Gempa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya

Gempa memberitahu Yaya dan kemudian telefon Ochobot tentang pistol XY genderbender berjaya dicas semula sedia untuk digunakan. Ochobot bagitahu semua orang termasuklah kawan-kawan yang lain. Fang la orang pertama terkejut mendengar berita itu dan berasa lega dia takkan cakap apa-apa pasal perasaan dia kepada Gempa.

Gempa dan Yaya keluar rumah dan berkumpul di Kokotiam macam di cakap tadi. Mereka agak penat sikit sebab lari daripada rumah pergi ke Kokotiam. Gempa menceritakan tentang semalam Adudu telah memberitahu awal-awal. Mereka pun berlari ke markas Adudu, bila sampai di sana mereka nampak Adudu sedang tunggu di luar menanti Gempa.

Markas Adudu

"Nampaknya ini la kali terakhir aku akan nampak Gempa dengan badan perempuan dan aku melepaskan peluang... It's okay Fang... Sekurang-kurangnya kau tak malukan diri depan dia kalau bagitahu..." Bisik hati Fang sambil memerhatikan Gempa.

Mungkin dia sedang termenung sebab Gempa perasan Fang sedang lihatnya tanpa dia sedar mata dia dan Gempa betul-betul bertentangan macam tengah slowmo pula.

"Fang..." Panggil Gempa dalam hati.

"Okay Gempa! Kau dah sedia?!" Tegur Adudu.

"Huh? Oh! Oh ye dah! Aku dah sedia!" Jawab Gempa baru sedar dari lamunan.

"Ni mungkin akan ambil masa yang lama, semua kebelakang sikit takut nanti terkena sekali." Kata Adudu beri amaran.

"Huuu!!! Belakang... Belakang semua..." Kata Hali mendepakan tangan membelakangkan adik-adiknya.

"Okay! Adudu tembak sekarang! Eh kejap!" Kata Gempa.

"Aduh apa lagi!" Marah Adudu yang sudah sedia untuk menembak.

"Kalau tembak tak sakit kan?" Kata Gempa.

"Haih... Masa first time kena kau ada rasa sakit ke?" Soal Adudu.

"Hmmm tak." Jawab Gempa.

"Jadi mesti lah tak sakit! Dah! Aku nak tembak ni." Kata Adudu lalu menarik memicu pistol itu.

Selepas 15 minit akhirnya selepas proses menukar kan Gempa. Gempa menjadi lelaki semula tapi tidak bajunya.

"BWAAAHAHAHAHHAAH!!! GEMPA PAKAI BAJU PEREMPUAN!!" Gelak trio troublemaker dengan kuat.

Bok! Bok! Bok!

"Aduuh... Mantul...." Ngadu Blaze memegang kepalanya.

"Ah... Sakit... Padu siak..." Kata Taufan pegang kepalanya juga.

"Fuuuf.... Sedap..." Kata Thorn pula sambil memegang kepalanya.

"Sedap? Nak lagi? Kalau nak gelak la kuat lagi." Kata Hali menggenggam tangannya lepas tumbuk kepala mereka.

"Hehehe.... Tak nak tak nak..." Kata mereka mengelengkan kepala.

"Hahaha..." Ketawa Gempa.

"Gempa!!!!" Jerit elementals berlari dan memeluk Gempa.

"Uuuuuhh!! Lamanya dah tak peluk kau!!! Rindu!!!!" Kata Solar.

"Gempa!! Aku janji tak nak main kat luar sampai maghrib!!" Kata Blaze.

"Aku pula janji! Akan kemas bilik! Sebab hari tu ada lipas dalam bilik aku!!! Huhuhuhu!!!" Nangis Taufan mengingat kembali trauma nya.

"Gempa!!! Aku rindu nak kau tanam bunga dengan aku!!" Kata Thorn pula.

"Gempa!! Aku janji takkan tidur sepanjang hari!! Aku nak luangkan masa dengan kau lebih banyak!!" Kata Ice.

"Gempa...! Jangan tinggalkan aku dengan binatang gila kat rumah atok lagi.... Aku dah tak sanggup nak jaga diaorang sorang-sorang!!" Kata Hali.

"Huh?!" Jerit mereka berhenti memeluk Gempa.

"Binatang kau panggil?! Kau ingat kau siapa nak panggil aku binatang?!" Marah Solar.

"Binatang kau." Kata Ice pula.

"Memang betul pun! Sekarang baru la aku rasa bila duduk tempat Gempa. Gempa... Gempa... Jangan tinggalkan aku lagi okay?! Aku tak nak! Aku tak nak!" Rayu Hali masih lagi memegang lengan Gempa.

"Sial betul kau Hali..." Kata Blaze geleng kepala bengang.

"Hahahaha!! Okay okay!! Dah jangan gaduh! Aku pun tak nak pandang rendah kat perempuan bila diaorang datang bulan... Sangat la sakit rasa macam nak belah badan jadi dua." Kata Gempa.

"Siyes ah? Sakit sangat ke?" Soal Taufan.

"Sakit!!!" Jawab Gempa, Yaya dan Ying serentak.

"Huish... Nampak macam sakit sangat tu." Kata Thorn.

"Kalau nak rasa aku boleh tolong." Kata Adudu meletakkan pistol nya di atas bahu dan sedia mahu menolong.

"Eh tak nak.... Tak payah terima kasih..." Kata Solar.

"Hahahaha.... Okay rileks!! Aku happy gila dapat badan semula aaaahhhh!!!!" Jerit Gempa macam perempuan.

"Woi woi woi sedar la kau dah kembali pada asal tak payah nak menjerit macam perempuan pergi konsert kpop." Perli Gopal.

"Eleh... Kau apa tau pasal kpop?! Sibuk je." Lawan Ying.

"Tu lah pasal! Non kpopers mana tahu apa-apa." Tambah Yaya.

"Aik?! Aku pula kena." Kata Gopal.

"Perempuan, kau kena faham diaorang takkan berdiam diri kalau kena mention." Kata Fang.

****

Petang

Selepas itu mereka balik ke rumah masing-masing dan berehat seketika kerana penat berlari sana sini seperti dikejar anjing gila yang mahu menggigit bontot mereka (opss 😂 macam kurang ajar sangat je kk... Sorry gais.) Gempa meluangkan masa dengan adik-adiknya sekejap rindu sangat agaknya. Tiba-tiba sesuatu melintas di kepalanya, sesuatu yang belum dia selesaikan. Ya... Dia... Fang... Itu lah nama yang terlintas di kepalanya semasa dia gelak tawa bersama keluarganya.

Gempa mencapai handphonenya, pada mulanya dia mahu telefon Fang tapi bila di fikirkan balik tentu Fang sedang berasa kecewa kerana tidak dapat bercakap apa-apa sebelum ini semua terjadi. Dia buat keputusan untuk mesejnya dari whatsapp saja sama ada dia baca atau tidak itu terpulang pada Fang.

Situasi Fang

"Haih... Kenapa lah dengan aku ni... Layan dengan dunia sampai aku jadi lupa diri. Macam mana aku boleh lupa nak potong kuku? Rosak populariti nanti." Bebel Fang sorang-sorang di rumah lalu mengambil kepit kuku di atas kabinet.

Sedang dia sibuk mengepit kuku handphone nya bergegar dengan kuat seperti tidak mahu berhenti berbunyi. Dia yang tengah khusyuk mengepit jadi terganggu dengan bunyinya.

"Haish!! Sabar la kejap! Aku tak habis lagi ni." Kata Fang meneruskan kerjanya.

Bila sudah habis dia mengambil handphonenya dan lihat mesej whatsapp spam bertalu-talu daripada Gempa seperti ada sesuatu besar yang dia mahu katakan.

"Gila apa Gempa ni, laju betul dia taip sampai 1000 mesej nya apa benda yang penting sangat dia nak cakap ni?" Kata Fang lalu membuka mesej itu. "Apa ni?"

Mesej dari Gempa.

"Weh!! Fang!!"

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni!!"

"Aku tak nak cakap kat sini."

"Kita jumpa dekat padang."

"Kau dengar tak?!"

"Woi!! Balas la!!"

"Tidur ke?! Jangan lah sekarang!!"

"Emergency ni!!! Woi!!!"

"Woi!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

"Fang!!"

Terbeliak mata Fang namanya disebut sampai 1000 kali nampak macam penting sangat dia pun balas. "Okay."

"Okay je?!"

"Sial la kau ni Fang."

"Aku chat kau beribu kau bagi okay?!" - Gempa.

"Iyelah! Kau nak jumpa aku kan?! Ye aku pergi sekarang!!"

"Nanti tanya banyak-banyak karang kau bising pula!"

"Cepat lah! Aku tunggu kau kat padang!" - Fang.

"Eih! Apa masalah dia ni dah jadi laki pun sifat masih lagi macam perempuan." Kata Fang lalu menyimpan handphone nya ke dalam poket.

Padang

"Haih... Mana dia ni... Tadi beria la chat aku suruh dapat sini tengok-tengok dia yang lambat memang dasar ada sifat perempuan." Rungut Fang setelah menunggu satu jam.

"Fang!!"

"Ha!! Sampai pun! Asal kau lambat?! Kau memang saja kan nak buat aku tunggu lama-lama?! Kau kena ingat kau bukan perempuan dah." Marah Fang mencekak pinggang seperti mak mak yang mahu belasah anaknya kerana bermain di luar sampai maghrib.

"Hehehe... Sorry la aku tak ada niat pun nak buat kau tunggu lama-lama. Tadi kat rumah dapur aku terbakar sebab Blaze nak masak maggi nasib baik sempat padamkan api." Jelas Gempa pada Fang.

"Aih? Masak maggi pun dapur boleh terbakar?" Soal Fang.

"Tulah aku dah kata dah kat Blaze jangan nyalakan api guna kuasa tapi dia nak try sangat haa tu lah padah nya, and last aku yang kena masakkan untuk dia tu yang lambat sikit tu." Jelas Gempa lagi sambil menyusun sepuluh jari pada Fang.

"Ha Yelah... Ni kau nak cakap apa kat aku sebenarnya? Nampak macam penting sangat apa yang emergency sangat tu cakap cepat!" Kata Fang.

"Adoi... Kau ni pun sabar la cakap tu slow slow, aku nak cakap la ni." Kata Gempa.

"Ye ye ye cakap la sekarang." Kata Fang.

"Okay macam ni, pasal yang kau nak cakap somethin-" kata Gempa di potong oleh Fang.

"Aip! Kalau kau nak cakap pasal kisah lama aku tak nak." Kata Fang memberhentikan Gempa dengan tapak tangan di muka Gempa.

"Bukan macam ni weh..." Kata Gempa cuba untuk jelaskan.

"Habis tu apa?"

"Aku... Sebenarnya... Aku dah tahu dah yang kau.... Suka kat aku..." Kata Gempa memperlahan kan suara.

"!!!" Fang tersentak lalu menelan air liur gementar.

"Kau jangan lah risau aku takkan bagitahu sesiapa la."

"M..macam mana kau tahu?" Kata Fang blushing hard.

"Aku yang tahu sendiri, aku sedar masa kau terlepas cakap "aku minta maaf" tu." Jelas Gempa.

"Kalau kau dah tahu bagus lah... Aku pun masih sedar yang masa tu kau dalam posisi perempuan."

"Kenapa kau tak cakap sendiri dari awal?"

"Walaupun badan kau perempuan aku masih lagi sedar yang kau tu laki jadi aku takut kau akan rasa aku ni pelik sebab tu aku diamkan diri..." Kata Fang sayu.

"Kau... Fikir macam tu eh..."

"Kalau tak ada apa-apa lagi aku nak balik." Kata Fang lalu berpaling ke arah lain dan berjalan.

"Fang! Tunggu!!" Panggil Gempa sambil berlari ke arah nya.

Fang memandang belakang bajunya terus ditarik oleh Gempa lalu bibir mereka bertembung. Ya bercium... Itu lah hadiah istimewa Gempa beri pada Fang. Mereka tahu cara mereka salah tapi itu lah satu-satunya cara untuk selesaikan tanpa ada rasa perasaan cinta.

Gempa is the good kisser aku pun tak tahu dari mana dia belajar tapi dia beri Fang cium yang sangat hot. Gempa bermain lidah dengan Fang yang sudah kaku melihat Gempa seorang yang sangat bagus dan mereka masih berterusan hingga satu nafas yang tidak dapat tahan lagi akhirnya mereka berhenti dan Gempa membelakangkan diri.

Bunyi desakan penat bercium sangat kuat muka pun memenuhi dengan warna tomato yang kuat. Fang menekup bibirnya dan cuba loading apa yang sedang berlaku di antara mereka. Setelah dapat ke 100% Fang bersuara.

"K..kau... Buat apa tadi... K...kenapa?" Kata Fang masih lagi terkejut.

"Aku tak dapat nak bagi apa-apa kat kau jadi... Aku hanya boleh bagi ciuman kat kau je. And... Aku minta maaf sebab buat macam tu aku cuma tak nak kau rasa sakit bila aku tahu yang kau suka aku." Jelas Gempa dengan muka tomato.

"T..tapi... Dari mana kau belajar?! Kenapa kau bagus sangat dari semua benda?! Kau popular... Kau pandai main bola... Malah kau pandai... Bercium... Apa lagi bakat kau ni?! Jangan sampai atas katil pun kau yang 'top'!!" Kata Fang.

"Woi! Kau jangan macam-macam Fang, aku takkan 'buat' kat kau la! Kenapa jauh sangat pemikiran kau ni?!" Marah Gempa muka makin panas.

"Tapi kau bagus dalam semua benda?! Kau buat aku takut kau tau tak?! Kau ni betul ke manusia?!" Kata Fang muka blushing lagi.

"Fang!! Astaghfirullahalazim... Aku masih lagi ingat Allah la!! Jangan lebih-lebih Fang!! Kau yang buat aku takut sekarang!! Okay, aku takkan buat lebih dari itu... Kau kawan aku Fang kau kena ingat." Kata Gempa cuba untuk tenangkan diri.

"Ehmm... Okay!! Okay... Aku pun tak nak panjang kan apa-apa pasal benda ni, tapi aku tak nak kau cakap apa-apa pasal benda ni." Kata Fang juga mahu tenangkan diri.

"Sama, so... Best friend?" Kata Gempa.

"Best friend!" Balas Fang.

Mereka tersenyum lalu berpaut tangan di bahu bersama dan berjalan balik ke rumah. Lupakan apa yang berlaku tadi dan tidak mahu cakap apa-apa pasal nya. Mereka hidup santai dengan tiada apa-apa yang berlaku dan bahagia hidup sebagai BEST FRIEND FOREVER.

TAMAT

(Berakhir la kisah Gempa or Gegem!! Terima kasih sebab dah bersama aku hingga sekarang! Aku ingat nak update 30/12 ni tapi macam lambat lagi je so aku update je terus 😂 okay!! Bye bye my lovely readers!! Oh aku ada kata-kata ucapan sikit nanti aku post kat chapter lain okay? Baca tau! Ucapan tu istimewa sangat untuk korang! ♥️✨)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro