ANGEL EYES 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ayah kamu bukan penduduk sini, dia seorang pelarian yang digunakan Duvan sebagai senjata."

"Awalnya dia diangkat menjadi tentera Duvan dan dilatih seperti tentera biasa. Masyarakat bahkan tidak tahu dia sebenarnya seorang pelarian yang diambil Duvan. Sehinggalah dia berkahwin dengan Ibu kamu. Saya tak pasti ibu kamu tahu atau tidak identiti sebenar suaminya."

"Sehinggalah dia diberi ganjaran untuk tidur dengan tawanan. Ganjaran yang diselit maksud disebaliknya." Lyra genggam tangannya sendiri. Buat pertama kali dia menceritakan apa yang dia pendam sendirian secara terbuka begini. Bahkan jemarinya rasa gementar mengingat kembali hari-hari itu.

"A..apa maksudnya?" Suara Angel bergetar buat mata Adham beralih menatap gadis itu. Jelas ada air mata cuba dibendung perempuan itu.

"Ayah kamu,, lelaki digunakan Duvan untuk menjadi senjata perang. Dia dikerah untuk menjadi seseorang yang sukarela mati di medan perang dengan meledakkan bom pada tubuh sendiri." Lyra diam mencari nafas, jemari yang sedang bergetar terasa hangat disalurkan seseorang buat dia berpaling melihat Rowen tersenyum tipis disebelah.

"Ka..kamu tipu kan? Macam mana kamu tahu?" Angel ketap gigi.

"Saya tawanan yang tidur dengan dia.." Lyra menjawab mendatar. 

"Saya kenal dia melalui mata dia, dia satu-satunya tentera yang punya mata seperti kamu Angel." Takut-takut Lyra membalas. Makin jemarinya bergetar, makin kemas tangannya digenggam Rowen.

Keadaan sunyi seketika, semua mata memandang Angel kelihatan masih terkejut dengan kenyataan yang terpaksa dia hadam.

"Jadi beritahu kami.."

"Angel!!"

Pak! Garfu diatas meja dicapai tangan kanan Angel yang tidak bergari sebelum laju dihala ingin menikam pada matanya sendiri.

"APA KAU NAK BUAT!!" Mujurlah Adham cepat bertindak manahan tangan itu. Turun naik nafasnya merenung air mata Angel turun menitis ke pipi. Apa yang difikirkan gadis itu sebenarnya?

"Saya benci mata ni..." dalam mengetap gigi gadis itu membalas.

Bagaimana dia tidak membencinya. Dia dibesarkan dengan cerita kehebatam Duvan dan kekejaman Gavriel yang menjadi punca kematian Ayahnya! Bahkan kematian ibunya turut dijadikan cerita berpunca daripada Gavriel.

Dua cerita yang berbeza, dan dia tidak pasti dimana dia harus meletak dirinya. Dunianya sangat kusut. Dan apa fungsi mata cantik itu jika dia tidak dapat melihat kebenarannya.

Adham merengus sebelum dia merampas garfu ditangan Angel lantas dilempar jauh.

"Kau bukan seorang yang bencikan mata kau sendiri.." Dingin Adham menutur.

"Abang kau pun bencikan mata dia sendiri. Tapi sebabkan mata kau ni, dia yang tanggung jenayah yang kau buat pada ibu aku!"

Sekali lagi Angel tergamam. Tak berkelip dia mendongak memandang Adham.

"Adham!" Maria laju menarik Adham menjauhi Angel.

Dalam sehari, berbagai kejutan yang dia terpaksa hadapi? Penderaan apakah ini? Ia lebih sakit daripada hukuman biasa. Sangat-sangat sakit.

"Dia masih terkejut Adham, bagi dia bertenang dulu. Mama tahu kamu rasa geram dengan apa yang berlaku pada Ryan. Tapi dia ada alasan sendiri.."

"Mama tak rasa dia gadis yang jahat..." Lembut terasa usapan di kepalanya. Angel perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang Maria yang jauh berbeza dari sebelumnya. Wajah wanita itu kelihatan lebih tenang dan damai. Tiada lagi pandangan sinis buatnya.

"Kalau dia nak bunuh mama, dia ada peluang yang besar. Jadi Angel.. saya tahu kamu anak yang baik." Lembut usapan Maria di pipinya. Angel tunduk kepala. Sudah lama dia hilang usapan itu. Mengingatkan dia pada ibunya.

"Beritahu saya, apa yang kamu buat pada darah saya yang kamu dapat dari menikam bahu saya?"

•••

Bunyi palang besi dibuka buat Ryan yang terlelap dalam keadaan duduk mengangkat wajahnya.

"Pak Cik Zoey, Ella." Ryan segera bangun melihat Ella dan ayahnya di depan pintu bilik tahananya.

"Tempoh tahanan kamu dah selesai.  Tiada bukti yang kukuh yang kamu terlibat memandangkan ramai saksi yang kamu bersama Noah semasa kejadian." Zoey kenyit mata kearah Ryan dibalas senyuman tipis oleh pemuda itu.

"Ryan! Aku rindukan kau." Laju Ella menerpa ke arah Ryan menilik wajah lelaki itu. Ada kesan lebam mungkin sesi soal jawab meminta jawapan Ryan buat wajah lelaki itu ditumbuk. Pegawai tahanan Gavriel memang terdiri dari orang-orang yang kejam seperti papanya.

"Ella.."

"Ya Ayah!" Laju Ella berpaling dengan sengihan memandang papanya. Zoey menjenggil mata, dia tidak suka anaknya menggedik dengan mana-mana lelaki.

"Jom balik, Ryan boleh berjalan."

"Tapi Ayah, Ella nak tolong Ryan pakaikan baju." Ella mencebik.

"Apa kamu yang pakaikan baju dia selama ni?!" Soal Zoey garang.

Ella diam berfikir.

"Tak juga, tapi hari ni Ella boleh buat memandangkan Ryan tengah sakit."

"Jangan nak menggatal! Ikut Ayah balik!" Garang balasan Zoey buat Ella menjuih bibir.

"Ryan!"

"Ya Tuan."

"Kamu boleh berjalan dan pakai baju sendiri kan? Apa kamu nak saya yang tolong pakaikan?" Sangat garang dan menyeramkan soalan Zoey buat Ryan laju menggeleng kepalanya. Demi apapun, dia tidak sanggup anak beranak itu tolong pakaikan baju untuknya.

"Saya boleh pakai sendiri, tangan saya tak sakit."

"Dengar jawapan Ryan sendiri." Zoey jeling anak perempuannya buat Ella mencebik.

"Yelah, jumpa nanti Ryan."

"Jumpa nanti."

Tak lama itu dua susuk itu beredar dan Ryan turut beredar diiringi pengawal disitu. Saat kakinya melangkah, fikirannya menerawang jauh memikirkan, adakah Adham sudah jalankan tugasnya? Membawa perempuan itu kesini?

Apa yang sudah berlaku sepanjang ketiadaan dia?

•••
"Jadi kamu lah Angel? Kamu nampak muda. Antara kamu dan Ryan mana lebih tua ya?" Jett menyoal mesra buat Angel terkebil-kebil.

Bagaimana dia mahu menjawab dia sendiri tidak kenal lelaki bernama Ryan itu!

"Jett, macam mana dia nak jawab. Dia tak kenal pun Ryan dan umur Ryan." Syira geleng kepala sambil dia menyelak rekod kesihatan gadis bernama Angel itu. Tempoh hari, Angel pengsan setelah kehilangan banyak darah hingga dia tidak sedarkan diri dalam 2 hari. 3 hari berlalu sudah berlalu setelah dia sedarkan diri. Keadaan Angel juga makin pulih.

"Ryan lahir bulan Februari. kamu?"

"Jett kenapa kau berminat dengan soalan macam tu?" Maria geleng kepala sambil dia menunggu Lyra mengupas kulit epal.

"Sebab saya nak tahu antara Angel dan Ryan siapa abang atau kakak dan siapa adik." Jett memandang teruja. Wajah Angel dihadapannya sangat-sangat mirip dengan Ryan.

Adham dan Kyle memandang bosan. Kalau tidak kerana orang atasan mereka disini, mereka tidak perlu bersusah payah turut berada disitu mengiringi orang atasannya.

Mana taknya! Noah dan Rowen yang cepat-cepat ke wad Angel setelah mendengar khabar Lyra dan Maria datang menjenguk Angel. Dua-dua sama kebudakkan tak mahu berjauhan dengan isteri.

"Tuan! Tuan Ryan akan tiba." Seorang pengawal membuka pintu memberi khabar buat Angel meneguk air liur. Ryan yang dikatakan abangnya. Entah kenapa dia pula yang merasa gugup. Adakah dia takut untuk berhadapan dengn realiti.

Sudah beberapa malam dia memikirkan segala cerita Lyra buat dia tidak sabar ingin menemui lelaki itu semata-mata mahu melihat dengan matanya sendiri sejauh mana kebenaran Lyra.

"Iring dia masuk ke bilik ni sebaik dia tiba." Balas Noah. Pengawal itu kelihatan mengangguk kepalanya sebelum dia beredar menutup daun pintu. Angel cengkam selimutnya. Dia takut.. dia sangat-sangat takut.

"Angel.." Tangan Angel yang mencengkam selimut digenggam Lyra. Senyuman dihadiahkan wanita itu sangat nyaman buat wajah tegang Angel mengendur.

"Ryan seorang lelaki yang baik." Lyra senyum lebar seperti memahami apa yang bermain difikirannya sekarang.

Bunyi pintu dikuak buat Angel lambat-lambat mengangkat wajahnya. Matanya sedikit membesar memandang wajah itu. Dia pernah melihat wajah itu sebelum ini  tetapi tidak mata itu. Mata itu sama sepertinya tetapi lelaki yang dia temui sebelum ini matanya berbeza.

"Tuan Noah, Tuan Rowen, Tuan Jett." Ryan tunduk sedikit wajahnya menyapa atasannya. Dia agak terkejut melihat ramai pengawal berdiri di bilik Angel. Tidak dia sangka semua atasan ada dibilik itu. Adakah Angel terlalu penting buat mereka?

Walaupun satu-satunya keluarga yang Angel ada sekarang hanyalah dia.

Saat Ryan berpaling dan saat itu juga mata mereka bertembung. Angel tersentak. Mata itu sangat dingin merenungnya. Dia dapat melihat dengan jelas ada kesan lebam di wajah Ryan. Adakah kerana dia?

"Wah.. aku tak sangka dapat tengok pemandangan ni. Ryan dan Angel nampak comel. Macam kembar." Teguran Syira buat Angel dan Ryan serentak mengalih pandangan mata masing-masing.

"Syira jangan rosakkan suasana." Maria jenggil mata.

"Ryan, macam mana bilik tahanan? Kamu nampak luka." Rowen bangun menilik wajah anak lelakinya.

"Ini tak ada apa papa. Sikit je." Ryan memegang tangan Rowen yang ingin memegang lukanya.

"Rowen kamu manjakan Ryan sangat." Lyra menegur sambil menyua epal ke mulut Angel.

Angel hanya menurut membuka mulutnya. Dia tidak tahu apa yang ada pada keluarga ini, tapi dia rasa selesa dan nyaman. Perasaan apakah?

"Mak cik boleh lepaskan saya?" Soalan Angel tiba-tiba buat semua berpaling.

"Maksud saya gari ni. Saya tak selesa dan ia sakitkan saya. Saya alergik pada besi bila saya berpeluh." Angel tunjuk gari yang Adham guna menahan dia dari bergerak ke mana-mana. Lelaki itu tidak berlembut padanya sejak dia ditahan disitu.

"Adham!" Maria jenggil mata memandang anaknya.

"Dia boleh larikan diri mama."

"Lepaskan dia sekarang." Tegas dan dingin arahan Maria buat Adham melepas keluhan dan akur menurut. Jelas ada kesan merah di pergelangan gadis itu. Dan buat apa dia peduli.  

"Nanti saya minta nurse sapukan ubat untuk awak Angel." Syira membelek tangan Angel.

"Terima kasih."

"Boleh saya tahu apa saya kena buat lepasni?" Soal Angel tiba-tiba. Takkan selama-lamanya dia mahu berada disitu melihat kedamaian mereka. Dia bukan sebahagian dari mereka.

"Apa yang kamu nak buat lepasni Angel?" Soal Maria kembali.

"Saya nak jumpa keluarga saya.." Angel tunduk wajahnya. Dia rindukan Zael dan Adeen.

"Keluarga?" Soal Lyra.

"Maksud kau, kekasih kau ke Angel? Aku tak rasa kau ada keluarga selain Ryan."

"Dia bukan kekasih saya! Dia keluarga saya!" Keras Angel membalas dakwaan Adham.

"Kau tahu, duduk sebumbung dengan lelaki tanpa ikatan yang sah, satu perbuatan yang tak bermoral." Herdik Adham lagi.

"Saya tak ada keluarga selain mereka! Dan saya tak perduli ia bermoral atau tak! Kalau awak hidup dengan kedamaian sebuah keluarga tanpa tahu sakitnya hidup tanpa sebuah keluarga! Baik awak tutup mulut awak dan diam!" Turun naik nafas Angel memandang Adham.

"Kaau.." Adham tajam membalas tatapan.

"Adham." Ryan menepuk bahu Adham sebelum dia toleh memandang Angel.

"Aku akan hantar kau pada keluarga kau nanti dengan bersyarat." Tak berperasaan Ryan pandang wajah itu.

"Apa?"

"Berhenti lakukan benda konyol lagi. Kalau kau bersekongkol dengan orang-orang itu untuk menentang Gavriel. Aku tak teragak-agak untuk buat kau bertanggungjawab atas segala jenayah yang kau buat."

"Dan berhenti muncul depan aku, sebab aku benci tengok muka kau." Kata-kata Ryan buat semua disitu tergamam.

"Ryan.." Lyra hilang kata-kata. Dia berpaling memandamg Angel hanya beriak kosong mendengar ucapan abangnya.

"Baik." Balasan ringkas Angel buat keadaan sunyi sejenak sebelum kedengaran Ryan mengangkat kaki beredar daripada situ.

"Ryan minta diri dulu, Ryan kena bersiap untuk lapor diri kembali." Hanya itu kata-kata terakhir kedengaran sebelum lelaki itu menghilang di balik pintu.

"Angel, Ryan mungkin.."

"Tak apa Mak Cik. Saya tak ambil peduli pasal tu." Laju Angel memintas dengan senyuman tipis. Dia tidak peduli, asalkan dia dapat kembali pada keluarganya. Ia sudah memadai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro