♛ Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KENALKAN isteri aku, Adreanne Humaira," tutur Edirul Fahmi sebaik sahaja mereka berdiri di sisi meja.

Ada dua penghuni lelaki yang segak bersampin. Turut kelihatan seorang perempuan berabaya yang sakan berbual dengan Naufal.

Adreanne sekadar senyum. Nak berbual lebih-lebih, bukannya dia kenal rapat dengan keduanya.

"Oh, wow! Cantik. Patut tak menyempat sangat nak kahwin," ujar seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna emas dan sampin songket serona dengannya.

Edirul Fahmi ketawa suka. "Eh, mestilah! Nanti kena sambar putih mata aku, Yan."

Hayyan mencebik. "Bukan kau dah lama ke nak Adreanne ni jadi isteri kau? Dari dulu sampai sekarang, gelojoh tak habis."

Edirul Fahmi jegil mata. Berkali-kali dipesan pada Hayyan dan Naufal untuk memecahkan rahsia yang satu itu. Mujur juga Adreanne tak bertanya apa-apa.

"Kau ni memandai je. Nak kena pelengkung dengan aku ke?"

Hayyan garu kening. Salah dia juga sebab terlepas cakap tadi. Tapi itulah, mulut dia ni gatal je nak beritahu rahsia yang satu itu.

"Tahniah do, Edy! Tak sangka sampai juga jodoh kau," ucap Hayyan ikhlas.

"Terima kasih, Yan. Tu... Jodoh kau pun aku nampak dah sampai tu." Edirul Fahmi muncungkan bibir ke arah seorang perempuan di tepi Hayyan.

Hayyan toleh ke arah Yannis sekejap. Yanis apa lagi, tersengih macam kerang busuk bila Edirul Fahmi cakap dia ni jodoh Hayyan.

"Hesy, tak naklah aku dengan minah ni! Ni bukan jodoh, ni minah gedik namanya," kutuk Hayyan. Dia memang menyampah sangat dengan Yannis.

Entah bagaimana, Yannis boleh tercegat di depan pintu rumahnya. Beria-ia Yannis mahu menemani dia ke majlis Edirul Fahmi malam ni. Sudah ditegah, namun selamba derk je Yannis masuk ke dalam kereta Hayyan.

"Kau macamlah tak kenal si Hayyan ni, Edy. Dia ni kan hati batu. Kau letak perempuan cantik macam Queen Elizabeth pun belum tentu cair hati dia tu." Naufal menyampuk.

"Haa, betul tu! Kawan korang dua ni bukan setakat hati batu, mulut pun berapi. Agaknya kecil-kecil dulu dia suka telan cili api kot. Itu yang pedas je kata-kata dia tu!"

Mendengar kata-kata berbisa daripada Yannis, bersatu tawa Edirul Fahmi dan Naufal. Keduanya membuat bro fist.

Sikit pun Hayyan tak ambil hati dengan kata-kata Yannis. Diteruskan suapan tanpa menghiraukan yang lain.

"Awak ni nama apa?" soal Adreanne, beramah mesra.

"Saya Yannis. Yannis Mikayla." Yannis hulur salam perkenalan.

Adreanne terkejut. "Yannis Mikayla?! Bukan kak Yannis ni pengacara terkenal tu ke?"

"Err, tak adalah terkenal sangat. Biasa-biasa je."

Hayyan cuma mendengar. 'Terkenal? Biasa je dia rasa. Suam-suam kuku adalah si Yannis ni.'

"Humaira kenal Yannis ke?" tanya Edirul Fahmi pelik.

"Mestilah kenal! Bukan saya je kenal, satu Malaysia kenal kak Yannis ni. Dia ni pengacara popular dekat tv," cerita Adreanne tanpa segan-silu.

Yannis jadi segan. Dia tak adalah hebat seperti yang diceritakan Adreanne.

"Nama awak siapa?" soal Yannis. Dia belum tahu lagi nama Adreanne. Tak sempat nak tanya, Adreanne terlebih dahulu memuji dia.

"Adreanne, kak. Panggil Ad je."

"Ad umur berapa? Nampak muda lagi akak tengok."

"22 tahun, kak. Sekarang tengah intern."

"Wah! Lepastu terus habis belajar ke?" teruja Yannis bertanya.

Adreanne angguk.

"Lepasni aku tunggu anak buah yang comel-comel dari korang berdua," usik Naufal sekaligus membuatkan Edirul Fahmi dan Adreanne berbalas pandang.

"Aku on je. Cukup sembilan bulan sepuluh hari, lahirlah Edirul's junior. Tapi nanti-nantilah, aku belum puas nak dating-dating dengan Humaira lagi," jawab Edirul Fahmi selamba.

Adreanne diam. Tak selesa bila soal anak dibangkitkan.

"Weh Edy, habis malu wife kau tu! Tak senonoh punya suami," selamba Hayyan menegur.

"Bukan aku start dulu, Naufal ni hah yang mulakan. Aku jawab je," balas Edirul Fahmi tanpa rasa bersalah.

"Lagipun, aku dah serahkan soal anak ni dekat Humaira. Kan Humaira, kan?" sambung Edirul Fahmi lagi. Wajah Adreanne di sisi dikerling. Tersengih dia melihat wajah Adreanne berubah merah menahan malu.

Bila Adreanne mencubit kuat perut Edirul Fahmi, terjungkit kaki dia menahan sakit.

"Aduh, Humaira! Sakitlah! Apa cubit-cubit ni?"

"Gatal!" balas Adreanne geram.

Hayyan dan Naufal masing-masing ketawa lucu. Yannis terkedu. Ini kali pertama dia lihat Hayyan ketawa girang begini.

"Korang gelak-gelak apa? Ini kau punya pasallah ni, Fal. Habis aku yang kena," berang Edirul Fahmi.

"Eh, aku pula! Kau pun satu, dah tahu wife kau tu malu lagi nak disebut-sebut kenapa? Kan dah kena setempek," bidas Naufal bersisa ketawa.

"Tapi Humaira, bukan saya seorang cakap pasal benda ni. Itu... Si Naufal tu yang cakap dulu. Marahlah dia sekali," adu Edirul Fahmi mengada.

"Yang awak biul juga pergi layan kenapa?" hambur Adreanne. Tak kanlah dia nak pergi cubit Naufal pula. Nanti tak pasal je ada mak cik bawang bergosip dalam dewan banquet ni.

"Dah dia tanya, saya jawablah. Salah ke?" tanya Edirul Fahmi polos.

Adreanne piat telinga Edirul Fahmi. Sejak-sejak dah bergelar suami dia, makin panjang akal Edirul Fahmi nak menjawab itu ini.

"Aduh, Humaira! Sakitlah telinga saya. Mesti merah ni."

Naufal dan Hayyan masih lagi ketawa. Langsung tak menyampuk hal rumahtangga Edirul Fahmi.

-----


"NAK masuk ke tak nak?" Adreanne berdolak-dalih. Sudah 15 minit dia tercegat di depan pintu bilik sendiri.

"Aduh, susahlah macam ni!" rungut Adreanne.

"Masuk ajelah. Bilik aku, kan? Bukannya bilik dia. So, aku nak gelabah sangat ni kenapa? Relaks..."

Nafas ditarik lalu dihembus melalui mulut. Adreanne memulas tombol pintu. Bila pintu dikuak, meliar mata memerhati seluruh bilik.

"Aik, kenapa tak nampak siapa-siapa ni?"

Kalau tak silap, Edirul Fahmi ada beritahu dia untuk masuk ke bilik tidur terlebih dahulu. Dia yang sedang ralit menonton drama sekadar mengangguk.

Pada mulanya, memang dia tak bagi Edirul Fahmi tidur di dalam biliknya malam ini. Namun setelah puas dipujuk, dia benarkan juga.

Memang cari nahaslah kalau sampai ke pengetahuan Puan Aminah tentang dia fan Edirul Fahmi tidur berasingan.

"Saya ingatkan awak pakai night gown tadi. Rupa-rupanya pakai baju masa Pendidikan Jasmani dekat sekolah dulu," tegur Edirul Fahmi. Sedari tadi dia perhatikan gerak-geri Adreanne dari hujung sofa.

Hmm kus semangat! Adreanne buat tak endah dengan pandangan Edirul Fahmi.

"Biarlah. Siapa je nak pakai gaun malam-malam buta macam ni? Buang masa," balas Adreanne sambil menghampiri katil.

"Apa pula buang masa? Saya lagi suka tengok awak pakai gaun daripada pakai baju sukan macam ni. Tak ayu langsung!" komen Edirul Fahmi.

"Awak jangan nak macam-macam eh! Kalau tak, sana..." Adreanne halakan tangannya ke arah pintu bilik mereka yang sudah tertutup rapat.

"... Tidur luar!" ugut Adreanne garang.

Edirul Fahmi geleng. Kiriman e-mel daripada setiausahanya dikatup. Sejurus itu, dia melangkah ke katil lalu badan direbahkan.

Katil yang sedikit berombak buat Adreanne mula gugup. Dipejamkan mata serapat yang mungkin. Dia masih kekok untuk tidur sekatil dengan Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi mengiring badan menghadap Adreanne. Rambut Adreanne yang ikal mayang dibelai penuh kasih.

"Humaira, awak dah tidur ke?"

Diam.

Edirul Fahmi angkat badan sedikit. Ditongkat tangan untuk menampung tepi kepala. Edirul Fahmi jenguk wajah Adreanne yang sedikit menunduk. Ingin ketawa dia jadinya apabila wajah Adreanne berkerut.

Haih Humaira, Humaira. Awak memang tak pandai menipu!

"Awak sure ke yang awak dah tidur, sayangku Humaira?"

Hanya bunyi cengkerik yang tak putus-putus menyambut.

'Oh, masih nak berlakon ya? Let's see sampai mana awak boleh berpura-pura tidur macam tu,' nakal hati Edirul Fahmi berbisik.

"Tapikan Humaira... Kalau awak dah tidur, kenapa mata awak bergerak-gerak eh? Hah, tengok tu! Dahi awak pun terkerut-kerut. Setahu sayalah kan, kalau orang dah tidur ni mana ada berger-"

"Ish, diamlah! Awak ni dah kenapa ganggu saya tidur? Bising tahu tak bising?!" bentak Adreanne geram. Ditumbuk sekali perut Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi ketawa. "Hah, bangun pun! Nak berlakon konon, padahal tak reti pun berlakon."

"Eii... Awak ni nak apa? Saya halau keluar bilik nanti baru tahu." Adreanne menjeling tajam. Dia bangun dan bersandar di kepala katil.

"Tak nak apa-apa. Cuma nak sembang dengan awak je. Lagipun, tadi kita tak sempat nak borak-borak sebab sibuk sangat layan tetamu. So, jom borak nak tak?"

"Pergi ke kedai cari Salleh. Tak boleh!" Adreanne membalas dengan pantun.

Edirul Fahmi tahan senyum. Apa, ingat dia ni tak reti nak berpantun juga ke? Let's start the game.

"Aiskrim Salleh dah meleleh. Salleh kata boleh."

"Eii, main-mainlah awak ni!" Adreanne membentak geram.

"Mana ada main-main. Awak yang ajak saya berpantun dulu."

"Pintu is the door. Dah saya nak tidur."

"Hah, tengok tu! Dia yang sambung main pantun."

"Bila demam pakai cool fever. Whatever!" Adreanne kembali merebah badan. Gebar ditarik menutup seluruh tubuh.

"Sayangku Humaira, bangunlah kejap. Saya ada benda nak bincang dengan awak ni," pujuk Edirul Fahmi. Bahu Adreanne disentuh dan digoyang perlahan. Sesekali nakal jari Edirul Fahmi mencucuk pipi Adreanne

Adreanne tepis tangan Edirul Fahmi. "Tak nak! Esok tak boleh ke nak cakap? Orang penatlah!"

"Tak boleh. Penting ni. Please... sekejap je," pujuk Edirul Fahmi lagi. Tangan dah diangkat separas dada bila Adreanne keluarkan penumbuk dari balik gebar.

"Orang kata tak nak tu tak naklah. Hesy, geramnya!"

Bila pujuk rayu tak juga jalan, Edirul Fahmj terpaksa mengugut. "Kalau awak tak nak bangun, saya peluk awak ketat-ketat malam ni. Biar lemas."

"Bagus juga kalau lemas. Saya tak payah hadap muka awak dah lepas ni. Aman hidup," jerit Adreanne dari dalam gebar.

"Kalau macam tu, saya cium awak."

Adreanne cuba buat tak layan dengan kata-kata Edirul Fahmi. Ala, macamlah Edirul Fahmi berani nak cium dia. Kalau rasa nak kena flying kick, bolehlah try.

"Awak jangan ingat saya tak berani nak cium awak, Humaira."

Adreanne masih kaku.

"In the count of three, kalau awak tak bangun juga... Hmm terpaksalah awak jawab soalan-soalan luar akal along dengan angah awak tu."

Adreanne pegang kuat hujung gebar. Harap-harap Edirul Fahmi main-main je.

"One..."

Bila Edirul Fahmi mula mengira, Adreanne ragu-ragu. Nak bangun ke tak nak? Tapi, dia betul-betul tak larat nak bersembang.

"Nampaknya awak memang dah lama teringin nak saya cium awak ni! Two..."

Dah bertubi-tubi makian Adreanne hamburkan dalam hati. Dia tak suka bila Edirul Fahmi sudah mula gunakan kuasa veto sebagai suami.

"Saya bagi awak chance ni. Kalau rasa nak bangun, baik awak bangun sekarang. Sebelum saya sambung kira..."

Adreanne tulikan telinga. Dengan tangan yang kuat memegang hujung gebar, Adreanne cuba lelapkan mata.

Edirul Fahmi sengaja merapatkan jarak antara mereka. Kepala ditunduk agar selari dengan telinga Adreanne.

"Three..." bisik Edirul Fahmi lembut. Wajahnya sengaja ditunduk serta dirapatkan perlahan-lahan ke wajah Adreanne. Bersentuh muka dia dan muka Adreanne beralaskan gebar.

Adreanne rasa ada sesuatu di atas muka. Spontan dia menumbum 'benda' tersebut dengan kuat.

"Aduh, sakitlah! Habis berdarah bibir saya," marah Edirul Fahmi.

Darah yang berada di tepi bibir Edirul Fahmi lap guna jari sambil kaki laju berjalan ke dalam bilik air. Dikumur-kumur mula untuk menghilangkan rasa hanyir darah.

Adreanne gelabah. Tak sampai sehari bergelar isteri Edirul Fahmi, dia dah kumpul dosa. Dosa sebab tumbuk muka suami sendiri.

"Apalah nasib saya ni. Orang lain masa awal-awal kahwin, dapat bermanja dengan isteri. Saya pula awal-awal kahwin dapat 'bermanja' dengan tangan isteri," perli Edirul Fahmi kuat.

Adreanne meramas kedua tangan. Matilah dia. Apa dia nak jawab kalau Encik Khuzairi dan Puan Aminah nampak kesan lebam di tepi bibir Edirul Fahmi?

"Saya... saya minta maaf. Saya tak sengaja. Yang awak pun satu, saya dah cakap kan yang saya nak tidur. Awak tu gatal sangat nak ciumlah apalah dah kenapa? Memang merasalah malam-malam macam ni," bebel Adreanne.

Edirul Fahmi letak jari telunjuk di atas bibir Adreanne. "Kuat membebel juga awak ni, kan? Nampak je kasar tapi kalau membebel... nauzubillahiminzalik."

Adreanne tolak jari Edirul Fahmi dari terus menindih bibirnya. "Hah, tak serik lagi ke kena tumbuk?"

"Eh, mestilah serik! Penumbuk berbisa yang saya dapat malam-malam puaka macam ni."

"Whatever! Cepatlah cakap apa benda yang awak nak bincang sangat tadi? Sampai tak menyempat nak tunggu esok. Macamlah esok dah kiamat."

"Sabarlah sekejap. Saya nak cakaplah ni."

-

----

"APA?! No!!! Saya tak setuju!" bantah Adreanne. Laju kaki dibawa ke sofa di hujung bilik seraya punggung dihempas kasar.

Edirul Fahmi garu dahi. Dia dah agak benda ni akan terjadi. Lantas, dia menghampiri Adreanne.

"Please, Humaura. Ni untuk kebaikan kita juga," pujuk Edirul Fahmi. Bahu Adreanne cuba dipegang tapi Adreanne lebih tangkas menepis.

"Pembetulan. Bukan kita, tapi awak seorang."

Tangan Adreanne cuba diraih. Bila Adreanne tak menolak, cepat-cepat dia genggam tangan Adreanne bagai tak lepas. Tak kiralah apapun, dia mesti pujuk Adreanne. Ya. Pujuk Adreanne sampai Adreanne lembut hati.

"Tak kisahlah awak nak fikir untuk kebaikan siapa. Apa yang saya tahu, saya buat rules ni untuk kebaikan kita suami isteri," terang Edirul Fahmi.

Kalau dia boleh pujuk Adreanne kahwin dengan dia, kenapa sekarang dia tak boleh nak pujuk Adreanne untuk setuju dengan rules yang dia buat? Dia dah nekad. Apapun jadi, Adreanne kena ikut juga rules dia. No objections!

Adreanne cuba bertentang anak mata dengan Edirul Fahmi. "Saya bukan tak nak ikut langsung rules awak, tapi tak boleh ke rules tu kita buat lepas saya dah boleh terima awak?"

"Maksudnya, Humaira belum terima saya sebagai suami Humaira lagi? Macam tu ke maksud Humaira?" Soalan bertemu soalan.

Adreanne ketap bibir. Tipulah kalau dia kata yang dia tak boleh terima Edirul Fahmi. Sejak akad nikah dilafazkan tadi, ada rasa asing yang mula bertapak. Tapi, terlalu awal untuk dia katakan yang dia dah pun menerima Edirul Fahmi seikhlas hati.

"Err... bukan macam tu. Saya..."

Belum sempat Adreanne habis bersuara, Edirul Fahmi menyampuk.

"Saya apa, Humaira? Saya tak pasa Humaira cintakan saya dalam masa tiga hari. Saya cuma minta Humaira jalankan tanggungjawab Humaira sebagai isteri saya. Bukan tanggungjawab batin yang saya minta, cuma tanggungjawab asas seorang isteri kepada suaminya."

Adreanne cuba menyusun ayat. Risau kalau dia salah ayat, Edirul Fahmi akan mengamuk sebagaimana yang berlaku hari Isnin lepas.

"Saya tahu dan saya boleh terima semua rules yang awak minta."

Edirul Fahmi panggung muka. "Awak serius?"

Tanpa ragu-ragu, Adreanne angguk.

"Cuma, ada satu rule awak yang saya tak setuju," pintas Adreanne dengan jari menunjuk angka satu.

Edirul Fahmi kerut dahi. "What is it?"

"Boleh tak kalau saya panggil awak dengan panggilan yang sweet-sweet tu bila saya dah bersedia? Saya perlukan masa untuk tak selesa dengan awak dulu," pinta Adreanne. Berharap Edirul Fahmi akan bersetuju.

Edirul Fahmi bersetuju. Dia tahu, Adreanne masih kekok dengan dia. Buktinya, Adreanne pasti larikan diri bila mereka ditinggalkan berdua.

"Ada apa-apa lagi yang Humaira nak cakap?" tanya Edirul Fahmi.

"Boleh tak kalau sebelum awak sentuh saya, awak minta izin dulu?"

Dan bila Edirul Fahmi terus bersetuju tanpa banyak soal, hati Adreanne mula nyaman. Dia tahu, Edirul Fahmi berhak untuk menyentuh dia tanpa izin tapi Adreanne masih kekok.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro