GBS | 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Kau nangis pun tak ada guna juga ! Kau dah sah jadi isteri aku tadi " kata Farish Amri selamba . Songkok di kepala ditanggalkan .

Badan di baringkan ke atas katil . Tepat jam 12 , mereka sah bergelar suami isteri . Pada usia 17 tahun , masjid dibina . Nur Aqira tidak merelakan semua itu , tapi hati dia meredhai segala - galanya .

Nur Aqira duduk di satu sudut sambil memeluk kedua lututnya . Mata dia sembap kerana banyak menangis . Hati dia begitu sakit . Tidak kisah pandangan Farish Amri padanya . Maruah dia sebagai seorang perempuan tercalar kerana perbuatan lelaki itu .

" Qira .. kau dah tak boleh tinggal dengan kami dah " kata - kata Aira Kirana membuatkan Nur Aqira meraung lebih kuat .

Tangisan dia bagai tiada tanda henti . Zara Melina juga menitis airmata sama . Si adik masih muda lagi untuk bergelar isteri . Aira Kirana memalingkan wajah dia ke arah lain . Tidak kuat melihat tangisan si adik .

" Kenapa ? Sebab aku dah kotor korang nak halau aku ? Sebab aku dah tak layak tinggal dengan korang ? " pekik Nur Aqira kuat . Membuatkan semua mata memandang ke arah mereka .

Aira Kirana mengetap bibir kuat . Jelas dia menahan sakit di dada . Tidak mungkin dia menuduh Nur Aqira . Dia tahu adiknya masih seorang gadis lagi . Tapi --

" Tak bukan macam tu -- " Zara Melina terkaku seketika . Nur Aqira dilihat meronta - ronta sendiri .

" Apalagi kak Mel ! Kak Aira ? Semua dah terbuktikan ! Aku dah tak suci lagi ! Korang semua buang aku ! Korang dah tak sayangkan aku lagi ! Aku bukan sesiapapun dalam hidup korang ! Pergi mampus lah ! " pekiknya lebih kuat .

PANG !

Zara Melina menekup mulutnya . Mata dia membulat besar . Airmata yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah . Menggiggil badan Aira Kirana . Tangan dia terasa kebas kerana menampar Nur Aqira .

" Bodoh ! Kau jangan cakap macam tu lagi boleh tak hah ! Apa ? Apa selama ni kita orang tak sayangkan kau ke hah ? Kau jangan nak jadi bodoh sangat ! Disebabkan benda ni kau buat tangan aku naik ke muka kau ! Siallah Qira ! Aku bukan tak nak kau ikut kita orang . Tapi kau dah ada suami ! Kau kena ikut suami kau ! Kau bukan tanggungjawab aku lagi budak ! " jerit Aira Kirana . Merembes - rembes airmata dia turun ke pipi .

" Kau -- kau satu - satu adik manja yang aku sayang . Mel sayangkan kau juga ! Semua sayangkan kau budak ! Kalau ini yang kau nak , aku terima . Mulai detik ni , kau tak payah jumpa aku lagi . Sebab kau sendiri buang kami dari hidup kau budak " perlahan saja dia bersuara .

Zara Melina menenangkan Aira Kirana . Dia tahu gadis itu dalam keadaan stres . Apatah lagi berita yang baru mereka terima tadi . Cukup membuatkan Aira Kirana mahu pengsan .

Nur Aqira mengelengkan kepalanya . Laju saja dia berlari , lalu tubuh Aira Kirana didakap erat . Tidak mahu dilepaskan . Zara Melina juga dipeluk sama .

" Kak aku minta maaf . Aku tak bermaksud macam tu pada kau . Aku -- aku " hanya tangisan mereka saja kedengaran .

" Tak . Kami tak marahkan kau . Cuma aku nak pesan satu je -- jadi isteri yang solehah . Syurga kau sekarang pada suami kau . Ada masa kami melawat kau , dik " ujar Zara Melina . Airmata di wajah Nur Aqira disapu lembut .

" Selamat tinggal adik .. "

PAP !

Mati semua lamunan Nur Aqira . Terpejam mata dia apabila terasa sakit di bahagia muka . Benda lembut itu tepat terkena pada wajah dia . Buka saja mata , bantal itu elok mendarat di kakinya . Tahu sangat punca bantal itu ke arahnya .

" Kau nak tidur tak ? Dah pukul 2 pagi kau termenung apa lagi ? " Farish Amri memandang Nur Aqira tajam .

Dia nak tidur pun tak tenang melihat gadis itu masih termenung di hujung sudut bilik . Dah lah pakaian tidak bertukar lagi . Masih berbaju kurung putih dan bertudung lengkap .

" Awak pergilah tidur .. saya tak mengantuk lagi " balasnya lembut .

Farish Amri mendengus kasar . Susah betul nak ajak budak kecil itu tidur . Dia harus melakukan sesuatu . Kalau tidak pasti gadis itu akan tertidur disitu .

" Kau nak tidur atau tak ? "

Nur Aqira mengelengkan kepalanya . Mata dipejam rapat . Cuma menghilangkan tekanan yang dirasai olehnya .

Tiba - tiba terasa tubuhnya melayang . Buka mata , wajah Farish Amri menjadi tatapan dia . Tidak sedar bila masa lelaki itu mengangkat tubuhnya . Tubuh kecil Nur Aqira dihempas ke atas katil . Terkebil - kebil gadis itu memandang dia .

" Baik kau tidur sebelum aku -- " Farish Amri tersenyum nakal . Mata dia melirik nakal ke tubuh Nur Aqira .

Gadis itu faham maksud lirikan mata suaminya itu . Tanpa bertangguh dia terus menarik selimit menutup tubuhnya .

" Ish ! Orang nak tidurlah ni " balas Nur Aqira sedikit geram . Susah betul dapat suami yang suka memaksa ni .

Farish Amri tersenyum kecil . Comel je isterinya kalau marah . Dia tidur di sebelah Nur Aqira . Sekejap saja Farish Amri sudah terlena .

Nur Aqira tersenyum kecil . Mungkin lelaki ini ditakdirkan untuknya tapi bukan bermakna dia menerima lelaki itu sepenuhnya . Dalam hati masih lagi ada sisa luka terhadap Farish Amri . Cuma hati dia mula terbuka menerima kehadiran Farish Amri dalam hidupnya . Hidup barunya .

+++

Aira Kirana masuk ke dalam kelas dengan wajah sungul . Mata sembap dan merah . Muka nampak lemah saja . Berjalan pun bukan main lambat lagi . Banyak menangis dan tidur tak cukup itulah jadinya .

" Dah macam zombie aku tengok kau ni " tegur Firhad Aqasha . Dia perhati saja gadis itu dari jauh . Memang lemah habis . Tak ada tenaga langsung .

Aira Kirana diam . Tidak membalas pun . Sebaik saja kerusi ditarik dia terus duduk . Wajah dia kosong merenung mejanya .

Firhad Aqasha mengeluh . Kasihan melihat gadis itu . Macam mayat pun ada . Pucat je muka . Firhad Aqasha berjalan dan punggung dilabuhkan ke meja Aira Kirana .

Tidak dihiraukan pandangan pelik rakan sekelas dia . Tak pernah - pernah budak setan seperti rapat dengan perempuan . Dan itulah membuatkan perempuan di luar sana tidak puas hati .

" Kau dah makan belum ? " soalnya lembut . Umpama berbisik saja .

Tetap sama . Diam dan membisu . Firhad Aqasha menarik nafas panjang . Hebat betul penangan kembar dia sampaikan gadis itu turut terkena tempias sama .

' Bodoh betul Am ni ! Sampaikan Aira pun terpalit sama . Elok Qira je ni sampai semua terkait ! Budal ni memang suka menyusahkan orang ! ' makinya di dalam hati .

" Kau ikut aku " arah Firhad Aqasha tegas . Sengaja suaranya dikuatkan . Menyedarkan Aira Kirana dari terus hanyut .

" Huh ? " Aira Kirana pandang lelaki itu dengan wajah blur .

Firhad Aqasha tanpa kata - kata menarik tangan gadis itu . Begnya dan beg Aira Kirana juga diambil . Dia harus lakukan sesuatu . Mengembalikan keceriaan pada wajah gadis itu .

" Cakap kat cikgu aku ada emergency .. " katanya sewaktu melalui meja ketua kelas .

Langkah diteruskan meninggalkan kelas . Aira Kirana mengerutkan mukanya . Kemana lelaki itu mahu membawa dia ? Jalan punya jalan , mereka sudah berdiri di hadapan sebuah kereta Ferrari Elardo berwarna hitam pekat .

" Masuk .. " tubuh Aira Kirana ditolak masuk ke dalam . Akur saja dengan tindakan lelaki itu .

Beg sekolah pula dicampak ke dalam but kereta . Pintu sebelah pemandu dibuka , enjin dihidupkan . Aira Kirana diam di tempatnya .

Firhad Aqasha mengenakan kaca mata hitam pada wajahnya . Cukup kacak ! Lalu kereta diundurkan ke belakang lalu memecut meninggalkan perkarangan sekolah . Satu tempat ditujunya .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro