BAB 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata Noah tajam mengintai dari batang pokok. Satu helaan nafas berat kedengaran. Earpiece ditelinga ditekan sebelum dia berpaling memandang Remy yang meniarap kedudukan 8 meter darinya.

"Rowen dan Jett mana?" Soal Noah. Kelihatan kepala Remy terangkat sedikit menoleh ke arah Noah.

"Jett dan Rowen ke ruang rahsia bawah tanah. Tempat itu dimasuki Duvan tadi. Tapi isteri kau sudah selamatkan semua disana." Remy membalas. Semua maklumat dapat dikumpul dari tentera bawahan Rowen yang dihantar memberi bantuan pada Noah dan Remy.

Wajah Noah tiada riak. Dia tiada masa untuk merisaukan seseorang yang sudah selamat. Kepalanya sudah kusut memikirkan keselamatan semua tentera disini.

"Noah mereka datang." Suara Remy kedengaran. Remy kelihatan sudah bersedia dengan senjatanya.

Noah ketap gigi lantas memandang tentera-tenteranya yang kini semua sedang meniarap bersembunyi. Tangan diangkat tinggi.

"Tembak!" Kuat suara Noah kedengaran sebelum.

Bang!! Bang!! Bang!! Sesi tembak menembak berbalas.

Noah menggunakan skop pada senjatanya untuk memerhati pihak lawan. Mereka sangat ceroboh menyerang tanpa perancangan. Apa mereka fikir Timur Feyre sekarang sama seperti dahulu?

Noah angkat menunjuk isyarat tapak tangan sebelum dia mengepal buku limanya lantas dibuka kembali.

BOMMM!!!

Tak lama itu kedengaran bom tangan bergema dari arahan Noah. Nafas tentera-tentera di pihak Timur Feyre kedengaran lelah. Dahi masing-masing sudah basah dek peluh, ada diantara mereka sudah tercedera tapi masih tidak berganjak ke arah medis.

"Noah, hentikan serangan tiada pergerakan dari musuh." Suara Remy kedengaran. Serta merta itu Noah angkat tangan memberi isyarat berhenti. Kepala dipaling memandang tempat persembunyian musuh. Sunyi..

Adakah mereka sudah berundur?

Rasanya tadi masih ramai.

"Remy arah 115! Dekat dengan kau." Noah mengerut dahi memandang seorang tentera Duvan tidak mengangkat kedua belah tangannya keatas melangkah ke arah Remy.

"Aku tembak!"

"Jangan Noah!! Berhenti!!" Hampir jari Noah melepaskan tembakan, Remy menghalang.

"Kalau kau tembak, maka habislah kita,," Suara Remy mengendur. Matanya menangkap sepucuk pistol  dibawa lelaki itu terselit di seluar. Hanya berpistol di medan perang?

Baju lelaki itu kelihatan tebal.

"Remy, dia ada bom pada badan." Noah teguk air liur. Kalau mereka tembak, maka semua disitu akan berakhir, tapi jika mereka berundur lelaki itu akan bergerak ke pengakalan tentera dan menembak diri sendiri yang dipenuhi bom di badan dan buat semua tentera mati.

Langkah demi langkah lelaki itu kian membahaya.

"Aku nampak Noah." Remy pejam mata menarik nafas panjang.

"Noah,," Mata Noah berubah mendengar namanya diseru Remy. Seruan yang agak janggal baginya. Jangan kata yang..

"Remy,, aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau." Suara Noah dingin.

"Kau tak banyak bercakap tapi kau sahaja dapat memahami aku dengan cepat Noah." Remy tergelak kecil buat Noah memejam rapat matanya.

"Bawa semua tentera beredar dari sini. Tentera Duvan sudah berundur dan meninggalkan senjata terakhir mereka." Remy ketap gigi.

"Remy.."

"Ingat Noah, kita di dalam misi. Kau Kapten dan ketua misi besar ini. Jangan langkau profesional kau, urusan pribadi tidak boleh dibawa ke dalam misi." Kedengaran suara Remy agak berbeza di earpiece dipakai Noah.

Noah kepal penumbuk. Lama dia berdiam diri. Sebelum tanganya diangkat.

Dia sempat menoleh kearah lelaki Duvan yang melangkah menghampiri mereka. Semakin dia hampir semakin dia memberi ancaman untuk semua penduduk di dalam sana.

"BERUNDUR DENGAN SEGERA!!" Lantang suara Noah kedengaran sebelum kesemua mereka berlari menjauhi tempat itu.

Remy hulur senyum tipis lantas bangun berjalan berlawan arus dengan tentera yang berlari menjauhinya.

"Tolong beritahu Jett, aku minta maaf sebab curi serbuk kopi dia pagi tadi..."

"Dan Rowen.. semoga dia temui cinta sejati yang dapat cairkan hati batu dia.."

"Dan Maria.. Semoga kau dan Maria dikurniakan anak yang hebat.."

"Kamu semua ber...tt mak.tt n" Suara Remy timbul tenggelan kerana mereka sudah jauh dari jarak rangkaian radio.

Sambil berlari air mata Noah menitis mendengar titipan Remy. Gigi diketap kuat.

Remy berhenti bercakap, dia yakin  Noah sudah tidak mendengarnya lagi. Earpiece di telinga ditanggalkan sebelum dia menarik pistol dari belakang seluarnya.

"Aku dah cakap, aku rela mati di Timur Feyre sebab aku terkenal disini.." Remy senyum sinis melihat lelaki Duvan dihadapannya.

"Kau yang buat kerja sia-sia Duvan!!" Serentak itu Remy berlari menolak kuat tubuh lelaki itu, sejauh-jauh mungkin yang dia mampu. Dia di dalam kedudukan membongkok dengan bahu menghentam perut lelaki itu, dan berlari semampu yang dia boleh. Tubuh lelaki itu keras menolak tetapi Remy sudah kerahkan segala tenaga yang dia punya.

Pistol dihala ke perut lelaki itu dan...

Bang!!!

"BOMMMMMM!!"

"Argh!!" Rata-rata tentera tertolak hingga rebah dek biasan letupan bom kuat itu.

Noah rebah kebumi, matanya tidak berkelip memandang kepulan asap dari arah tempatnya dan semua tentera tadi menetap.

"Tuan!! Laporan apa yang saya perlu sampaikan?!" Seorang tentera menghampiri Noah masih terdiam kaku.

"Duvan sudah berundur. Semua tentera berganti tempat untuk berjaga dan dapatkan rawatan." Arah Noah mendatar.

"Baik tuan!" Serentak itu tentera itu beredar. Noah masih kaku tidak berkelip.

"DUVAN SUDAH BERUNDUR! KAPTEN NOAH MENGARAHKAN TENTERA UNTUK PEKAN DAN BERJAGA-JAGA. DAPATKAN RAWATAN SECARA BERGILIR-GILIR!!" Seseorang melaung buat semua tentera mengukir senyum. Ada yang tersenyum dengan tangisan, ada juga yang menangis. Buat pertama kali mereka menang dengan Duvan.

"Alhamdulillah..!" Maria ukir senyum sambil menoleh memandang wanita-wanita dibelakangnya berpelukan sesama sendiri. Mereka mungkin kehilangan banyak nyawa tetapi, kemenangan masih dipihak mereka.

"Noah dan Remy memang hebat." Jett menumbuk-numbuk bahunya yang terasa lenguh. Rowen turut mengukir senyum tipis.

"Laporkan kematian dengan segera, dan kumpul segala tentera yang tewas ke satu tempat!" Zoey melaung memberi arahan sambil menunjuk ke arah tempat dimana mayat-mayat tentera yang sudah tewas terkumpul.

Lemah langkah Noah diatur dikelilingi tentera sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang dapatkan rawatan, ada yang membawa rakan yang tercedera. Ada yang mendukung mayat rakannya.

Sedangkan dia,, hanya mampu melangkah longlai. Noah akhirnya berhenti sebelum bersandar pada tiang. Dia penat dan lelah sekali. Perlahan-lahan tubuhnya melurut terduduk. Pandangannya jatuh memandang lantai. Bibirnya bergetar.

"Aduh Remy! Dia curi serbuk kopi aku lagi?!!" Mata Noah membesar sedikit apabila mendengar suara rungutan Jett mendekatinya.

"Kau kelihata lelah Noah." Rowen menyapa. Kedua belah tangan menyeluk ke dalam poket seluar.

Noah tidak membalas selain mengangguk-ngangguk kepalanya. Kepalanya masih jatuh memandang lantai. Rambutnya jatuh kedahi menutup sebahagian mata itu.

"Remy!!" Jett bercekak pinggang memandang sekeliling mencari rakannya seorang itu. Geram kerana serbuk kopi pemberian ibunya dicuri Remy.

"Dia pergi mengurat unit medis kot." Tebak Rowen, bukan tidak kenal, Remy yang boleh tahan gatalnya.

"Aku dah jenguk tadi tapi tak ada.." Suara Jett mengendur sebelum matanya sedikit membesar memandang Noah. Rowen turut lakukan perkara yang sama.

"Noah.." Suara Rowen berubah.

Tiada jawapan dari Noah, lelaki itu mengeras mendiamkan diri.

"Noah.." Sekali lagi nama itu diseru tapi Noah tetap sama.

Tiada jawapan mampu diberi.

"JANGAN JADI PENGECUT NOAH!!" Hilang sabar Rowen menarik kolar baju Noah sehingga lelaki itu berdiri memandang wajahnya. Kaku dia seketika melihat air mata menitis dari mata Noah. Dia belum pernah melihatnya sebelum ini.

"Apa.. apa dah jadi pada Remy?!!" Terketar-ketar Rowen menyoal mengundang mata-mata disitu.

"ROWEN!!" Maria pantas berlari mendapatkan tubuh suaminya. Tubuh Rowen ditolak kasar hingga lelaki itu berundur beberapa tapak kebelakang.

Jett turut membeku menunggu jawapan Noah.

"Apa dah jadi kat korang?!" Marah Maria kasar. Tubuh Noah dilindung di belakang tubuhnya. Mata Rowen dan Jett tidak lepas memandang tajam.

Janji mereka untuk melindungi sesama sendiri. Janji mereka berempat!

"Kapten Remy sudah tewas dengan mengorbankan diri pada tentera Duvan." Seorang bawahan Noah datang menerangkan situasi.

Rowen berundur beberapa tapak kebelakang sebelum bersandar pada tiang.

"Kapten Noah tiada alasan untuk membantah, Kapten Remy berkeras untuk selamatkan semua tentera disana. Kami tiada pilihan,"

"Seorang tentera Duvan yang datang menghampiri dengan bom di seluruh badan. Kami tiada pilihan untuk menghentikan dia atau membiarkan dia menghancurkan pengkalan.."

"Jadi.. Remy menghentikan dia..."

Maria tergamam, dia pantas berpaling mencari wajah Noah. Ada air mata disembunyikan lelaki itu.

Jett dan Rowen masih membeku dan terhempap dengan berita yang baru disampaikan itu.

"Noah..." Maria ketap gigi sebelum menarik kepala Noah dibawa kebahunya. Belakang Noah diusap-usap menghilangkan kepedihan lelaki itu.

SEMUA ORANG AKAN MARAH SIS LEPAS NI SEBAB PEMINAT REMY RAMAI..🥺

But Im sorry,, sis dah bagi hint yang Remy akan mati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro