ANJING DAN BABI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kau anjing
Di mulut memekik nyaring
Kau babi
Jadi zikir setiap hari
Tak lekang dalam sebutan
Di bibir meluncur ringan

Anjing dan babi
Ditakdirkan haram dan kotor
Mengapa kotori mulut kita
Mencaci memaki
Keluar semua perkataan bolor
Anjing dan babi turut dicerca

Baik anjing mahupun babi
Cuma seekor haiwan
Tika manusia saling berkelahi
Mengapakah mereka dikaitkan
Mencaci dan memaki
Anjing dan babi jadi bahan celaan

Kerana anjing dan babi
Terhimpun dosa sebeban
Ingatlah wahai insani
Yang punya akal fikiran
Bagaimanakah kita nanti
Yang punya hari pembalasan

Hai anjing hai babi
Sungguh aku kasihan
Hai anjing hai babi
Nasib kaulah jadi bahan makian
Tanpa mereka sedari
Merekalah  yang macam syaitan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro