapat keluarkan kuasa kecuali tuan puteri Asya",katanya.

Tujuh gadis mendiamkan diri mereka.Betul....macam mana mereka nak kalahkan Ainin kalau tiada kuasa?Mereka pasti akan ka-,...tak....bukan kalah,tapi mati dibunuh.

"Lagipun,bukankah kamu semua patut menyerah kalah sahaja?Itu lebih baik dari mempersiakan nyawa kamu yang diselamatkan oleh Mimi,kan?",kata lelaki tersebut.Mereka terkejut.

"Kau...kenal Mimi?",tanya Mel.

"Ya.Aku kenal dia.Kerana,aku pernah berlawan dengan dia",kata lelaki tersebut tersenyum sinis.

"Lawan dengan dia?"

"Hehehe.Aku rasa membazir betul.Seseorang yang kuat macam dia,mati kerana melindungi gadis yang lemah",kata lelaki tersebut.Asya mula naik angin lalu menuju ke arah lelaki tersebut.

"Tutup mulut kau!",jerit Asya.Lelaki itu hanya tersenyum.Ainin muncul di depan Asya dan menghayunkan cakar kirinya.

Asya terbuang ke belakang.Lengan baju kanannya koyak kerana cakaran Ainin.Asya bangkit semula.

Ketika dia cuba meluru ke arah Ainin,kepalanya rasa sakit.

"A...apa?K...kenapa...ke..kepala...ak..aku....sakit?",kata Asya.Dadanya bercahaya begitu juga dengan pakaiannya.

Sekeping kad terpelanting keluar dari dada Asya.Pakaiannya kembali normal dan dia rebah.

"Ops,nampaknya tuan puteri Asya dah gunakan semua kuasanya",kata lelaki tersebut mengutip kad tersebut.Dia meneliti kad tersebut lalu tersenyum.

Pistolnya yang disimpan dikeluarkan dan dihalakan ke arah kad tersebut.

"Agaknya,apa jadi kalau ada lubang di kad ni,ya?"?kata lelaki tersebut.

"J-JANGAN!",kata Asyi.Lelaki tersebut tersenyum dan menarik picu pistol.

BANG!

Titisan darah keluar dari badan seseorang.Kad yang dipegang lelaki tersebut jatuh ke tanah.

Semua orang terkejut kecuali Ainin dan seseorang.

"Woah...",kata lelaki tersebut memegang pergelangan tangannya yang terkena panah yang ditembak oleh seseorang.

"Aku...takkan biarkan,kau cederakan adik aku",kata Risa memegang busur panah.Pakaiannya berubah.

"Nampaknya,tuan puteri Risa berjaya keluarkan kuasa ya?",kata lelaki tersebut.

Risa,tanpa menjawab soalan lelaki tersebut,menarik tali busur dan anak panah muncul.Ainin bergerak laju ke arah Risa dan menhayunkan kedua-dua cakarnya pada Risa.

BANG!BAM!

Lantai merekah kerana serangan Ainin.Dua anak panah yang ditembak dari atas menuju ke arahnya.Ainin menghancurkan anak panah tersebut dengan cakarnya.

"Pantas juga reaksi dia",kata Risa yang berada di atas.Dia tak mengalami sebarang kecederaan.Ainin melompat ke arah Risa dan cakarnya dihayunkan ke Risa.

"Habislah!Risa tak boleh elak serangan dia!",kata Zara.

Risa menarik tali busur dan muncul anak panah.Satu cahaya terkumpul di anak panah tersebut.Risa melepaskan anak panahnya.

Serangannya dan serangan Ainin bertembung.

BOOOM!

Letupan yang kuat berlaku.Ainin jatuh ke bawah dengan laju.Cakar kanannya musnah dan dia mengalami kecederaan yang teruk.

Risa mendarat dengan selamat.Dia tak mengalami apa-apa kecederaan,cuma bajunya ada debu sahaja.

"Beritahu saya.Kenapa kamu serang kerajaan Alveon?",tanya Risa menghalakan busurnya pada lelaki tersebut.

Ainin pula tak bergerak langsung.Mungkin dia kehilangan kesedaraan.

"Heh.Jadi tuan puteri rasa kerajaan Alvisa sahaja yang serang kerajaan lain?",kata lelaki tersebut.

"Jawab soalan saya!",tanya Risa dengan nada yang serius.

"Saya akan beritahu,kalau tuan puteri berjaya kalahkan saya",kata lelaki tersebut.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro