♛ Bab 72

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AIRIS, duduk diam-diam dalam troli tu. Jatuh nanti, ibu hantar pergi hospital. Nak ke?" ugut Adreanne.

Sekarang mereka berada di pasar raya. Habis saja makan malam di restoran tadi, terus Edirul Fahmi pandu kereta ke Aeon untuk membeli barang dapur.

"Tak nak!" Laju Airis menggeleng.

"Kalau tak nak, Airis duduk diam-diam." Adreanne berpesan lagi.

Airis mengangguk. Edirul Fahmi tersenyum memandang telatah keduanya. Ditolak troli Airis walaupun kaki Airis menghayun macam naik buai.

"Sayang ada nak beli apa je selain beras?" soal Edirul Fahmi kepada Adreanne di sebelah.

Airis berpeluk tubuh. "Hesy, mana oyeh panggil ibu cayang. Papa oyeh panggil Ayis je cayang tu."

Berbahang Adreanne rasa. Kecil besar, kecil besar Adreanne pandang Airis sekarang ni.

"Awak duduk je diam-diam dalam troli tu, Airis. Ibu hantar awak pergi hospital nanti baru tahu."

Adreanne cuba mengugut Airis dengan perkataan "hospital".  Airis sememangnya takut untuk ke hospital. Semuanya gara-gara Airis kerap demam sewaktu dia berusia dua tahun. Dan disebabkan itu juga lah, Adreanne akan mengugut Airis begitu.

"Tak nak! Tapi papa tak oyeh panggil ibu cayang," larang Airis lagi.

Edirul Fahmi yang malas nak mendengar Airis menjerit sekadar menurut. Terus diubah panggilannya kepada Adreanne.

"Ibu Airis ada nak beli apa-apa lagi ke selain beras?" Edirul Fahmi ulang soalan yang sama.

Adreanne yang faham dengan panggilan Edirul Fahmi tak ambil hati. Dipeluk lengan Edirul Fahmi dengan sebelah tangan menyemak aplikasi Notes di telefon.

"Aira nak beli barang basah sikit macam ayam. Pagi tadi, Airis ada minta nak makan tomyam ayam. Tapi pes tomyam pun dah habis," jawab Adreanne panjang lebar.

Airis yang mendengar namanya dipanggil segera menoleh. Terbuntang mata dia apabila terlihatkan tangan Adreanne yang memeluk lengan Edirul Fahmi.

"Aaa!" Airis menjerit kuat.

Edirul Fahmi dan Adreanne masing-masing terkejut dengan jeritan Airis. Jari telunjuk Edirul Fahmi naik ke bibir, menyuruh Airis untuk diam.

"Airis, tak nak menjerit." Edirul Fahmi menegur.

Muka Airis masam mencuka. Edirul Fahmi dah pandai marah dia sekarang. Mana pernah Edirul Fahmi marah Airis sebelum ni.

"Papa dah tak cayang Ayis..."

Adreanne menjuling mata ke atas. Airis ni ikut perangai siapa lah yang drama queen sangat ni.

"Papa sayang Airis. Airis tak nak lah menjerit macam ni. Tengok tu... Semua orang tengah pandang Airis sekarang. Airis tak malu ke?" pujuk Edirul Fahmi.

Airis melilau mata. Betul cakap Edirul Fahmi, banyak mata yang sedang memandang ke arah mereka.

"Kenapa Airis menjerit, sayang?" soal Edirul Fahmi pula apabila Airis masih merajuk.

Tanpa suara, Airis menunjukkan ke arah tangan Adreanne yang melekap di lengan Edirul Fahmi. Kemudian tangan dia disilang untuk membentuk huruf X.

Tahu lah Adreanne dan Edirul Fahmi yang Airis tak benarkan Adreanne memeluk lengan Edirul Fahmi.

"Anak abang ni mengada betul. Semua benda tak boleh," bisik Adreanne geram.

"Ayis tak cuke ibu peyuk-peyuk papa," ujar Airis dengan muka marah.

Adreanne sengaja mahu menaikkan darah Airis. Dipeluk lengan Edirul Fahmi makin kejap dengan kepala melentok ke bahu Edirul Fahmi.

Membulat mata Airis memandang Adreanne. Airis rasa nak menjerit tapi baru je dia buka mulut, Edirul Fahmi dah mencerlung tajam ke arah dia. Airis sebik.

"Papa kan dah selalu peluk Airis dekat rumah. Sekarang ni, Airis beri lah ibu pula yang peluk papa. Lagipun, kalau ibu hilang macam mana? Airis nak ke ibu hilang?"

Edirul Fahmi cuba berdiplomasi. Mujur juga mereka dah berada di rak yang menempatkan pes tomyam. Dapat juga dia berhenti menolak troli Airis.

Airis geleng. "Tapi ibu dah beshar. Kalau ibu ilang, ibu boyeh bayik umah cendiri."

Makin berbahang Adreanne rasa apabila mendengar ayat Airis. Airis ni... Kecil-kecil cili padi betul!

"Abang gaduh lah dulu dengan anak abang ni. Aira nak pergi cari pes tomyam yang sedap."

Adreanne berjalan sedikit jauh dari troli. Melilau mata dia mencari pes tomyam dari jenama yang dia suka.

"Airis sayang, tak baik tau Airis cakap dekat ibu macam tu. Kalau ibu hilang betul-betul, siapa nak bancuh susu untuk Airis? Siapa nak dodoi Airis tidur bila papa kena kerja jauh?"

Edirul Fahmi cuba berlembut. Rambut Airis yang jatuh ke dahi dikuak ke belakang. Airis menggeleng.

"Ocey. Ibu oyeh peyuk papa," jawab Airis.

--------

MATA Airis mula rambang apabila mereka melewati rak yang menempatkan pelbagai jenis coklat.

"Papa!" jerit Airis.

Tangan Edirul Fahmi yang masih menolak troli terhenti. Adreanne yang dari tadi sibuk mencari barang yang perlu dibeli turut sama berhenti melangkah.

"Kenapa, Airis?" soal Edirul Fahmi.

Bila jari telunjuk Airis menghala ke arah rak coklat di belakang, Adreanne dan Edirul Fahmi menoleh.

"No!" Tegas Adreanne melarang.

Bibir Airis mencebik. "Tapi, Ayis nak akan cocelat. Ayis dah ame tak akan cocelat."

"Ibu cakap tak boleh, means tak boleh. Airis nak gigi rongak ke?"

Edirul Fahmi cuma diam memerhati. Bab-bab makanan manis ni memang dikawal rapi oleh Adreanne. Dia sendiri pun angkat tangan, surrender bila Adreanne dah bertukar menjadi ibu singa.

"Gigi ongak tu apa, ibu?"

Kening Airis bercantum. Gigi rongak? Gigi tu nama dia rongak ke? Hodoh betul nama gigi tu.

"Gigi rongak tu gigi warna hitam. Ada lubang sana sini sebab banyak gigi kena cabut. Airis nak ke ibu bawa Airis pergi cabut gigi dekat hospital?" terang Adreanne.

Laju tangan Airis naik menutup mulut. "Tak nak! Ayis tak nak jumpa doter. Doter ja'at."

Adreanne tersenyum kemenangan. Airis, Airis. Dengar je nama doktor atau hospital, terus dengar cakap.

"Kalau tak nak jumpa doktor, Airis tak boleh makan coklat selalu. Pagi tadi, pak ngah dah beri Airis coklat dua bar, kan? Ingat ibu tak tahu ke," perli Adreanne.

Pagi tadi, Aryan ada datang ke rumah dia sewaktu Edirul Fahmi masih di pejabat. Ada dua sebab kenapa Aryan datang bertandang; satu, Aryan datang untuk menyampaikan arahan berkumpul di rumah Encik Khuzairi. Dua, Aryan dah rindu sangat pada Airis.

Airis sengih seperti kerang busuk. Alamak, macam mana pula Adreanne boleh tahu ni!

"Ibu, cayau Ayis nak akan eshkrem oyeh tak?" Airis cuba tawar menawar.

Adreanne kalah dengan muka comel Airis. "Airis nak makan aiskrim apa?"

"Eshkrem yang warna ijau ada bintik cocelat tu," jawab Airis dengan dahi berkerut. Susah betul nak sebut nama aiskrim yang satu tu.

"Aiskrim chocolate mint ke?"

"Becui, becui! Andai ibu Ayis ni."

Airis menepuk tangan. Suka bila Adreanne tahu aiskrim yang dah menjadi kesukaan dia tu.

Edirul Fahmi menyenget kepala ke telinga Adreanne yang terlindung dengan tudung. Dia berbisik.

"Habis lah abang malam ni, sayang. Mesti Airis sumbat aiskrim tu dalam mulut abang."

Adreanne tergelak kecil. Apa yang Airis makan, itu lah yang Airis akan suap kepada Edirul Fahmi. Masa Airis mula-mula rasa aiskrim chocolate mint yang dibeli oleh Adreanne dulu, terus Airis suka dengan perisa aiskrim tersebut.

Adreanne ingat lagi, waktu tu Edirul Fahmi baru pulang dari bermain badminton bersama Naufal. Nampak je Edirul Fahmi tersandar di sofa, terkedek-kedek Airis berlari ke arah Edirul Fahmi.

"Papa tena matan eshkrem ni. Eshkrem ni cedap tau!"

Edirul Fahmi menjenguk muka ke dalam cawan Airis yang berisi aiskrim. Air liur ditelan kasar. Aiskrim ubat gigi?!

"Tak nak lah, Airis. Papa dah makan dengan uncle Naufal tadi. Papa kenyang lagi." Edirul Fahmi cuba menolak.

"No, no. Papa cena matan juga. Ayis dah cimpan cikit untuk papa ni."

Sekali lagi Airis suakan sudu aiskrim ke arah Edirul Fahmi. Lambat-lambat Edirul Fahmi menelan aiskrim yang disuap oleh Airis.

"Abang kan papa kesayangan Airis. Abang kena lah makan apa yang anak abang nak." Adreanne mengekek.

-------

HUJUNG minggu dah pun tiba. Malam ini, mereka akan bermalam di rumah inapan yang ditempah oleh Encik Khuzairi memandangkan esok kenduri Aryan dan Hawa akan diadakan di rumah Hawa.

"Airis, Airis nak adik tak?" Sambil meriba Airis, Aryan bertanya.

Terkebil-kebil mata Airis memandang Aryan. "Adik tu apa, pak nyah?"

Aryan rasa nak hentak kepala di dinding. Dah berkali-kali dia tegur Airis tentang sebutan "pak ngah" tu tapi Airis tetap memanggil dia "pak nyah."

"Bukan pak nyah, Airis. Pak ngah, pak ngah. Hesy, berapa kali pak ngah nak cakap jangan panggil pak ngah, pak nyah?"

"Came je pak nyah. Cepat lah pak nyah, adik tu apa?"

Airis menggoyang bahu Aryan. Bergerak ke depan dan belakang Aryan jadinya. Aryan pasrah. Pak nyah pun pak nyah lah.

"Adik tu hmm... Macam mana pak ngah nak cakap eh?"

Aryan bingung. Mana pernah dia buka Kamus Dewan Bahasa sebab nak tahu apa maksud "adik." Yang dia tahu, "adik" tu "adik" lah.

"Pak nyah cakap je lah. Ibu cakap, kita nak cakap guna muyut. Pak nyah kan ada muyut," balas Airis. Jari Airis memegang bibir Aryan.

Sumpah! Sekarang ni Aryan betul-betul rasa nak hentak kepala dia dekat dinding.

"Airis ni macam ibu lah, suka menjawab." Aryan mencebik.

"Cebab Ayis kan anak ibu."

Aryan turunkan Airis dari riba. "Airis nak tahu kan apa maksud adik?"

Airis angguk.

"Airis pergi naik bilik ibu... Airis tanya pada ibu dan papa. Mesti ibu dan papa tahu jawab."

Bila Airis mencicit lari ke tingkat atas, Aryan menghela nafas lega. Harap-harap anak dia dan Hawa nanti tak macam Airis, tanya soalan macam polis pencen!

"Baru lah buku bertemu ruas. Kan mama, kan?" tegur Adzim. Puan Aminah di sebelah disenggol bahu.

Puan Aminah jatuhkan kepala. "Baru dia tahu macam mana pening kepala mama nak layan dia yang nakal tu dulu."

------

"IBU! Ibu!"

Adreanne yang sedang berbaring di atas katil sambil dipicit dahi oleh Edirul Fahmi cuba mencelik mata.

"Kenapa, Airis?" tanya Adreanne dengan mata tertutup. Tak larat sangat dia nak buka mata sekarang.

"Adik tu apa, ibu?" Dengan nada polos, Airis bertanya.

Airis cuba memanjat katil. Bila Airis rasa susah sangat nak naik ke atas katil, disuakan tangan ke arah Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi yang faham akan permintaan Airis memegang bawah ketiak Airis. Sekelip mata, Airis duduk bersila di atas katil dengan tangan menopang dagu.

"Airis tanya soalan apa ni, sayang? Ibu penat ni, Airis?" Lemah suara Adreanne menjawab.

"Tadi kan, pak nyah tanya Ayis nak adik ke tak. Ayis tanya lah pak nyah, adik tu apa. Pak nyah cuwoh Ayis tanya ibu denan papa." Airis membuka cerita.

Makin pusing kepala Adreanne mendengar cerita Airis. Aryan ni kalau jumpa Airis, mesti ada je benda pelik yang Aryan ajar.

Dulu, pernah sekali tu Aryan ajar Airis buat tarian "popi popo pipu" yang tular dekat Tiktok tu. Tiga hari juga lah Airis buat twerk dekat ruang tamu. Naik darah Adreanne jadinya.

"Adik tu adik lah. Nanti kalau ada adik dalam perut ibu, Airis kena jadi kakak. Sebab Airis ada dua orang adik-beradik." Edirul Fahmi jadi tukang jawab.

"Ada adik dayam pewot ibu? Ibu makan adik ke, papa?" tanya Airis lagi.

"Ibu tak makan adik lah, sayang. Allah tiupkan roh adik dalam rahim ibu. Rahim ibu tu ada dekat dalam perut ibu. Nanti Airis dah besar, Airis faham lah."

Edirul Fahmi cuba menerangkan kepada Airis dalam ayat yang mudah. Tapi Airis nampak tak faham dengan penerangannya.

"Allah tiup roh adik tu macam kita tiup belon ke, papa?" Jari Airis mengetuk-ngetuk dagu.

"Aip! Mana boleh kita fikir macam tu, Airis. Papa sendiri pun tak tahu macam mana Allah tiup roh tu tapi kejadian bayi memang bermula dari proses peniupan roh. Airis nak tahu satu cerita tak?" Edirul Fahmi cuba mengumpan Airis dengan topik lain.

Laju kepala Airis mengangguk. "Nak, nak! Airis cuke denar papa cewita."

Edirul Fahmi menarik Airis untuk duduk di atas ribanya. Adreanne yang dah tertidur ditepuk perlahan.

"Dulu kan, sebelum Airis duduk dalam perut ibu, Airis ada buat perjanjian dengan Allah. Bukan Airis je, papa, ibu, tok ma, pak ngah... Semua orang ada buat perjanjian dengan Allah. Airis tahu tak kita semua ni ada janji apa pada Allah?"

Airis menggeleng. "Ayis tak tawu."

"Kita janji pada Allah yang kita akan hambakan diri kita kepada Allah. Kita akan ikut perintah Allah dan tinggalkan semua larangan Allah. Dan sebabkan janji kita tu lah, Allah ciptakan kita untuk hidup dekat dunia ni," cerita Edirul Fahmi.

"Pewintah Allah tu apa, papa? Macam ibu tak bagi Ayis makan cocelat ke?"

Tersungging senyum di bibir Edirul Fahmi. Airis suka betul jadikan Adreanne sebagai contoh. Nasib baik juga lah Adreanne sedang tidur. Kalau tak, ada juga yang bergaduh nanti.

"Betul. Tapi yang tu lebih kepada larangan ibu untuk Airis. Perintah Allah ni, kita kena solat. Airis selalu nampak kan papa dan ibu solat?" soal Edirul Fahmi.

Airis angguk.

"Ha, tu lah perintah Allah untuk semua umat Islam. Nanti Airis dah umur 10 tahun, Airis dah kena ikut papa dan ibu solat. Airis nak belajar solat tak?"

"Nanti papa ajar Ayis colat, ocey?"

Airis sua jari kelingking untuk berjanji. Edirul Fahmi layankan juga permintaan Airis. Ditaut jarinya pada jari kelingking Airis.

"Esok papa kejut Airis solat. Sekarang ni, Airis kena tidur. Esok kan kita nak makan kenduri pak ngah."

Airis angguk. Dimuncung bibir untuk menyuruh Edirul Fahmi cium seperti selalu. Edirul Fahmi melabuhkan ciuman di bibir, pipi dan dahi Airis.

"Selamat malam, princess papa. Papa sayang Airis."

"Ayis pun cayang papa juga. Cayang manyak-manyak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro