♛ Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

EDIRUL Fahmi menyarung selipar. Dari jauh, dapat dia lihat Adreanne yang sedang ralit bermain dengan kucing Parsi. Sambil berlabuh di atas pondok, Adreanne membelai bulu putih gebu itu.

"Gabby, awak tahu tak kita dah kahwin tau!"

Ceria suara Adreanne menyapa halwa telinga Edirul Fahmi. Edirul Fahmi simpan senyum. Baru harini dia nampak sisi manja Adreanne. Itu pun hanya sebab Gabby.

"Kita tak nak pun kahwin dengan dia tu, Gabby! Tapi mama paksa. Hesy, bencilah kita Gabby. Tak pasal-pasal kita kena jadi isteri orang. Kita muda lagi. Kan Gabby, kan?" adu Adreanne.

Gabby tak mengiau. Cuma terpejam menikmati belaian si tuan.

"Nanti kalau kita kena pindah rumah, Gabby nak ikut kita tak? Eh, mestilah Gabby kena ikut kita! Gabby kan best friend kita."

Edirul Fahmi geleng kecil. Amboi, sendiri jawab sendiri tanya!

Adreanne tersentak bila tiba-tiba Edirul Fahmi dah melabuh duduk di sebelah. "Bukan awak sibuk buat kerja ke?"

"Nantilah saya sambung kerja tu. Tak seronok pula kita cuti kahwin tapi saya sibuk dengan kerja. Kan Gabby, kan?" ajuk Edirul Fahmi.

"Eh! Macam mana awak tahu nama kucing ni Gabby?" Terkejut Adreanne bertanya.

Edirul Fahmi ambil Gabby dari tangan Adreanne. Diletakkan Gabby atas ribanya. "Saya dengar awak sebut nama dia tadi."

Adreanne sekadar membulat mulut. Sambil dibelai-belai Gabby di atas riba Edirul Fahmi, dia bertanya.

"Boleh tak kalau saya nak bawa Gabby balik rumah awak?"

"Tak boleh." Serius Edirul Fahmi menjawab.

Terhenti tangan Adreanne dari membelai Gabby. Adreanne tak puas hati. "Tapi kenapa?"

"Nanti Gabby curi perhatian awak. Dahlah awak cakap dengan Gabby, kita-awak. Dengan saya ni, awak tak cakap comel-comel begitu pun," cebik Edirul Fahmi.

"Biarlah. Gabby lagi lama hidup dengan saya dari awak, tau!"

Edirul Fahmi tiba-tiba berdiri. Sambil dipikul Gabby di bahu, Edirul Fahmi berura-ura untuk meninggalkan Adreanne.

"Awak nak bawa Gabby ke mana ni?" Kalut-kalut Adreanne bertanya.

"Nak jual." Selamba Edirul Fahmi menjawab. Terus dia berjalan ke bahagian depan rumah.

Adreanne laju berlari mendekati Edirul Fahmi. "Hesy, mana boleh jual!"

"Apasal tak boleh pula? Gabby ni kalau kita jual pun boleh dapat duit pergi honeymoon."

Edirul Fahmi larikan Gabby dari Adreanne bila Adreanne cuba mengambil Gabby. Terjengkit-jengkit kaki Adreanne dengan tangan yang mengawang ke udara.

"Edy! Bagilah Gabby tu!" rungut Adreanne geram. Makin ditinggikan tangan, makin tinggi juga Edirul Fahmi angkat Gabby ke udara.

Edirul Fahmi jungkit sebelah kening. "Nak Gabby ke?"

Adreanne laju mengangguk. Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula.

"Kalau macam tu, ambillah sendiri!" provok Edirul Fahmi.

Adreanne memerah otak, cuba mencari idea untuk mengambil Gabby dari dukungan Edirul Fahmi. Maklumlah, tinggial dia cuma 155cm nak dibandingkan dengan Edirul Fahmi yang berketinggian 185cm.

Melihat Edirul Fahmi ralit menggomol Gabby di tengah laman rumah, Adreanne pandang selipar di kaki. Sekali tarik, terus terlepas sebelah selipar dari kaki kanan.

"Satu... Dua... Tiga..."

Shung... Pap!

Selipar yang tadi berada dalam pegangan Adreanne elok mengena belakang kepala Edirul Fahmi. Adreanne ketawa mengekek.

"Adreanne Humaira!!!" Nyaring Edirul Fahmi menjerit. Digosok-gosok belakang kepala yang menjadi tempat persinggahan selipar Jepun Adreanne.

Bukan setakat Adreanne yang lintang-pukang lari, Gabby juga laju mencicit ke belakang rumah.

"Eh, Gabby! Jangan lari jauh-jauh!"

Adreanne menukar arah larian. Kalau tadi dia berlari menjauhi Edirul Fahmi, sekarang tempat di mana Gabby menyorok menjadi tujuan.

"Gabby? Gabby? Mana awak ni Gabby?" panggil Adreanne. Terbongkok-bongkok Adreanne menunduk sambil menyeru nama Gabby.

"Gabby... Janganlah tinggal kita! Awak lari pergi mana ni, sayang?"

Adreanne rasa nak menangis. Puas dicari Gabby di setiap pelosok laman belakang, tapi kelibat Gabby langsung tak nampak.

"Gabby..." panggil Adreanne lagi.

"Tak payah nak Gabby-Gabby sangat! Tu... Gabby tengah makan dekat bawah pokok mangga."

Adreanne menoleh ke belakang. Edirul Fahmi sedang bercekak pinggang betul-betul setapak darinya. Adreanne tolehkan pula muka ke arah pokok mangga di hujung pagar. Dihembus nafas lega bila ternampak Gabby sedang makan.

Edirul Fahmi tahan rasa dalam hati. Untungnya jadi kucing gebu-gebas macam Gabby. Isteri orang pun sayangkan Gabby. Dia ni... Sudahlah kena buku lima, kena baling dengan selipar lagi!

"Eh! Awak tarik tangan saya nak ke mana ni?" Walaupun pelik, Adreanne tetap membuntuti langkah Edirul Fahmi.

"Saya nak denda awak." Pendek jawapan Edirul Fahmi.

Adreanne telan liur. Agak-agak denda apa yang Edirul Fahmi akan beri pada dia nanti? Nak bayangkan pun Adreanne rasa seram sejuk.

"Pewwit! Nak pergi mana tu?" tegur Aryan dari ruang tamu. Tersengih dia melihat tangan Adreanne yang kemas dalam pegangan Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi berhenti melangkah. "Aku nak denda adik kau ni."

"Aiyok! Aira buat apa, hah?" Makin giat Aryan mengusik.

"M- mana ada buat apa-apa."

"Hmm, tak buat apa-apalah sangat," perli Edirul Fahmi.

"Dah, aku nak naik bilik ni. Kau tengok si Gabby tu lepastu kurung binatang gebu tu dalam sangkar. Nanti ada orang meraung-raung cari kucing dia pula," pesan Edirul Fahmi seraya dia memijak anak tangga.

Aryan menyahut. Sambil itu, dinaikkam thumbs up pada Adreanne. "Beres!"

-----

"SIT!"

Adreanne akur. Dilabuhkan duduk di birai katil. Dia cuma memandang Edirul Fahmi yang berdiri di depan cermin. Barangkali sedang menilik belakang kepala yang menjadi balingan seliparnya.

Berkalih saja badan Edirul Fahmi, cepat-cepat Adreanne pakukan anak mata pada permaidani di lantai. Dikuis-kuis permaidani berbulu dengan jari kaki.

"Ni... Awak nampak tak lebam dekat dahi ni?" Edirul Fahmi tunjuk dahi yang sedikit membiru.

"Bibir ni pula..." Edirul Fahmi halakan jari telunjuk ke arah tepi bibir yang sudah membiru.

"... Tak cukup lagi ke lebam dekat bibir saya ni sampai belakang kepala saya pun awak tuju dengan selipar?"

Edirul Fahmi menapak ke hadapan Adreanne. Bercekak pinggang dia melihat Adreanne yang langsung tak memanggung muka.

"Hah, tahu pula diam. Tadi masa awak tuju saya dengan selipar boleh pula awak ketawa tak ingat dunia. Sekarang ni, kenapa diam?" Tanpa nada Edirul Fahmi bertanya.

Adreanne tarik sedikit ulas bawah bibir dengan gigi. Dia berkira-kira sama ada perlu atau tak dia membalas kata-kata Edirul Fahmi.

"Humaira, saya tengah bercakap dengan awak sekarang ni. Bukan dengan karpet dekat kaki awak tu." Mendidih darah Edirul Fahmi bila Adreanne cuma diam membisu.

"Awak pun salah juga." Perlahan Adreanne menjawab.

"Hah, apa dia? Cuba cakap kuat sikit macam mana awak panggil saya bangun pagi tadi," perli Edirul Fahmi.

"Awak pun salah juga." Adreanne beranikan diri untuk bertentang mata dengan Edirul Fahmi. Kali ini, ayat yang sama diulang lebih kuat dari tadi.

Edirul Fahmi ketap gigi. Amboi, sekarang ni salah dia pula!

"Cuba awak cakap sikit dekat mana salah saya?"

"Salah awaklah, siapa suruh awak tak bagi Gabby dekat saya? Siapa suruh awak main-main dengan saya? Tahulah saya ni pendek. Eh, tak! Saya tak pendek. Awak tu je yang terlebih kalsium," hambur Adreanne.

"Habis, yang awak hantuk dahi awak dekat dahi saya pagi tadi apa kes pula? Salah saya juga ke?"

Laju Adreanne mengangguk. "Ya, yang itu pun salah awak juga."

"Salah apa tu, Puan Humaira? Setahu saya, saya cuma peluk je pagi tadi. Tak lebih-lebih pun." Edirul Fahmi memerli.

"Ha, itulah salah awak! Siapa suruh awak peluk saya kuat-kuat? Kalau dah teringin sangat nak peluk orang kuat-kuat macam pagi tadi, esok kita pergi kedai perabot."

Edirul Fahmi berkerut. "Nak buat apa pergi kedai perabot?"

"Kita beli almari kayu jati untuk awak. Bolehlah awak peluk almari tu kuat-kuat. Almari tu tak perlukan oksigen macam saya, kiranya tak semputlah dia kalau awak peluk macam tercekik sekalipun." Adreanne pulangkan buah keras.

Meruap-ruap rasa geram dalam diri Edirul Fahmi. Siapa yang denda siapa ni? Kenapa dia pula yang terkena?

"Hesy, cakap dengan awak ni boleh buat darah saya naik tau tak. Elok-elok tak ada darah tinggi, terus ada."

Edirul Fahmi berjalan menjauhi Adreanne. Direntap sekali tuala di penyidai sebelum badan diboloskan ke dalam bilik air.

"Edy, awak nak join tabligh ke?" Adreanne menyoal bila Edirul Fahmi berkain pelikat.

Edirul Fahmi menjeling tajam Adreanne dari ekor mata. Amboi, perli!

"Saya nak solat sunat, biar reda sikit marah ni. Awak duduk je situ diam-diam. Jangan nak baling apa-apa."

-----

"NAK tidur ke?" Adreanne mengintai muka Edirul Fahmi yang ditutupi lengan.

Edirul Fahmi berdehem. Apabila katil terasa berombak, Edirul Fahmi celik sedikit mata. Dapat dilihat Adreanne cuba untuk turun dari katil.

"Kan saya dah suruh awak duduk diam-diam," tegur Edirul Fahmi dengan mata yang terbuka sedikit.

Adreanne pandang Edirul Fahmi dengan muncung sedepa. "Awak kan nak tidur. Biar jelah saya turun dapur. Boleh juga saya tolong mama apa yang patut."

"Nak tolong mama ke nak cari idea untuk lebamkan badan saya lagi?" sinis Edirul Fahmi memerli.

"Hesy, mana adalah! Saya nak tolong mama masak untuk lunch nanti," bidas Adreanne. Baru tiga kali dia lebamkan badan Edirul Fahmi tapi Edirul Fahmi cakap macam dah berpuluh kali dia buat.

"Tak payah. Duduk je dalam bilik ni." Edirul Fahmi bertegas.

Adreanne tak mampu membidas. Dililaukan mata ke segenap ruang bilik. Bosannya. Tak kanlah dia nak melangut je dalam bilik ni.

"Pergi ambil minyak gamat dekat meja solek tu," arah Edirul Fahmi tiba-tiba.

"Nak buat apa?"

"Nak sapu dekat lebam-lebam yang awak buat nilah. Takkan dah lupa kot yang awak tak rawat lagi lebam saya ni? Bukan setakat tak rawat, minta maaf pun tak."

Dek rasa geram, Adreanne menampar kuat lengan Edirul Fahmi yang tidur terlentang. Terus dihayun kaki ke arah meja solek dan sekali rentap saja, minyak gamat dah berada dalam pegangan Adreanne.

"Nah!" Adreanne hulur minyak gamat.

"Apa?" Sepatah Edirul Fahmi bertanya.

"Hesy, bukalah mata tu! Ada mata tengoklah sendiri."

Edirul Fahmi angkat sedikit kelopak mata. Nampak saja minyak gamat dalam pegangan Adreanne, terus dipejam kembali.

"Awak sapukan," arah Edirul Fahmi lagi.

"Saya rasa masa kita kahwin dulu awak tak OKU, kan? So, letaklah sendiri."

Adreanne letak minyak gamat dengan kasar di atas perut Edirul Fahmi.

"Aduh!" Edirul Fahmi sentuh perut yang senak. Sudahlah Adreanne letak dengan kasar, tambah pula botol minyak gamat tu botol kaca. Memang azab sungguh.

"4-0," tutur Adreanne.

"Tak payah nak 4-0 sangatlah. Awak buka penutup minyak gamat tu lepastu sapu dekat setiap tubuh badan saya yang awak dah sakitkan untuk dua hari ni."

"Tak nak. Awak buatlah sendiri." Adreanne turut berkeras.

"Tak nak cium bau syurga ke? Kalau tak nak takpa, saya boleh jumpa bidadari syurga yang lain pula."

"Okey."

Edirul Fahmi melopong. Macam tu je Adreanne balas? Hesy, tak boleh jadi ni!

"Cepat Humaira... Sapukan minyak gamat tu. Se. Ka. Rang."

"Yalah-yalah." Adreanne tolak bola mata ke atas. Muncung minyak gamat yang sudah dibuka penutupnya diketup pada dahi Edirul Fahmi yang membiru.

"Cuba buat kerja tu ikhlas sikit!" tegur Edirul Fahmi. Pergelangan tangan Adreanne yang menuang minyak gamat dipegang.

"Banyak complaintlah awak ni! Bersyukurlah sikit saya tolong awak."

Sesekali Edirul Fahmi mendesis. Dengan mata terpejam, dia bersuara. "Awak nak tunjuk protes ke ni?"

"Taklah! Kalau saya nak tunjuk protes, saya buat macam ni..."

Serentak itu, dapat Edirul Fahmi rasa sapuan kasar berselang-seli dengan cubitan di dahi. Sekali rentap saja, Adreanne dah pun berada kemas dalam pelukan Edirul Fahmi.

Cepat-cepat Edirul Fahmi kunci kaki Adreanne dengan sepasang kaki miliknya. Dalam keadaan kepala Adreanne yang disembamkan ke dada bidangnya, dapat dirasa tumbukan kecil Adreanne.

"Awak dah lupa ke janji awak semalam, Edy?" Tenggelam timbul suara Adreanne gara-gara Edirul Fahmi yang semakin rapat menyatukan badan mereka.

"Saya tak lupa. Saya tak pernah lupa, Humaira. Tapi, awak yang paksa saya untuk buat begini," jawab Edirul Fahmi. Walaupun gatal hidungnya bila rambut Adreanne mencucuk lubang hidung, Edirul Fahmi tetap melabuhkan bibir di atas ubun-ubun Adreanne.

"Saya tak pernah paksa awak pun, Edy."

"Ya, tapi apa yang awak lakukan tadi betul-betul buat saya terpaksa peluk awak begini. Saya tak nak marah Humaira saya. Jadi, izinkan saya peluk Humaira sampai rasa marah tu hilang. Boleh?"

Edirul Fahmi makin kuatkan pelukan di tubuh Adreanne bila Adreanne mengangguk.

"Edy..." panggil Adreanne dengan nafas tersekat-sekat.

"Ya, sayangku Humaira..."

"Janganlah peluk saya kuat sangat. Sesak nafas saya ni," cebir Adreanne.

Edirul Fahmi gelak. Dilonggarkan sedikit pelukan.

"Teman saya tidur sekejap. Saya dah set alarm, pukul 11:30 nanti kita turun bawah tolong mama."

-----

ENTAH bila Adreanne tertidur, dia sendiri tak sedar. Tiba-tiba je Edirul Fahmi menggoncang bahu dia.

"Awak larat tak nak tolong mama dekat bawah? Kalau Humaira penat, Humaira rehat je. Nanti saya beritahu mama," tutur Edirul Fahmi.

Adreanne bersandar di kepala katil. Digosok mata beberapa kali. "Larat je. Awak turunlah dulu."

"Oh, ya! Sebelum saya lupa, saya ada perkara sikit nak bincang dengan Humaira."

Edirul Fahmi melabuhkan duduk di birai katil. Wajah hairan Adreanne dipandang seraya dia kembali bersuara.

"Saya cadang nak balik rumah parents saya petang nanti. Bermalam dekat sana satu malam. Petang esok kita balik rumah kita pula. Humaira setuju tak?"

Tangan yang sibuk menggosok mata berhenti. Adreanne pandang Edirul Fahmi. "Okey, pukul berapa awak nak gerak?"

Edirul Fahmi kerling jam di meja katil. "Pukul 5 macam tu ke, kita minum petang dekat sini dulu."

"Awak nak saya angkut semua barang saya terus ke?" tanya Adreanne lagi.

"Humaira bawa yang penting-penting je. Saya ada sediakan barang-barang Humaira tapi pakaian jelah. Skincare tu semua saya tak beli."

Adreanne ketap bibir. Kalau Edirul Fahmi beli pakaian dia, maksudnya yang 'harta karun' dia pun Edirul Fahmi beli juga ke?

Terpandangkan muka Adreanne berona merah, Edirul Fahmi garu belakang kepala.

"Err... Yang kecil-kecil tu saya tak beli. Saya beli yang besar-besar je." Naik segan Edirul Fahmi. Terus hilang hasrat dia untuk menunggu Adreanne.

Hilang saja kelibat Edirul Fahmi, Adreanne tampar perlahan pipi sendiri. "Hesy, malunya aku bila dia cakap pasal ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro