♛ Bab 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NAK tertanggal rahang Edirul Fahmi. Boleh pula Adreanne cakap dia tak sayangkan Adreanne dan anak mereka.

"Tak apa lah, Edy. Sekali ni je kau buat kerja luar akal begini," monolog Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi membuka perlahan pintu almari. Rentap saja hanger yang diambil oleh Adreanne tadi, terus dia menukar pakaian.

"Sayangku Humaira, sayang tak nak pakaikan tali leher ni untuk abang ke?" umpan Edirul Fahmi.

Adreanne tak berkalih. Dia tak nak cakap dengan Edirul Fahmi. Dia mogok.

"Betul ni sayang tak nak abang pakai blazer tadi tu?" Edirul Fahmi mengumpan lagi.

"Abang tak sayang Aira. Aira benci abang," jerit Adreanne sebal.

"Sayangku Humaira... Cuba Humaira pandang abang sekejap, sayang." Edirul Fahmi memujuk.

Adreanne tetap tak berkalih. Jari dia laju menghantar mesej kepada Aryan dan Adzim untuk datang mengambil dia.

"Malam ni Aira nak tidur rumah mama. Aira tak nak tidur sini. Sebab abang dah benci Aira."

Lain yang ditanya, lain yang Adreanne jawab. Edirul Fahmi cuba sabarkan hati. Dilangkah dan dia berbaring di sebelah Adreanne.

Walaupun badan dia seperti nak jatuh dari katil sebab dia baring di sebelah Adreanne dalam keadaan Adreanne menghadap dia, Edirul Fahmi tetap tak kisah.

"Macam ni Humaira masih nak cakap abang tak sayangkan Humaira ke? Abang dah pakai tau baju yang Humaira nak."

Adreanne kemam bibir. Ya, dia nampak Edirul Fahmi dalam sepersalinan kemeja biru laut dan dialasi blazer dari luar.

"Abang mesti benci Aira, kan?" Muka Adreanne berubah muram.

"Sayangku Humaira, kenapa pula abang nak benci Humaira? Abangkan cinta sangat pada Humaira," pujuk Edirul Fahmi. Tangan menepuk perlahan punggung Adreanne.

Tanpa amaran, tiba-tiba ada manik halus yang merembes keluar. Bahu Adreanne menghinggut untuk menahan sedu.

"Aira... Aira d... Dah... Sus... Sahkan abang," jawab Adreanne dalam sedu.

Edirul Fahmi tarik senyum nipis. Aduhai, Humaira! Mood Humaira ni betul-betul boleh buat dunia dia berpusing.

"Tak lah, mana ada Humaira susahkan abang. Pakai baju je, kan? Hari-hari abang buat benda yang sama." Edirul Fahmi meniru ayat yang digunakan oleh Adreanne tadi.

Adreanne tak terasa hati. Malah, dia tersenyum riang. Suka apabila Edirul Fahmi memujuk dia.

"Aira suka abang pakai begini. First time Aira nampak abang pakai blazer pagi tadi," luah Adreanne.

Biasanya Edirul Fahmi akan menyarung blazer apabila lelaki itu tiba di pejabat. Tapi pagi tadi, Edirul Fahmi dah siap memakai blazer. Kata Edirul Fahmi, Edirul Fahmi akan terus berjumpa client.

"Betul ke sayang pertama kali nampak abang pakai blazer?" soal Edirul Fahmi dalam nada tak percaya.

Memuncung mulut Adreanne. "Abang nak cakap Aira tipu abang ke?"

"Sayangku Humaira, abang tak cakap Humaira tipu abang. Masa abang jadi supervisor Humaira dulu, abang pernah je pakai blazer. Humaira tak pernah nampak ke, sayang?"

Laju kepala Adreanne menggeleng.

"Masa tu Aira mana kisah abang nak pakai apa." Takut-takut Adreanne menjawab.

"Ya lah, Humaira kan benci abang..."

"Mana ada! Aira tak benci abang pun. Aira tak nak kahwin dengan abang je. Sekarang ni, hari-hari rasa nak suruh abang lafaz akad nikah depan tok kadi lagi," jawab Adreanne.

Punggung Adreanne ditepuk geram. Membulat mata Adreanne.

"Hesy, mana boleh sayang nak suruh abang nak lafaz nikah lagi! Abang nervous tau masa kita nak nikah dulu. Lagi nervous daripada masa sayang cakap sayang tak nak bertunang dengan abang," cerita Edirul Fahmi.

"Abang ni... Suka mengungkit."

Bila nada Adreanne dah mula berubah tona, Edirul Fahmi cepat-cepat memujuk. Dia dah mengantuk sekarang ni.

"Tak lah, abang tak mengungkit pun. Abang cuba beri perbandingan supaya Humaira faham perasaan abang masa kita nak nikah tu. Dah, sekarang ni jom kita tidur. Abang ada mesyuarat awal pagi esok." Edirul Fahmi menguap besar.

-------

"I nak jumpa dengan Encik Fahmi. Is he here?" tanya Inara dengan lagak sombong.

Zara yang ralit melihat komputer mengangkat muka. Dikerutkan dahi.

"Maaf, tapi cik ni siapa ya?" tanya Zara penuh berhati-hati.

Inara berpeluk tubuh. Muka perempuan berbaju kurung kain kapas itu dipandang dengan riak jelik.

"I'm Inara, anak Dato' Kamal. You tahu kan siapa Dato' Kamal?" jawab Inara dengan wajah angkuh.

Dato' Kamal. Siapa saja yang tak tahu dengan nama yang gah dalam dunia construction ni. Sebut saja nama daddy-nya itu, pasti semua terkulat-kulat melayaninya dengan baik kerana mahukan tender.

Zara gugup. Dia angguk.

"Tahu, cik. Maafkan saya. Encik Fahmi ada dekat dalam bilik tu," tutur Zara sambil menghalakan ibu jarinya ke arah bilik yang terletak berhadapan dengan mejanya.

Zara bangun. Dia ingin mengiringi langkah gadis bertubuh langsing seperti model itu ke bilik ketuanya.

"Eh, you boleh buat kerja you! No need to bring me there." Inara cepat-cepat menahan Zara apabila Zara bertindak untuk membuka langkah.

Zara terkulat-kulat. Erk, boleh pula Inara demand macam tu.

"Tapi, saya belum inform Encik Fahmi lagi."

Inara angkat tangan untuk menyuruh Zara berhenti melangkah. Dia senyum sedikit.

"I'll tell him by myself," ujar Inara.

Inara pantas meninggalkan Zara yang masih terkulat-kulat di sebelah meja kerja Zara. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, terus Inara melangkah masuk ke dalam bilik kerja Edirul Fahmi.

"Zara, berapa kali saya nak cakap sebelum masuk bilik saya ketuk pintu dulu?" ujar Edirul Fahmi yang masih belum mengangkat wajah melihat si empunya badan.

Edirul Fahmi mengeluh kecil. Sudah acapkali dia berpesan kepada Zara untuk mengetuk pintu terlebih dahulu. Tapi, Zara selalu melulu masuk dek short term memory loss yang barangkali sudah sebati dalam diri Zara.

Inara senyum senget. 'Huh, nama budak perempuan depan tu Zara ke,' tuturnya dalam hati.

Dengan selamba, Inara tarik kerusi dan melabuhkan duduk di hadapan Edirul Fahmi. Tangan menompang dagu untuk menatap wajah kacak yang menjadi igauan dia semenjak-dua menjak ni.

"Zara, awak tak dengar ke saya cakap apa? Awak ni muda-muda lagi dah nyanyuk," rengus Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi jatuhkan pen yang berada dalam genggamannya ke atas meja. Sebaik saja mukanya diangkat, dia terkejut.

"How dare you boleh lupa nama I yang cantik ni, Encik Fahmi?" tegur Inara berjauh hati.

Edirul Fahmi tutup mulutnya yang sedikit terbuka. Dia berdehem sekali bagi membetulkan suara.

"What are you doing here? Macam mana you boleh masuk bilik I tanpa Zara? I tak dapat apa-apa info pun daripada Zara," ujar Edirul Fahmi dingin.

Inara sengetkan sedikit kepalanya. Dia tersenyum manja.

"Oh, I yang nak masuk sendiri bilik you! Kalau tunggu PA you inform you dulu, lambat lah I boleh jumpa you."

Edirul Fahmi ketap bibir. Ditarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan.

"So, what's bringing you here?"

Tak betah lagi untuk melihat perangai manja Inara yang melentik semacam, terus Edirul Fahmi bertanyakan tujuan Inara bertandang.

"I ingat nak minta you tukar sikit rekaan haritu. I rasa we should add few things there."

Edirul Fahmi kerut dahi. Tukar lagi? Seingatnya, baru seminggu yang lepas Inara datang berjumpanya untuk menukar design tersebut. Tak akan minggu ni Inara mahu menukar lagi design tersebut?

Ah, biarlah! Malas dia mahu kusutkan fikirannya dengan sifat cerewet Inara.

"You nak tambah apa lagi? I rasa dah cukup elok dah design haritu. Kalau ada banyak benda yang you nak ubah, I takut jadi masalah pula dekat pihak kontraktor nanti," ujar Edirul Fahmi berhati-hati. Mahu atau tak, Inara tetap client besarnya dan dia harus bersikap professional.

"Who's care? Dah itu memang kerja diorang, so let them do their works. You tak perlu nak kisah sangat pasal orang," angkuh Inara bercakap.

Edirul Fahmi mengeluh perlahan. Sememangnya Inara seorang yang suka meninggi diri.

"Okey. Then, I'll tell them," putus Edirul Fahmi.

Bagi Edirul Fahmi, tak ada guna untuk dia membantah kerana Inara yang dia kenal amat sukar untuk mengubah pendirian.

"Ada apa-apa lagi yang you nak ubah atau tambah?" tanya Edirul Fahmi.

Inara geleng sambil tersenyum manis. Tas tangan di atas meja diambil dan dia bangun dari duduk.

"Nope. I minta diri dulu," pamit Inara.

------

"EH, Ad!"

Teguran seseorang mematikan langkah Adreanne. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Naufal sedang berjalan mendekatinya.

"Buat apa dekat sini?" tanya Naufal pelik.

Kalau tak silap Naufal, ini kali pertama Adreanne datang ke Creative Corporation sebagai isteri Edirul Fahmi.

Selama lima bulan Edirul Fahmi berkahwin, tak pernah sekalipun Edirul Fahmi membawa Adreanne ke pejabat. Barangkali Edirul Fahmi takut Adreanne akan menjadi perhatian, telah Naufal.

"Saja datang sini. Nak tengok kalau-kalau Edy ada pasang skandal belakang saya ke," seloroh Adreanne.

Naufal gelak. Dia menggeleng kecil. Ada-ada je lah Adreanne ni.

"Saya berani jamin Edy tak kan berani nak main kayu tiga dengan awak," ujar Naufal sambil tersenyum.

Adreanne jungkit bahu. Tak boleh percaya sangat Naufal ni. Maklum lah, Naufal kan kawan baik Edirul Fahmi. Mana tahu dalam diam dua orang lelaki ini ada berkomplot ke...

"Edy tahu tak awak datang sini?" tanya Naufal ramah.

Adreanne sengih. Pipi digaru lembut. "Tak."

Naufal simpan senyum. Memang dia dah agak jawapan itu yang bakal terbit dari dua ulas bibir Adreanne.

"Apa pun, congratulations and happy nesting!" ucap Naufal dengan sengihan.

"Eh! Mana Encik Naufal tahu ni?" Adreanne kerut dahi. Tiba-tiba Naufal mengucap kata tahniah atas kehamilan dia.

"Encik Naufal?" Naufal rasa panggilan itu lebih menarik minat dia berbanding soalan Adreanne.

" Ya lah. Kan dulu pun saya panggil Encik Naufal juga. Apa yang nak peliknya?"

"Tu dulu. Sekarang ni Ad bukan lagi student intern dekat sini. Panggil Naufal je. Sebab saya kan kawan Edy," suruh Naufal.

"So Naufal, macam mana awak tahu saya pregnant?" Adreanne ulang soalan yang sama.

Naufal juih bibir ke arah bilik pejabat Edirul Fahmi. Adreanne mengangguk faham.

"Pergilah masuk bilik Edy. Dia ada je dalam bilik tu."

"Err... tak apa ke?" Risau Adreanne bertanya.

"Tak apa. Awak kan menantu bos besar dalam company ni. Siapa lah yang berani nak halang," gurau Naufal.

Adreanne sengih.

"Nanti saya beritahu dekat PA Edy pasal awak."

"Terima kasih, Naufal."

"No biggie!"

-----

ADREANNE mengetuk pintu berwarna coklat gelap di hadapannya. Dalam diam, dia agak gentar apabila memikirkan reaksi Edirul Fahmi nanti.

"Masuk!" laung si empunya bilik.

Adreanne melangkah masuk. Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal riak wajahnya.

"Sayang?" ujar Edirul Fahmi terkejut.

Diebabkan rasa terkejut, Edirul Fahmi bingkas bangun. Pintu ditutup perlahan dan dikunci. Wajah gugup Adreanne direnung tajam.

"Err... abang..." ujar Adreanne takut-takut. Ditundukkan muka untuk menekur lantai.

"Datang sini naik apa?" tanya Edirul Fahmi tanpa nada.

"Grab," jawab Adreanne perlahan.

"Kenapa datang?"

"Aira nak makan tengah hari dengan abang. Aira ada bawa makanan untuk kita makan sama-sama," ujar Adreanne. Mangkuk tingkat yang berada dalam pegangannya diangkat.

Edirul Fahmi diam. Dia berjalan kembali ke arah meja kerjanya.

"Lain kali tak payah datang sini," tutur Edirul Fahmi sambil melabuhkan duduk. Dia kembali menyibukkan diri dengan lambakan kertas kerja di atas meja.

Adreanne terkedu. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar daripada mulut Edirul Fahmi. Airmata mula bertakung. Sayup-sayup bunyi tangisan kedengaran dalam bilik kerja Edirul Fahmi yang hening.

Edirul Fahmi panggung muka. Mata dipejam sekali.

"Ah, teruk kau Edy! Kau lupa ke Humaira tu tengah mengandung? Mesti lah dia emo semacam," marah Edirul Fahmi kepada dirinya.

Lagi sekali, Edirul Fahmi bangun lalu mengatur langkah ke arah Adreanne yang masih statik berdiri di tengah-tengah ruang pejabatnya. Tangan Adreanne cuba diraih, namun Adreanne pantas menepis.

Edirul Fahmi ketap bibir. Alamak, isterinya dah merajuk!

Adreanne mengesat kasar airmatanya. Tanpa berkata apa-apa, dia berpusing ke belakang dan melangkah ke arah pintu. Belum sempat tangan naik memulas tombol, tangan kekar milik Edirul Fahmi memegang bahagian atas tangannya. Adreanne melepaskan nafas kasar.

"Lepas." Senafas Adreanne memberi arahan.

Edirul Fahmi buat tak tahu dengan arahan Adreanne.

"Humaira nak pergi mana, sayang?" tanya Edirul Fahmi lembut.

"Balik," ujar Adreanne sepatah.

"Tak payah balik. Jom, teman abang makan."

"Tak nak," rajuk Adreanne.

Edirul Fahmi tersenyum nipis. Tangan Adreanne diraih dan digenggam erat walaupun Adreanne memberontak.

"Humaira tak nak, tapi abang nak makan dengan Humaira. Dah, jom kita makan. Abang lapar ni," ajak Edirul Fahmi. Tangan Adreanne ditarik untuk mengikut langkahnya.

Tanpa melepaskan pegangan tangan Adreanne, Edirul Fahmi melabuhkan duduk di atas kerusi yang terdapat di meja kerjanya. Tubuh Adreanne ditarik perlahan sehingga Adreanne jatuh terduduk di atas ribanya. Edirul Fahmi memeluk erat pinggang si isteri dari belakang. Dagu diletakkan di atas bahu Adreanne.

"Ish, tak nak lah!" Adreanne memberontak sambil dia cuba untuk meloloskan diri daripada pelukan Edirul Fahmi.

"Ala, duduk lah kejap. Abang rindu nak peluk-peluk isteri abang yang cantik ni," pujuk Edirul Fahmi. Pelukan diketatkan lagi.

"Tadi marah-marah orang lepas tu sekarang nak peluk-peluk orang," ujar Adreanne perlahan.

Edirul Fahmi tersenyum lebar. Amboi, cakap tu punya lah kuat! Nampak sangat sengaja.

"Mana ada abang marah Humaira, sayang. Abang tanya je, kan?"

"Tanya lepas tu marah. Hesy, lepas lah! Rimas tahu tak rimas!"

"Suap abang makan dulu, baru abang lepas." Edirul Fahmi memberi arahan.

"Tangan ada dua, suap lah sendiri. Bukan peluk-peluk orang."

Edirul Fahmi simpan senyum. Ah, comelnya Adreanne bahasakan diri 'orang-orang'! Ni rasa nak gomol ni.

"Sayangku Humaira... Suap lah abang. Tadi sayang cakap sayang datang sini sebab nak makan dengan abang, kan?"

Adreanne kerling muka Edirul Fahmi yang bertenggek di atas bahunya dengan ekor mata. Kemudian, dijulingkan matanya ke atas.

"Tadi tu abang tak marah Humaira lah, sayang." Edirul Fahmi memujuk.

"Tipu," cebik Adreanne.

"Ya, betul! Sumpah... Abang tak tipu."

"Kalau tak marah, kenapa suara orang tu dingin je? Lepas tu tengok orang macam nak telan," perli Adreanne.

"Siapa 'orang tu' tu?" tanya Edirul Fahmi, sengaja.

"Orang tu lah."

"Ya lah orang tu, tapi siapa ?"

"Dia lah."

"Dia siapa?"

"Dia lah... Yang tak malu peluk-peluk kita lepas dah marah kita," jawab Adreanne.

Edirul Fahmi ketawa kuat. Muka cemberut Adreanne benar-benar lucu. Adreanne apa lagi, makin cemberut lah dia!

"Orang nak balik," ujar Adreanne tiba-tiba sekaligus mematikan tawa Edirul Fahmi.

"Nanti kita balik sama-sama. Tapi, Humaira kena tunggu abang habis kerja dulu lah. Boleh kan, sayang?"

"Orang nak balik dengan abang Naufal. Tak nak balik dengan abang," ujar Adreanne.

Sengaja Adreanne menyebut nama Naufal dengan panggilan 'abang' di depan. Dia tahu, Edirul Fahmi pasti cemburu.

Ah, biarkan! Biar Edirul Fahmi tahu bagaimana rasanya makan hati.

Mata Edirul Fahmi membuntang. Nak balik dengan abang Naufal?!

•••••••

Agak-agak chapter lepasni apa jadi ? Edy merajuk balik ke? Atau Aira betul-betul balik dengan Naufal?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro