Kena culik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Situasi sekarang

Solar mundar-mandir memeningkan orang yang melihatnya. Fang pula berfikir macam mana nak selamatkan crush-

"Solar boleh berhenti tak? Kau pusing-pusing aku yang pening tau tak?!" Kata Hali mengurut dahi.

"Aku nak buat apa lagi? Gempa kena culik kau tau?!" Kata Solar.

"Hey! Gempa ikut je! Bukan kena culik la!" Marah Blaze.

"Jangan sebut 'culik' boleh tak? Aku tak suka anggap je Gempa pergi beli barang dapur." Kata Ice memeluk patung ice bear.

"Kau memang bawa patung tu sepanjang hari ke?" Kata Gopal melihat patung yang tiba-tiba muncul.

"Haah."

"Tapi bila masa pula kau bawa? Patung tu besar kot aku tak nampak kau bawa pun tadi?" Kata Taufan dengar perbualan mereka.

"Itulah soalan yang takkan terjawab sampai bila-bila." Kata Ice.

"Okay! Dengar sini kita kena dapatkan Gempa balik." Kata Hali posting suasana.

"Tapi nak cari kat mana?" Kata Thorn.

"Kita ada GPSG tu lagi kan, guna jelah cara yang sama. Fang bagi sini GPSG tu." Kata Hali.

"Mana ada kat aku!"

"Kau jangan main-main kita perlukan benda tu."

"Ada kat Gempa!" Kata Solar teringat Gempa yang pegang.

"Kau biar betul?!" Kata Blaze terkejut.

"Betul lah!" Jerit Fang.

"Habis tu macam mana nak jejak Gempa...?" Kata Solar keluh.

"Tak apa kita masih lagi boleh jejak diorang, buat je macam kita kesan Adudu semalam." Kata Ochobot.

"Tapi makan masa la kan?" Kata Gopal.

"Esok kita cari Gempa."

Keadaan Gempa

"Woaah!! Besar betul Mall ni." Kata Gempa kagum.

"Haha... Panggung wayang ada kat atas kau nak jalan-jalan dulu atau pergi atas terus?"

"Aik? Tanya aku pula kau yang bawa aku ke sini plan pun kau punya lah."

"Aku nak kau yang buat keputusan."

"Humm... Aku nak jalan-jalan dulu Mall ni besar sangat rugi tak tengok."

"Okay menurut perintah permaisuri!"

"Jangan panggil aku macam tu."

"Haha! Gurau je."

"Kau... Nak pegang tangan?" Kata Gempa menghulurkan tangan kanannya.

El terkejut dan blushing lalu menyambut tangan Gempa yang sejuk dan kecil seperti tangan baby yang baru lahir mungkin sebab badan perempuan yang membuatkan tangannya kecil.

Mereka berjalan keliling Mall yang besar itu seperti sedang bertemu janji tapi jangan risau Gempa takkan lupa apa yang berlaku dia hanya mahu tunaikan permintaan El yang sudah lama ada perasaan dengan Gempa tetapi Gempa sorang lelaki jadi dengan peluang ini dia ikut apa saja El mahu. Selesai menonton wayang mereka pulang semula ke kapal. Gempa melihat jam di tangan 11:30 malam.

"Kau nak balik ke?" Tanya El.

"Huh? Aku? Kau?"

"Aku? Aku duduk kat dalam kapal ni."

"Kau tak ada rumah ke?"

"Aku anak yatim siapa je yang nak jaga aku kat bumi."

"Oh. Umm... Kalau ada masa datang la lawat aku."

"Umm... Ehaha... Okay..." Gelak El kekok.

"Aku teman kau malam ni eh? Esok pagi kau hantar la aku balik."

"Boleh ke?"

"Tak apa nanti aku citer la kat diorang."

"Um... Okay."

Kembali kepada Ochobot

Ochobot saja yang belum tidur(?) Cas la cas diri untuk esok. Sudah lama Ochobot dengan komputer semata-mata nak cari Boboiboy kesayangannya dan akhirnya dia jumpa di mana Gempa berada.

"Hah!! Jumpa pun kau Gem...! Esok aku boleh bagitahu diorang ni." Kata Ochobot dan terus menyalin data tersebut tanpa menyedari data itu akan jadi last seen di mana Gempa berada sebab Gempa akan balik ke bumi sendiri.

****

Keesokan harinya

"Semua!!! Bangun!!! Aku dah jumpa Gempa cepat la gerak!!" Jerit Ochobot dari mikrofon ke sound radio yang berada di bilik mereka masing-masing.

"Aduuh... Sakitnya dahi aku..." Ngadu Blaze gosok dahi lepas jatuh dari katil.

"Kau okay tak?" Tanya Taufan lalu menghulurkan tangan kepada Blaze dia pun sambut tangannya.

Mereka bergegas ke pusat kawalan mereka berkumpul mendengar pengumuman Ochobot. Ochobot memberi tahu segalanya mata mereka yang tadi kuyup menjadi besar lepas dengar berita baik itu. Mereka bergegas ke lokasi tersebut dimana mereka sekarang ada ni di tengah-tengah Galaxy tapi hanya ada satu kapal besar. Yaya pun hubungi kapal tersebut.

"Huis!! Terkejut kau!" Latah El lepas nampak muka bengis Yaya yang macam nak makan orang.

"Bagi balik abang kitaorang!!" Jerit Thorn di depan kamera.

"Abang, kepala abah kau! Kakak la!!" Kata Taufan.

"Oh ye eh. Bagi balik kakak kitaorang!!" Kata Thorn membuat pembetulan.

"Aduih..." Fang menepuk dahi.

"Mana kau simpan Gempa hah?!" Jerit Gopal.

"Gempa? Dia tak bagitahu korang ke?" Kata El mengerutkan dahi dari tadi.

"Bagitahu apa?" Kata Hali.

"Oh dia tak bagitahu eh? Aku dah hantar Gempa balik ke bumi awal pagi tadi." Kata El.

"APA?!" Kata mereka terkejut.

****

Bumi

Gempa berjalan menunjuk ke rumah tok Aba sambil membawa barang dapur yang baru saja dia pergi beli. Sempat lagi kau beli barang dapur eh. Bila dah 5 minit berjalan Gempa nampak kapal Kaizo sedang mendarat lalu dia bergegas ke sana dan lihat adik-adiknya turun kelam kabut.

"Gempa!! Gempa!! Kau okay tak?!" Jerit Blaze sambil berlari.

"Gempa!!" Jerit adik-adiknya yang lain lalu memeluk tubuh badan Gempa.

"Hahaha.... Kenapa ni? Korang kenapa?" Kata Gempa ketawa.

"Kitaorang ingat kau akan tinggalkan kami." Kata Ice memeluk kaki Gempa.

"Dah dah dah aku okay la." Kata Gempa menenangkan mereka.

"Eh kejap! Dia kata nak tukar kau balik? Asal ada 'nasi lemak' lagi?!" Kata Solar menyebutnya dengan sopan.

"Wui! Kau ni agak-agak lah." Kata Gempa menutup dada nya.

"Aah la Gem?" Kata Taufan.

"Oh pistol tu ada kat Adudu so aku kena minta kat dia." Kata Gempa.

"Adudu? Dia nak ke pun tukar kan kau." Kata Gopal.

"Tu aku tak pasti la sebab Adudu berkerja dengan El dia yang bagitahu aku masa kena culik tu and jangan risau El dah suruh Adudu tukarkan aku balik." Terang Gempa.

"Ohh..."

"Tapi kalau Adudu tak nak macam mana?! Dia tu dah la alien tak kenang budi, lalang dengan sana sini, busuk hati, hijau pula tu nak ke dia tukarkan kau?" Kutuk Gopal.

"Amboi... Kau Gopal kalau dah dapat kutuk orang tu semua keluar eh." Kata Yaya.

"Heheh..."

"Tak apa kalau cara lembut tak dapat nak pujuk dia kita guna cara kasar, macam mana Gem?" Kata Hali memberi cadangan.

"Hum... Tengok la kalau tak boleh kita guna cara kasar."

"Okay!!"

****

Malam di dalam bilik

"Gempa akan tukar jadi lelaki balik. Sebelum terlambat baik aku cakap tapi kalau dia reject macam mana? Tak apa dia dah tahu pun dah cukup yang penting hati aku tenang bila dia ada kat depan mata." Kata Fang menutup lampu lalu melelapkan mata.

( Sorry kalau pendek aku tak nak panjang kan cerita sebab part seterusnya nanti nak buat kisah pasal Gempa dengan Fang sorry ye)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro