BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Wahh 10 dollar buat perut kita pecah!" Erin memandang cop festival ditanganya. Dengan cop itu dia boleh pergi ke mana-mana gerai makanan yang dia suka. Syurga makanan!!

"Pizza! Cheese digunakan khas diimport dari negara pengeluaran Cheese terkenal. Arhh sedapnya!!" Lyra tidak dapat mengawal derap langkah kakinya yang berlari ke arah gerai pizza.

"Lyra!!" Maria melajukan langkah mengejar sahabatnya.

"Pizza 1 slice! Saya mahu cheese yang pekat dan cair!" Pinta Lyra sambil menayang cop festival di tapak tanganya.

"Kamu?" Jejaka yang menghidang pizza Cheese memandang ke arah Maria.

"Er satu slice." Balas Maria lantas menunjuk cop di tanganya. Maria memandang sekeliling mencari susuk Erin dan Finn nampaknya mereka berdua di gerai air buah.

"Arghh segarnya!" Finn tarik nafas lega sebaik air buah diteguknya masuk ke rongga tekak.

"Finn, Erin. Nah" Maria hulur sekotak pizza kecil kepada Finn dan Erin.

"Terima kasih!" Erin menyambut lalu menghulur air yang diteguknya tadi buat Maria.

"Kau tak keberatan kan kongsi air dengan aku?" Soal Erin. Maria lambat-lambar mengangguk lantas meneguk air dihulur Erin.

"Eh tengok! Ada kambing panggang." Mata Lyra laju memandang ke arah gerai ditunjuk Finn. Tak semena- mena matanya seperti berbentuk hati melihat nikmat makanan dihadapan mata.

"Ramainya beratur." Ujar Maria.

"Biar aku dan Finn yang beratur. Kau dan Erin pergilah ke gerai lain. Cari makanan yang sedap tau!" Cadang Lyra. Erin dan Maria berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya mengangguk.

"Nanti jumpa di meja makan sana tau!" Erin menunjuk meja makan berpayung tak jauh dari mereka.

"Noted!" Finn mengangkat ibu jari sebelum menarik Lyra untuk beratur di gerai kambing panggang.

"Perut aku.. tak boleh bertahan.." Remy seperti orang tidak makan sebulan sebaik mereka melintasi pintu gerbang festival. Rata-rata mereka disitu memberi laluan buat mereka.

"Sabar. Misi kita tak habis lagi." Jett membisik sambil memandang seorang VIP dihadapan mereka.

VIP kali ini datangnya dari luar negara. Agak pelik kenapa mereka yang ditugaskan untuk mengawal. Bukankah perkara itu selalu dilakukan oleh tentera Duvan?

Bukan hanya dia yang perasan, nampaknya Noah menyedari perkata yang sama. Dia dapat melihat riak wajah lelaki itu sedikit berubah tidak tenang seperti biasa. Apa ada sesuatu yang tidak kena dengan VIP ini?

"Tentera Elit tak akan mengeluh! Ini perjuangan! Aku tak boleh mengalah." Remy menampar pipi sendiri melihat makanan penuh di kiri dan kanannya. Jett hanya tersenyum tipis.

"Kau suka tembikai Maria?" Soal Erin melihat Maria menilik tembikai segar siap dipotong.

"Suka!" Maria mengangguk.

"Saya nak yang ni." Erin menunjuk satu tembikai dicucuk.

"Nah cuba rasa yang ni." Erin menghulur tembikai buat Maria.

"Manisnya! Pandai kau pilih!" Maria tersenyum lebar sebaik tembikai segar itu masuk ke dalam mulutnya. Erin yang melihat turut tersenyum.

"Eh? Itu bukannya tentera Elit kita. Kapten Noah. Dan Pasukanya?" Erin mengerut wajah memandang 4 jejaka mengiringi seorang wanita disamping mereka.

"Mereka tengah dating ke?" Soal Maria. Erin menggeleng.

"Lihat dari pakaian. Rasanya mereka sedang bertugas." Balas Erin. Maria hanya mengangguk faham memandang empat orang jejaka itu.

Wajah wanita VIP itu tersenyum lebar memandang sekeliling melihat makanan tersusun di kiri dan kanan gerai.

"Tembikai!" Wanita itu teruja mendekati Maria dan Erin yang terkebil-kebil memandang ke arah mereka.

Mata Noah memandang kosong ke arah dua kadet itu.

"Hey Kadet. Kamu datang bercuti ke?" Remy terlebih dahulu menyapa dalam bisikan.

"Er.. ha! Kami datang makan." Erin teguk air liur. Wajah-wajah tentera elit itu sangat gerun buat dia takut untuk berbicara.

"Manis ke?" Wanita VIP itu memandang ke arah Maria yang memegang kulit tembikai yang dicucuk batang penyucuk.

"Sedap. Tembikai Khabi antara tembikai terbaik. Cuba lah rasa." Maria tenang mencapai satu cucuk tembikau lalu dihulur kepada wanita VIP itu. Tak semena-mena tanganya ditahan seseorang. Terkebil-kebil Maria memandang ke arah Kapten Noah yang tajam memandang ke arahnya.

"Er.." Erin memandang kekok.

"Tak apa. Saya tak rasa dia berniat jahat." Wanita VIP itu tersenyum memandang Maria. Maria teguk air liur sebaik Noah meleraikan genggaman di pergelangan tanganya.

"Oi, Dia Kadet kita. Tak perlu paranoid." Rowen menegur Noah yang dingin terhadap kadet mereka. Wajah Noah tetap bersahaja tidak menunjuk sebarang riak bersalah.

"Kamu semua nak rasa! Manisnya!" Wanita VIP itu menawar tembikai manis itu buat pengiringnya. Remy teguk air liur menahan diri.

"Tak mengapa." Jett menghulur senyum tipis.

"Siapa nama kamu?" Wanita VIP itu memandang ke arah Maria.

"Saya Maria." Maria hulur tangan disertakan senyuman manis

"Saya Adela.." Wajah Noah berubah. Serta merta dia berpaling mencari wajah gadis bernama Maria itu.

"Salam kenal Puan Adela." Maria tenang membalas.

"Terima kasih untuk tembikainya. Jumpa lagi." Puan Adela menghulur senyum sebelum melangkah meninggalkan Maria. Maria turut membalas senyuman sebelum perlahan-lahan senyuman itu memudar.

Bang!!

"Arghh!!"

Mata Maria membulat sebaik melihat jalan tar diantara dia dan Puan Adela sudah berlubang ditembak dari atas. Serta merta dia mendongak mencari gerangan.

"Tunduk semua tunduk!!" Jerit Remy. Semua pengunjung panik tunduk dan ada yang bersembunyi di bawa gerai.

"Bersembunyi di sini sementara waktu!" Rowen menarik Puan Adela ke satu arah.

Bang!

"Kau nak mati ke?!" Noah menarik lengan Maria yang masih tegak mendongak ke atas. Apa perempuan ini tidak tahu takut?!

"Mereka sasarkan Puan Adela." Ujar Maria terketar-ketar. Nafas Noah tercungap-cungap memandang sekeliling.

"Mamaa... huarghh! Tsk tsk! Mama!!" Mata Remy membulat memandang seorang kanak-kanak ditengah-tengah jalan menangis mencari mamanya.

"Budak tu!" Mata Remy membulat melihat hujung senapang keluar dari tingkap bangunan.

"Jangan! Dia sengaja mengalih perhatian kita." Jett menahan bahu Remy.

"Tapi budak tu dalam bahaya."

"Remy dia hanya sasarkan Puan Adela. Jangan risau. Budak tu akan selamat." Terdengar suara Rowen di sebalik earphone mereka.

"Hubungi bantuan. Jett!" Suara Noah pula kedengaran.

"Baik."

Mata Remy tak lepas melihat hujung senjata api itu bergerak-gerak umpama mencari sasaran. Seketika matanya membulat sebaik gerakan itu berhenti dan menyasarkan pada satu arah.

Tak semena-mena tubuhnya bergerak sendiri menarik tubuh anak kecil itu dan..

Bang!

"Remy!" Telefon digenggaman jatuh ke tanah. Mata Jett tak lepas melihat tubuh Remy terkulai didepan mata.

"Remy.." Mata Noah membesar tidak percaya teman perjuangan seorang sudah jatuh. Maria ternganga, pandangannya terasa kelam.

"Ingat kita dalam misi! Jangan ikutkan perasaan! Musuh sengaja mengalih perhatian kita!" Suara Rowen kuat dalam getaran di sebalik earphone membawa Noah dan Jett ke alam nyata. Noah ketap gigi menahan diri.

"Noah arah pukul 3 dari kau. Datang sini dan bawa mana-mana kadet. Kita tak ada pilihan selain meminta bantuan mereka." Suara Rowen memberi arahan. Noah berpaling memandang wajah pucat Maria disisinya.

"Kau Maria? Kadet pelatih?" Soal Noah tiba-tiba. Maria teguk air liur lantas lambat-lambat mengangguk.

"Aku ada misi penting untuk kau. Kau sanggup?" Mendengar apa yang keluar dari mulut Noah. Mata Maria membesar menatap mata dingin lelaki itu.

"Kau sanggup atau tidak? Kami tak ada masa!" Soal Noah kasar. Maria pantas mengangguk. Wajahnya serta merta berubah tegang bersedia menerima arahan.

"Ikut aku." Noah menunduk menarik tangan Maria mengikutnya dari belakang.

" Kita tak tahu mereka berapa orang. Sekarang kita perlu cari tempat yang selamat dan jauh dari orang awam. Mereka sengaja mengumpan kita dengan orang awam agar perhatian kita beralih dari Puan Adela." Ujar Noah sambil mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya.

"Maria kau bawa Puan Adela. dan Rowen akan kawal kamu berdua dari belakang. Aku dan Jett akan cari penyangak tu sampai jumpa." Nafas Noah turun naik menahan perasaan.

Maria memandang wajah Puan Adela pucat terketar-ketar tak mampu bercakap. Sekarang mereka berada di lorong sempit yang gelap diantara dua bangunan rumah.

"Saya tak setuju." Maria membantah buat Rowen dan Noah sama-sama mengerut dahi memandang gadis itu.

"Tak ada masa untuk kau bantah arahan aku Maria!" Marah Noah. Maria hanya menayang wajah tenang lantas berpaling memandang Puan Adela.

"Puan Adela, sudikah Puan hadiahkan baju cantik Puan pada saya?" Soal Maria lembut.

"Tapi Maria.."

"Saya sukakan baju Puan." Maria pantas memotong  lantas menghulur senyum manis. Puan Adela awalnya ragu-ragu tapi sebaik melihat senyuman gadis itu dia lambat-lambat mengangguk kepala. Tak dinafikan gadis dihadapanya sangat berani.

Rowen dan Noah berpandangan sesama sendiri buat seketika.

"2 minit." Ujar Noah lantas dia dan Rowen bersama-sama membelakangi dua perempuan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro