Spirit 8:Munculnya mereka..

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu sudah berlalu.Tujuh gadis tu hanya duduk dalam bilik.Kalau mereka bosan,mereka akan pergi ke perpustakaan atau bersiar di pangkalan.Mereka tak dibenarkan keluar kecuali ada misi yang diberikan.

Mereka terpaksa tunggu Spirits of Elementals kembali dari misi.Sha dan Mia pulak tak dapat temani mereka kerana terlalu sibuk.

"Hm,kenapa sejak hari tu,kita tak nampak pun Thorn?",tanya Risa.

Ketujuh gadis tu duduk dalam bilik mereka.Mereka masih pakai pakaian yang macam seragam sekolah Jepun kerana pakaian mereka masih tak siap.

"Eh,betullah.Aku tak nampak dah pun dia",kata Crystal.

"Kan?Aku teringin nak jumpa dia lagi.Sebab dia comel sangat~",kata Zara.Yang lain hanya pandang Zara dengan muka krik krik.

"Apa?Betullah kan?",kata Zara.

"Memang lah dia comel",kata Alina.

"Eh,tapi kenapa tak ada sesiapa latih kita sementara tunggu Spirits of Elements pulang kan?Dari duduk dalam bilik",kata Mel.

"Kan?",kata Asya.Asyi hanya mengangguk.

"Hm.Betul juga.Kalau Mia dan Sha tu kita tahu mereka sibuk sangat.Tapi aku rasa mereka mungkin tak latih kita kerana risau kita belasah mereka",kata Alina.

"Jangan nak merepek lah.Mia tu kan leftenan kat sini walaupun dia 12 tahun.Lagipun aku rasa Sha tu kuat ",kata Zara.Mereka terdengar bunyi bising di luar.

"Kenapa bising sangat tu?",kata Risa.

"Apa kata kalau kita tengok?",cadang Zara.Yang lain hanya mengangguk setuju.

Mereka buka pintu bilik dan bila mereka buka,semua terkaku.Ketujuh gadis itu nampak sekumpulan lelaki lalu di depan bilik mereka.Lelaki-lelaki itu semua memakai cape yang ada hoodie berwarna hitam.Muka mereka tak dapat dilihat kerana mereka menaikkan hoodie ke atas kepala.

Kumpulan lelaki itu berlalu tanpa pedulikan orang disekeliling mereka.

"...s...siapa mereka.?",kata Zara.

"Eh?!Kamu tak kenal mereka siapa?!",kata jiran bilik tujuh gadis itu.Mereka hanya menggeleng menandakan mereka tak kenal.

"Merekalah salah seorang dari kumpulan elit dalam organisasi ni,Spirits Of Elementals!"

"Kyah!Walaupun mereka balik dari misi yang sukar,tapi mereka tak cedera langsung!"

"Memang layak jadi kumpulan elit!"

"M...mereka adalah,Spirits of Elementals?",tanya Mel terkejut.Jiran-jiran mereka mengangguk.Tujuh gadis itu masuk ke dalam bilik dan tutup pintu perlahan.Mereka terdiam.Seluruh badan mereka mengigil.

"A..ah.....",kata Asya.

"YEAH!AKHIRNYA KITA DAPAT BERLATIH!",kata mereka semua dengan suara yang kuat.Jiran mereka terkejut dengan jeritan mereka.

"Huh?Mereka akan berlatih dengan Spirits of Elementals ke?"

"Rasanya lah kot.Tapi aku harap mereka selamatlah"

------------------------

"Ne,tadi waktu kita lalu,aku dapat rasa satu kuasa yang kuatlah",kata salah seorang dari Spirits of Elementals.Dia memakai baju warna biru langit.Mereka semua ada dalam bilik.

"Oh,ya ke?",kata salah seorang lagi,dia memakai baju berwarna merah pekat,sedang baca buku.

"Kau dah lupa ke aura kuasa gadis tu kan kuat sampai sini pun kita boleh rasa?",kata seorang lagi,dia memakai baju warna coklat.

"Oh,lupa pula.Tapi aku kesian kat gadis tu sebab dia terkurung jer dalam bilik tu",kata lelaki yang pakai baju biru langit.

"Nak buat macam mana?Sebab dia berbahaya sangat",kata seorang lagi,dia memakai baju berwarna kuning.

"Zzz...."

"Aik?Tidur dah mereka berdua?",kata lelaki yang memakai baju berwarna merah api.

"Penat sangat kot si Thorn tu.Ice tu biasalah,tidur jer",kata lelaki yang memakai baju warna coklat.Lelaki itu menyelimutkan mereka berdua.

"Hm.Tapi aku tak sangka kau sanggup marah Thorn hari tu sebab dia lambat datang,Solar",kata lelaki yang pakai baju merah api.

"Aku dah minta maaf kan?Janganlah ungkit lagi perkara tu",kata lelaki yang memakai baju berwarna kuning,ataupun Solar.

"Daripada nak bergaduh,baik kamu semua tidur awal hari ni.Esok kita kena latih ahlu baru",kata lelaki yang memakai baju berwarna coklat.

"Hm.Malas aku nak latih puteri dari kerajaan tu!Sebab mereka la....",kata lelaki yang memakai baju berwarna merah pekat.

"Jangan sebut lagi tentang perkara tu.Baik kita lupakan sahaja",kata lelaki yang memakai baju berwarna biru langit.

"Betul tu.Aku nak tutup lampu ni",kata lelaki yang memakai baju berwarna coklat.

"Selamat malam"

Lampu bilik ditutup.Mereka melelapkan mata.

-----------------------

"Huh?Sekarang ni dah malam ke?Patutlah aku pelik kenapa jiran kita pakai baju tidur!",kata Risa.Alina terus masuk ke dalam bilik air.

"Ah!Tak sabarnya nak berlatih esok!",kata Asya teruja.

"Erm!Betul!",kata Asyi.

"Hehe,kalau tak sabar,jadi tidur awal ya hari ni?",kata Alina.

"Baik!",sahut mereka berdua.

-----------------------------

Keesokkan harinya....

"Wah!Tak sabarnya nak berlatih!",kata Crystal.Mereka semua ada di kafeteria,bersarapan.

"Betul",kata Risa.

"Tapi,rasanya macam mana perangai mereka ya?",soal Alina.

"Entahlah.Tapi aku teringin nak tengok muka mereka.Mesti kacak!",kata Zara.

"Tak,muka mereka ada parut!",kata Alina.

"Kacak!"

"Berparut!"

Mereka hanya memandang antara satu sama lain dengan perasaan marah.Dan seperti ada aliran eletrik bertembung bila mereka memandang antara satu sama lain.

"Kenapa bising sangat ni?",tanya seorang lelaki yang mereka kenali.Alina dan Zara mengalihkan pandangan mereka pada lelaki tersebut.

"Thorn!Lama tak jumpa!",kata Mel.Thorn senyum.

"Maaf,sebab saya jalankan misi,sebab tu kamu tak nampak saya",kata Thorn.

"Ya ke?",kata Risa.Thorn mengangguk.

"Oh ya.Kamu semua akan dilatih oleh Spirits Of Elementals kan?",tanya Thorn.

"Ya.Tapi kami tak tahu nak berjumpa di mana",balas Asyi.

"Mereka suruh saya bawa kamu semua kalau dah habis bersarapan",kata Thorn.

"Betul ke?"

"Yup"

"Kalau macam tu,mari pergi sekarang.Kami dah habis bersarapan"

Mereka semua mengikuti Thorn tanpa berbual langsung.Thorn hanya mendiamkan diri sahaja.Mereka berhenti berjalan apabila tiba di depan satu pintu bilik yang besar.

"Bilik apa ni?",tanya Risa.

"Ini bilik khas untuk berlatih",Thorn menolak pintu perlahan-lahan.

Bilik itu mempunyai keluasan yang sangat besar.Ianya ada banyak gelanggang perlawanan dan ada banyak bilik dalam bilik latihan tersebut.Thorn melambai ke sekumpulan lelaki.

"Saya dah bawakan mereka",kata Thorn dengan riang.

"Bagus,Thorn",kepala Thorn diusap walaupun dia memakai topi.

"Siapa mereka Thorn?",tanya Risa.

"Spirits of Elementals",balas Thorn.

Ketujuh gadis itu terkejut kerana muka ahli-ahli Spirits Of Elementals sama dengan Thorn.

"Aku tak sangka,ahli baru yang ketua suruh kita latih adalah puteri dari kerajaan keji tu",kata salah seorang dari mereka,dia mempunyai warna mata merah darah.

"K..kerajaan keji?",kata Zara terkejut.Mereka yang lain pun sama terkejut.Kerajaan mereka,Alveon dipanggil keji.


P/S:Ketujuh Elemental pakai baju mereka seperti dalam Boboiboy the Movie.Mereka berumur 18 tahun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro