♛ Bab 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAMPIR menitik airmata jantan Edirul Fahmi apabila melihat Adreanne menahan sakit untuk melahirkan anak mereka berdua.

Pagi tadi, apabila doktor mengesahkan bahawa bukaan serviks Adreanne sudah pun tiga centimetre, Adreanne terus ditahan di wad. Kata doktor, Adreanne sudah overdue dua hari dan bila-bila masa saja bukaan serviks Adreanne boleh terbuka sehingga sepuluh centimetres.

"Ab... ang... s... sakit," rintih Adreanne sambil menahan sakit. Duduk dan baringnya serba tak kena. Semuanya disebabkan oleh rasa sakit yang benar-benar tak dapat ditanggung.

Edirul Fahmi jatuh kasihan dengan rintihan itu. Dulu, semasa Adreanne diserang oleh Inara pun dia sudah tak sanggup untuk melihat Adreanne dalam kesakitan apatah pula kali ini.

Dari duduk di atas kerusi yang disediakan di tepi katil, Edirul Fahmi bangun lalu punggung dihenyak perlahan di atas tilam bersebelahan Adreanne.

"Sabar yaz sayang. Abang tahu sayang kuat," pujuk Edirul Fahmi lembut. Peluh yang merenik di dahi Adreanne diseka dengan ibu jari.

Adreanne rasa ingin menangis. Timbul rasa bersalah dalam hatinya kerana sering melawan kata-kata Puan Aminah dulu.

Adreanne yakin, kalau lah semua anak yang dilahirkan ke dunia ni dapat merasa betapa peritnya menahan sakit bersalin, pasti kaum ibu di dunia ini dihargai dan disanjung tinggi.

"Lambat lagi ke nak buka sepuluh centimetres ni? Aira betul-betul dah tak tahan..." adu Adreanne dengan muka yang berkerut-kerut.

Menurut Doktor Nuha, iaitu doktor sakit puan yang menjalankan pemeriksaan ke atas dirinya pagi tadi, kalau bukaan serviks belum mencapai sepuluh centimetres, dia belum boleh bersalin.

"InsyaAllah, tak lama lagi dah. Sayang nak bangun tak? Kita jalan sikit-sikit, nak?" tanya Edirul Fahmi prihatin.

Tangan Adreanne digenggam kuat, cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada Adreanne.

Adreanne angguk perlahan. Kalau dengan cara berjalan tu boleh kurangkan sedikit rasa sakit yang dialaminya, dia sanggup. Lagipun, Adreanne ada dengar juga, dengan berjalan dapat mempercepatkan proses bukaan serviks. Harap-harap dengan berjalan ni cepat lah sikit serviksnya terbuka hingga sepuluh centimetres.

Melihatkan Adreanne mengangguk, Edirul Fahmi bangun. Dia cuba membantu Adreanne untuk turun dari katil walaupun pergerakan Adreanne agak perlahan.

Edirul Fahmi memaut bahu Adreanne untuk merapatkan jarak mereka berdua. Tangan Adreanne langsung tak dilepas.

"Abang jalan slow-slow tau. Aira tak larat nak jalan laju-laju," pesan Adreanne.

"Ya, abang jalan slow-slow. Hati-hati jalan tu... Jangan lepas langsung tangan abang!"

Adreanne angguk. Mereka berjalan di sepanjang laluan yang terdapat di luar wad Adreanne.

Setelah hampir tiga pusingan berjalan, Adreanne tiba-tiba berhenti. Tangannya spontan menyentuh perutnya yang mula mengeras. Dahinya berkerut-kerut sambil mata terpejam sekali-sekala.

"Kenapa sayang?" tanya Edirul Fahmi cuak. Kalau nak kata air ketuban Adreanne pecah, tempat yang mereka berdiri ini tak basah pula.

"Con... trac.. tion makin kuat... Aira... s... sakit..." jawab Adreanne tersekat-sekat. Peluh semakin merenik di wajah putih gebu miliknya. Kakinya benar-benar rasa lemah semacam sekarang ni.

"Boleh jalan tak ni?"

"S... sakit..."

Tak menunggu lama, Edirul Fahmi terus mendukung Adreanne. Kakinya laju melangkah menuju ke wad yang menempatkan Adreanne. Sampai saja di wad kelas satu yang menempatkan Adreanne, kelihatan keluarga mereka sedang rancak berbual di sofa yang terdapat di hujung wad itu.

"Mama, mummy... bila sampai?" sapa Edirul Fahmi tatkala Puan Aminah dan Datin Fatima berjalan mendekati mereka berdua.

"Baru je sampai. Belum panas punggung pun lagi ha," seloroh Puan Aminah.

"Eh, letak lah Aira tu dulu!" sampuk Datin Fatima dengan nada yang risau.

Edirul Fahmi sengih. Dibaringkan Adreanne di atas katil secara perlahan-lahan. Selimut putih yang berada di hujung kaki Adreanne ditarik untuk menutupi separuh badan Adreanne. Tudung yang tersarung di kepala Adreanne ditanggalkan lalu disangkut di hujung katil.

"Aira macam mana?" tanya Puan Aminah risau. Rambut yang menutupi dahi Adreanne ditolak ke atas.

"S... sakit..."

Adreanne cuba untuk menjawab soalan Puan Aminah dengan lebih panjang, namun hanya perkataan 'sakit' saja yang terkeluar.

Puan Aminah mengangguk faham. Dia tahu akan rasa sakit yang dialami oleh Adreanne. Dia juga pernah merasai kesakitan yang sama suatu ketika dulu. Tapi, Adreanne harus kuat demi cucu yang bakal menjenguk dunia nanti.

"Aira rehat dulu ya, sayang..." ujar Puan Aminah sambil mengusap kekura tangan Adreanne.

Adreanne mengangguk lemah. Mata cuba ditutup. Semoga dia dapat melelapkan mata dengan aman petang ini.

-----

UWEK! Uwek!

Bunyi tangisan bayi bergema di segenap labour room itu. Adreanne tersenyum gembira. Tanpa ditahan, airmatanya jatuh menitik. Akhirnya, kesakitan yang dia alami selama hampir 15 jam itu berakhir dengan tangisan anaknya. Tepat pada pukul 12 tengah malam, Adreanne selamat melahirkan seorang anak perempuan.

"Tahniah! Anak awak baby girl," ujar Doktor Nuha selaku bidan tengah malam itu.

Bayi perempuan yang masih penuh dengan darah diangkat lalu ditunjukkan ke arah pasangan suami isteri itu sebelum diberikan kepada pembantu jururawat di sebelahnya untuk dibersihkan.

Adreanne mencari anak mata Edirul Fahmi. Kelihatan airmata sedang bergenang di tubir mata Edirul Fahmi. Dia nampak kebahagiaan yang terpancar dalam anak mata Edirul Fahmi.

"Anak kita baby girl," ujar Adreanne lemah.

Adreanne bersyukur kerana tak ada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak mereka tadi.

Edirul Fahmi menatap mata Adreanne dengan 1001 perasaan yang tak dapat dia ungkapkan dengan kata-kata. Dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Thank you sayang sebab dah lahirkan anak kita. Abang sayang Humaira sangat-sangat." Edirul Fahmi tunduk mencium dahi Adreanne. Lama.

Adreanne sebak. Dia terharu. "Aira sayangkan abang juga."

Doktor Nuha yang melihatkan pasangan suami isteri itu mengungkap kata cinta tersenyum.

"Encik dah boleh iqamatkan anak Encik, ya," ujar Doktor Nuha. Bayi perempuan yang sudah dibersihkan itu dihulurkan kepada Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi angguk. Anak kecil itu dipangku berhati-hati lalu kakinya perlahan melangkah ke sudut labour room.

"Anak papa," ucap Edirul Fahmi penuh kasih. Dahi bayi yang masih berwarna kemerah-merahan itu dicium sekejap.

Laungan iqamat yang berkumandang dalam labour room itu buatkan Adreanne rasa sebak. Hari ini, tepat pada pukul 12 tengah malam seorang lagi khalifah Allah lahir di bumi fana ini. Airmata Adreanne sekali lagi tumpah membasahi wajahnya.

"Sakit ya, Puan?" tanya Doktor Nuha lembut.

Terkejut juga Doktor Nuha apabila melihatkan Adreanne menangis. Sangkanya, Adreanne menangis disebabkan oleh rasa sakit yang dialami semasa proses jahitan koyakan berlaku.

Adreanne ketap bibir. Dia malu. Adreanne fikir, Doktor Nuha tak perasan dia menangis. Namun, ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Adreanne senyum nipis.

"Sikit je lagi ni, Puan. Saya dah nak habis jahit dah ni sebab koyakan tak besar sangat. First degree tear."

Adreanne hanya mampu tersenyum walaupun dia langsung tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'first degree tear'. Apa yang dia tahu, dia mahu rehat sekejap.

Adreanne letih kerana selama hampir 15 jam menahan sakit contraction itu, dia langsung tak boleh tidur dengan nyenyak. Tidurnya terganggu dek kesakitan yang terlampau namun kesakitan yang dialami terasa 'dipujuk' oleh tangisan bayi perempuan tadi.

Perlahan-lahan Adreanne menutup mata.

------

"MUKA dia macam muka abang, kan?"

Soalan Adreanne itu dibalas dengan anggukan. Edirul Fahmi melingkar tangan di pinggang Adreanne. Jarak mereka dia rapatkan.

"Abang nak cakap satu benda ni," ujar Edirul Fahmi dengan nada serius.

Adreanne kerut dahi. Aik, serius betul suara tu.

"Apa dia?"

"Sekarang ni, sayang betul-betul dah ada madu."

Mata Adreanne membuntang. Spontan jarinya mecubit kuat tepi perut Edirul Fahmi. Terjerit kuat Edirul Fahmi dibuatnya.

"Sayang, sakit lah!" marah Edirul Fahmi.

Uwek! Uwek!

Belum sempat Adreanne membuka mulut untuk membalas, bunyi tangisan bayi bergema dalam bilik tidur mereka itu. Sudah tiga hari berlalu sejak Adreanne dibenarkan pulang ke rumah dan sekarang mereka berada di rumah Puan Aminah.

Adreanne menepuk perlahan punggung bayi perempuan itu.

"Shh... ibu ada ni, sayang. Jangan nangis," pujuk Adreanne. Punggung bayi perempuan yang berada dalam pangkuannya ditepuk.

"Sini, bagi abang. Biar abang pujuk Airis," sampuk Edirul Fahmi.

Bayi perempuan yang dipanggil Airis itu bertukar tangan. Airis. Airis Malihah. Bukti cinta mereka berdua yang dikandung oleh Adreanne selama sembilan bulan itu telah berada dalam pangkuan Edirul Fahmi.

Adreanne tersenyum melihat Edirul Fahmi yang bersungguh-sungguh memujuk Airis daripada menangis.

Tak lama kemudian, Airis berhenti menangis. Adreanne menjenguk sedikit wajahnya untuk melihat Airis. Kelihatan Airis sudah pun lena dibuai mimpi.

"Nasib baik Airis berhenti menangis. Abang lah ni! Siapa suruh menjerit tadi. Tak pasal-pasal Airis terjaga," rengus Adreanne geram. Peha Edirul Fahmi ditampar sedikit kuat.

Kalau ikutkan hati Adreanne yang tengah berdongkol geram ni, nak je dia tampar kuat-kuat peha Edirul Fahmi. Namun, apabila mengenangkan Airis yang baru saja kembali tidur, dibatalkan niat. Kasihan pula Airis nanti, asyik terjaga.

"Eh, abang pula! Sayang lah... Siapa suruh tiba-tiba cubit abang. Dah lah sakit," balas Edirul Fahmi tak mahu kalah.

Edirul Fahmi bangun lalu Airis yang berada dalam pelukan diletakkan di dalam baby cot yang berada di tepi katil mereka.

"Yalah, yang abang tu sebut-sebut pasal madu tu kenapa? Aira ni luka bersalin hari tu pun tak sembuh lagi. Tapi abang dah cakap pasal madu," sebik Adreanne.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Bahu Adreanne terhinjut-hinjut menahan tangis. Sampai hati Edirul Fahmi ada niat nak hadiahkan madu untuk dia lepas dia dah separuh mati berjuang untuk melahirkan Airis. Sampai hati Edirul Fahmi buat dia macam ni.

Adreanne terkilan. Edirul Fahmi tak habis-habis nak bergurau pasal madu. Sikit-sikit cakap pasal madu. Dia ni teruk sangat ke sampai Edirul Fahmi ada niat nak carikan madu untuk dia?

"Eh! Kenapa menangis ni sayang?" tanya Edirul Fahmi.

Terkejut dia tatkala melihat Adreanne sudah tersebik-sebik menangis. Edirul Fahmi melabuhkan duduk di birai katil. Bahu Adreanne diusap lembut.

"Jangan sentuh lah!" Adreanne menepis kasar tangan Edirul Fahmi yang sedang mengusap bahunya itu. 

Ah, dia tengah sakit hati macam ni pun Edirul Fahmi boleh tanya kenapa! Nampak sangat Edirul Fahmi langsung tak kisah akan perasaannya.

Perlahan-lahan Adreanne bangun dari duduk. Dia mahu turun ke dapur. Dia mahu lihat menu pelik apa lagi yang dimasak oleh Puan Aminah hari ni.

"Sayang nak pergi mana tu?" tanya Edirul Fahmi lagi apabila soalannya tadi Adreanne abaikan.

Adreanne jungkit bahu. Eh, kisah pula Edirul Fahmi dia nak pergi mana! Suka hati lah Adreanne nak pergi mana pun.

Melihatkan Adreanne yang sengaja mengabaikannya, Edirul Fahmi tepuk dahi. Matanya memandang Airis yang sedang polos tidur di dalam baby cot di hujung katil itu.

"Habis lah papa, Airis. Papa ada dua baby nak kena pujuk sekarang ni. Tadi papa dah pujuk Airis, sekarang ni ibu Airis pula yang papa kena pujuk."

••••

Thank you Altairstar07sebab suggestkan nama Airis Malihah tu. Saya dah google, maksud nama Airis Malihah tu Sejenis bunga yang cantik. Thank you sangat sangat awak ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro