♛ Bab 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

INARA bersantai di tepi kolam renang. Kaki direndam ke dalam kolam renang dan tangan melurus ke belakang bagi menampung badannya.

Langit yang berwarna hitam gelap itu dipandang. Kelihatan bulan sabit berselindung di sebalik awan berwarna kelabu. Inara senyum.

"Fahmi. Edirul Fahmi," ujar Inara berkali-kali. . Kaki dihayun perlahan di dalam kolam.

"Nama yang unik untuk lelaki yang tampan," puji Inara.

Inara pejamkan matanya, erat. Perlahan-lahan wajah tampan lelaki bernama Edirul Fahmi yang dia jumpa petang tadi menerjah ruang fikirannya. Edirul Fahmi yang tersenyum. Edirul Fahmi yang sangat fokus pada perjumpaan mereka tadi. Dan...

Edirul Fahmi yang sentiasa tenang walaupun mukanya beku tanpa sebarang reaksi.

"Handsome," puji Inara lagi sambil tersenyum miang.

Tiba-tiba senyuman Inara mati. Sebaris ayat yang dituturkan oleh anak kepada pemilik syarikat Creative Corporation itu terngiang-ngiang di halwa pendengarannya.

"Saya dah kahwin. Dah nak masuk empat bulan saya kahwin."

Inara menghela nafas kasar. Dadanya berombak laju.

"Tapi sayang, kalau I jumpa you empat bulan sebelum you berkahwin, mesti you dah jadi milik I," keluh Inara.

Dato' Kamal berjalan melewati ruang makan. Bik Yanti yang sedang mengemas meja makan ditegur.

"Bik Yanti, Inara mana?" tanya Dato' Kamal sambil meliarkan mata mencari kelibat Inara.

Yanti dongak. Wajah majikannya dipandang.

"Saya tak tahu, Dato'. Kalau tak silap saya, cik Inara berjalan keluar tadi," terang Bik Yanti takut-takut.

Dato' Kamal angguk sekali. Pintu sliding door yang sedikit terbuka menarik perhatiannya.

Dato' Kamal berjalan melepasi pintu sliding door yang menghubungkan laman tepi rumah dengan kolam renang. Tubuh Inara yang sedang termenung diperhati sebelum dia mendekati Inara.

"Nara buat apa dekat luar ni malam-malam? Tak sejuk ke?" tanya Dato' Kamal memulakan perbualan.

Inara yang sedari tadi merenung kosong permukaan air kolam menoleh. Dia senyum segaris. Inara geleng kecil.

"I tak ada buat apa-apa, daddy. I saja nak ambil angin malam."

Dato' Kamal angguk. Dia langsung tak ambil hati dengan kata ganti nama yang digunakan oleh Inara. Baginya, selagi Inara tak beraku-kau dengannya, dia dah bersyukur.

"Inara nampak macam rungsing. Kenapa? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran anak kesayangan daddy ke?"

Inara geleng. Malas dia mahu membuka mulut tentang apa yang difikirnya. Nanti mesti Dato' Kamal akan melenting dan seterusnya membebel.

"Inara fikirkan Fahmi?"

Inara terkedu. Perlahan-lahan dia angkat muka memandang wajah Dato' Kamal yang sedang berdiri tegak di tepi.

"Tak ada lah. Buat apa I nak ingat dia tu. He's nobody to me."

"Inara, Inara. Inara ingat daddy ni bodoh sangat ke tak dapat nak baca fikiran Inara? Dah 24 tahun daddy jaga Inara. Luar, dalam, semua daddy tahu pasal Inara. You don't have to lie to me."

Inara diam. Ya, sudah 24 tahun dia hidup dan dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah.

Dan selama 24 tahun ini juga lah, dia langsung tak pernah melihat wajah ibu kandung yang melahirkannya. Kata Dato' Kamal, ibunya meninggalkan mereka berdua sebaik saja wanita itu selamat melahirkannya. Inara berdongkol marah. Ibu? Tiada istilah ibu dalam kamus hidupnya.

"So, kalau daddy dah tahu kenapa daddy nak tanya I lagi?" tanya Inara sinis.

"Apa pun yang Nara fikirkan tadi, daddy nak Inara tahu yang daddy tak suka anak daddy jadi perosak rumahtangga orang. Kalau Nara ada niat dalam hati tu nak rosakkan hubungan Fahmi dan isteri dia, elok lah Nara lupakan je niat Nara tu. Daddy tak suka. Full stop."

Inara jungkit bahu.

"Tengok lah macam mana nanti. I masuk tidur dulu, I dah mengantuk," kata Inara.

Inara bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Malam ni I nak tidur bermimpikan you, Fahmi. Semoga you jadi prince charming dalam mimpi I nanti, bisik hati Inara.

-------

"SERONOK keluar dengan kak long tadi?"

Adreanne yang baru nak meletak kepala di atas bantal mendongak. Wajah Edirul Fahmi yang fokus bermain game di telefon dipandang.

"Seronok. Aira happy sangat sebab boleh jalan-jalan dengan kak long tadi. Abang pun tahu kan, Aira tak ada kakak. Bila berjalan dengan kak long tadi, Aira rasa macam Aira ada kakak," cerita Adreanne.

"Senang hati abang bila dengar Humaira gembira macam ni. Amani dan Aqeef ikut sekali ke tadi?" tanya Edirul Fahmi langsung tak berkalih daripada melihat paparan game.

Adreanne melentok kepala di bahu Edirul Fahmi. Pinggang Edirul Fahmi dipeluk dari tepi.

"Tak. Kak long tinggal diorang dekat rumah mummy sebab kak long takut diorang buat hal nanti."

"Edirul Fahmi sekadar meng'oh'kan saja.

Adreanne monyok. Pelukan di pinggang Edirul Fahmi dilerai.

"Abang ni macam tak nak layan Aira je. Aira ada buat salah pada abang ke?"

Edirul Fahmi menoleh sekejap sebelum dia kembali memasak mata pada permainan atas talian di tangan.

"Kenapa? Sayang ada buat salah dengan abang ke harini?" Edirul Fahmi balas dengan soalan.

Adreanne jungkit bahu. Mulut disebik sedikit ke depan.

"Mana lah Aira tahu. Aira tanya abang, kan?"

"Abang pun tak tahu. Salah sayang, kan? Bukan salah abang," balas Edirul Fahmi, acuh tak acuh.

Adreanne berdecit geram. Telefon di tangan Edirul Fahmi dirampas. Dengan selamba, dia menekan butang 'power'. Serta-merta telefon Edirul Fahmi disorok di bawah bantalny.

Seketika cuma, Edirul Fahmi terlopong.

"Sayang,'' panggil Edirul Fahmi, keras.

Adreanne jongket kening, bertanya kenapa. Muka ditayang riak tak bersalah.

"Abang tengah main game tu. Dah lah ada enemy tadi. Nanti kalau abang kalah, kesian team abang. Yang Humaira tarik macam tu je dah kenapa? Sengaja nak bagi abang marah?" amuk Edirul Fahmi dengan suara tertahan.

"Habis, Aira tengah cakap dengan abang tapi abang boleh buat tak tahu je dengan Aira. Aira tak bising pun," rajuk Adreanne. Dia berpeluk tubuh.

Edirul Fahmi menghela nafas lembut. Mata dipejam sebentar sebelum dicelik kembali. Diesot badan untuk mendekati Adreanne dan ditarik Adreanne ke dalam pelukan.

"Abang mengaku salah abang sebab abaikan sayang tadi. Abang minta maaf. Okey, sayang?"

"Hmm, Aira maafkan."

"Sayang nak cakap apa tadi dengan abang?"

"Aira... Nak keluar dengan kak long lagi esok. Boleh ke?"

Adreanne menoleh memandang reaksi Edirul Fahmi. Dikuak rambut Edirul Fahmi yang jatuh ke dahi. Kerutan halus terbentuk di dahi Edirul Fahmi.

"Aik, nak keluar lagi esok?"

Adreanne kerdip mata.

"Nak pergi mana pula? Tadi kan dah keluar. Tak puas lagi ke shopping dengan kak long?"

"Tak. Lagipun, esok Aira ada benda lain pula nak buat dengan kak long," tutur Adreanne. Leher Edirul Fahmi dirangkul manja.

"Ala abang, boleh lah. Please... Aira bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Abang tak apa lah, abang pergi kerja. Aira ni hari-hari tatap dinding. Bosan!"

Edirul Fahmi memicit puncak hidung Adreanne perlahan.

"Pandai eh nak pujuk abang. Okey, abang izinkan sayang keluar."

"Thank you, abang. Aira sayang abang," ucap Adreanne seraya mengucup pipi kanan Edirul Fahmi.

"Oh! Kalau abang tak bagi, tak sayang abang lah?" Edirul Fahmi berpura-pura makan hati.

"Tak lah. Aira sayang juga, tapi kurang kosong perpuluhan sembilan-sembilan peratus," jawab Adreanne, menyengih.

"Hmm kalau macam tu abang tak nak bagi lah. Kurang tak sampai satu peratus pun kasih sayang Humaira pada abang."

Adreanne monyok. "Mana boleh macam tu."

Edirul Fahmi ketawa kecil.

"Tak ada lah, abang izinkan Humaira keluar. Humaira jaga diri, jaga hati. Jangan nak gatal-gatal pandang lelaki dekat mall tu nanti."

Adreanne ketawa kecil tatkala melihat muka Edirul Fahmi yang berkerut memandang dia. Hesy, Edirul Fahmi tak tahu ke? Dia ni dah gila bayang pada suami sendiri 24/7.

-------

"SAYANG, abang pergi dulu. Abang dah lewat ni," beritahu Edirul Fahmi tergopoh-gapah. Dia berjalan mendekati Adreanne yang sedang menghidang sarapan di ruang makan. Tepi kepala Adreanne dicium.

"Tak nak breakfast dulu ke, abang?" tanya Adreanne terkebil-kebil.

Serasa dia, tak pernah lagi Edirul Fahmi tak bersarapan sebelum pergi ke pejabat. Ya lah, perut Edirul Fahmi bukannya tahan kalau tak bersarapan. Nanti mula lah gastrik nak menyerang.

Edirul Fahmi geleng sekali.

"Tak sempat, sayang. Abang ada meeting dengan client pagi ni. Takut abang lambat sampai pula nanti," jawab Edirul Fahmi.

"Hmm Aira bungkuskan makanan untuk abang, eh? Kejap lagi kalau ada masa, abang makan lah dulu."

Edirul Fahmi segera menahan Adreanne yang ingin melangkah ke dapur. Digeleng kecil.

"Tak apa, nanti abang pergi breakfast dengan Naufal. Abang dah lewat ni," ujar Edirul Fahmi tergesa-gesa. Segera disuakan tangan kepada Adreanne.

Tak banyak soal, Adreanne tunduk mencium tangan kekar Edirul Fahmi.

'Tak apa, Aira. Edy kerja untuk kau. Untuk keluarga kau,' pujuk hati Adreanne.

"Take care, sayang," ujar Edirul Fahmi seraya mencium dahi Adreanne.

Adreanne jengket kaki. Pipi kanan dan kiri Edirul Fahmi dikucup.

"Take care too, abang. Jangan lupa breakfast."

-------

"EH, angah! Kenapa angah datang tiba-tiba ni?"

Terkejut Adreanne tatkala terlihat susuk tubuh Aryan sedang berdiri di luar pagar. Cepat-cepat pintu pagar dibuka.

"Ni hah, mama suruh hantarkan tomyam dekat Aira. Mama cakap, Aira ada minta mama masakkan tomyam untuk Aira hari tu," beritahu Aryan seraya menghulur beg kertas yang terisi tupperware.

Beg kertas bertukar tangan. Adreanne tersengih. Kecur liur dia dibuatnya menghidu aroma tomyam Puan Aminah.

"Terima kasih angah sebab tolong hantarkan tomyam ni," ucap Adreanne dengan senyuman.

"Sama-sama. Edy mana ni?" tanya Aryan sambil mencari kelibat Edirul Fahmi.

"Edy dah pergi kerja dah. Baru 10 minit dia keluar. Eh, jom lah masuk dalam dulu!"

Aryan membuntuti langkah Adreanne. Dikerling jam tangan berjenama Casio di tangan.

"Baru pukul tujuh lima puluh minit pagi. Awalnya pergi kerja," komen Aryan. Waktu itu, mereka dah melangkah masuk ke dalam rumah.

Adreanne yang berada di ruang makan menoleh.

"Edy ada meeting dengan client. Tu yang awal-awal lagi dia dah pergi office tu," balas Adreanne.

Adreanne meletak gelas berisi jus oren di hadapan Aryan.

"Jemput minum, angah. Kalau angah nak makan, ada nasi goreng dekat atas meja makan tu. Aira nak naik bersiap sekejap."

Aryan kerut dahi. "Nak bersiap? Aira nak pergi mana?"

"Aira nak keluar dengan kak long kejap lagi. Kenapa? Angah nak duduk lama ke?"

Aryan geleng. "Tak ada lah. Angah nak pergi breakfast dengan Hawa lepas ni."

Adreanne sengetkan bibir. "Amboi, nak jumpa girlfriend nampak!"

"Ah, biar lah! Aira fikir, Aira je ke yang boleh nak berdating dengan cinta hati? Angah pun nak dating-dating juga."

Adreanne julingkan mata ke atas. Alahai, mengadanya Aryan anak Encik Khuzairi ni!

"Angah buat lah macam rumah sendiri tau. Kalau nak makan ke minum apa-apa, angah selongkar je dapur tu."

"Ya, tahu lah angah nak mencari nanti. Dah, Aira pergi bersiap," usir Aryan sambil merebahkan badan ke sofa. Telefon yang berada di dalam kocek seluar ditarik keluar.

-------

PIN! Pin!

Bunyi hon yang bingit di luar rumah menyentakkan Adreanne. Cepat-cepat dia menyimpan kembali kotak berbentuk segi empat tepat itu di bawah bantal tidurnya.

Beg tangan yang berada di atas meja solek dicapai. Adreanne melihat sekilas penampilannya di cermin sebelum dia laju menuruni anak tangga.

Aryan yang tertidur di sofa berbentuk L dikejut.

"Angah, bangun. Aira nak keluar dah ni," ujar Adreanne sambil menolak-nolak lengan Aryan.

Terpisat-pisat Aryan membuka mata. "Kak long Edy dah sampai ke?"

"Dah, ada dekat luar tu."

Aryan bingkas bangun dari berbaring. Mata ditonyoh tiga kali sebelum dia berjalan keluar. Disarung selipar Jepun miliknya ke kaki.

Edrina yang turut sama berdiri di laman depan rumah Adreanne disapa.

"Aira tengah check tingkap dengan suis. Kejap lagi, keluarlah tu," beritahu Aryan ramah.

Edrina angguk. "Tak apa, saya tak kisah."

Sambil menanti Adreanne keluar, sekadar berbasa-basi Aryan berbual-bual dengan Edrina.

Adreanne berjalan melewati ruang rumah. Setelah memastikan semua suis dimatikan, dia melangkah laju ke arah pintu. Dia tak nak biarkan Edrina menunggu terlalu lama.

Langkah kaki Adreanne semakin laju. Terkial-kial dia mengeledah kunci rumah di dalam beg tangan. Risau juga Adreanne kalau-kalau dia terlupa untuk mengunci pintu rumah. Susah jadinya nanti.

Entah di mana silapnya, kaki Adreanne tersadung alas kaki yang diletakkan di depan pintu. Adreanne hilang keseimbangan badan untuk berdiri. Dia jatuh terhenyak di atas lantai.

Adreanne berdesis sakit. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Seperti nak patah tulang pinggangnya Adreanne rasa saat ini.

"Ss... Sakit," rintih Adreanne. Tangan naik memegang perut yang mula mengejang.

Aryan dan Edrina yang sedang sakan berbual terkejut apabila terdengar rintihan Adreanne. Laju keduanya menoleh melihat apa yang terjadi. Jatuh rahang mereka tatkala melihat Adreanne yang terhenyak di atas lantai.

"Astaghfirullahalazim, Aira!" jerit Edrina.

Dalam suara mengerang kesakitan itu, Adreanne nampak Edrina datang menerpa ke arahnya. Terasa kepala dia dipangku oleh Edrina.

Berkerut-kerut muka Adreanne menahan sakit. Pandangan Adreanne terasa berbalam. Seluruh sendinya juga terasa sengal-sengal dan perutnya terasa amat perit dan senak.

"Ya Allah, Aira! Aira bleeding ni!" ujar Edryleanna cemas.

Dalam meringis sakit, perlahan-lahan Adreanne angkat kepala. Jelas di matanya ada darah yang mengalir dari celah peha dan menuruni kakinya. Malah, bahagian bawahnya juga dah dibasahi darah.

"A... Anak Aira. Anak... Aira, kak... long," tutur Adreanne tersekat-sekat.

Edrina angguk. Ya, dia tahu Adreanne mengandung. Itu pun sebab Adreanne ada minta tolong dia tentang cara-cara untuk menggunakan pregnancy test di rumah Dato Fauzi tempoh hari.

"Kak long tahu," balas Edrina sedih.

Edrina angkat muka. Wajah Aryan yang terkebil-kebil mendengar perbualan mereka berdua dipandang.

"Kita pergi hospital. Sekarang!" Senafas Edrina memberi arahan kepada Aryan.

Bagaikan baru tersedar ke dunia nyata, Aryan tutup mulut. Diangguk sekali sebelum laju dia menerpa ke arah Adreanne yang berada di pangkuan Edrina. Tanpa apa-apa, Aryan mencempung tubuh Adreanne dan berjalan ke arah keretanya.

"Tak apa, saya bawakan Aira. Kita pergi kereta asing-asing, ya?" beritahu Aryan sambil membaringkan Adreanne di kerusi bahagian belakang.

Edrina angguk. "Jumpa dekat hospital. Saya call family saya."



•••••

Korang nak diorang gaduh teruk-teruk ke gaduh manja-manja je? Drop your comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro