♛ Bab 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"FAHMI, Fahmi dekat mana?"

Edirul Fahmi berkerut dahi. Suara Dato' Kamal yang jelas kedengaran risau itu cuba ditafsir.

"Fahmi on the way balik rumah ni. Kenapa, uncle?"

Dato' Kamal meraup mukanya kasar. Rambut yang sudah beruban dikuak ke belakang.

"Please... Kalau boleh pecut, Fahmi pecut. In case kena saman ke apa, I'll pay for it."

"Uncle? Uncle kenapa risau ni? Calm down, please..."

"No! Uncle betul-betul risau sekarang ni. Fahmi, Inara... Fahmi."

Edirul Fahmi gigit bibir bawah. Ish, suka buat saspen betul lah!

"Kenapa dengan Inara?" Dalam nada tertahan, Edirul Fahmi bertanya.

"Inara ada dekat rumah Fahmi. Spy uncle follow kereta Inara dan dia beritahu uncle, Inara ada dekat dalam rumah Fahmi. Spy uncle dengar Adreanne menjerit. Dia cuba untuk pecah masuk rumah Fahmi tapi tak boleh," terang Dato' Kamal panjang lebar.

Patut lah Inara kelihatan gembira benar hari ini. Rupanya ada muslihat terselit di sebalik riak gembira yang terpancar di wajah anak gadisnya.

"What?!" Edirul Fahmi terjerit kecil.

Oh, sebab ini rupanya jantungnya berdebar sakan! Edirul Fahmi menarik nafas dalam.

"Thank you, uncle. Fahmi cuba untuk sampai rumah cepat."

"Hati-hati. Laju-laju juga tapi keselamatan jangan lupa," pesan Dato' Kamal.

Edirul Fahmi sekadar mengiyakan. Talian dimatikan dan nombor Adreanne segera didail.

"Angkat, sayang... Angkat. Jangan buat abang risau."

Call declined!

Edirul Fahmi telan liur kesat. Shit! Dia betul-betul tak dapat nak bertenang sekarang. Jantung dia tak usah dicakap, lajunya seperti mahu tercabut keluar. Perut dia terasa sebu. Kedua pasang kaki dan tangannya mula bertukar sejuk. Edirul Fahmi menggenggam kuat stereng.

"Ah, saman tak saman! Yang penting bini dan anak aku selamat!"

-------

"INARA!"

Adreanne menjerit kuat dek terkejut. Entah apa yang merasuk Inara dia sendiri tak tahu.

Sewaktu Adreanne ingin memotong kek tadi, Inara tiba-tiba merampas pisau rambo yang dipegangnya. Dengan sekelip mata, leher Adreanne dah berada di belakang pisau rambo.

"Diam!" jerkah Inara.

"Bawa mengucap, Inara. Ingat Allah. Ingat daddy awak, Inara."

"Diam! Aku cakap diam, baik kau diam sebelum aku cucuk pisau ni dekat leher kau!" ugut Inara keras.

Dah lama dia tunggu saat ini. Saat di mana dia dapat menghapuskan isteri lelaki yang dia cinta. Kisah apa dia kalau dia terpaksa membunuh sekali pun. Ini cintanya. Satu-satunya perasaan cinta yang tak pernah dia rasa sebelum ini.

Kalau dengan membunuh, dia berjaya untuk mendapatkan Edirul Fahmi, Inara sanggup. Apa yang penting, perasaan cinta yang dia rasa akan diperjuangkan habis-habisan.

"Tolong, Inara! Lepaskan saya, please..." rayu Adreanne.

Adreanne betul-betul takut. Macam mana kalau nanti yang menjadi mangsa Inara bukan dia, tapi anak dalam perut dia?

Ah, tak sanggup rasanya untuk Adreanne korbankan bukti cinta dia dan Edirul Fahmi!

"Tak! Aku takkan lepaskan kau!" Inara mula berang.

"Tapi, kenapa Inara? Apa salah saya pada awak?" Adreanne merintih.

"Kau boleh tanya lagi aku apa salah kau?"

Dada Inara berombak laju. Seriously Adreanne boleh tanya dia macam tu? Ish, perempuan ni memang nak kena! Rambut Adreanne ditariknya kuat. Berbekalkan rambut yang berada dalam genggamannya, Inara mengheret Adreanne ke dapur.

"S... Sakit... Inara. Sakit!" rintih Adreanne.

Ya Allah, apa salah dia sampai Inara marahkan dia begini sekali. Sumpah! Adreanne betul-betul tak tahu apa salah yang dia dah buat dekat Inara.

"Heh, kisah apa aku kau sakit ke tak! Hati aku ni... Gati aku ni lagi sakit tengok kau, kau tahu tak?!"

"Inara, apa salah saya pada awak? Saya betul-betul tak tahu dekat mana silap saya."

"Stop pura-pura tak tahu apa salah kau, Adreanne! Dekat sini tak ada suami kau, kau tak perlu nak acah baik sangat lah!"

"Saya tak pura-pura, Inara. Saya tak berlakon! Saya betul-betul tak tahu." Dalam menahan perit, Adreanne cuba bersuara.

"Kau rampas Fahmi daripada aku! Kau rampas dia! Aku benci kau, Adreanne! Aku benci!"

Adreanne beristighfar. Sampai macam tu sekali Inara marah pada dia. Sebab cinta, Inara macam orang yang menakutkan. Sebab cinta, Inara sanggup sakitkan dia.

"Saya tak rampas Edy daripada awak, Inara," pujuk Adreanne lembut.

Api yang marak tak boleh disimbah dengan minyak. Kalau dua-dua mahu jadi api, sampai ke sudah perang tak akan tamat.

"Habis, kalau kau tak rampas Fahmi, kenapa kau kahwin dengan Fahmi? ni anak ni..."

Perut Adreanne ditekannya kuat.

"... Kenapa kau sampai boleh pregnantkan anak Fahmi kalau kau tak rampas dia daripada aku? Jawab!" Mata Inara mencerlung geram.

Muka Adreanne berkerut. Ya Tuhan, sakitnya perut dia sekarang ini. Selama lapan bulan dia mengandung, ini kali pertama perutnya ditekan kuat begini.

Adreanne mengenggam kuat baju yang dipakainya. "Err... S... Sa... Sakit..."

"Aku bukan nak dengar kau mengadu sakit! Aku suruh kau jawab soalan aku! Kenapa kau kahwin dengan Fahmi? Kenapa benih dia boleh ada dalam rahim kau?!"

Adreanne mengetap gigi. Dia cuba membuka mulut untuk bersuara. Lagi lama dia diam, lagi baran Inara jadinya.

"Se... sebab..."

"Sebab takdir, Inara! Takdir."

------

EDIRUL Fahmi melangkah keluar dari kereta dengan laju. Dari luar, dia dapat dengar dengan jelas betapa kuatnya suara Inara terpekik di dalam rumah. Tak berlengah lagi, dia segera mengeluarkan segugus kunci dan kunci rumah dicarinya.

"Ah, masa ini juga lah kau nak bawa kunci banyak-banyak macam ni, Edy!"

"Sabar, Fahmi. Sabar."

Edirul Fahmi tersentak. Siapa pula yang nak menegur dia masa-masa genting macam ni? Dia menoleh.

"Uncle," tegur Edirul Fahmi sepatah.

Dato' Kamal angguk. "Dah, buka pintu tu."

Klik! Bunyi kunci dibuka. 

Edirul Fahmi cepat-cepat menguak pintu. Dia segera mencari kelibat Adreanne sebelum satu pekikan kuat bergema dari arah dapur. Laju saja sepasang kaki milik dia dan Dato' Kamal menuju ke arah dapur.

Mata Edirul Fahmi terbuntang. Isteri dia! Isteri dia sedang menangis sambil merintih kesakitan.

"Aku bukan nak dengar kau mengadu sakit! Aku suruh kau jawab soalan aku! Kenapa kau kahwin dengan Fahmi? Kenapa benih dia boleh ada dalam rahim kau?!" 

Sekali lagi lontaran suara Inara bergema kuat. Bingit telinga mereka dibuatnya.

"Sebab takdir, Inara. Takdir," pintas Edirul Fahmi.

Tak menunggu lama, laju saja Edirul Fahmi berjalan ke arah Adreanne yang sudah terbaring lemah di atas lantai dapur.

"Stop! Jangan datang!" larang Inara.

"Kenapa jangan datang?" tanya Edirul Fahmi berani. Matanya tak lepas dari memandang wajah Adreanne.

Inara yang perasan akan pandangan Edirul Fahmi semakin berang. Tatkala dia terlihatkan Edirul Fahmi sekali lagi cuba menghampiri dia dan Adreanne, dia memekik kuat. 

"Aku cakap jangan datang, jangan datang lah! Kau dan betina perampas ni sama je. Dua-dua tak faham bahasa!"

Berdesing telinga Edirul Fahmi mendengar ayat Inara itu. 'Betina perampas? Dia panggil isteri aku betina perampas? Perempuan ni memang nak kena ajar!'

"Siapa yang perampas sekarang ni? Kau tak malu ke buat hal dekat rumah orang, hah!" balas Edirul Fahmi, turut sama memekik.

"Inara, stop!" jerkah Dato' Kamal yang tak betah mendengar pekikan itu. Makin lama dibiar, makin naik hantu Inara dibuatnya.

Inara menoleh. Dato' Kamal. Kenapa dia tak perasan akan kelibat bapanya? Ah, lantak lah! Apa yang dia tahu, cintanya kepada Edirul Fahmi perlu mencapai titik noktahnya hari ini juga.

"Daddy jangan masuk campur urusan I dengan betina ni," ugut Inara.

"Inara... stop please. Inara baik kan, sayang? Inara stop, okey?" Dato' Kamal cuba berlembut.

Berhenti? Berhenti sakitkan Adreanne? Tak! Dia tak akan berhenti. Adreanne harus dihapuskan hari ini juga. Inara geleng laju.

"No! I tak nak berhenti. Betina ni dah rampas Fahmi daripada I!"

"So, what do you wanna do?" tanya Dato' Kamal.

"I nak hapuskan dia!" jawab Inara tekad.

Ya, Inara dah tekad. Hari ini, Edirul Fahmi akan jadi milikya. Milik dia seorang.

"Apa maksud Inara, sayang?"

"I nak bunuh betina tak guna ni! Betina ni tak layak hidup."

Adreanne yang mendengar ayat Inara terkedu. "A... abang..." panggilnya takut-takut.

"Eh, kau diam lah!" marah Inara. Rambut Adreanne ditarik ke atas dengan kuat. Habis terdongak Adreanne dibuatnya.

Edirul Fahmi hilang sabar. Dia risau. Dia benar-benar kasihankan Adreanne. Tapi apa yang patut dia buat? Fikir Edy, fikir!

"Inara, you cintakan I?" tanya Edirul Fahmi secara tiba-tiba.

Mata Inara bersinar. "Yes! I cintakan you. Cinta sangat-sangat!"

"Kalau macam tu, you lepaskan Adreanne boleh?" Edirul Fahmi cuba berdiplomasi. Harap-harap Inara mahu mendengar katanya.

Inara merengus kasar. Heh, taktik lama!

"Tak! Kau saja je kan nak umpan aku!"

"Eh, tak! I tak umpan you. You lepaskan Adreanne then kita settlekan hal kita berdua secara elok. Nak?"

"Tak nak! Aku kena hapuskan dia dulu baru kita boleh bincang."

Inara semakin mendekatkan mata pisau rambo ke leher jinjang Adreanne.

"Cepat, aku bagi kau lima belas saat untuk kau cakap dengan cinta aku yang kau dah rampas tu!" arah Inara kepada Adreanne.

Adreanne bernafas laju. Dada dia terasa sesak. Nafasnya tersekat-sekat. Adreanne segera mencari anak mata Edirul Fahmi.

"Aira takut... Tolong anak kita, abang."

Edirul Fahmi cuba melangkah lagi.

"Shh... abang ada, sayang. Humaira jangan takut, okey?"

"Ish! Aku suruh kau bagi wasiat terakhir, kau boleh bersweet-sweet pula. Kau memang sengaja nak naikkan darah aku!" rengus Inara.

Skret! Lengan Adreanne ditoreh perlahan dari bahu ke bawah.

"Ah, sakit!" jerit Adreanne kuat. Pedih. Ngilu. Semua ada.

"Diam! Ini baru sikit!" bentak Inara kasar.

Bising betul lah Adreanne ni. Kalau ikutkan Inara, mahu saja ditetak terus leher Adreanne. Namun, dia mahu menyeksa Adreanne dulu. Biar Adreanne terseksa macam mana terseksanya dia setiap kali tengok Edirul Fahmi tersenyum bahagia di sisi Adreanne.

"Inara, stop!" jerit Dato' Kamal kuat.

"Tangkap dia," arah Dato' Kamal ke arah dua orang lelaki berbaju putih yang baru saja tiba.

Inara yang terdengarkan arahan Dato' Kamal menoleh ke arah dua orang lelaki itu. Ah, dia kenal dengan dua orang lelaki itu! Secara tiba-tiba Inara melutut. Pisau rambo yang berada dalam pegangannya ditolak ke tepi.

"Daddy, tolong Izara, daddy! Diorang nak tangkap Zara."

Dahi Edirul Fahmi berkerut. Izara? Bukan Inara ke yang Dato' Kamal gelarkan tadi? Ah, lantak lah Izara ke Inara ke, yang dia tahu isteri dia sekarang ni!

"Sayang? Sayang okey?" tanya Edirul Fahmi cemas.

Adreanne mengangguk. Tak terdaya rasanya dia nak bersuara. Edirul Fahmi segera mencapai kain lap berwarna putih yang masih bersih dari dalam laci dapur. Kain lap tersebut terus dibalutkan ke lengan Adreanne yang ditoreh tadi. Tubuh Adreanne dicempung dan dibawa masuk ke ruang tamu.

"Tahan sikit ya, sayang." 

Dato' Kamal menggeleng. "Tangkap je dia," arahnya lagi.

Dua orang lelaki tadi mengangguk. Seorang lelaki yang memakai nametag Luthfi itu segera menyeluk poket kot putih yang dipakainya. Picagari dikeluarkan lalu dihalakan ke arah bahu Inara.

"Da... ddy..." ujar Inara sebelum dia pitam disebabkan oleh kesan ubat penenang yang diberikan.

Bunyi siren ambulans menyentakkan mereka. 

"Azmi, bawa Cik Inara ke hospital dulu. Saya pergi kemudian," ujar Doktor Luthfi kepada seorang lagi lelaki yang bersamanya setelah Inara diletakkan di atas katil yang tersedia di dalam ambulans.

------

"MAAFKAN uncle, Fahmi, Adreanne. Fahmi, tak nak bawa Adreanne pergi klinik ke?" ujar Dato' Kamal. Wajah Adreanne yang jelas takut itu buatkan dia benar-benar rasa bersalah.

"Tak apa, Dato'. Biar saya rawat Puan Adreanne," tawar Doktor Luthfi.

Luthfi meminta izin Edirul Fahmi dan Adreanne untuk merawat Adreanne. Setelah mendapat kebenaran, dia mula meleraikan ikatan pada lengan Adreanne dan membelek lengan yang ditoreh dengan pisau rambo tadi.

"Encik, boleh tolong bawa Puan Adreanne ke bilik air? Encik tolong basuhkan kesan darah dengan air bersih."

Edirul Fahmi angguk. Tak hiraukan pandangan sesiapa, terus sahaja dia mencempung Adreanne ke bilik air. Perlahan-lahan dia mula membersihkan kesan darah. Sesekali Adreanne berdecit.

"Humaira tahan sikit ya, sayang."

Usai membersihkan kesan darah tersebut, sekali lagi Adreanne dicempung.

"Abang, malu lah," ujar Adreanne perlahan.

Edirul Fahmi buat tak tahu. Tiba saja di ruang tamu, Adreanne didudukkan dengan penuh tertib.

"Saya cuci luka ni, boleh Puan?" tanya Doktor Lutfhi.

Adreanne angguk. Tangan Edirul Fahmi digenggam erat. Apabila terasa sakit yang kuat mencengkam, digenggamnya kuat tangan Edirul Fahmi. Berkerut juga lah muka Edirul Fahmi disebabkan oleh genggaman Adreanne yang sangat kuat.

Dato' Kamal yang sekadar menjadi pemerhati tersenyum nipis. Sweet!

"Mujur torehan tadi tak dalam sangat dan tak ada koyakan. Jadi, saya tak perlu jahit. Cuma saya akan bersihkan dengan iodin dan balut macam biasa," terang Doktor Luthfi lagi. Tangannya lincah membalut lengan Adreanne dengan bandage berwarna putih.

"Pasal apa yang berlaku hari ini, uncle betul-betul minta maaf. Sebenarnya Inara menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder atau nama pendeknya DID. DID ini sebenarnya ialah keadaan di mana berlakunya kecelaruan personality. Pesakit yang menghidap DID biasanya akan mempunyai lebih daripada satu personality dalam diri mereka," jelas Dato' Kamal.

"Maksud uncle?" tanya Edirul Fahmi kurang mengerti.

"Inara dan Izara adalah orang yang sama. Izara tak wujud sebenarnya. Izara cuma lah watak rekaan Inara dalam khayalan Inara. Inara selalu fikir yang dia ada adik kembar dan uncle lebih sayangkan Izara daripada dia. Walhal mereka adalah orang yang sama dan Inara anak tunggal. Watak Izara ni hanya wujud bila Inara dalam mood yang baik, mood seorang gadis melayu yang ayu. Bila Inara terlampau 'enjoy', mula lah dia bertukar menjadi seorang Inara yang liar dan ganas."

Edirul Fahmi angguk. Dalam diam, dia beristighfar panjang. Semoga satu hari nanti Inara diberikan kesembuhan oleh Dia Yang Maha Kuasa.

"Dah lama ke Inara menghidap penyakit ni?" tanya Adreanne yang sedari tadi hanya diam mengunci mulut.

"Sejak Inara berumur 18 tahun. Masa tu arwah aunty baru saja meninggal dunia dan uncle agak sibuk. Mungkin uncle terlalu sibuk sampai Inara rasa tersisih. Daripada situ, Inara mula mewujudkan watak baru."

"Kenapa sebelum ni Fahmi tak pernah nampak Inara pun?"

"Sebenarnya, Inara curi-curi balik Malaysia. Uncle bawa Inara pergi UK untuk dia buat treatment dekat sana dengan Doktor Luthfi. Tapi, uncle terkejut bila Doktor Luthfi bagitahu yang Inara tempah tiket flight senyap-senyap ke Malaysia. Inara belum betul-betul sembuh sepenuhnya. Dan sebab tu uncle risau bila dia berani keluar sorang-sorang. Uncle minta maaf sangat sangat, Fahmi, Adreanne," ujar Dato' Kamal kesal.

Sejak Inara didiagnoskan menghidap DID, Dato' Kamal lebih banyak meluangkan masa bersama Inara. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Dek kerana dirinya terlampau sedih dengan pemergian arwah Datin Aishah, dia sengaja sibukkan diri dengan mengejar projek yang bernilai jutaan Ringgit Malaysia. Dia lupa ada anak di rumah yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada dia. Sudahnya, apabila Inara disahkan menghidap DID, Dato' Kamal mula salahkan dirinya.

"Tak ada apa lah, uncle. Uncle kuat ya. Ini semua ujian daripada Allah untuk uncle. Allah tahu uncle kuat sebab tu Allah uji uncle macam ini," ujar Adreanne sambil tersenyum nipis.

"Terima kasih, Adreanne. Uncle harap sangat suatu hari nanti Inara dapat pulih. Uncle rindukan anak uncle."

"InsyaAllah uncle, Inara boleh sembuh. Uncle jangan pernah putus berdoa. Doa yang diulang-ulang akan sampai ke penghujungnya."

"Terima kasih, Adreanne. Terima kasih, Fahmi. Uncle balik dulu. Apa-apa hal janganlah segan nak melawat uncle dekat rumah uncle tu."

•••••

Nak konflik lagi ke lepas ni? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro