BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

9 Tahun kemudian. Kem tentera Gavriel, Khabi.

Seramai 80 orang pelatih baru yang dapat melepasi saringan untuk menyertai ketenteraan Gavriel. Nampaknya jumlah penyertaan Gavriel makin berkurangan.

"Selama sebulan kamu menjalani saringan untuk pemilihan kadet pelatih Gavriel. Tahniah saya ucapkan kepada 80 orang kadet yang terpilih." Ucapan dari James buat semua kadet mengukir senyuman lebar.

"Tapi jangan terlalu gembira. Disini tiada belas kasihan. Sesiapa sahaja boleh digugurkan kelayakan untuk jadi tentera Gavriel!" Ucapan James berubah tegas.

"James seperti biasa selalu menakutkan kadet dengan ucapanya." Loki menggaru dahi sebelum menggeleng kepalanya.

"Dan itulah cara dia mencari bakal tentera elit. Sejak Gavriel dibawah pemerintahanya. Tentera terdiri dari mereka yang mahir dan mempunyai kekuatan tersendiri. Itu yang buat Gavriel digeruni Duvan." Bisik Dan dengan senyuman sinis.

"Tak lupa anak lelakinya yang memain peranan penting dalam kem tentera." Loki berpaling melihat Noah yang berdiri tegak tak jauh daripada mereka bersama barisan tentera elit yang lain.

"Sikap dingin dia buat orang gerun. Kau rasa tahun ni dia ambil alih sebagai pelatih kadet lagi kah?" Soal Dan. Loki kelihatan berfikir sejenak sambil mengusap dagunya.

"Kalau dia yang mengambil alih pasti tiada belas buat kadet baharu ini. Seperti biasa." Loki tersenyum sinis memandang ke arah Noah berdiri tegak. Wajah itu dingin cukup buat orang gerun menatapnya. Walau usianya masih muda dari pelatih yang lain. Noah mampu membuat semua tentera elit yang lain patuh dengan apa yang dia arahkan.

"Kami tak ambil kira kamu lelaki ataupun perempuan. Disini kamu akan dilayan sama rata."

"Kami menerapkan kepercayaan dan kesetiaan. Siapa gagal dalam keduanya akan disingkir." James mengakhiri ucapanya dengan kata-kata keramat. Matanya tajam menatap satu persatu wajah disitu.

"Ucapan Tuan James buat bulu roma aku tegak!!" Bisik satu suara kecil di sisi. Gadis berambut hitam pekat paras dada itu berpaling dan menghadiahkan senyuman buat gadis disebelahnya.

"Kita sama-sama harunginya ya? Mungkin Tuan James ingin kita saling mempercayai dan setia pada Gavriel." Gemersik suara gadis itu memberi sokongan buat gadis disebelahnya mengangguk dengan senyuman.

"Terima kasih Maria.."

Maria mengangguk lantas tersenyum manis. Pandangan kembali dihala pada pentas dewan dan dia anak matanya singgah pada barisan tentera elit yang berdiri tegak disisi pentas.

"Lencana bercorak singa emas akan diberi kepada semua pelatih baru sebaik mereka melepasi tapisan untuk menyertai kem tentera. Di bawah logo lencana ini tertera nama panggilan kamu sepanjang kamu berkhidmat di Gavriel. Jaga lencana ini seperti kamu menjaga nyawamu sendiri.

" Jika lencana logo ini tertanggal ia akan disebabkan dua perkara. Sama ada kamu tewas di dalam misi dan kamu gagal menjadi tentera Gavriel. Jadi sila jaga dan pastikan ia tidak hilang." Kata-kata seorang tentera Elit buat pelatih Kadet meremang. Semangat berkobar-kobar untuk mendapatkan lencana itu pada masa yang sama. Terdapat beribu susah payah yang bakal mereka lalui di hadapan kelak.

"Asrul!"

Lelaki paling hadapan mengangkat tabik lantas bergerak menaiki pentas. Tuan James berdiri di tengah pentas memakaikan lencana di baju seragam mereka.

"Semoga berjaya menjadi tentera Gavriel yang disanjungi." James hulur senyum buat lelaki bernama Asrul itu teguk air liur. Buat pertama kali dia mendapat senyuman manis dari Tuan James!

"Aria!" Lelaki berambut hitam pekat tersenyum lantas melangkah menuju ke arah pentas.

"Lyra!"

"Arh berdebarnya!" Gadis di sebelah Maria tarik nafas panjang.

"Good luck!" Maria kenyit mata buat sahabatnya.

"Pelatih pelatih perempuan kali ini kebanyakkanya cantik bukan?"

"Muka cantik bolehkah mereka jadi tentera Gavriel? Perempuan cantik biasanya menjengkelkan."

Noah berwajah tenang mendengar bisikan-bisikan halus di sisinya. Matanya tetap tenang dihadapan melihat seorang demi seorang kadet pelatih yang mendaki tangga pentas.

"Maria!" Mata tenang itu tiba-tiba membesar dan mencari susuk dipanggil MC di pentas.

"Kali ini sudah tiga kali kadet pelatih dengan nama yang sama bukan?" Noah menjeling orang disebelahnya.

"Iya." Balasnya sepatah sebelum matanya tajam memerhati gadis cantik berambut hitam pekat paras dada. Wajah gadis itu lembut buat dia tertanya-tanya bagaimana gadis kelihatan lemah itu mampu terpilih sebagai kadet tentera Gavriel? Rambut gadis itu halus beralun setiap kali gadis itu melangkah.

"Cantik. Dia Maria kan?" Noah menjeling ke belakang sebaik mendengar pujian dari tentera elit disitu.

"Pasti dia akan jadi gadis impian jejaka di kem ini. Menjengkelkan." Tak kira berapa tinggi jawatan mereka. Mereka tetap tentera biasa yang mempunyai perasaan.

Maria teguk air liur sebelum melangkah mendekari Tuan James. Tuan James kelihatan membaca namamya di lencana besi itu.

"Maria?" Soal Soal James. Maria pantas mengangguk.

"Iya saya." James tersenyum tipis memandang wajah itu.

"Semoga terus setia di dalam Gavriel." Ujarnya lantas meletakkan lencana besi di bahu gadis itu. Maria tarik nafas panjang.

"Terima kasih Tuan!"

"Sama sama." Sebaik itu gadis itu berlalu menuruni pentas dan mata James menangkap mata Noah yang tidak berkelip memandang.

•••

"Akhirnya kita diberi rehat selama tiga hari sebelum mulakan latihan.." Lyra tarik nafas lega lantas merebahkan badan di bangku colloseum kem tentera itu. Maria yang menyedut air minuman tersenyum tipis.

"Jadi apa rancangan kau untuk cuti tiga hari ni?" Soal Maria. Lyra terkebil-kebil memandang dada langit petang hari itu. Dia tarik nafas dalam sebelum bangun menegak memandang Maria. Maria jungkit kening.

"Kita ke bandar!! Ada festival makanan di ibu kota. Pasti ada banyak makanan sedap! Ahhh tak sabarnya." Air liur Lyra bagai mahu meneleh membayangkan makanan-makanan enak yang akan dihidangkan di festival makanan yang hanya dilakukan setahun sekali di Khabi.

"Menarik." Maria berfikir sejenak sebelum dia mengangguk lantas menghadiahkan senyuman manis buat sahabatnya.

"Yeay!!" Lyra bersorak.

Maria sifatnya lemah lembut sekali berbeza dengan Lyra yang selalu ceria sepanjang waktu. Maria mempunyai sifat yang sering disayangi orang dekat. Dia pelindung.

"Jom kita pulang ke dorm dan pilih baju untuk dipakai semasa festival! Esok kita akan bergerak kesana." Lyra bangun dari duduknya dengan semangat berkobar-kobar untuk rancangan festival mereka.

"Okay." Maria mengemas bekas minuman dan aiskrim dimakan dia dan Lyra. Manakala Lyra sudah menonong ke depan tidak sabar. Bekas kotoran dimasukkan ke dalam tong sampah dan dia mengutip sampah yang jatuh disekitar tong sampah. Apa orang-orang yang menbuang sampah ini buta semuanya? Sampai tidak nampak dimana lubang sampah betul.

'Buk!!'

"Aduh! Sakitlah!!" Mendengar pekikan Lyra. Maria pantas berpaling memandang sahabatnya sudah jatuh di atas tanah dan dihadapan mereka berdiri tiga orang gadis kadet pelatih yang tersenyum sinis.

"Kau buta ke?!" Pekik Lyra sambil bekerut wajah cuba bangun dari jatuh. Maria masih tegak memandang tajam ke arah tiga gadis itu.

"Oh dear, my eyes clear je, but watching a spoiled and annoying girl like you? Yeah, that's gonna sting a bit." Ujar kadet Rose lantas dia tertawa dengan sinis.

Hidung Lyra kembang kempis menahan amarah.

"Gila agaknya kau ni!" Lyra menolak kasar bahu Ros. Tak ada angin tak ada ribut, ajak orang gaduh.

"Sepertinya bergaduh sesama kadet sudah menjadi adat di Gavriel" 4 orang lelaki berdiri di balik cermin bilik tetamu Gavriel dengan jelas dapat melihat adegan tolak menolak dari pelatih kadet itu.

"Yang jatuh itu, Lyra. Sifatnya penceria dan sepertinya dia tidak pernah ada masalah sepanjang harinya. Tapi dia kuat mengeluh." Jett menunjuk ke arah Lyra. Noah hanya diam mendengar.

"Siapa tiga orang gadis yang melanggar dia itu?" Soal Rowen disebelah Noah.

"Yang ditengah Rose, dia anak gadis kepada Tuan Adam. Disebabkan itu dia digeruni di kalangan pelatih. Dua orang disebelah Rose, Kayla dan Zuri teman rapat Rose. Nampak nya mereka memang rapat dari sekolah tentera lagi." Balas Jett. Jett lebih kenal semua pelatih berbanding mereka bertiga kerana dia yang bertanggungjawab mengurus sesi saringan dahulu.

"Jadi Lyra dibuli?" Remy pula menyoal. Jett mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Mungkin. Kerana sifat ceria Lyra selalu buat semua pelatih rapat dengannya. tapi menjengkelkan untuk Rose dan kawanya." Jett menilai dari pandangan.

"Dan dibelakang berhampiran tong sampah. Dia Maria. Dikalangan pelatih yang lain. Maria selalu dianggap lemah kerana sifat lemah lembutnya. Tiada yang mahu berkumpulan dengan nya tapi ramai yang ingin berteman dengan dia." Noah menjeling memandang Jett.

"Dia selalu gagal tapi semangatnya tinggi. Jadi boleh dikatakan. Maria masih lemah berbanding yang lain." Jett tenang menyimpul buat empat mata jejaka itu menumpu ke arah Maria.

"Aku nak dorm kita ditukar! Hanya aku dan Kayla dapat duduk dorm itu! Kau dan Maria boleh berambus!" Mata Rose tajam memandang ke arah Lyra.

"Oh ya? Kalahkan aku dulu kalau kau berani! Dorm itu dah ditetapkan oleh komander Jett! Kau tak ada hak untuk rampas! Dasar betina!"

"Apa kau cakap?" Nafas Rose turun naik mencengkam leher baju Lyra.

"Aku tak takut." Mata Lyra tajam membalas.

'Buk!' Satu tumbukan hinggap di wajah Lyra. Lyra menyeringai kesakitan. Saat dia ingin bangun saat itu juga tubuhnya ditahan Kayla dan Zuri.

"Tak guna.."

"Kau kena sedar diri Lyra. Kau tu lembik. Kau tak boleh nak lawan aku." Rose tersenyum sinis melihat Lyra tidak mampu berbuat apa melawannya.

"Maria sedar dia masih lemah dan tak mampu nak pertahankan Lyra. Jadi Maria memilih untuk duduk dibelakang dan hanya memerhati." Remy pula menilai buat Jett tersenyum sinis.

"Gadis lemah lembut menjengkelkan." Ujar Rowen.

"Dia buat perkara yang betul. Dia sedar yang dia tak akan mampu untuk melawan. Sebaiknya dia berdiam diri dan tidak buat sesuatu jadi makin buruk." Noah berpaling dari tingkap lantas memeluk tubuh. Bosan dia melihat adegan buli selalu berlaku di kem tentera Gavriel.

"Sekejap!" Mata Jett membulat memandang ke arah Colloseum.

"Dia..."

"Jangan berani kau sentuh Lyra!" Mata Maria berubah tajam memandang ke arah Rose.

"Oh Maria. Si gadis ayu. Kamu disini rupanya." Rose mengejek buat Maria mengetap gigi sendiri.

"Maria jangan! Pergi lari dan laporkan pada komander..! Ump!" Mulut Lyra kini ditutup pula oleh Kayla. Rose tersenyum sinis memandang Lyra lantas merapati gadis itu.

"Wajah kau memang cantik sampai semua tentera lelaki cair melihatnya. Tapi kau tetap gadis lembik di Gavriel. Kau tu hanya layak jadi pameran sahaja!" Bahu Maria ditolak-tolak oleh Rose.

"Maria ump jangan ump!" Lyra menjerit dengan mulutnya masih ditekup.

"Lepaskan Lyra." Ujar Maria.

"Tak semudah tu Maria.." Rose tersenyum sinis lantas mengeluarkan pisau lipat yang disimpan dalam poket seluar.

"Mungkin wajah cantik kau akan makin cantik kalau diukir." Rose merapati Maria.

"Maria!!" Lyra menjerit.

"Itu pisau!! Jett!" Mata Remy membulat memandang Jett.

"Macam mana kau boleh terlepas pandang." Soal Rowen pula. Wajahnya berubah serius melihat Rose memegang pisau ditangan dan melangkah merapati Maria.

"Mereka berhak itu menyimpan senjata ringan untuk melindungi diri." Balas Jett dalam hati dia sudah tidak dapat duduk diam jika sesuatu mungkin akan berlaku pada Maria.

"Aku dah cakap. Tindakan dia untuk melindungi seseorang semasa masih lemah. Salah. Keadaan akan berubah buruk. Sebaiknya dia diam dari menyusahkan." Noah tersenyum sinis memandang gadis bernama Maria itu.

"Aku dah warning kau." Suara lembut selalu dipakai kini berubah dingin. Mata Maria seperti pembunuh memandang ke arah Rose.

"Aku akan robek muka kau Maria!" Rose bergerak menyerang tapi entah bagaimana Maria tangkas mengelak dan menangkap tangan Rose yang memegang pisau itu. Tangan itu dipulas sehingga Rose melepaskan pisau dipegangnya.

"Kau sepatutnya dirobek." Kaki Rose disepak dari belakang sehingga perempuan itu terduduk melutut dengan tangan terlipat kebelakang.

Lyra, Kayla dan Zuri sama-sama tergamam.

"Ergh lepaslah!" Lyra menolak kuat tubuh Zuri dan Kayla yang masih tergamam. Akhirnya dia dapat melepaskan diri dan menarik tubuh Maria menjauh dari Rose.

"Maria kau.." belum sempat Rose mencapai pisau lipatnya kembali. Sekali lagi tanganya dipijak oleh Maria.

"Rose!!" Serentak Zuri dan Kayla mendapatkan Rose.

Maria senyum sinis membongkok dan mencapai pisau lepas jatuh ke tanah tadi. Dia memandang ke arah Zuri dan Kayla silih berganti dengan pandangan cukup buat dua gadis itu mengecil ketakutan.

"Cuba lah tores aku walau sedikit kalau kau nak rasa perut kau dirobek oleh pisau ni." Ugutan Maria kedengaran menyeramkan.

"Maria! Jom!" Lyra menarik tangan Maria buat gadis itu berundur beberapa tapak kebelakang meninggalkan Rose kesakitan.

"Kau okay?" Suara Maria tiba-tiba berubah lembut menyoal Lyra. Lyra laju-laju mengangguk. Maria memandang pisau lipat ditangan lalu dicampak kembali pada tuannya.

Dia sempat menoleh memandang wajah Rose menahan amarah.
"Jom." Lyra menarik tangan Maria lantas berlalu meninggalkan mereka bertiga disitu.

"Tak mungkin!" Jett menepuk tingkap kaca tidak percaya Maria boleh menjatuhkan Rose anak Tuan Adam dengan begitu mudah.

"Nampaknya kau salah kali ini Noah." Remy tepuk bahu Noah. Wajah lelaki itu tetap bersahaja tidak menunjukkan sebarang sesal.

"Kekuatan seorang tidak diukur dari rupa paras." Remy menepuk pula bahu Rowen sambil menghulur senyum manis.

"Tch!" Rowen memasang wajah lagak lantas berlalu dari tingkap kaca meninggalkan Noah yang masih diam memerhari derap langkah Maria dan Lyra.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro