GBS | 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hening saja suasana di dalam kelas 5 Mawar . Semua pelajar membuat hal mereka sendiri . Buku-buku berteraburan di atas meja . Maklum lah peperiksaan penggal pertama akan berlangsung tidak lama lagi . Mereka harus memperbaiki kembali hasil usaha mereka untuk meningkatkan markah peperiksaan .

Suasana hening itu punah , apabila tiga manusia melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah tidak bersalah . Pintu kelas ditendang dengan kuat sehingga menyentakkan pelajar - pelajar lain . Tapi mereka diam , tidak mampu melawan tiga pelajar itu .

" Aku tengah hadir hari kematian ke ? " perli Farhan Adham . Dia mencampak beg sekolah dia di meja bahagian belakang . Muka dia bersahaja .

" Bagus - bagus . Baca buku , macam ni kan aman sikit . Boleh aku sambung tidur . Kalau aku dengar suara korang , siap lah ! " ugut Firhad Aqasha lalu meletakkan kepalanya di atas meja . Masa untuk tidur .

Datang sekolah lewat , tapi mujur saja guru mata pelajaran pertama tidak masuk lagi . Pengawas - pengawas yang ada hanya membuat muka jengkel . Kalau mereka mengadu , tak pasal - pasal ada yang patah tulang kerana di belasah tiga budak setan itu .

Farish Amri pula diam . Dia malas mahu mengambil tahu semua itu . Dia berjalan perlahan menuju ke sofa panjang yang terletak di belakang kelas . Beg diletakkan di sisi sofa , lalu badan dia dibaringkan . Earphone diletakkan ke telinga , lagu dimainkan . Tenang saja .

Setengah jam kemudian , guru Fizik mereka masuk ke dalam kelas . Keluhan dia terkeluar apabila melihat tiga pelajar kesayangan dia yang lena dengan gaya tersendiri . Malas nak ambil tahu , dia meneruskan pelajaran dia .

Cikgu Sarah mengajar dengan tekun sekali . Suara dilontarkan begitu kuat . Cukup membuatkan seisi kelas mendengar dengan jelas sekali . Baru saja dia mahu menanya soalan , seorang pelajar perempuan melangkah masuk dengan muka tak bersalah .

" Aira Kirana .. " tegur Cikgu Sarah lembut namun terselit ketegasan . Aira Kirana yang mahu pergi ke tempat duduknya terus tak jadi .

Dia berpaling ke belakang dengan muka datar dia . Mesti ada soalan - soalan yang bakal dilontarkan kepadanya . Gadis itu menjadi bosan , lagi - lagi dijadikan tumpuan rakan sekelas dia .

" Baru datang , saya ingatkan awak nak sambung cuti lagi . Surat pun saya dah keluarkan untuk awak " sarkastik Cikgu Sarah nerangkap guru kelas  5 Mawar .

" Cukup 2 minggu " balas Aira Kirana dingin . Tidak suka kedatangan dia disoal jawab di dalam kelas .

Sibuk betul cikgu ni ! Lantak aku lah nak datang ke tak ! Bukan aku susahkan dia pun ! Ni pun cukup bagus aku datang sekolah !

Cikgu Sarah menyuruh pelajar dia duduk . Dia sendiri tidak faham dengan gadis itu . Dalam seminggu dua tiga kali je boleh tengok wajah Aira Kirana . Selebihnya tidak hadir .

" Okay , tulis nota ini " kata Cikgu Sarah setelah habis penerangan .

Semua pelajar mengeluarkan buku nota . Begitu juga Aira Kirana . Dia menulis tanpa menghiraukan tablemate dia disebelah . Dia sendiri tak kenal pelajar lelaki itu . Lantak lah ! Janji tak ganggu dia .

+++

" Qira , kau nak makan apa ? Aku nak pergi beli ni " Zara Melina menanya si adik yang baru duduk di kerusi .

Suasana di kantin sekolah begitu bising dengan suara pelajar - pelajar bersembang . Ada juga yang menjerit macam pontianak . Cukup merimaskan .

" Macam biasa " ujarnya setelah lama berfikir .

Zara Melina mengangguk . Dia berlari anak . Tudung dia yang nampak selekeh tidak dihiraukan lagi . Sambil menunggu Zara Melina , Nur Aqira membuka buku nota kecilnya . Nota yang dibuat dia sendiri .

" Maaf lambat . Aku kena denda tadi "

Muka diangkat memandang orang yang duduk di hadapan dia . Wajah masam Aira Kirana dipandang dengan muka tak berperasaan .

" Mel mana ? Dia pergi beli ke ? " soal Aira Kirana . Namun gadis di depan dia hanya mengangguk . Sikit pun tak terkalih dari buku nota dia itu .

Tak lama itu Melina datang sambil menatang dulang . Dia duduk di sebelah Aira Kirana . Tersenyum dia melihat nasi lemak sambal sotong dan air oren . Duit kena berjimat tapi Zara Melina memang boros kalau bab makanan .

" Banyaknya kau beli . Siapa nak makan semua ni ? Tahulah perut kau perut gajah , tapi berjimatlah sikit "

Aira Kirana mengambil sebungkus roti dan air kotak . Sama juga dengan Nur Aqira .

" Ala , aku lapar . Tak salahkan ? " Zara Melina membuat muka comelnya . Kedua pipi dia dikembungkan .

" Lantak kau lah . Kalau gemuk jangan nak salahkan aku " dahi Zara Melina ditunjal perlahan .

Kalau berat badan budak tu naik , mulalah membebel tak henti - henti . Nur Aqira pula memang tak akan masuk campur .

Asyik mereka melahap makanan , satu hentakan kuat terkena di meja mereka . Terkejut mereka . Habis terpelanting roti yang dipegang oleh Aira Kirana . Zara Melina pula tersedak nasi dan Nur Aqira terkebil - kebil memandang tiga pelajar perempuan di hadapan mereka .

" Akhirnya korang datang juga . Mana aku punya ? " tangan dihulurkan kepada Aira Kirana namun gadis itu buat tak tahu saja . Air kotak disedut perlahan - lahan .

BAM !

" Mana aku punya barang sial ! " jerkah gadis itu kuat apabila Aira Kirana tidak memberi reaksi  .

" Barang ? Barang apa ye ? " sinis Aira Kirana menyoal . Sikit pun dia tidak takut dengan The Royal . Tiga orang pelajar perempuan yang acah - acah ratu cantik di sekolah .

" Kau jangan buat tak tahu pula Aira ! Kau jangan sampai muka kau pecah ! " tengking perempuan berambut merah .

The Royal rasa tercabar . Aira Kirana berdiri , kini semua pelajar menumpu ke arah mereka . Memang akan terjadi pergaduhan antara tiga pelajar perempuan ini .

BUK !

Nadine Rania terkejut melihat rakan dia ditumbuk oleh Aira Kirana . Hani Maisara terjatuh apabila terkena tumbukan tanpa amaran dari musuh dia . Ketua The Royal , Ilya Fatiha memandang Aira Kirana tidak puas hati .

" Kau ! " jari telunjuk dia naik tepat di depan mata Aira Kirana . Tapi tidak menakutkan gadis itu walau sikit pun .

" Barang kau aku dah jual sebab dah tamat tempoh masa . Kalau kau nak barang baru , pandai - pandailah kau berurusan dengan Zack " jari telunjuk Ilya Fatiha ditepis kasar .

Zara Melina tersenyum mengejek kepada Hani Maisara yang nampak nak menangis itu . Kena tumbuk sikit je , tapi dah nak melalak .

" Itulah kau , lain kali jangan cari pasal bila Aira tengah makan . Kau tahukan dia macam mana " bahu Ilya Fatiha ditepuk dengan pandangan sinis .

" Don't touch me ! Slut ! " Ilya Fatiha menepis tangan Zara Melina dari terus melekat di bahu dia . Kedua tangan diangkat Zara Melina , tapi pandangan dia jelas mengejek .

" Jom " lengan Zara Melina ditarik oleh Nur Aqira . Kalau dibiarkan , makin menjadi pula ejekan dari Zara Melina . Ni salah satu sebab mereka tak mahu ke sekolah .

Namun , disudut kantin yang agak tersorok , enam mata memerhati 6 orang gadis yang bertelingkah itu . Dia tersenyum sinis sambil bersandar di dinding .

" Dapat ? " dia memandang orang disebelah dia yang menyimpan telefon . Orang itu mengangguk .

Mereka meninggalkan kantin sekolah . Apabila berselisih dengan pelajar lain , mereka automatik menundukkan kepala . Aura mereka sahaja mampi menundukkan ratusan orang .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro