BAB 62(❄️)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Noah pandang beberapa buah kereta mengiringi mereka depan dan belakang. Mereka akhirnya meninggalkan perkampungan Timur Feyre setelah lebih seminggu menetap disana. Satu senyuman terukir dibibir sebelum dia toleh Maria ralit menilik wajah Adha didalam dukungan.

"Jadi lepas ni awak nak buat apa? Maksud saya setelah habis berpantang." Soal Noah sambil memandu membelah jalan raya.

"Oh pasal tu saya dah bincang dengan papa. Saya nak bersara dari ketenteraan dan jadi tentera simpanan atau bantuan jika perkhidmatan saya diperlukan dalam misi-misi tertentu." Jawapan Maria tidak mengejutkan Noah malah lelaki itu tersenyum disampingnya.

"Saya akan rindu nak jalankan misi dengan Kapten Maria."

Maria senyum memandang Noah sekilas.
"Misi hidup saya sudah selesai. Saya masuk Gavriel dan Lorcan untuk akhiri penderitaan Timur Feyre. Sekarang saya ada misi baru." Tangan Maria bergerak pula mengelus lembut kening Adha yang masih belum kelihatan bentuknya.

"Jadi apa misi baru awak?"

"Menjaga dan membahagiakan keluarga kita. Saya akan besarkan Adha dengan tangan saya sendiri. Adha keturunan Timur Feyre, tak mungkin saya serah orang lain untuk menjaganya." Ujar Maria bersungguh-sungguh.

"Awak memang bersungguh-sungguh dalam semua perkara Maria."

"Sebab kita tak tahu apa yang bakal ada dihadapan.." Maria tarik nafas sebelum mengangkat kepala memandang kehadapan.

•••

"Rowen bagi saya drive." Rowen kerut dahi memandang Lyra tidak senang duduk disebelahnya.

"Kenapa?"

"Ryan macam nak menangis. Saya risau.." Balas Lyra mendatar melihat Ryan bergerak-gerak dengan kerutan tidak puas hati diwajahnya.

"Apa masalahnya, bagi je lah susu. Kalau susu awak tak ada. Kat belakang saya dah sediakan stock susu awak dalam bekas." Balas Rowen mendatar, dia cuma risau jika Lyra akan rasa penat memandu memandangkan perjalanan mereka untuk ke kem Gavriel mengambil masa agak panjang.

"Kalau macam tu awak pegang Ryan. Saya drive."

"Kenapa?"

"Saya takut Ryan menangis. Saya mana tahu pujuk dia. Please Rowen..." Lyra cebir bibir dengan mata puppynya.

"Saya tak ada masalah tapi awak.."

"Saya okay!!" Laju Lyra memotong buat Rowen mengeluh sebelum akur memberhentikan kereta di bahu jalan. Lyra hulur Ryan kepada Rowen sebelum dia keluar dari perut kereta dan Rowen berganjak ke ruang sebelah.

"Siapa yang beranak sebenarnya ni?" Rowen bawa Ryan ke dada sebelum menepuk-nepuk lembut belakang anak kecil itu.

"Sorry Rowen saya dan Ryan susahkan awak.." Serba salah Lyra pandang Rowen.

"Saya tak suka awak cakap macam tu Lyra." Suara Rowen yang tiba-tiba berubah buat Lyra kerut dahi. Apa yang dia dah cakap?

"Sa..saya cakap apa?"

"Awak anggap saya orang asing untuk Ryan. Saya tak susahkan diri saya untuk Ryan. Itu tanggungjawab saya sendiri.." Tajam mata Rowen memandang ke arah Lyra yang masih kelu tempat pemandu.

"Rowen saya tak bermaksud.."

"Ryan anak saya. Datang lah sesiapa pun nak nafikan hak itu. Saya ada hujah yang panjang untuk balas segalanya." Kata-kata dingin Rowen buat Lyra teguk air liur. Rowen paling pantang jika seseorang mengatakan Ryan bukan anaknya. Malah dia pernah terlepas cakap hingga membuat Rowen merajuk dan hampir sehari tidak bercakap dengannya. Yang paling menakutkan dia membawa Ryan bersama dengannya kerana hanya Rowen yang lebih arif menjaga bayi itu berbanding Lyra.

"Saya tak maksudkan begitu.." Suara Lyra mengendur.

"Saya cuma..." Lyra mati kata.

"Siapa yang cakap Ryan bukan anak awak?! Malah Ryan sampai keliru siapa mama dia siapa papa dia." Mood Lyra yang tiba-tiba berubah buat Rowen terkebil-kebil. Cara percakapan wanita itu bersungguh-sungguh.

"Ryan ni pun satu! Mama dia kat sini tapi asyik nak berkepit dengan papa dia. Mama jealous tahu tak?!" Lyra cekak pinggang memandang Ryan enak mendarat seperti kapal terbang di dada bidang papanya.

"Awak jealous kenapa?"

"Jealous Ryan dah culik awak daripada saya!!" Keras suara Lyra membalas buat Rowen menghambur tawanya.

"Ini anak kita juga Lyra. Takkanlah itu pun awak nak jealous." Rowen geleng kepala sambil mengusap kepala Ryan di dadanya.

"Saya tetap cemburu." Lyra juih bibir sebelum menjatuhkan handbreak lantas memulakan pemanduan. Rowen disebelah masih tersenyum tak dapat menahan geli hati dengan kata-kata isterinya.

•••
Rose mengeluh berat. Anak matanya bergerak ke kanan melihat lelaki itu bermain-main bingkai tergantung di dinding. Tak lama anak mata Rose bergerak lagi ke kiri memandang lelaki itu menjenguk kepala ke dalam pasu bunga yang jelas-jelas di dalamnya mengandungi tanah!! Dan lagi anak matanya bergerak memandang lelaki itu berada di kaunter bermain dengan loceng kaunter disitu.

"Ergh! Aku bawa kanak-kanak ke ni?!" Keluh Rose sendiri. Sumpah dia menyesal bersetuju dengan keputusan Syira untuk meminta lelaki itu menghantarnya untuk X-Ray.

Zoey memang tak boleh duduk diam!! Dia yang tengah sakit makin berdenyut-denyut sakitnya melihat lelaki itu tidak mampu berhenti meneroka ruang klinik Xray itu.

"Tuan!"
Zoey yang sedang menekan bakul sampah berpaling memandang Rose. Dia jungkit sebelah kening.

Rose melambai-lambai memanggil lelaki itu. Zoey menghembus nafas malas lantas melangkah menghampiri gadis itu.

"Kenapa? Nak berak ke?" Soal Zoey, apa taknya  tadi Rose mahu terkucil mujurlah ada wanita di tandas boleh membantu gadis itu. Memang simpang malaikat 44 dia tak akan masuk ke dalam tandas OKU itu.

"Bukanlah!" Rose jenggil mata.

"Habistu kenapa?"

"Boleh tak Tuan duduk diam sebelah saya. Kaki saya makin sakit tengok tuan sekejap kesitu sekejap kesini."

"Biarlah aku ada kaki." Balas Zoey tak bersalah lantas melabuh punggung disebelah perempuan itu.

"Saya tahu tuan ada kaki. Saya pun ada kaki tapi saya tak merayau kesitu kesini macam.."

"Kalau ada kaki cubalah berjalan." Zoey senyum sumbing memandang kaki dan wajah Silih berganti. Makin berasap gadis itu dibuatnya.

"Ros!" Rose mendongak mendengar namanya dipanggil. Dia pandang Zoey masih diam tidak menunjuk tanda-tanda akan membantunya. Ya dia kesitu kesini dengan dukungan Zoey! Atas bantuan Zoey.

Rasa mahu menangis terpaksa menahan muka dipandang pelik oleh orang-orang disitu, mujurlah klinik Xray itu tidak ramai pengujungnya.

"Tuan tolong saya. Nurse dah panggil nama saya." Akhirnya Rose mengalah meminta pertolongan lelaki itu.

Zoey tak banyak bicara dan bangun mencepung gadis itu.

"Kenapa Tuan tak bagi je saya guna kerusi roda? Kan lagi mudah Tuan tolak saya kesitu kesini." Cadang Rose, tadi ada jururawat menyuruh Zoey menggunakan kerusi roda tapi dengan wakah lagak lelaki itu menolak.

"Aku takut." Balas Zoey sepatah buat Rose terkelu. Adakah Zoey risaukan dia sehingga takut untuk membenarkan dia menggunakan kerusi roda?

"Ke..kenapa?" Rose teguk air liur.

"Aku takut aku yang nak duduk atas tu. Nanti tak ada orang yang nak tolak aku." Selamba balasan Zoey buat Rose tarik nafas dalam menahan diri menghempuk kepala lelaki itu.

"Kenapalah pasu tu jatuh atas kaki aku, bukan atas kepala lelaki ni. Senang doktor xray dan baiki apa yang patut." Rungur Rose sendiri.

"Apa?" Zoey menghentikan langkah tepat di muka pintu.

"Tak ada apa."

"TAK ADA MASALAH serius, dia cuma bengkak biasa. Cik boleh makan ubat yang doktor dah bagi. Cuma biasalah kalau dah bengkak macam  ni ambil masa sedikit untuk  sembuh. Kami cadangkan pakai tongkat atau gunakan kerusi roda buat sementara waktu."Cadang doktor itu.

"Dia ambil masa berapa lama biasanya?"

"Mungkin dua minggu atau mungkin lebih. Bergantung pada macam mana Cik Rose jaga kaki Cik. Jangan terlalu banyak bergerak, ia mungkin jadikan ia makin teruk."

"Baiklah. Kalau tak ada apa kami balik dulu."

"Jumpa lagi." Doktor itu tersenyum memandang Zoey bersusah payah kembali mendukung Rose.

"INI SATU LAGI MASALAH SAYA." Rose teguk air liur memandang rumah besar dihadapan matanya.

"Ni rumah kau ke?" Soal Zoey agak pegun melihat rumah besar dihadapan matanya. Rose mengangguk dengan senyuman hambar.

"Saya pasti kena marah dengan papa.."

"Buat apa dia marah, kau bukan buat salah pon." Balas Zoey sebelum dia bergerak masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Sebaik dia memakir kereta dia toleh memandang wakah redup Rose disebelah.

Dia tak ada masa untuk mendengar masalah gadis itu. Dia sudah lapar dan mahu segera pulang ke Gavriel.

Tali pinggang ditanggan sebelum dia keluar dari perut kereta. Dengan selamba dia melangkah membuka pintu kereta Rose. Tali pinggang dipakai gadis itu turut ditanggal dengan selamba buat mata Rose membulat memandang wajah Zoey dekat dengannya.

"Apa Tuan nak buat ni?!" Separuh menjerit Rose dibuatnya apabila Zoey selamba mencepung tubuhnya keluar dari perut kereta. Mahu cari matikah lelaki itu? Ayahnya Tuan Adam ada dirumah!!

"Turunkan saya! Tuan nak cari maut ke?"

"Kenapa?" Soal Zoey tak mengerti.

"Turunkan saya segera. Cepat!! Jangan macam ni."

"Kalau aku turunkan kau. Kau boleh berjalan ke?" Soal Zoey kembali. Rose sudah bagai cacing kepanasan di dalam dukungannya. Ada apa yang tak kena? Dia sudah mendukung gadis itu hampir seharian.

"Rose!!" Membulat mata Rose mendengar namanya dilaung seseorang dimuka pintu. Tekuknya terasa patah untuk dia berpaling memandang ayahnya Tuan Adam mencerlung memandang kearah dia dan Zoey.

"Tuan." Zoey menunduk wajahnya tanda hormat.

"Kenapa nak bergaya bride kat sini? Malu lah orang tengok." Lembut suara Mama Rose menyapa buat Rose tepuk dahi sendiri.

"Kamu siapa? Kenapa kamu dukung Rose?" Garang Tuan Adam menyoal Zoey yang menayang wajah tidak bersalah.

"Saya Zoey, tentera Gavriel." Balas Zoey ringkas.

"Dibahagian mana?" Memang nampak ciri Tuan Noah yang mahu penerangan secara terperinci setiap kali bertanyakan seseorang.

"Saya dari bahagian, A1 Lorcan. Saya ketua bahagian." Balas Zoey masih tenang. Dia melihat wajah Tuan Adam sedikit tergamam.

"Bukankah A1 Lorcan terdiri dari tentera elit Lorcan setaraf squad Noah?" Soal Puan Hawa kepada suaminya. Tuan Adam kelihatan mengangguk kepalanya.

"Jadi kenapa kamu dukung Rose. Apa kamu berdua dah buat?" Suara Tuan Adam masih dingin.

"Sebab kakinya terluka. Semalam ada pasu jatuh di atas kaki Rose semasa dia mengemas laman rumah saya di Timur Feyre. Jadi saya yang bawakan dia ke klinik." Disebabkan terpaksa. Zoey senyum segaris. Berharap segala soal siasat berakhir segera kerana perutnya sudah terlalu lapar. Lagi-lagi mendukung perempuan berat itu.

"Terima kasih. Maaf atas kecuaian anak saya." Maka segalanya berakhir.

"Kamu balik dengan siapa Zoey?" Soal Puan Hawa begitu lemah lembut bicaranya.

"Sebentar lagi tentera saya akan datang."

"Sementara itu, jemputlah masuk. Kami kebetulan sudah bersedia untuk makan siang." Pelawa Tuan Adam. Serta merta Zoey ukir senyum. Sudah orang mempelawa seluas tangan dia menyambut.

"Terima kasih Tuan."

Rose dalam dukungan Zoey menarik nafas lega. Mujurlah Zoey menjawab segalanya dengan lancar.
••

"ZOEY adakah kamu sudah punya calon isteri?" Mata Rose membulat mendengar soalan tiba-tiba dari mulut ayahnya.

"Belum Tuan." Tenang Zoey membalas. Puan Hawa disebelah suaminya terut tersenyum.

"Kalau begitu kahwinlah dengan Rose.."

"Papa!!" Berkerut wajah Rose memanggil papanya. Dia tidak tahu sejak bila orang tuanya jadi begitu.

"Kenapa Tuan Adam tiba-tiba mahu cari suami untuk anak Tuan Adam?" Soal Zoey kembali tanpa riak terkejut dengan perlawaan orang itu.

"Rose jarang menceritakan mana-mana teman lelaki yang dia ada. Atau lebih tepat dia tak pernah ada teman lelaki." Rose tepuk dahi sendiri dengan alasan tak berasas papanya.

"Saya cuma terfikirkan semua ini setelah melihat teman-teman rapat Rose yang sudah mulai bekeluarga dan mempunyai anak. Saya juga mahu perkara yang sama untuk anak saya." Ulas Tuan Adam lagi. Zoey kelihatan terdiam memikirkan sesuatu.

"Rose boleh cari teman lelaki sendiri papa." Sambung Rose tapi dia merasa kewujudannya di meja makan itu tidak dihiraukan sesiapa. Tuan Adam malah lebih berminat berborak dengan Zoey berbanding dirinya.

*menangis sendu.*

"Tuan Adam tidak keberatan untuk ada keturunan dari Timur Feyre kelak? Maksud saya cucu Tuan Adam." Setelah lama berdiam diri Zoey membalas buat Rose membulat mata tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Apa lelaki itu sudah hilang akalnya?

"Buat apa saya keberatan?"

"Walau kita telah aman sekarang, tapi ia bukan satu jaminan untuk Timur Feyre tetap selamat. Dulupun Timur Feyre juga telah mendapat keharmonian untuk sejenak sebelum segalanya dihancurkan."

"Kalau saya kahwin dengan Rose sudah pasti keturunan yang kami hasilkan kelak berdarah Timur Feyre. Apa Tuan tidak keberatan?" Zoey pandang Rose sekilas sebelum memandang ke arah Tuan Adam tetap tenang tidak terusik dengan persoalan jejaka itu.

Rose pula yang tidak senang duduk dengan situasi, dia mahu menyampuk tetapi dia tahu apa yang dia akan cakap tidak mungkin didengari orang-orang itu.

"Sebab itu ayahnda kamu, Daud sudah atur semuanya untuk elak perkara sama berlaku pada kaumnya. Lagipun, saya percayakan kamu untuk menjaga keluarga kamu sendiri." Tenang Tuan Adam memberi jawapan buat Zoey mengangguk kepalanya.

"Kalau macam tu saya terima."

Rose pegang kepala sendiri. Waktu seakan terhenti sejenak untuk dia hadam apa yang baru keluar dari mulut lelaki itu.

Ini benar-benar tak masuk akal!!

•••

"Apa?! Kau terima?!!" Kuat Jett menjerit tidak percaya dengan cerita yang baru didengarnya.

"Aku dah nampak perkembangannya. Mereka berdua memang laju." Noah pandang kertas-kerta di atas meja tidak berminat dengan apa yang baru dia dengar. Segalanya bagai sudah berada di otaknya sejak awal. Dia memang dapat mengagak.

"Tapi kenapa terlalu cepat? Kenapa tak ambil masa dulu?" Rowen pula menyampuk tidak percaya.

Zoey peluk tubuh.
"Aku tak suka buang masa. Aku memang ambil masa untuk berteman rapat dengan seseorang. Lagipun aku takut.."

"Kau takut apa? Takut Rose dikebas orang?" Jett memintas dengan suara seriusnya.

"Aku takut anak aku tak ada kawan nanti kalau aku kahwin lambat." Balas Zoey tak bersalah.

"Tak cliche." Rowen peluk tubuh bersandar pada sofa.

Jett ternganga dengan gelengan kepala. Dan Noah yang tersenyum sumbing.

"Kau pon dah nak kahwin dengan Syira, Jett. Noah dan Rowen sudah ada anak. Jadi aku tak nak ketinggalan. Anak aku kena membesar dengan orang-orang hebat." Bangga Zoey menyambung buat Jett tepuk dahi mendengar alasan tak munasabah lelaki itu.

KAHWIN KERANA CINTA ❌
KAHWIN KERANA TAKUT ANAK TIADA KAWAN ✅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro