BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita kat mana?" Maria terpinga-pinga.

"Perkampungan Timur Feyre." Balas Rowen mendatar. Noah melangkah meninggalkan mereka berempat kebelakang.

"Kampung yang penduduknya dikatakan lenyap?" Soal Maria. Rowen mengangguk kepala.

"Ambil barang kau Maria. Malam ini mungkin kita akan menginap disini." Jett datang mengeluarkan beberapa pekakas yang akan diguna mereka. Sudah diagak Noah akan meminta mereka kesini memandangkan lelaki itu sudah lama tidak jejak kesitu. Lagipun mood Noah agak berbeza kali ini, mungkin angkara maklumat banyak yang berjaya mereka kumpul di pasar gelap sebentar tadi.

Sebagai salah seorang keluarga Timur Feyre, hati lelaki itu pasti ranap memikirkan kaumnya yang dianiaya sekejam itu.

"Kenapa kita kesini? Ada misi tambahan?" Soal Maria mengekor langkah Remy dan Jett. Dia berpusing-pusing sambil berjalan. Hari sudah beransur senja dan kawasan itu agak gelap. Bagaimana mereka mahu bermalam disitu.

"Ini kampung Noah.." Balas Remy lantas melangkah masuk ke dalam rumah yang sering mereka menginap apabila mereka datang kesitu.

"Kampung Kapten Noah." Maria berpaling mencari susuk Noah yang tegak berdiri sedang menilik bingkai gambar di tanganya. Dia teguk air liur.

"Ya, aku orang Timur Feyre." Balas Noah mendatar lantas kembali meletak bingkai gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis.

"Aku tahu banyak yang kau nak tanya. Tolong aku angkat barang ini dulu." Belum sempat Maria bertanya, Rowen muncul menghulur barangan mereka.

"Kita hanya ada dua pelita." Maria meletak pelita-pelita itu di atas lantai lantas menghidupkan satu-persatu.

"Cukup untuk kita berlima." Sambung Rowen. Maria hanya angguk lantas memandang Noah sekilas. Pasti banyak dipendam lelaki itu selama ini.

USAI menyegarkan badan, Maria siap berpakaian di dalam bilik air memberi ruang pada yang lain untuk mandi. Mujurlah air dikawasan itu masih berjalan walaupun tidak berpenghuni. Kawasan itu sangat strategik kerana sumber airnya datang dari pergunungan Feyre yang berdekatan.

"Air?" Jett menghulur gela kopi pada Maria.

"Thanks." Maria senyum manis.

"Tak sangka Tuan Rowen pandai memasak." Maria memanis muka menegur Rowen yang kusyuk memasak menggunakan dapur segera.

"Siapa je tak reti masak me segera?" Rowen membalas sinis buat Maria terkebil-kebil. Ada betulnya juga.

Maria hela nafas berat, jujur dia kekok bergelap dengan empat lelaki. Walaupun dia tahu mereka tiada niat buruk padanya tapi tetap tidak manis untuk gadis sepertinya. Tapi dia askar buat apa dia takut jika mereka lakukan sesuatu. Dia ada penyanggul yang mampu membunuh mereka dalam beberapa saat.

Maria bangun memandang sekeliling bersama pelita ditangan. Bingkai dipegang Noah tadi menarik pehatianya. Dia melangkah mendekati sebelum turut mencapainya. Ada seorang anak perempuan berskarf merah jambu sedang duduk tersenyum lebar bersama kedua orang tuanya. Manis sekali.

"Siapa budak perempuan ni?" Maria berpaling memandang Noah yang kusyuk memeriksa senjata.

"Tunang aku." Balas Noah senada. Wajah Maria kelihatan terkejut.

"Dia macam mana? Dimana dia sekarang?" Soal Maria berminat untuk tahu.

"Aku tak tahu. Tiada siapa tahu kemana kaum Timur Feyre yang lain. Dibunuh atau diculik." Balas Noah agak dingin. Dia tiba-tiba teringatkan peristiwa di Pasar Gelap dimana kedai menjual perempuan itu yang sudah menjual semua gadis-gadis Timur Feyre yang diculik. Sangat sadis dan kejam.

Pak! Pistol dipegang Noah tiba-tiba dihentak kuat sebelum Noah menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya.

"Maaf.." Suara Maria mengendur. Dia kembali meletak bingkai gambar itu pada tempatnya. Anak matanya menatap lama dengan senyuman tipis buat seketika lantas dia kembali melabuhkan duduk.

"Aku tak tahu ianya dapat membantu atau tak. Tapi aku dapat ambil buku ini.."

'Pap!' Sebuah buku bewarna merah dicuri Jett di kedai pedagangan perempuan dicampak dihadapan Noah. Mata lelaki itu serta merta membesar tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Buku ini mungkin mengandungi maklumat dia." Sambung Jett.

"Bagi saya tengok. Siapa nama dia?" Maria mencapai buku ditangan Noah apabila hanya dia dekat dengan pelita. Buku itu dibelek sehelai demi sehelai, terdapat maklumat nama ringkas ditulis disitu beserta gambar yang mungkin menyenangkan pencarian.

"Maria." Tangan Maria mengeras buat seketika sebelum dia mendongak memandang Noah.

"Huh?" Soal Maria kelihatan terkejut.

"Nama dia Maria. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana muka dia kerana kami sudah lama berpisah." Noah kelihatan bersungguh-sungguh buat Maria terkelu memandang wajah itu. Buat kali pertama dia melihat Noah sebegitu. Adakah Maria begitu bermakna?

"O.. Okay.." Maria membelek satu persatu diperhati Noah disebelah.

"Nama yang paling dekat hanya Mariam. Tiada Maria." Ujar Maria mendatar.

Kelihatan Noah mengeluh berat.

"Sekurang-kurangnya kau tahu yang Maria tunang kau tak dijual, atau dijadikan hamba seks. Mungkin dia masih selamat dan berada di suatu tempat sekarang" Remy yang baru keluar dari bilik air menegur.

Noah hanya diam tidak membalas.

"Maria tolong." Rowen memanggil Maria menolongnya meletak makanan.

"Oh kejap." Maria segera bangu bergerak ke arah Rowen.

"Aku akan cari dia dan pastikan dia selamat dengan aku." Ujar Noah tiba-tiba. Maria yang ingin mencedok mee segera mengeras buat seketika sebelum dia cepat-cepat mengawal riak agar tidak diketahui Rowen dihadapanya.

MALAM itu mereka tidak puas bercerita itu ini, siapa sangka lelaki yang dikagumi dan dianggap sombong oleh semua orang sebenarnya tak  dengan cerita-cerita menghiburkan. Walau mereka sekarang ditengah-tengah misi cara mereka yang tenang dan profesional buat Maria kagum. Seperti bersama dengan Kayla yang ramai.

"Kau perempuan tak fikir pasal kahwin atau ada keluarga sendiri?" Sampai ke topik bercinta dan kahwin pun dijadikan bahan perbualan.

"Saya tak berminat semua tu. Saya cuma fikirkann impian dan misi hidup saya." Balas Maria tenang.

"Agak menarik. Kau dan Lyra sudah lama kenal? Kamu berdua agak rapat." Soal Jett pula. Berminat juga untuk tahu kisah hidup gadis itu.

"Yup. Saya kenal Lyra di rumah anak yatim. Kami sama-sama membesar disana. Mungkin tiada kasih sayang ibu bapa buat saya dan Lyra saling bermanja. Kerana hanya Lyra keluarga yang saya ada."

"So..sorry Maria." Jett dilanda serba salah.

"Dari kecil kami kagum dengan Gavriel. Entah apa yang kami mahu, tapi ianya cita-cita kami sejak kecil untuk menyertai Gavriel. Kami mahu selamatkan orang awam dan tak mahu kanak-kanak kehilangan kasih ibu bapa seperti kami."

"Itu misi hidup saya.." Keempat lelaki itu berpandangan sesama sendiri buat seketika sebelum menghulur senyum tipis.

"Let's make it happen one day." Remy mengangkat gelas besi miliknya.

"Cheers!" Jett melaga gelas. Rowen yang tersenyum sumbing turut mengangkatnya dan melaga gelas miliknya diikuti Noah yang tenang tiada riak.

Maria yan terkebil-kebil cepat-cepat mencapai gelas miliknya. Senyuman lebar terukir dibibir seperti mempunyai empat orang abang yang setia mendukung cita-cita besarnya.

ENTAH sehingga pukul berapa, masing-masing akhirnya mengambil tempat tidur, semuanya tidur di luar beralaskan kain kosong dibawa mereka. Hanya Maria yang tidur di dalam bilik memandangkan dia seorang gadis.

Bunyi cengkerik dan burung bertebangan silih berganti mengisi malam yang hening. Walaupun rumah itu sudah usang, mujurlah masih berguna untuk dibuat tidur. Kata Noah ada pelarian atau pendatang asing sering menginap disini sebab itu kawasan itu agak bersih kerana dijaga mereka.

Bunyi tali melerai buat Maria tersentak dengan mudah. Matanya membesar memandang sekeliling. Gelap. Pandanganya terbatas.

Jantungnya mula berdetak tidak enak.

Zupp!!

Sekali lagi ia berbunyi dan kali ini tubuh Maria sebaruh terbangun. Penyanggul rambut dari sisi tempatnya tidur dibawa ke dalam poket seluar. Perlahan-lahan dia bangun memandang sekeliling. Air liur ditelan terasa kesat.

Zapp!!

Mata Maria membesar melihat susuk tiba-tiba muncul dihadapanya dari atas.

"Kau siapa?"soal Maria kasar.

"Kau dah bangun?" Kedengaran suara garau menyoal dari bayang susuk itu.

Maria mengetap gigi tangan bergerak ingin mencapai pistol di atas meja

Ktak!

Belum apa-apa bunyi pucuk pistol ditarik picu kedengaran. Lambat-lambat dia berpaling dan memandang hujung pistol kini dihala tepat ke dahinya.

Ktak!

Entah dari mana sekali lagi bunyi satu lagi pistol kedengaran dari pintu bilik. Kelihatan tubuh tegap Noah dengan mata helang menghala pistolnya pada tubuh lelaki itu.

"Aku tak takut mati untuk bunuh dia." Dalam samar malam dia tahu lelaki itu pasti sedang tersenyum sinis.

"Serahkan segala maklumat yang kau dapat dari Pasar Gelap." Senang lelaki itu membalas.

"Tak mungkin." Noah membalas tanpa riak.

Lelaki itu melepaskan tawa sinis sebelum menarik tubuh Maria rapat kearahnya. Kini Maria di hadapan lelaki itu dengan dahinya masih diacu pistol. Tubuhnya mengeras tidak dapat bergerak.

"Jadi perempuan ini akan mati ditangan aku. Dan kau boleh bunuh aku dengan tenang." Lelaki itu menolak-nolak dahi Maria dengan hujung senjatanya.

Noah kelihatan diam sejenak memandang ke arah lelaki itu. Mungkin mencari jalan keluar untuk situasi itu.

"Kapten.. Jangan fikir panjang." Maria tiba-tiba bersuara buat wajah Noah sedikit berkerut. Suara yang tiada tercalit ketakutan tidak seperti pertama kali dia bersua dengan wanita itu.

"Kerana saya tak takut untuk mati.." tangan perlahan-lahan bergerak menyeluk poket seluar.

"Untuk bunuh dia!!" Dan sepantas mungkin tanganya bergerak memegang pistol diguna lelaki itu lalu dihala pada dinding membuat lelaki itu tanpa sengaja melepas tembakan rambang tanpa mengena pada sesiapa.

Senjata beracun dibelinya dipasar gelap semalam diguna untuk menikam tepat di leher lelaki itu sebaik tubuhnya berjaya berpusing. Tingkas sekali pergerakannya buat Noah sendiri terkedu disitu.

"Ini namanya senjata makan tuan. Kau benarkan jualan benda haram ini. Jadi aku beli untuk bunuh kau!" Maria senyum sinis melihat tubuh lelaki itu kian melemah. Penyanggul rambut berguna yang sudah memakan nyawa dua lelaki.

Terdengar derap langkah melangkah ke arah mereka. Maria pantas mencapai pistol miliknya.
"Ikut aku dari belakang."arah Noah

Bang bang bang!!

Bunyi tembakan berganti di luar rumah menandakan Rowen dan Remy sudah menjalankan kerja mereka.

"Cepat! Keluar. Tempat ini akan didatangi orang nanti." Noah mencapai buku merah dari bawah kain tempatnya tidur sebelum berlalu keluar dari rumah.

Jett tiba dengan kereta dan mereka pantas masuk ke dalamnya. Remy dan Rowen turut pantas bertindak. Sepertinya mereka sudah terbiasa dan merancang semuanya dengan teliti.

Nafas Maria turun naik memandang kebelakang. Perkampungan Timur Feyre sudah jauh ditinggal.

Siapa mereka?

"Nampaknya mereka tahu kita ambil maklumat dari sana." Keluh Rowen turut tercungap-cungap.

Noah hanya mampu mengangguk sambil menjeling Maria yang masih terkejut dibelakang.

"Kau okay Maria?" Soal Remy. Maria hanya mampu mengangguk-ngangguk tanpa bicara.

"Kau dah lakukan yang terbaik. Lebih tangkas dari apa yang kami kira." Puji Rowen. Maria hanya mampu tersenyum dalam kepahitan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro