BAB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa dah jadi?" Rowen menyoal dengan kerutan apabila Noah tiba-tiba meminta diri dari majlis pernikahan sendiri untuk misi mengejut.

"Aku tak tahu." Noah berpaling melihat Maria masih dengan sisa air mata diwajah kini bersiap sedia dengan peralatannya.

"Tak mungkin dia tak beritahu apa-apa?" Soal Rowen lagi. Noah berpaling memandang Rowen lantas melepaskan keluhan berat.

"Kita tunggu dan lihat apa dah jadi sebenarnya." Noah beredar menanggalkan bajunya menunjuk badan tegap lelaki itu. Selama ini jika mereka bersama Maria, Noah tidak begitu terbuka membuka bajunya tapi kali ini lelaki itu bagai hilang rasa segannya.

Rowen pandang jengkel sebelum mengalih mata melihat Remy dan Jett bersiap tanpa banyak menyoal. Bagaimana dia mahu memulakan misi jika otaknya terbatas tidak tahu pangkal dan hujung cerita.

"Noah." Noah tersentak melihat bapanya berada di bilik peralatan itu. Badan segera menegak sebelum memberi tanda hormat diikuti anggotannya yang lain.

Hanya Maria yang masih membelakangi seperti hidup dalam dunia sendiri. Tangan Noah bergerak mahu menarik isterinya tetapi James pantas menghalang.

James menggeleng kepala sebelum menghulur senyum segaris.

"Papa mahu laporan lengkap. Segalannya. Ini satu arahan." Ujar James perlahan buat raut wajah Noah mengendur. Bukan dia tidak percayakan bapanya. Tetapi, Maria..

"Sampai masa papa kena masuk campur dan lakukan sesuatu."

"Papa.." Noah teguk air liur.

"Lakukan dengan baik. Jaga dia." James tepuk bahu anaknya sebelum melangkah berlalu meninggalkan Noah yang masih terkedu disitu.

Noah hela nafas berat sambil memegang kepalanya terasa berat. Sekali bahunya ditepuk, dia dapat rasakan ada sesuatu berat menghempap dan terus menghempap. Berharap matanya terbuka dari terbatas menatap jauh ke hadapan.

"Maria.. Apa yang terjadi sebenarnya?" Akhirnya terpacul keluar soalan dari mulut Noah.

Rowen, Remy dan Jett turut berpaling memandang wanita itu. Maria lembat-lambat berpaling sebelum menadah tangannya.

"Kunci kereta?"

Noah menjeling ke arah Jett. Jett yang tampak ragu-ragu akhirnya akur meletak kunci kereta di atas tapak tangan wanita itu.

"Pilihan kamu semua untuk ikut atau tidak." Ujar Maria senada lantas melangkah meninggalkan ruang itu.

Noah ketap gigi lantas meraup rambutnya.

"Sekurang-kurangnya bagi kami tahu apa yang dah terjadi Maria Malik!!" Keras suara Noah sambil melangkah merentap tangan isterinya. Maria berpaling mendongak buat mata mereka bersatu.

Wajah tegang Noah berubah kendur. Kenapa isterinya harus menangis? Maria tidak menangis tapi mata isterinya yang sedang menangis seperti ingin menceritakan sesuatu yang terbatas.

"Saya akan ikut." Noah perlahan-lahan melepas pegangan di tangan isterinya. Maria mengalih anak mata sebelum terus melangkah meninggalkan lelaki itu.

"Kita akan tahu nanti. Jangan terburu-buru Noah." Ujar Jett melangkah merapati sahabatnya. Noah kelihatan tidak tenang seperti kebiasaanya. Entah apa yang ada difikiran lelaki itu.

•••

Jett menekup mulut disisi Remy menahan debar dan mual dengan cara pemanduan Maria. Sebaiknya dia yang memandu dari perempuan itu. Rasa tidak percayanya pada pemanduan perempuan buat dia duduk menyepi di tingkap kereta. Setiap kali Maria memasuki simpang setiap kali itu badannya mengejung seperti ada perkara bahaya bakal berlaku.

"Sabar Jett. Nyawa kita panjang lagi. Kita dah sampai." Remy menepuk-nepuk belakang Jett dengan sengihan. Tanpa di sedar Rowen disebelah turut mengeras cuak.

"Kita kat mana?" Noah mengerut dahi memandang Maria yang tenang memberhentikan kereta. Di hadapan ada beberapa orang kemas berseragam hitam. Dan wajah kesemua 6 orang lelaki itu agak asing dan tidak dia kenali.

Siapa mereka?

Maria tidak membalas selain terus melangkah keluar dari perut kereta. Dan serentak itu.

"Kapten!!" Keenam lelaki itu tegak berdiri mengangkat hormat pada Maria.

"Mereka Lorcan." Rowen turut menolak pintu kereta lantas mengeluarkan tubuhnya. Diikuti yang lain.

Wajah keenam lelaki itu berubah melihat empat orang lelali dibawa Maria. Mata mereka membesar memandang Maria dan skuad Noah silih berganti.

Ktak!

Serentak keenam mereka mengangkat senjata masing-masing dihala kearah Noah, Remy, Rowen dan Jett. Maria hanya memandang koson tanpa perasaan.

"Apa semua ni Maria?!" Soal Rowen kasar lantas mengangkat tangannya keatas.

"Orang luar tak sepatutnya dibawa kesini!" Ujar seorang tentera Lorcan itu.

"Bunuh mereka." Tenang Maria mengeluarkan arahan buat mata Noah dan rakan-rakannya serentak membesar.

"Kau baru kahwin Noah. Adakah Maria dah tahu rancangan kita nak mengandungkan dia?" Bisik Remy sendu.

"Apa semua ni Maria?!" Dalam menengking Noah menjaga tona suaranya.

"Bunuh mereka." Maria jungkit kening kearah tentera Lorcan. Mereka berenam kelihatan ragu-ragu dan agak terkejut dengan arahan Maria.

"Tapi..." seorang lelaki meneguk air liur.

"Tapi apa?" Maria melangkah merapati lelaki itu. Anak matanya sudah tidak berperasaan seperti selalu bagai seekor helang melihat mangsa. Menunggu untuk dihabiskan hayatnya.

"Dia Noah, suami Kapten Maria! Dan mereka semua rakan Kapten!" Jawab lelaki itu lancar.

"Kalau kamu dah tahu alasannya, jatuhkan senjata kamu sekarang." Mendatar suara Maria buat serentak keenam lelaki itu menjatuhkan senjata masing-masing.

Remy dan Jett melepas keluhan sehingga terdengar dari ulas bibir. Mereka fikir nyawa mereka akan tamat hari itu begitu sahaja. Maria pun satu, boleh pula dia nak bergurau soal nyawa saat-saat macam ni!

"Mana?" Maria menyoal.

"Di sana." Seorang tentera membawa Maria ke satu arah. Sebuah kereta yang ditutup dengan daun-daun kering menunjukkan sudah lama kereta itu tersadai disitu.

"Ini bukan ke kereta yang dibawa Aria malam tu?!" Remy menyoal terkejut dengan kereta ditunjuk tentera Lorcan itu. Dia ingin bertanya tetapi melihat wajat tentera-tentera itu. Dia matikan sahaja niatnya. Dia pasti tidak akan dapat jawapan dari mereka.

"Ada kesan darah terlekat pada kereta. Dan kami sedang jalankan ujian DNA untuk kenalpasti siapa pemilik darah itu. Setakat ini hanya itu yang kami temui." Ujar seorang tentera itu.

Maria ketap gigi memejam rapat matanya buat seketika. Daun-daun kering menutup kereta itu ditarik menampakkan tubuh sebenar kenderaan itu.

Tangan Maria bergerak membuka pintu kereta sebelum dia meraba-raba kebawah kerusi kusyen diduduki Lyra. Satu kertas tertampal dan sudah kering dengan percikan darah.

'Kami diserang Duvan.'

Hanya itu laporan ringkas ditinggalkan Lyra. Maria tekup mulut menahan diri dari menitiskan air mata.

"Lyra, Aria, Tessa dan Camila telah hilang diserang Duvan." Akhirnya terjawab persoalan dibenak mereka berempat.

Noah kaku melihat kertas dipegang Maria.

"Maria.."

"Pertaruhan kehilangan lagi sakit dari pertaruhan nyawa. Terlalu sakit.." Hanya Lyra keluarga rapatnya. Dia sudah tiada sesiapa selain Lyra. Lyra seperti ibu bapanya, Lyra adik beradiknya. Lyra segalanya. Mereka bahkan berazam untuk sama-sama masuk ke dalam Lorcan dan saling melindungi.

Tapi kali ini dia gagal. Dia gagal melindungi Lyra.

Dia mahu menjerit melepaskan rasa tercengkam dihati, tapi suaranya sudah hilang. Sakit tak mampu terluah.

Maria perlahan-lahan terlurut jatuh di sisi badan kereta. Dia tak sepatutnya tunjuk kelemahan di hadapan tentera bawahannya. Tetapi Lyra seseorang yang tak mungkin sanggup kehilangannya. Hanya Lyra tahu segala terbuku dihatinya selama ini tanpa dia perlu ceritakan.

Sekali seseorang itu hilang di bawah Duvan, peluang untuknya kembali adalah mustahil.

"Sudah periksa rangkaian di kawasan ini? Kenapa Lyra dan yang lain tak hubungi kami?" Soal Noah memandang ke arah 6 orang tentera itu.

Mereka seketika berpandangan sesama sendiri.

"Dari maklumat yang kami dapat dari penduduk sekitar sini, rangkaian telefon tidak berfungsi pada malam Lyra dan yang lain sepatutnya pulang ke perkampungan."

"Tak guna Duvan, mereka sudah rancang semuanya.." Rowen menggumam dalam mengetap gigi menahan geram.

"Kalau kita dapat tahu malam itu, mungkin masih sempat untuk kita selamatkan mereka." Jett menyambung lemah. Jika antara tentera mereka jatuh di tangan Duvan, mereka secara langsung dianggap tewas kerana Duvan yang kejam dan licik tidak akan mudah melepaskan tahanan. Paling tidak mereka akan mati disitu.

Maria perlahan-lahan bangkit memandang kereta tersadai itu. Tiada gunanya dia bersedih, segalanya sudah berakhir. Dia tak sepatutnya menangis, itu janjinya pada Lyra jika salah seorang dari mereka tewas di tangan musuh. Tiada gunanya dia meratapi, sebaiknya dia susun rencana untuk membalas segalanya.

Maria tarik nafas dalam.
"Laporkan segera kepada saya jika kamu semua temui apa-apa maklumat." Ujar Maria buat keenam tentera itu menegak tubuh.

"Baik Kapten."

"Sampaikan pesanan kepada ayahnda.." Maria melangkah mendekati tenteranya.

"Untuk tidak hantar mana-mana tentera keluar dari perkampungan buat masa ini. Ini satu permintaan." Bisik Maria perlahan. Kesemua tentera itu kelihatan terkejut lantas laju mengangguk kepalanya.

"Baik Kapten!"

Noah mengerut dahi tidak dapat menangkap pesanan rahsia disampaikan Maria pada tenteranya.

•••

"Maria, makan.." Noah meletak dulang makanan di atas meja sebelum menoleh melihat isterinya lemah terbaring di atas katil. Sejak pulang, Maria tidak banyak bercakap. Seluruh masanya diluang di atas katil termenung. Mungkin masih terkejut dengan kehilangan Lyra dan yang lain.

"Saya tak lapar."

"Makan." Noah mengabaikan jawapan Maria lantas mencapai mangkuk berisi sup dimasaknya. Tubuh Maria yang mengiring membelakanginya ditarik sehingga gadis itu berpaling menatapnya.

"Noah saya dah cakap saya tak.." Maria tidak jadi membantah melihat mata tajam Noah menikam anak matanya. Dia merengus lantas, lambat-lambat bangun bersandar pada kepala katil.

"Aku suapkan." Noah mencedok sup lalu dituang ke dalam nasi. Mata Maria hanya bergerak melihat tingkah lelaki itu.

Entah dimana dia mahu letak kepercayaannya. Dia rasa sendirian di luar rumah yang penuh bahaya. Dia harus berjaga-jaga walau dengan siapa pun dia bersama. Tak kira, Noah dan sahabatnya, segala yang ada di luar perkampungannya rasa terlalu membahayakan.

"Buka mulut.." Noah menyua sudu ke mulut Maria.

Mari kelu. Tapi Noah suaminya sekarang..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro