♛ Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"EDY, saya ada jumpa satu video Tiktok ni," cerita Adreanne.

Waktu itu, Edirul Fahmi baru selesai menyiapkan laporan kewangan untuk dihantar ke bahagian audit. Dia labuhkan duduk di sebelah Adreanne.

"Video tu pasal apa?" soal Edirul Fahmi.

Pelik, tak pernah lagi Adreanne teruja nak bercerita dengan dia. Biasanya, dia yang perlu mulakan langkah untuk bertanya.

Adreanne halakan skrin telefon ke arah Edirul Fahmi.

"Ni... Awak tengoklah sendiri video ni," jawab Adreanne.

Membuntang mata Edirul Fahmi apabila melihat video di aplikasi Tiktok yang Adreanne tunjukkan kepada dia.

Adreanne pula dah terbahak-bahak ketawa tatkala melihatkan reaksi Edirul Fahmi.

"Betul, kan? Dia ada iras dengan awak, kan?" Berselang-seli dengan ketawa Adreanne bersuara.

Mendidih darah dia dengan kata-kata Adreanne. Nak tahu Adreanne tunjuk video apa dekat dia?

Adreanne tunjuk satu video bertajuk "Jenis-Jenis Babi Yang Anda Perlu Tahu." Okey, yang ni dia tak kisah sangat. Yang dia kisah sekarang ni sebab bila swipe, ayat dekat video tu tulis "kamu."

Ah, nak mengamuk Edirul Fahmi rasa!

"Humaira!" Tegas Edirul Fahmi menegur.

Ketawa Adreanne masih belum reda. Langsung Adreanne tak perasan yang riak muka Edirul Fahmi dah berubah.

"Apa? Betul, kan?"

"Saya tak suka awak bergurau kasar macam ni!"

Terkulat-kulat Adreanne tatkala mendengar suara dingin Edirul Fahmi. Berhenti terus tawa dia bila Edirul Fahmi bangkit lalu menuju ke tingkat atas tanpa sebarang kata.

Adreanne kemam bibir. "Dia marah aku ke?"

Bunyi hempasan pintu yang kuat buatkan Adreanne tersentak. Haih, betul-betul marah ni.

------

KUAK saja pintu bilik tidur, Adreanne nampak tubuh Edirul Fahmi  yang sedang berbaring membelakangi dia. Tahulah Adreanne kali ini Edirul Fahmi betul-betul naik angin.

Sepanjang mereka berkahwin, belum pernah lagi Edirul Fahmi tidur dalam keadaan membelakangi dia.

Dan yang paling penting, kalau Edirul Fahmi Adreanne dia, pasti dia akan dipeluk.

Adreanne panjat ke atas katil. Sila dipasang.

"Edy..." panggil Adreanne.

Diberanikan diri untuk menyentuh bahu Edirul Fahmi.  "Edy... Awak marah ke?"

Edirul Fahmi cuma diam. Mana mungkin dia tegar untuk marahkan Adreanne. Tapi bila gurauan Adreanne agak keterlaluan, buatkan Edirul Fahmi rasa dia tak dihormati.

"Saya minta maaf. Saya bergurau je."

Adreanne cuba mengintai muka Edirul Fahmi. Jelas sekali betapa tegangnya muka Edirul Fahmi walaupun mata masih terkatup.

"Tak apalah kalau awak marah. Erm, saya tidur bilik tetamu malam ni."

Baru sebelah kaki Adreanne mencecah lantai, teguran Edirul Fahmi serta-merta mematikan langkah Adreanne.

"Tidur sini," arah Edirul Fahmi.

Hilang terus rasa nak melawan dalam diri Adreanne. Badan dijatuhkan ke atas tilam.

"Saya betul-betul minta maaf pasal tadi. Saya tak sangka pula awak terasa sebab selama ni awak okey je," ucap Adreanne apabila Edirul Fahmi tidur mengiring ke arahnya.

Edirul Fahmi cuba mengawal nada suara. Ditarik Adreanne ke dalam pelukan.

"Saya okey selama ni tak bermaksud awak boleh melampaui batas, Humaira. Awak dah besar, takkan lah saya nak marah awak macam budak-budak dulu baru awak nak faham," tegur Edirul Fahmi.

Dari balik dada Edirul Fahmi, Adreanne menjawab.

"Saya minta maaf, Edy. Saya janji lepasni saya tak bergurau dengan awak lagi dah."

Rambut Adreanne dilurut menggunakan jemari. Nampaknya Adreanne dah salah faham dan sebagai suami, dia tak nak benda begini keruhkan rumahtangga mereka.

"Bergurau tak salah, Humaira. Cuma awak kenalah berpada-pada dalam bergurau. Awak bergurau macam tadi, baling-baling selipar macam dulu, buatkan saya rasa awak dah hilang hormat pada saya. Saya ni suami awak, Humaira."

Adreanne kelu lidah untuk menjawab. Dia akui, kadang-kadang dia sendiri terlepas pandang kedudukan Edirul Fahmi sebagai suami.

"Saya dah fikir masak-masak, Humaira. Saya minta maaf kalau permintaan saya ni nampak macam memaksa awak," sambung Edirul Fahmi lagi.

"Permintaan apa?" Adreanne gugup.

Dia rasa dia boleh terima apa jua permintaan Edirul Fahmi. Asalkan bukan hak Edirul Fahmi yang satu itu.

Pelukan direnggangkan. Edirul Fahmi menekup pipi Adreanne dengan kedua belah tangan.

"Untuk kebaikan rumahtangga kita, mulai harini saya nak Humaira belajar untuk panggil saya abang."

"Err... Apa dia?" soal Adreanne. Dia dengar dengan jelas permintaan Edirul Fahmi. Tapi, dia cuma mahukan kepastian.

"Do call me abang..." pinta Edirul Fahmi sekali lagi.

"Kalau err... Kalau..." Balas Adreanne tergagap-gagap.

Eh, gagap pula mulut ni! Adreanne tampar ulas bibir dengan hujung jari.

"Kalau apa, sayangku Humaira? Awak nak tanya saya kalau awak tak nak panggil saya 'abang' boleh ke tak, kan?"

Sengaja Edirul Fahmi ajukan soalan begitu. Dia tahu, Adreanne pasti mahu mengelat. Tapi, dengan cara tu je Adreanne belajar untuk hormatkan dia selayaknya sebagai seorang suami.

Tanpa suara, perlahan-lahan Adreanne kepala dijatuhkan ke bawah.

"Tak," jawab Edirul Fahmi sepatah tapi tegas.

Adreanne nak membantah. "Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Keputusan abang muktamad. Sebelum ni abang tak kisah langsung Humaira nak panggil abang apa. Sebab abang nak awak belajar sendiri cara untuk hormatkan abang. Tapi makin lama, makin hilang rasa hormat awak pada abang. Abang tak minta banyak pun, abang nak kita ubah panggilan kita je. Awak hormatkan abang sebagai seorang suami dan abang pun akan hormatkan awak sebagai seorang isteri," panjang Edirul Fahmi mengulas.

Keras lidah Adreanne nak membalas. Tapi dia tahu, semuanya berpunca dari dia.

Adreanne sedar, dia tak boleh salahkan Edirul Fahmi untuk bertegas dalam soal ni. Tugas seorang suami adalah menegur dan mendidik isteri.

Walaupun tergeliat lidah nak memanggil Edirul Fahmi dengan kata nama am yang satu itu, Adreanne lawan rasa malu untuk mencuba.

"Okey, ab... abang..."

Antara dengar tak dengar saja suara Adreanne menjawab. Tersenyum Edirul Fahmi mendengar jawapan Adreanne.

"Apa dia? Tak dengarlah. Boleh ke tak boleh ni?" Edirul Fahmi mengusik.

Adreanne menjeling. Namun, soalan Edirul Fahmi tetap dijawab.

"Boleh, abang."

Melebar senyum Edirul Fahmi. Bertubi-tubi ciuman dilabuhkan di kedua belah pipi dan dahi Adreanne.

"Ish, dahlah tu! Gelilah."

Adreanne tolak muka Edirul Fahmi jauh dari mukanya. Hampir lemas dia rasa bila Edirul Fahmi tak habis-habis melabuhkan ciuman.

"Thank you so much, sayangku Humaira," ucap Edirul Fahmi, ikhlas.

-----

TANGAN yang sedang bergerak menyangkut tali leher terhenti. Edirul Fahmi mula teringatkan pesanan Edrina petang semalam.

"Akak dengan abang long kau fly ke Sabah malam esok. Ada medical conference. Boleh ke kalau akak minta tolong kau dengan Ad jagakan anak-anak akak?" Serba-salah Edrina membuat permintaan.

Edirul Fahmi diam sekejap. Fikiran dia menerawang kepada Adreanne. Okey ke Adreanne kalau dia terus bersetuju tanpa kata sepakat daripada Adreanne?

"Berapa hari kak long dekat Sabah?" tanya Edirul Fahmi.

Risau juga dia kalau Edrina perlu berada di Sabah pada jangka masa yang lama memandangkan dia dan Adreanne juga harus bekerja.

Sambil membelek kalendar, Edrina menjawab. "Tak lama pun, dalam tiga hari dua malam je. Ahad tengah hari tu kitorang dah fly back ke KL."

"Hmm, bolehlah kak long. Esok akak hantar diorang ke rumah angah ke atau kita jumpa dekat rumah mommy?"

Edirul Fahmi tahu yang Edrina sekeluarga akan bermalam di kediaman Dato Fauzi memandangkan pada awal perbualan telefon lagi Edrina dah memberitahunya.

"Eh, takpa-takpa! Akak hantar anak-anak dekat rumah angah je esok. Dalam pukul 6 macam tu akak datang."

"Okey," setuju Edirul Fahmi.

"Sorry tau, ngah. Terpaksa pula kak long susahkan kau dengan Aira. Sebelum ni, tak pernah lagi akak dengan abang long kau kena pergi conference sama-sama. Bila tiba-tiba je dapat notis semalam, kelam-kabut juga kitorang," cerita Edrina.

Bukan dia tak nak minta tolong Datin Fatimah untuk menjaga Aqeef dan Amani, cuma biasanya kedua orang tua dia sibuk dengan aktiviti persatuan pada hujung minggu.

Nak diharapkan Nana? Hmm, agaknya tak rupa orang anak dia nanti. Ada je akal Nana nak mengajar yang pelik-pelik dekat Amani.

Sudahnya, cuma Edirul Fahmi dan Adreanne sajalah harapan yang dia ada.

"Hesy, apa pula susahnya kak? Bukannya anak kau kalau nak susu, angah kena pergi cari lembu dulu," seloroh Edirul Fahmi.

Apabila ada jururawat yang masuk ke bilik Edrina untuk meletakkan rekod pesakit, Edrina minta diri sebelum talian diputuskan.

------

"OH! Lupa pula abang nak bagitahu Humaira."

Adreanne yang berura-ura untuk turun ke dapur berpaling. Diturunkan tangan dari memegang tombol pintu.

"Abang nak bagitahu Aira apa?" soal Adreanne.

"Petang nanti kita balik rumah terus. Kak long dengan abang long nak datang hantar Aqeef. Diorang minta kita tolong jagakan Aqeef untuk tiga hari ni," beritahu Edirul Fahmi.

Tiga hari yang dimaksudkan ialah sehingga hari Ahad.

Memandangkan esok dah mula cuti hujung minggu, terus Edirul Fahmi setuju dengan permintaan Edrina. Lagipun, dapatlah juga dia tengok cara Adreanne mengurus Aqeef.

Dahi Adreanne berlapis. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kena jaga budak kecil macam Aqeef.

"Okey... Tapi kenapa?"

"Kak long dan abang long kena pergi medical conference dekat Sabah." Pendek Edirul Fahmi menjawab.

"Bila kak long beritahu abang? Abang tak asa cakap apa-apa pun dekat Aira."

Jelas terpamer di wajah Adreanne riak tak puas hatinya. Kalau Edirul Fahmi beritahu dia awal, boleh juga dia siapkan diri dengan apa yang patut.

Ini tak. Petang nanti Aqeef nak dihantar ke sini, pagi baru Edirul Fahmi beritahu dia. Itu pun mujur Edirul Fahmi teringat. Kalau tak, rasanya boleh pitam dia apabila Edrina menghantar Aqeef.

"Sorry... It was last minute plan. Sebab tu jadi kalut sikit. Kak long pun lepas lunch hour semalam dia telefon abang."

Tangan Adreanne yang berpeluk tubuh ditarik dan diusap lembut. Adreanne tak jadi nak marah bila terlihatkan riak serba salah Edirul Fahmi.

"Abang tak minta kata setuju daripada Aira pun..." rungut Adreanne.

Edirul Fahmi tarik senyum. Adreanne merungut, tapi lenggok suara yang keluar lenggok manja. Bukan lagi nada marah.

"Abang tahu abang salah, dan abang minta maaf sangat-sangat dekat Humaira. Abang kesian sangat bila kak long jadi runsing nak fikir siapa jaga Aqeef. Itu yang abang terus terima je offer kak long tu," terang Edirul Fahmi.

Adreanne angguk. Eh, sekejap! Kenapa dari tadi Edirul Fahmi cuma sebut pasal Aqeef sedangkan anak Edrina ada dua orang?

"Kalau kita jaga Aqeef, Amani macam mana?"

"Sepatutnya kita jaga Aqeef dan Amani. Tapi tadi kak long ada Whatsapp abang, dia cakap Amani nak duduk rumah mommy dengan Nana. So, kita kena jaga Aqeef je."

Adreanne angguk lagi. Rasanya hari ni dia nak tukar profession jadi burung belatuk agaknya. Cuma, ada satu hal lagi yang merisaukan dia sekarang.

"Kalau Aqeef menangis macam mana? Dia kan kecil lagi?" tanya Adreanne lagi.

Dia mana pandai nak uruskan budak-budak. Lagi-lagi kalau budak kecil macam Aqeef. Risau juga kalau patah-riuk anak orang nanti.

Kepala Edirul Fahmi bergerak ke kiri kanan. Banyak betul soalan Adreanne.

"Apa awak merepek ni, Humaira? Aqeef tu dah setahun lah. Dah boleh minum susu formula dah pun. Humaira takut sangat ni kenapa?"

"Mestilah saya takut. Saya ni mana pernah jaga budak kecil. Ada adik kecil pun tak. Macam mana kalau saya salah jaga dia nanti?"

Dush! Edirul Fahmi rasa macam kena tembak. Kepala dia rasa pusing mendengar soalan Adreanne yang tak henti-henti.

"Hesy, membebel pula awak ni. Abang kan ada, nanti abang tolonglah awak jaga Aqeef." Edirul Fahmi mula memujuk.

Adreanne diam. Menerawang jauh otak dia cuba membayangkan apa yang bakal terjadi untuk tiga hari nanti.

"Dah, tak payah nak overthinking. Jom, kita turun bawah. Nanti lambat, ada orang tu jadi free role Spies in Disguise pula."

Sebelah tangan menjinjit briefcase dan sebelah lagi menarik tangan Adreanne.

-----

"AIRA sihat?" tegur Edrina.

Seperti yang dikhabarkan oleh Edirul Fahmi, petang itu Edrina dan Izhar datang berkunjung ke kediaman mereka.

Adreanne mempelawa Edrina dan Izhar untuk duduk. Edirul Fahmi pula macam biasa, suka menempel dengan dia.

"Alhamdulillah, Aira sihat. Kak long sihat ke?" Adreanne bertukar khabar.

"Sihat. Sorry sebab kak long dah susahkan korang berdua. Jarang kitorang kena pergi berdua untuk satu conference. Tiba-tiba je kali ni dua-dua sekali kena pergi."

Serba salah Edrina nak tinggalkan Aqeef di sini. Risau kalau-kalau dah menganggu Adreanne dan Edirul Fahmi untuk berehat.

"Eh, tak ada susahkan pun, kak long! Tapi tulah, Aira ni tak reti sangat jaga budak-budak."

Adreanne garu kening. Rasanya kalau dalam dunia ni ada ujian untuk jaga budak, Adreanne rasa memang dia akan fail tanpa mencuba.

"Nanti lama-lama pandailah tu. Cuba practice untuk tiga hari ni dulu, lepastu bolehlah korang plan untuk langkah seterusnya," kias Edrina.

Edirul Fahmi senyum nakal. Masa nilah dia boleh mengusik Adreanne.

"Haah, betul cakap kak long tu. Mana tahu lepasni awak tiba-tiba request nak ada anak ke, kan? Ah, aduh!"

Mengaduh Edirul Fahmi bila Adreanne dah mengetam kulit belakang tangan dia. Adreanne jegil mata sebelum kembali memaniskan muka kepada Edrina.

"Ada-ada je, kak long ni. Kak long dah hantar Amani pergi rumah mommy ke?"

Melilau mata Adreanne mencari kelibat Amani. Rindu dia nak dengar celoteh Amani. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu barbecue di kediaman Dato Fauzi dulu.

Edrina yang sedang ralit memerhatikan Aqeef mula mengalih anak mata ke arah Adreanne.

"Haah, kak long tidur rumah mommy semalam. Macam biasalah, Amani tu kalau dah jumpa dengan ashu dia mana boleh nak berenggang dah."

Adreanne tayang sengih. Amani kalau dah berjumpa dengan Nana memang susah nak berenggang. Dua orang memang partner in crime, ada je benda yang nak dibuat.

"Flight kak long pukul berapa?"

Jam dinding Adreanne kerling. Cepat sungguh masa berlalu. Dah nak menginjak ke pukul tujuh.

"Pukul sepuluh nanti, Aira. Ini pun kitorang singgah kejap je ni," jawab Edrina.

Edirul Fahmi dan Izhar juga rancak berbual. Biasalah, bualkan hal lelaki dan Adreanne memang malas nak masuk campur.

"Eh, jomlah kita makan dulu! Tadi Edy ada beli kuih-muih sikit," ajak Edirul Fahmi. Ralit sangat berbual sampai tak sedar makanan yang dah berhidang di bawah tudung saji.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro