BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TEASER

==========================

ERLYN termenung di atas tangga sambil merenung bintang. Sudah lama dia tidak dapat menikmati suasana kampung begini. Sekarang barulah dia berpeluang merasainya lagi. Kalau bukan disebabkan masalah tertentu, dia tidak akan menjejaki ke Malaysia lagi. Pulang ke sini seperti menoreh hatinya sendiri. Namun, dia belum membuat keputusan untuk tinggal di sini. Bila semua dah selesai nanti aku fikir apa aku nak buat.

​"Woi, berangan tak ajak aku sekali," sergah Zara. Dia ketawa mengekek apabila melihat wajah terkejut Erlyn.

"Kau ni kacau aku nak berangan."

"Kau berangan kat siapa? Buah hati mat salih kau?"

​"Mana adalah."

"Eleh, nak tipu aku! Aku tahu la kau ada banyak peminat kat sinun tu. Memang bodoh la lelaki kat sana kalau tak suka dekat kau."

Erlyn tergelak.

"Kau macam mana? Still ramai peminat?"

"Weh, kau tanya soalan yang jawapannya kau dah tahu. Ini Elisa Zahara. Mana je aku pergi bersusun lelaki ikut belakang aku."

"Aku ni pentingkan diri sendiri ke?"

"Haah! Kau memang selpih sebab kau lari tak ajak aku sekali."

"Aku seriuslah, Zara."

"Habis kau ingat aku ni tak serius?" kata Zara sambil menunding jari ke arah wajahnya sendiri.

"Menyampah aku bila bercakap dengan kau ni."

"Kau fikir menyampah kau je. Habis menyampah aku ni kau tak kisah? Aku masih bengang sebab tak dapat kereta 'kuda' kau tu," kata Zara tak puas hati sambil merenung kereta Erlyn yang berada di halaman rumah.

​"Kau ingat senang-senang aku nak bagi kereta aku kat orang pemalas macam kau? Dah la tak kerja," kutuk Erlyn

Zara sudah bercekak pinggang mendengar kutukan-kutukan tepat Erlyn. Tapi apa kes aku nak marah dah memang betul pun.

"Aku bukan malas nak kerja. Bos tempat aku kerja tu gatal nak mampus. Tak sedar diri yang dia tu orang tua kerepot. Eee... Geli la aku tahu tak? Sebab tu aku berhenti kerja. Sekarang ni dah dua bulan aku menganggur," beritahu Zara dengan bersungguh-sungguh.

"Kau nak kerja tak?" tawar Erlyn.

​"Nak, nak. Kerja apa?" Bersinar-sinar mata Zara apabila mendengar tawaran Erlyn. Dia sudah puas hantar berpuluh-puluh resume untuk memohon kerja tapi apa yang dia dapat ialah 'Dukacita dimaklumkan... Bla, bla, bla...'

"Jadi cleaner di tempat kerja baru aku. Hahaha..." Erlyn ketawa mengekek apabila melihat wajah cemberut Zara.

"Aku ni degree holder tahu tak?" kata Zara geram kerana Erlyn seakan-akan memperlekehkan kepandaiannya.

"Nak jadi cleaner perlu ada sijil tahu tak?"

"Menyakitkan hati bercakap dengan kau ni."

"Rileks la, Zara. Aku gurau sajalah itu pun dah nak sentap."

"Siapa tak sentap kau memperlekehkan ijazah kelas pertama aku?"

"Okey, okey... Aku minta maaf. Kali ni aku serius aku nak bagi kau kerja."

"Kerja apa?" tanya Zara dengan teruja.

"Babysitter anak aku."

​"Erlyn Qairina!" jerit Zara dengan geram.

"Aku tak nak jadi babysitter anak kau yang macam little monster tu," sambung Zara dengan perasaan geram kerana dipermainkan oleh sahabat sendiri.

​"Kali ini aku betul-betul serius tapi kerja ni tak sesuai dengan ijazah kejuruteraan awam kau yang kelas pertama tu."

"Kerja apa? Tak sama tak apa asalkan aku dapat kerja."

"Jadi PA aku."

"Aku terima tawaran kau," balas Zara tanpa ragu-ragu.

​"Nanti kau hantar resume. Lepas tu, aku inform kau datang temuduga," beritahu Erlyn.

"Mak aih! Dengan adik-beradik sendiri pun nak kena interview segala bagai. Berkira betullah kau ni, Fleur." Bagus betul aku masa nilah nak mengaku adik-beradik.

"Mestilah. Aku nak pastikan setiap pekerja aku seorang yang berwibawa."

"So, kira aku jadi PA kaulah?"

Erlyn mengangguk.

"Thanks, Fleur. Kaulah kawan dunia akhirat aku," kata Zara sambil memeluk Erlyn.

"Tapi kau kena interview dulu."

"Yelah, yelah..." Tak habis-habis dengan interview macam skema je.

"Eh, Fleur! Kau dengar tak apa yang aku dengar?" Wajah Zara sudah pucat.

"Dengar," jawab Erlyn perlahan.

"Kau rasa tu bunyi apa?" tanya Zara sudah ketakutan. Dia menelan air liur dengan payah. Bulu romanya sudah tegak berdiri sembilan puluh darjah.

​"Bunyi anak hantu," jawab Erlyn dengan suara perlahan seperti tadi.

"Kau jangan main-mainlah," ujar Zara yang sudah ketakutan.

"Anak aku menangislah! Itu pun kau nak takut. Aku nak masuk tengok anak aku."

"Kenapa anak kau menangis?" tanya Zara yang masih ketakutan.

"Anak aku tu panas agaknya sebab banyak sangat makan durian petang tadi. Penakut betullah kau ni. Aku masuk dulu."

"Fleur, sebab apa kau balik?"

Soalan Zara membuatkan Erlyn tidak jadi melangkah masuk ke dalam rumah. Dia diam membisu seketika untuk mencari jawapan untuk soalan Zara.

"Kenapa kau tanya? Sedangkan kau dah tahu jawapannya. Dahlah aku nak masuk tengok anak aku. Kau kunci pintu ni. Oh, ya! Jangan lama-lama sangat duduk kat luar ni nanti ada 'orang' temankan kau." Erlyn melangkah masuk ke dalam rumah sambil ketawa.

"Fleur!" jerit Zara geram. Dia terus meluru masuk ke dalam rumah dan sempat mengunci. Gurau kasar kau ye, Fleur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro