GBS | 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua tumbukan diberi tepat di rahang dan hidung . Membuat lelaki itu jatuh tersungkur ke atas lantai . Wajahnya membengkak teruk dan berdarah . Tetapi dia masih mampu tersenyum . Hujung bibirnya disapu perlahan . Darah yang tercalih pada ibu jarinya di jilat dengan hujung lidahnya .

Wajah berang Firhad Aqasha dipandang berani . Lututnya diangkat dan tangannya kanan menumpang di atas lutut . Sikit pun dia tidak gentar . Baju melayu putih miliknya yang sudah bertukar warna dipandang sipi .

" Kau memang bangsat ! " jerkah Firhad Aqasha . Rahang dia bergerak keras . Nafasnya kedengaran kasar .

Aira Kirana masih lagi terpinga - pinga . Dia bingung melihat situasi di hadapannya sekarang ini . Suaminya nampak begitu marah . Jarang sekali Firhad Aqasha jadi begitu .

" Kau ! Kau memang tak guna ! Setan ! " maki Firhad Aqasha tanpa dapat dibendung lagi .

Tubuh adiknya ditendang tanpa perasaan . Kuat dengan penuh tenaga . Aira Kirana sudah menekup mulutnya . Kaget melihat situasi itu . Seolah - olah ada yang merasut Firhad Aqasha pada masa itu .

Farhan Adham tidak menunggu lama , dia membalas setiap serangan abangnya dengan berani . Tumbukan padu diberi kepada Firhad Aqasha . Tepat di bahagian perut lelaki itu . Menyebabkan tubuh Firhad Aqasha ke bekalang .

" Fuck ! " carut Firhad Aqasha . Matanya mencerlung tajam .

Farhan Adham senyum mengejek . Seolah - olah mencabar abangnya itu . Keadaan sekarang menjadi huru - hara angkara mereka berdua . Meja tunggang terbalik . Keadaan hotel itu sudah tidak terurus lagi .

Aira Kirana takut melihat semua itu . Airmata mengalir laju melihat adegan itu . Seolah - olah kedua lelaki itu bermusuh . Tidak ada lagi kasih sayang antara adik dan abang .

" Stop ! " laungan kuat itu menyebabkan serangan mereka terhenti . Suara garau dan keras itu membuatkan mereka tidak jadi berbalas tumbukan .

Nafas mereka turun naik dengan laju . Tangan masing - masing membentuk penumbuk . Muka bengang tak payah cakap . Memang nampak sangat kemarahan pada wajah Firhad Aqasha .

Farhan Adham mendengus perlahan . Nafasnya diatur perlahan supaya stabil . Dia melepaskan lelah di sofa . Tahu jika orang tua itu masuk campur memang tak akan ada sesiapa yang berani membantah .

Wajah berang milik papa mereka dipandang dengan wajah tenang . Firhad Aqasha melepaskan tumbukan pada meja kecil . Habis meja itu terpatah dua akibat tumbukan padu itu .

Aira Kirana makin gerun . Takut mahu mendekati suaminya itu . Terketar - ketar tubuhnya saat itu . Mujur saja Aina tiada . Anaknya ditinggalkan di bilik hotel lain . Bersama anak buah Firhad Aqasha .

Firash Aryan menghembus nafas berat . Tidak menjangka ingin yang terjadi sepanjang ketiadaannya . Iman Aulia mengosok belakang suaminya . Bimbang jika situasi ini membuatkan kesihatan suaminya merosot .

Farish Amri memandang kembarnya dengan pandangan geram . Baru tinggalkan sekejap dah jadi macam ni .

" Korang ni dah gian sangat ke ? Tak ada otak ? Atau dah puas hidup selama ni sampai nak membunuh sesama sendiri ? " sinis Firash Aryan . Rambutnya yang mula beruban sedikit itu diraup ke belakang .

" He deserves pa ! " kata Firhad Aqasha separuh geram .

Matanya dipejam rapat mengenangkan perkara yang dilakukan adiknya itu . Maklumat yang dia dapat dari anak buahnya buatkan darahnya mendidih .

" Easy . Firhad tell me everything " tenang Firash Aryan menanya . Dia tidak mahu cepat melatah .

Maklumat yang dia dapat masih lagi belum lengkap . Hanya setengah saja itupun tidak jelas . Dan dia mahukan penjelasan sekarang ini .

Firash Aryan duduk . Kaki kanan disilangkan ke kaki kiri . Badan disandarkan ke sofa . Lagaknya tenang namun mampu membuatkan ketiga anaknya berubah gerun .

Farhan Adham menjadi tidak tentu arah . Habislah dia jika papa tahu apa yang telah terjadi . Sama ada dia hidup atau mati saja jawapan selepas ini .

Firhad Aqasha menarik nafas dalam - dalam . Jelas kedengaran rahangnya bergerak - gerak . Dengan nafas berat dia menceritakan semuanya . Suasana menjadi sepi .

Aira Kirana terkejut mendengar semua itu . Hampir saja dia mahu jatuh , tetapi Iman Aulia sempat menahan . Dia pun terkejut . Tidak sangka menjadi begitu .

Inikah yang dinamakan cinta ? Jika menganiaya orang tersayang ? Aira Kirana tidak dapat menerima semua itu . Terlalu sukar untuknya berfikir secara rasional . Apa nasib Zara Melina selepas ini ?

+++

Zara Melina menekup mukanya di atas lutut . Fikirannya kosong pada waktu itu . Telinganya tidak dapat mendengar apa - apa lagi . Baju kurung putih yang tersarung pada badannya dipandang kosong .

Seolah - olah bukan dirinya tika itu . Airmata sudah lama habis . Tidak ada guna lagi jika dia menangis , dia tidak dapat mengembalikan kembali maruahnya yang tergadai .

Bunyi pintu dibuka tidak langsung menganggu konstrasinya . Yang dia tahu tika itu , dia mahu lenyapkan dirinya dari dunia ini .

Lafaz ijab kabul tadi sudah menunjukkan segala - galanya . Dirinya sudah masuk dalam sangkar lelaki setan itu . Lelaki yang telah meragut kesuciannya tanpa rela . Zara Melina terasa dirinya tidak punya apa - apa lagi .

" Mel ? " suara gemersik lembut itu membuatkan dia mengangkat wajah .

Namun hanya pandangan kosong saja diberikan . Airmata Aira Kirana tumpah melihat wajah pucat tidak bermaya milik Zara Melina . Teresak - esak dia menangis . Kenapa harus begini ?

Iman Aulia sudah lama menangis di hujung katil . Ya Allah ! Apa dosa gadis ini sehingga diperlakukan sebegini ? Dia terkilan dengan tindakan anaknya itu .

Jika cinta , jika sayang kenapa melayan gadis ini umpama binatang ? Mana sifat kemanusiaan Farhan Adham tika itu ? Iman Aulia menjadi sayu dan sedih .

" Maafkan aku Mel . Aku gagal jadi kakak yang baik untuk kau . Aku gagal lindungi kau . Ya Allah ! " tubuh kurus milik Zara Melina dipeluknya erat .

Hatinya menjadi ralat .

" Bukan salah kau pun " akhirnya Zara Melina membuka mulut . Namun nadanya kosong saja . Seolah - olah tidak terkesan dengan semua itu .

" Hidup aku memang layak macam ni . Tak guna kalau kau menangis sebab aku . Semua dah jadi . Kau dah tak boleh putarkan masa lagi . Ini takdir aku . Takdir hidup aku " sambungnya .

Makin kuat tangisan Aira Kirana . Begitu juga dengan Iman Aulia . Mereka tidak tahu mahu berkata apa lagi . Zara Melina nampak berbeza sekali . Tiada lagi senyuman pada bibirnya .

Zara Melina merenung dinding kosong . Seolah - olah dia bersendirian saja tika itu . Secara tiba - tiba dia tergelak sendiri . Membuatkan kedua wanita itu terkejut .

" Aira kau tak rasa ke hidup aku ni kelakar ? Dulu aku kena tinggal dengan ibu dan ayah aku . Hidup dulu keseorangan . Sekarang pun sama . Tapi sayang sekali , ada pula yang berjaya rampas maruah aku . Lepastu kan dia seksa aku -- " sejurus itu dia tergelak kuat .

Kebetulan pada masa itu , empat lelaki masuk . Firash Aryan duduk di sebelah isterinya . Firhad Aqasha pula bersandar di pintu bilik . Menutup rapat pintu bilik itu . Farish Amri pula berdiri di sisi Farhan Adham .

Bilik itu menjadi sepi seketika sebelum berubah apabila mendengar ledakan ketawa dari Zara Melina . Dia seolah - olah dalam dunianya sendiri . Kedua tangannya mengenggam rambutnya kuat .

" -- kau tahukan Aira aku ni tak ada sesiapa selain abang aku dan Faliq . Aku baru nak rasa bahagia tapi sayang tak sempat . Takdir selalu tak memihak pada aku . Kau beruntung . Ada suami sayangkan kau . Selalu ada dengan kau ha .. ha .. " Zara Melina merenung mereka semua dengan senyuman yang mengerikan .

Aira Kirana menjadi takut . Tapi dia tetap memeluk gadis itu kuat . Menyalurkan kekuatan pada Zara Melina .

" Tapi aku ! Aku rosak ! Aku dah rosak kau faham tak ! Kau tak layak peluk aku ! Aku dah tak suci ! Ni semua sebab setan tu ! Dia yang buat aku macam ni . Dia dah ragut maruah aku . Kau rasa aku patut sedih ke gembira ? Hmm ? " dia merenung Aira Kirana tajam .

" Tak .. tak kau -- tu bukan salah kau . Salah Ad sebab buat kau macam ni . Salah Ad bukan kau " pujuk Aira Kirana . Esakan cuba ditahan sedaya upaya .

Zara Melina bagaikan dirasuk pada waktu itu . Dia memberontak kuat . Habis semua barang di dalam bilik itu dibaling pada mereka semua . Tubuh kecil Aira Kirana ditolak kasar .

" Aku benci semua orang . Aku benci korang semua . Korang semua hanya tahu tangisi kesedihan aku . Kau gembirakan tengok aku macam ni ? Hah ? Jawablah ! " pekik Zara Melina tanpa dapat dibendung lagi .

Dia melompat dari katil . Menghampiri meja kecil fi hujung katil . Tangannya mencapai laju gunting yang berada di atas meja itu . Membuatkan semua terkejut dengan tindakan pantas Zara Melina .

" Wo .. wo .. Mel better you jauhkan gunting tu " Farish Amri cuba menyelamatkan keadaan .

" Kau arahkan aku ? "

Farish Amri meneguk air liur kasar . Seram pula dia rasa tika itu . Ketawa Zara Melina makin kuat . Membuatkan mereka semua tersentak sekali lagi .

Gunting itu dibuka . Tangan kirinya diacukan pada gunting itu . Ditekan ke dalam . Mata Farhan Adham membulat besar melihat tindakan Zara Melina itu .

" Aku dah penat hidup . Aku dah penat menangis . Aku dah penat merayu pada jantan tu . Apa yang aku dapat ? Dibalas dengan perkara terkutuk tu . Di rogol aku . Dia punca semua ini . Aku benci dia . Kalau boleh aku tak nak tengok muka dia lagi "

" To-tolong jangan .. " rayu Aira Kirana . Dia melutut tanpa sedar . Terangkat - angkat mahunya kerana banyak menangis .

" .. maafkan aku Aira . Katakan pada Qira aku sayangkan dia . Aku sayangkan kau Aira . Sayang korang berdua . Maaf aku tak layak hidup lagi . Mungkin kau patut hapuskan nama aku dalam hidup korang . Dan kau -- Farhan Adham "

Matanya beralih pada Farhan Adham . Renungannya bukan lagi renungan penuh rasa cinta . Malah Farhan Adham dapat rasakan renungan itu penuh dengan perasaan benci .

" Terima kasih untuk semua ini . Terima kasih sangat - sangat . Selamat tinggal semua .. "

ZzzAAP !

Dikelar kuat pergelangan kirinya tanpa berfikir untuk kali kedua . Darah menitis di atas lantai . Pegangan pada gunting itu mulai lemah . Dentingan terhasil apabila gunting itu jatuh ke lantai .

Tubuh Zara Melina melorot ke atas lantai perlahan - lahan . Aira Kirana menjerit kuat melihat keadaan Zara Melina . Firhad Aqasha mendakap kuat tubuh isterinya .

Farhan Adham menerpa ke arah Zara Melina . Tubuh wanita itu kaku . Darah membuak - buak keluar . Jelas sekali kesan torehan yang begitu dalam . Tanpa sedar , airmata penyesalan mengalir .

" Aku sayangkan kau Mel . Please wake up baby . Jangan tinggalkan aku .. " pipi Zara Melina ditepuk beberapa kali .

Perlahan - lahan mata Zara Melina tertutup rapat . Tubuhnya menjadi kaku tidak bergerak . Deruan nafas sudah terhenti . Farhan Adham tergamam .

Tiada lagi wanita bernama Zara Melina . Nama gadis itu hanya tinggal sejarah buat mereka . Kematian merupakan jalan dipilih Zara Melina . Dan berharap selepas ini akan lebih bermakna tanpa dirinya .

Aira Kirana meraung kuat di dada suaminya . Basah baju Firhad Aqasha kerana tangisannya . Iman Aulia sudah pengsan tidak sedarkan diri . Keadaan menjadi sepi seketika . Farish Amri jatuh melutut di hadapan tubuh kaku Zara Melina .

" Aku harap kau bahagia kat sana Mel . Maafkan kami . Aku sentiasa doakan kau kat sana . Amanlah wahai Zara Melina . Doa kami akan sentiasa bersama kau .. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro